Khamis, 30 April 2009

repekanku..



'Hidup kena berani terima kenyataan...'

Baru jak habis tengok movie laskar pelangi...huhu...sedihnya.Dibandingkan aku dgn watak2 dlm cite tu memang berbeza giler...sedar diri tak pandai tapi malas nak belajar..esok periksa malam tu baru buka kitab.Tadi paper kemahiran asas kaunseling,aku tak habis jawab...tp penyesalan tak datang lagi,tunggu keluar kptsn baru menggigil satu badan teringat jwpan yg ntah sumber dari mana..tau pun takut..aku pun x tahu kenapa exam kali ni mcm tak rasa exam pulak..

sejak 2 menjak ni aku diserang lagi virus baru...asal masuk bilik jak aku mesti jeling beg balik kampung aku..tak sabar nak balik kampung.Wahai penduduk kampung ku yg disayangi,tunggula kemunculan ku semula di kampung...hehe..perasan glamour pula...tak sabar nak memancing,jalan2 kat kebun,makan dgn family...tp..mak aku dah pesan awal2,cuti dua bulan ni aku akan jadi suri rumah sepenuh masa..sbb dua org kakak aku sibuk memanjang...tula sapa suruh jadi kaunselor?

lagi satu paper utk menghabiskan sem ni...kena kemas barang awal2..sbb kena berhijrah ke satu tempat.Apalah nasib aku sem ni...dahlah haritu kena singkir dari kolej sebelah,lepastu kena reject pula...sedihnya mesti dah jarang jmp kwn2 yg sengal2 semua termasuk diriku...apapun kali ni aku kena juga bersedia utk meneroka dunia....

banyak lagi perkara yg aku kena selesaikan sebelum balik kampung ni...harapla semua dpt selesai dgn baik..

Jumaat, 24 April 2009

maklumat bg bakal cikgu..

maklumat ni khas utk bakal cikgu2 yg berada d luar sana supaya bila masuk sekolah nnt tak la kita terkejut beruk bila sistemnya dah tak sama seperti waktu zaman kita comel2 dulu...


PENDIDIKAN Respons: Penilaian baru jadikan tugas guru makin mencabar
Oleh Zainor Said

JIKA segala-galanya berjalan seperti yang dirancang, mulai tahun depan Kementerian Pelajaran akan melaksanakan sistem baru dalam membuat penilaian terhadap prestasi pelajar iaitu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK), bermula dengan murid tahun satu.

Menerusi sistem baru itu, prestasi pelajar bukan saja dinilai berasaskan peperiksaan, malah turut mengambil kira aspek rohani, jasmani dan emosi secara bersepadu termasuk pembabitan mereka dalam kegiatan kokurikulum. Matlamat kementerian adalah untuk mengubah sistem penilaian sekarang yang dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan kepada usaha untuk mencungkil potensi serta bakat pelajar dalam bidang dan kemahiran lain.

Penilaian berasaskan sekolah dari tahun satu hingga enam meliputi 70 peratus daripada markah keseluruhan, manakala baki 30 peratus lagi adalah menerusi peperiksaan UPSR yang bakal mereka duduki pada 2015. Di peringkat PMR pula markah penilaian berasaskan sekolah merangkumi 50 peratus dan baki 50 peratus lagi menerusi peperiksaan PMR. Sementara di peringkat SPM pula, 30 peratus adalah markah penilaian berasaskan sekolah dan 70 peratus lagi menerusi peperiksaan SPM.



Langkah baru Kementerian Pelajaran itu adalah satu daripada usaha transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan serba boleh dan holistik. Kerajaan bukan saja mahu melahirkan pelajar cemerlang akademik tetapi juga memiliki kemahiran lain seperti bijak berkomunikasi, bergaul, berakhlak, kreatif dan berpengetahuan luas.

Buat masa ini, Kementerian Pelajaran sudah menjalankan projek perintis di beberapa sekolah terpilih untuk menguji keberkesanan sistem itu. langkah itu memberi mesej jelas kepada kita bahawa setiap projek sekiranya sudah melalui tempoh percubaan di beberapa sekolah bermakna ia hampir pasti akan dilaksanakan.

Umum bersetuju bahawa sistem pendidikan hari ini terlalu menekankan peperiksaan kerana hanya dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan saja akan membolehkan seseorang pelajar mendapat laluan mudah sehingga ke peringkat universiti. Mereka juga ditawarkan pembiayaan pengajian berdasarkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan. Sebab itulah tumpuan sebahagian besar ibu bapa adalah ingin memastikan anak mereka berjaya merangkul semua A atau markah cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.

Sistem yang bakal dilaksanakan itu mempunyai sedikit persamaan di peringkat pengajian tinggi. Markah penilaian mahasiswa bukan bergantung seratus peratus pada peperiksaan akhir tahun yang mereka duduki kerana sebahagiannya sudah diagihkan, sama ada menerusi kerja kursus dan sebagainya.

Bagaimanapun ibu bapa tidak harus beranggapan bahawa dengan kurangnya peratusan markah di peringkat peperiksaan UPSR, PMR atau SPM bermakna anak mereka tidak perlu belajar atau melakukan ulang kaji seperti yang dilakukan sekarang.

Apa yang membezakan dengan sistem sekarang ialah tekanan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun enam, tingkatan tiga dan tingkatan lima itu berkurangan kerana sebahagian daripada markah mereka sudah diperoleh ketika mereka berada di tahap sebelumnya menerusi ujian bulanan, kegiatan kokurikulum serta aktiviti akademik berbentuk kajian yang diberikan oleh guru sebelum ini.

Bagi melaksanakan sistem penilaian berasaskan sekolah ini kita tidak dapat lari daripada menagih komitmen tinggi daripada semua guru di semua peringkat daripada tahun satu hinggalah ke tingkatan lima. Merekalah yang menjadi penentu berjaya atau gagalnya sistem ini kerana setiap guru memainkan peranan penting dalam membuat penilaian terhadap murid masing-masing.

Kita bukannya mahu memperkecilkan kewibawaan dan kemampuan guru tetapi dengan bilangan murid yang semakin ramai, sehingga sesetengahnya ada yang melebihi 40 orang dalam satu kelas, tugas serta tanggungjawab guru menjadi semakin berat dan mencabar. Apatah lagi apabila diberi tanggungjawab membuat penilaian penting prestasi murid seterusnya memberi markah yang merupakan sebahagian daripada skor keseluruhan murid dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Kita harap setiap guru harus dilengkapi dengan kemahiran dan kepakaran tertentu mulai sekarang supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab baru itu dengan berkesan seterusnya membantu kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama. Kementerian juga harus memberi mesej jelas kepada guru apakah matlamat yang ingin dicapai agar sistem penilaian berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan dengan berjaya tanpa protes dan bantahan daripada mana-mana pihak seperti yang berlaku terhadap Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Biarlah sistem baru ini, kita bukan saja berjaya mengurangkan tekanan yang dihadapi murid, tetapi penting juga bagi kita mengurangkan tekanan yang dihadapi guru serta ibu bapa. Sekiranya guru diserahkan tanggungjawab yang terlalu banyak, kita bimbang mereka tidak mampu memberi fokus kepada tugas hakiki iaitu mengajar, sehingga boleh menjejaskan kualiti kerja yang mereka hasilkan.

Selasa, 21 April 2009

pak cik abu n mak cik aini..

Entry khas utk pak cik abu and mak cik aini..

Utk pak cik abu

#Terima kasih-sebab sudi juga bg aku award,masuk ni dah dua award ko bg aku..walaupn blog ku ni ndala semeriah blog d sana..kesian aini ko panggil dia mak cik..tapi mmg aku akui jg dia sdh lama berkecimpung sebagai mak cik yg garang...hehe...terumpat pula..aini jgn marah..

#tapi klu nda silap,ko pun sama juga dgn c aini kan?..sdh lama jd pak cik yg garang..so sedar2 lah diri anda...sebagai pak cik kpd anak2 buah kesayangan..

utk mak cik aini

#terima la kenyataan yg hang dah jd mak cik kpd 16 anak buah...

#lagi satu,sekali jak hang membebel...mmg betul dan sahih andalah seorang mak cik..


dgn itu aku sebagai mak cik juga...tp mak cik yg cutelah(jgn jeles) aku nak bagi award ni kat pakcik abu and mak cik aini..

jeng...jeng...jeng...

award pakcik abu...


award utk mak cik aini pulak...


sekian...

Ahad, 19 April 2009

virus dunia...



Assalammualaikum bt semua insan yg mmburu kejayaan..hehe..intro paling cun selama aku bt entry..

setelah aku sembuh dr demam kini timbul pula penyakit baru,kesiannyalah aku...kwn sapalah ni..aku telah dijangkiti virus malas yg melampau ketika pintu exam hampir membuka tirainya..virus yg entah dr mana aku perolehi..jgnkan nak baca buku nak jeling nota pun sekali-sekala jak.klu jeling bantal tu beribu2 kali pulak...sebenarnya aku risau jg dgn penyakit aku ni..tp inilah aku sejak dr sekolah rendah lagi..masuk sekolah menengah kakk aku yg dah menyampah tgk aku yg mls study dan suka gdh dgn adik aku bg sepatah dua kata..



"kalau dah th malas nak bljr..wkt cikgu mengajar jgnlah tdr..wkttu lah ko bg sepenuh perhatian..sbb nak hrp ko bljr luar kelas, 10/100 jak buat,.."teknik bdk mls nilah yg aku praktik sjk dulu lg...

tapi x boleh jg,kt kena jg b'usaha,seperti seorg ust tu ada ckp...d akhirat kelak kt akan persembahkan apa yg kt bt di dunia kpd Allah..bkn hasil yg kita dpt tp usaha yg kt lakukan utk m'dptkan hsl t'sebut..mestilah kt nak persembahkan satu persembahan yg terbaik..persembhn itu merujuk kpd usaha kt yg b'sungguh2,sentiasa m;perbaiki diri,membuat yg t,baik n sebagainya..

so rasionalkan diri...yg kt persembahkan nnt bkn hasil yg kt dpt kerana hasil itu dr Allah S.W.T..yg akan dipersembahkan nnt ialah usaha yg kt buat...setakat mana kt bersungguh2 utk m'dptkan hasil yg terbaik..hasil yg jd mtlmt pulak kenalah yg baik2 bkn yg dilarang ya...

entry yg kena kat batang hidung sendiri...wahai dri bangkitlah dr malasmu..nnt 'presentationmu' di sana takde markah..

Sabtu, 18 April 2009

opss!!tak sengaja..



sekadar gambar hiasan utk melambangkan betapa sedihnya aku saat ni sama dgn sedihnya pengantin perempuan di atas..tp hrp2lah kes ni x b'laku wkt aku kawen nnt..tajuk pula x b'kaitan dgn entry aku kali ni..cerita kali ni b'mula begini..kuikuikui...

tgh2 aku nak gembira kemas pakaian nak balik kmpg(awal lg sebenarnya)...tiba2 mslh dtg menimpah-nimpah...otak aku jd hang skjp..hanya mata aku yg m'bulat merenung syiling bilik aku..aku x tahu nak bt apa..semalaman aku tak tdr termenung n m'khayal..mmg aku x b'upaya b'fikir wkt tu..

benarlah hidup bkn hanya m'harap nikmat,
perlu usaha dan b'ingat,
kala kt leka dgn rahmat,
ujian sebesar zarah pun boleh bt kt hilang kudrat,
kerana kt tak pernah semat,
akan perlunya kt tenung dan lihat,
Allah itu Maha Pemurah,
namun kt jg perlu b'usaha,
bkn hanya tahu menerima,
tp jg perlu tahu m'jaga..

mmg ujian kali ini satu p'tarbiyahan bg diri yg sgt hebat..setelah semlmn aku ddk t'menung mcm org putus cinta...mcm ya..akhirnyaaaaa...aku tdr skjp pg td..hehe..lpstu baru aku bgn balik..nak pg b'juang...hidup kena berani terima kenyataan...Yakinlah pada Allah..kunci pd setiap kejayaan..

Khamis, 16 April 2009

Permintaan Datin Noraini Ahmad..




gambar puteri islam waktu sem 1..amacam..sorylah bj aku tak nmpak..




gmbr bersama fail ppim..aku baru jak m'habiskan 5 biji kuih n 3 gelas air teh...sedaappp..

Gambar aini bila nak letak???

Selasa, 14 April 2009

cerita bersambung..


sambung balik cerita aku..pagi tu lebih kurang jam 2.45 tiba giliran kami utk bt rondaan.ma,ayu,zati n aku...hehe..sebenarnya byk kmpln jg yg meronda mlm tu,jd kami ambl kptsn utk melepak d satu sudut sambl melantak keropok yg ayu bawa...
prgrm utk esoknya:

#team building-lepas je sarapan kami pun bt explrc..ni lah aktiviti paling best bg kami sekumpulan.Firsttu kami telah di surh utk menyumpit belon..aku hanya tiup belon je..klu nak menyumpit,takut tertelan pla,menangis pakwe aku..eh adakah?lpstu kami di arahkan utk mengisi botol m'gunakan bhn semula jadi..ni tak lah susah sgt..cuma m'cabar kesabaran je..lepas isi air dlm botol kami ke stesen setrusnya iaitu m'bt rakit..haha..nilah stesen paling lawak bg kami.smbl bt rakttu mulut x b'henti b'bual mcm makcik2..hasilnya dptlah kami bt rakit yg paling ajaib antr semua kmpln.grup p'tama d hntr keseberang rakit mash ok..bila grup kedua dlm 7 org t'masuk akulah tu,rakit kami telah b'cerai-berai di tgh kolam ikan...bukan b'cerai 2,tapi 7..wkt tu bkn lg rakit yg bw kami,tp kami yg bw rakit keseberang..mmg nak pecah perut gelak..dgn linda yg t'sepit d tgh2.

Selepas tu kami ke stesen seterusnya iaitu m'buat khemh,masak megi 4 bgks,meruntuhkan khmh semula dan makn smpai hbs megi t'sbt..semuanya d buat dlm ms 20 minit..siapa kt tak boleh?kmpln kami boleh(temberang skit)..lps tu kami ke stesen mencari botol kmpln kami d dalm kolam yg bau ntah apa nth..bau air dia sebiji mcm bau ikan..bau dugong pun ada.tahniah bt fa kerana b'jaya menemui botol kmpln kami yg jauh t'sesat ke kolam sblh.. habislah 5 stesen kami jelahi dgn penuh cabaran dan rintangan..cee..akhirnya kami berjaya dpt tempat ke2 slps kmpln aini..tahniah bt diri sndr n ahli kmpln 4..hehe..



#aktiviti t'akhir ialah river crossing..yg ni tak susah sgt..tp sakit jg lutut t'hempas ke batu sbb kami kena jln ikut arus b'tentangan degn sungai..kesian kat cah,nasib baju dia tak koyak aku tarik..camp pun b'akhir tpt jam 6 ptg...sblm tu kami bt tatacara penutupan..habis telinga kena leter dgn makcik2...pedas gila kutukan dia pd kami..sabar jaklah..dah itu hobi diorang..nak bt mcm mana..

yg pntg spnjg prgrm tu aku x kena serang pacat...Alhamdullilah..luka pun takdelah teruk sgt..cuma demam jak yg b'tambah sbb berendam hari2..dan yg paling memenatkan ..aku t'paksa b'tarung selm 2 hari utk m'basuh baju2 aku yg penuh dgn lumpur dan wangi anak ikan..

peristiwa 11 april..



Minggu depan dah nak exam!!!..aku masih lg mengkhayal atas katil dan berperang menyiapkan assignmnt yg ntahlah bila nak siap..jari aku dah kejang asyik menaip jak.Demam pun belum baik lagi..ni dah masuk minggu ke-2,akhirnya aku bertapa jak di 'villa' kesayangan aku ni,mana tak..baru jak p klinik,esoknya dah pegi camp..hari2 berendam kat sungai,Fc tak suruh pun aku nak turun juga..tapi best juga camp kali ni walaupun kena buat telinga kuali sbb asyik dileter oleh 'mak2 angkat kesayangan'...yang penting byk pengalaman yg aku dapat,tambahan lagi aku sekumpulan dgn budak2 kaunseling yg suka buat kecoh..mmg x thn gelak.Ni antara aktiviti yg aku buat:

1.Repelling-sampai jak,kami terus g buat benda ni..payah juga sbb kena turun bukit yg agak curam.memang curam gila.kalau jatuh batu kat bawa menyambut dengan penuh setia..

2.flying fox-benda ala ni la aku paling takut sekali,antra 168 org aku yag kedua terakhir buat sebelum fa.mula2 tu aku rasa mcm nak menangs jak..wakt pakcik tu(sebenarnya abgtu mash muda lagi tapi aku paggl pakcik jak)pasang tali ke tali utama..aku membebel ntah apa ntah..yg aku igt..'pak cik selamt ke ni,aku belm tggl wasiat lagi ni pakcik,tali ni thn ke pakcik,klu jatuh tak sakit ke pakcik..'dan dialog aku yg plh lucu.."pakcik jgn tolak ya pakcik,belum sedia lg ni",pkcik ingat ya pakcik jgn tolak...jgn tolak pakcik"..waktu pakcik tu gelak aku terjun sendr..apalagi penuh satu hutan degn suara aku menjerit,kalah tarzan nak panggil gajah..tapi best jg..tak pernah aku m'jerit smpi mcm tu...hlg tension skjp..

3.jungle tracking-benda ni biasa dah aku buat waktu kat kampung...

4.persembahan kumpulan-p'smbahn kmpln kami paling melucukan...bdk kaunseling byk dpt jd pokok meranti..aku je yg comel sedikit jadi bunga pink..hehe..ada yg jd rumput,mcm bdk2 prasekolah pulak..

5.night walk-lps buat p'smbhn kami pun bertolak ke hutan beramai-ramai..sekali lg bdk kaunseling bt hal..satu2 kmplan yg tak bawa lampu suluh...mmg tak patut..lepastu mulut kecoh msh b'terusan kat dlm hutan...'hati-hati ada kayu,ada dahan'mmg prihatin..tp tgh2 kami bersembang dgn penuh tekunnya kat belakang t'jd satu peristiwa yg menakutkan..kami x jd teruskan p'jlnn,kami t'paksa patah balik..wakt ni mulut aku dah senyap skt..tau pun diam..pacat yg selama ni mmg aku takut..aku dah tak ingat dah..yg aku tahu nak smpai cpt dan tdr..

to be contineu...nak p basuh khemah pulak lepasni

Jumaat, 10 April 2009

Antara aku dan mak


Semalam mak telefon sedihnya...dah lama tak dengar suara mak aku,bukannya sengaja x telefon selama 2 minggu,tapi kalau telefon mesti rindu aku bertambah,rasa macam nak berlari jak balik sabah...rasa jak ya..sbb kalau nak balik sabah kena berlari,mendaki,berenang dan sebagainya.Firsttu mak merajuk sbb lama tak telefon...payah juga nak pujuk.Dari suara mak aku dpt tahu mak aku sakit...tanya punya tanya..rupanya mak demam hampir seminggu..aku tergelak.mesti mak aku fikir aku buang tebiat.Aku pun bg tau mak...yg aku pun dah seminggu demam tp tak pandai baik2.Begitulah hubungan kuat antara aku dan mak..rindu sama2,sakit pun sama2.Bukannya aku suka mak aku sakit ya..So,sayangilah mak anda..

Rabu, 8 April 2009

Untuk insan bergelar sahabat..



Video simple ni grup aku bt utk pembentangn Intervensi belajr minggu ni dlm masa tak sampai sehari...apa pulak kaitan antr kemahiran belajr dgn sahabt.??

seperti kwn aku ckp,lihatlah kiri,kanan,depan dan belakg anda...siapakah yg bersama anda dlm p'juangan kt d kampus ini...adakah tanpanya kita boleh berdiri sendiri...dpt melalui setiap ujian sorang diri.Conthnya mcm aku,takde family kat sini..bila ssh kwnlah yg byk tolong aku,memperkenlkan aku makanan yg pelbgi kat sini,bawa aku blk kmpg..ntahlah tanpa kwn dptkah aku hdp waras kat kmps ni..

Selasa, 7 April 2009

Demam??!!!


Dah lama tak jenguk blog kesayangan aku ni,kesian ko kan blog...hehe...klu blog aku ni ada hati dan perasaan mesti terharu gila dia baca intro aku .Masuk kali ni dah 3x aku demam..kali ni peling teruk,dah 4 hari tak pandai baik2...lantas mulala beberapa ahli nujum mendefinisikan demam aku kali ni..antaranya faktor2nya:

1.kempunan nak makan tom yam..sejak aku teringin sangat nak makan tom yam campur di bawah pohon kelapa sawit berhampian kolej aku,aku pun mula diserang demam...tapi dah makan pun tak baik juga

2.Demam kerana sakit hati yang melampau...hehe,ini org bilik aku yg cakap..sbb dia nmpk kot aku nangis..tp kes dah selesai demam tak baik juga.

3.Demam kerana tertekan dengan assignment..klu alasan ni,fikir dua tiga kali lagi..sb aku demam 3x jak,tp aku t'tekan akibat assgmnt melebihi 10 kali..apa org kata..tak balance..

4.Faktor keempat ni membuat nafas aku terhenti seketika..."Mungkin k.sal kena denggi kot"..Nauzubillah..tp klu betul..haraplah mulut org rmh aku tu tak masin..

5.Demam mengada-ngada,sebab nak balik kampung...ingat kat mak,kakak,abg,adik...n keluarga kucing yg tersayang.Ni boleh terima sikit..

6.Ujian..hehe..sakit itu mampu mengurangkan dosa-dosa kecil.maksudnya Allah menyayangi kita,kerana Dia tak melupakan hambaNya walaupun dah banyak buat dosa(akula tu)...dalam keadaan sakit, kalau otk kita masih ok...ia akan jadi satu pentarbiyahan bagi diri yang selalu menyiakan nikmat sihat dan lapang..mana tak,waktu sakittu tenaga kurang sikit,badan jadi x kuat...kerja pun makin belambak..barula timbul penyesalan "Kenapalah aku tak buat assgnmt awal2"..tulah waktu sihat tak beringat,dah sakit baru nak buat2 ingat.

Waktu sakit juga hati kita semakin dekat dengan Allah.Otak mulalah teringat sejarah silam yang penuh dengan noda..terbayang kalau esok mati tak sempat nak taubat.Tak sempat nak minta maaf,tak sempat nak tunggu sekejap...tiada kata selamat tinggal yg sentimental ataupun lambaian penuh adegan..hanya debaran menanti hukuman..Nauzubillah.So,peringatan buat diri sendiri,jgn asyik mengeluh,cari hikmah yg yg tersembunyi..Moga demam pelikku kali ni dapat mengurangkan dosa2 kecilku..dan bila sihat nnt boleh kurangkan yg berat pula...opss..tak boleh nnt kena buat serta-merta,nanti tak sempat pulak..

Rabu, 1 April 2009

Erti sayang..



Waktu sekolah rendah dulu memang aku agak tomboi sikit sebab asyik berkepit dgn A.Udin aku,lepastu aku memang rapat dengan ayah.Kebanyakkan masaku dihabiskan bersama abg udin ataupun ayah.Masuk tahun 5 aku lebih rapat pula dgn 2 org kakak aku,sebab waktu ni aku dah ada seorang adik yg sepuluh tahun muda dr aku,satu2 nya adik yg aku sayang,tak boleh lagi nak manja lebih2.Satu hari dalam aku tahun 6,waktu balik dari main bola di rumah nenek ,k.na asyik tengok jak aku sambil mengunyah goreng pisang.Dalam hati mesti k.na nak marah sebab baru tadi abg kedua tegur pakaian aku dgn seluar yg sampai betis dan baju t-shirt yg sdh kusam,tanpa tudung.

Aku pelik juga dgn abang aku,takkan nak main bola pun kena pakai tudung,biasalah budak tomboi.Sedangkan ayah dan mak tak kata apa2 pun.k.na lagi pelik,nak jemur kain pun nak pakai tudung.pelik2.K.na panggil aku utk minum ptg..tengah2 melantak goreng pisang dgn lahapnya,aku bg soalan bonus dgn k.na,kenapa k.na paki tudung?klu jln2 kat bandar atau kenduri aku tak pelikla ni asal keluar rumah pakai tudung..konfius aku..

K.na pun memulakan intronya tentang aurat perempuan,perempuan yg x menutup aurat akan di gantung rambutnya di akhirat sampai otaknya menggelegak..air nescafe yg aku minum bagai tersangkut di kerongkong ditambah lagi dgn goreng pisang yg aku sumbat kat mulut byk2 tadi.lepastu k.na tanya,"kau sayang ayah tak"...Ish mestilah aku saaaaayang.K.na pun menambah,kalau kita(perempuan) bt benda tak baik,yg Allah larang..kita akan tarikh 4 org lelaki masuk neraka.Aku jd muskil,kenapa pula main tarik2,bukan yg buat individuke???K.na pun terangkan..lebih kurang mcm ni la...

LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA
* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Aku diam merenung juadah di depan..lama kemudian aku berlalu ke bilik mandi utk membersihkan diri sbb mlm ni aku nak ikut ayah ke masjid..tiba2 air mataku mengalir...kesian ayah,Ayah buat semua yg Allah suruh,dan suka hati jak aku tarik dia masuk neraka,nanti ayah kena pukul,padahal ayah tak buat apa...abang-abang aku pun sama...

sejak haritu aku dah mula pakai tudung wlau takla sesempurna mana..klu kwn2 tanya..aku cakapla,aku sayang ayah dan abang aku....memang tak menjawab soalan,hanya aku yg tahu jwpn tersendiri..semua org boleh kata syang dgn ayah dan abang dgn penuh kesungguhan,tapi adakah kita membuktikannya??

so,tolong ingatkan aku tika lupa dan jauh dari jalan kebenaran...Sayang Allah taati perintahnya,sayang keluarga bantu ia ke syurga bukan tempahkan dia neraka..Moga diri terus istiqamah..ingat!!!tegurla aku jika aku lupa...sbb ku hanya insan biasa...chee..