Jumaat, 22 April 2011

Pengakuan yang ikhlas

sumber : Facebook mutiara hati

Di riwayatkan bahawa pada suatu ketika dizaman Nabi Musa A.S, pada suatu hari baginda berdoa kepada Allah :

"Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku sejahat-jahat manusia dimuka bumi ini"

Baginda kemudiannya mendapat wahyu supaya pergi ke satu jalan dan disitulah orang tersebut akan lalu. Baginda terus kesana dan ketika itu lalulah seorang lelaki tua yang berwajah seperti seorang pengganas.

Nabi Musa berpuashati dan pada keesokkan harinya baginda berdoa lagi:

"Ya Allah, tunjukkan padaku orang yang paling baik dimukabumi ini"

Baginda kemudiannya menerima wahyu lagi supaya pergi ke tempat yang sama seperti yang didatanginya semalam. Alangkah terkejutnya apabila lelaki tua yang sama seperti semalam juga yang lalu dijalan itu tetapi kali ini dengan air muka yang bersih dan redup. Nabi Musa kemudian menegur orang tua itu dan bertanya: Apakah amalan kamu ?

Lelaki itu menjawab: " Aku bukan seorang yang baik dan bukan orang yang kuat beramal."

Nabi Musa bertanya lagi: Baiklah, apakah yang telah kamu lakukan malam tadi?

Lelaki itu menjawab: "..malam tadi aku cuma berbaring diatas bumbung rumahku bersama anakku yang masih kecil sambil merenung bintang dilangit.

Nabi Musa berkata lagi: Kemudian, apa yang kamu lakukan?

Lelaki itu memberitahu: " Anak kecilku bertanya, banyak sungguh bintang dilangit itu wahai ayah, agaknya berapakah jumlah kesemua bintang itu?

dan saya menjawab: "Memang sungguh banyak, tak terkira entah berapa juta jumlahnya, akan tetapi, ketahuilah wahai anakku, WALAU SEBERAPA BANYAK PUN BINTANG YANG BERTABURAN DILANGIT ITU, SESUNGGUHNYA DOSAKU YANG TELAH KULAKUKAN ADALAH LEBIH BANYAK DARI ITU...

Kesimpulannya: Tatkala seseorang hamba mula teringat akan dosanya dan seterusnya mengakui dengan ikhlas akan dosanya, maka tatkala itu Allah telah menganugerahkan keampunan kepada hambaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengampun dan Maha Pengasih dari segala yang pengasih.

Akan tetapi perbuatan menginsafi dosa dan perbuatan salah itu hendaklah diikuti dengan usaha untuk menjauhi diri kita dari mengulangi kembali dan menambahkan pula amalan dan kebaikan didalam kehidupan selepas itu.

Firman Allah:

"Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-A'raf: 153).

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nisa`: 110).

Kiisah riwayat telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Mustaffa.

Jumaat, 15 April 2011

Cerita aku dan tudung

Ermmm...aku bukannya seorang yang alim ataupun terlalu hebat dalam agama, namun ia menjadi matlamat dan tujuan hidup. Aku lahir bukan dalam keluarga yang islamik mahupun prsekitaran yang mengamalkan cara hidup islam, cuma adat yang dipegang hampir sama dengan cara hidup Islam. Alhamdulillah setelah sekian lama, kampung ku yang nun jauh di dalam Sabah mula berubah corak ke arah yang lebih islam. Aku mula bertudung pun setelah masuk tingkatan 4 dan masih lagi belajar untuk menambah ilmu tentang Islam. Tapi, oleh kerana aku selesa brtudung lebar (besar) maka aku teruskan walaupun perasaan takut orang memandang kita "bagus' tu masih ada. Teruskan apa yang termampu (semoga Allah mmberi ketabahan dan keyakinan bagiku). Ia memberi keselesaan dan perasaan selamat bagiku, jadi cara pakaian Islam itulah yang menjadi 'fesyenku' sebaik sahaja mula mempraktikkan tudung dalam hidup.

Situasi Islam di sabah dan semnanjung adalah situasi yang sangat berbeza, so, kalau ke Sabah...tengok dan fahami dulu sebelum menghakiminya. Orang kata itu bukan alasan, memanglah...tapi perubahan itu juga perlukan masa kan. Bukan senang hendak mengubah masyarakat..bagi peluang untuknya belajar dan memahami dulu dan bukannya memaksa tanpa tahu apa yang dilakukannya dulu. Cuma, kalau yang sudah tahu tu memang patutlah kot ditegur atau diperingatkan.

Aku nak crita pasal dua lelaki yang menegurku bertudung, entahlah cerita lawakka, ataupun pelik...mungkin sebab wajahku yang macam orang cina kot.

kisah satu
tempat: Pudu Raya

Haritu, aku menghantar kakakku di Pudu raya. Tengah2 nak tunggu bus bertolak, seorang brader penjual tiket menghampiriku.

" Hai adik, nak pegi mana" Lelaki itu duduk disebelahku.

" Ermmm...nak ke LCCT" jawabku menjeling kak siah disebelah. Lelaki tu semakin mendekat, matanya memandangku tanpa berkelip. aku memegang tangan kakakku di sebelah. Lelaki ni x betula ka apa...

"Adik asal mana..." Tanyanya lagi. Aduh...aku ni dah lah jujur x bertempat, kalau orang tanya mesti dijawab pula. Kakak memandang ku tajam tanda isyarat jangan jawab ataupun bagi jawapan salah.."dari mane???" Tanyanya lagi

"ee...eee...dari Sabah" Jawabku tersekat-sekat

"ha?????" Lelaki tersebut terkejut beruk dan terus berdiri..aku bingung lagi dengan brader ni. Apahal pula? Takkan dia x kenal Sabah. " Betulke???"..soalnya lagi, aku mengangguk..

"Kenapa?"

"Susah nak percaya di Sabah ada orang yang pakai macam ni"...adui...dari mana la brader ni muncul. Takkan tak tau...aku tersenyum...apalah yang pelik sangat.."kalau sekadar tudung biasa2 tu aku percayalah...ni...betulke kat Sabah ada orang yang pakai macam ni".....

"yelah....banyak orang pakai macam ni. Abang orang islam ke?" aku pula yang menyoal. dia tersengih-sengih sambil menggaru-garu rambutnya yang "ikal"

"A'ah" jawabnya ringkas

"oh...dari mana?"

"Ermmm.....tutttt (nama negeri dirahsiakan).."

"Ohh...kat sana lagi ramai orang islam dan pakai macam ni kan..lagilah senang"

"ermm...a'ah...tapi, tengoklah abang ni.." dia menundukkan wajah.

"saya pun bukannya alim sangat, sy pun masih dalam proses untuk berubah"..

"ermm...adik teruskanlah macam ni...abang pegi dulu ya...ada hal"

terharu dengar abangtu kata macam tu. semoga Allah membuka hatinya dan hatiku untuk sama-sama menuju jalan keredhaanNYA...

C Belang









Kalau ikut dalam kiraan di atas umur c Belang tahun ni dah masuk 54 tahun....aaa...rindu pula dengan c Belang, sdh sebulan dia pergi meninggalkanku. sedih rasa hati...9 tahun dia menemaniku, tempatku berleter, tempatku bermain, marah-marah dan makhluk yang menjadi mangsa buli selepas adik bongsuku..

sepanjang seminggu dia sakit kuat, sepanjang itu juga aku menangis. Entahlah betul atau tidak tindakanku, selepas solat aku tidak lupa untuk berdoa sekali untuknya sebab aku sayang ngan my Belang...aku rasa bersalah tidak dapat menjaganya tika dia sakit kuat. Aku cuma berdoa agar sakitnya diringankan, kesian my Belang kesakitan..mak ngan kakak aku pun tiap hari bagi laporan rasmi tentang c Belang, termasuklah my abang.

mesej pertama
mot c Blang sakit kuat, sudah berapa hari dia x makan..kerjanya baring ja..

mesej kedua (MMS)
ni gambar c Belang yang sakit

mesej ketiga
Mot, C Belang hilang...tadi nampak dia kuar rumah..terus hilang sampai sekarang..(mesej dr abang udin)

Din, tolong ba cari dia...sian dia tu..dahlah sakit...(mesej aku)

ermmm...kucing kalau nak mati memang macam tu, dia akan lari dari rumah, dia lebih suka mati sendiri2 kat hutan..(balas abang Udin)

hissshhh....apalah abang aku ni..

malamnya mak telefon..
"Mak...betulkah c Belang lari dari rumah mak?"
"ya...tadi mak ingat dia saja mau jalan2 depan rumah, sampai maghrib masih belum naik rumah pula...ni sampai sekarang belum balik lagi"....kali ni air mata aku dah berguguran di selimut..
"mak....sian dia kan mak"...
"Ya...tapi lagi kesian kalau dia sakit lama-lama..ndapa la ya kalau dia pergi pun...sian dia...sudah berapa hari dia tidak makan"
aaa....aaaa...aku hanya diam...sedihnyaaaa....tengah malamnya, c Belang balik juga ke rumah...ke manalah c Belang ni pergi, buat risau sekeluarga ja dia ni...kalau aku ada kat rumah, mau kena cubit2 c Belang ni..

seawal pagi mesej sampai
"mot...takziah.."---mesej dr kakna---
aaaa....dengan keadaan yg masih blur2, aku menangis lagi...entah macam mana nak tafsirkan kesedihantu...aku sayang c Belang macam adik aku sendiri...berapa minggu tu aku sentiasa trkenang2 my Belang, kadang-kadang tanpa sedar aku menangis sendiri-sendiri....aku pun mesejla dengan my kakak menyatakan kesdihan..

kakak aku balas
sabarlah mot...kesian dia terseksa, dia sudah berapa hari tidak makan,lagipun sudah lama dia sakit....sian tengok keadaan dia...xpalah..nanti kita cari kucing yang lain ya..banyak-banyak....

mak aku pun turut sama memujuk...bukan ja family aku, saudara aku yang lain pun kenal ngan c Belang, sebab dialah teman dan penyeri my rumah...kazen2 aku pun x lupa juga mengucapkan takziah...nampak mcam cerita lucu, tapi ......aaaa....aaa....sedihlahhh.....

Rabu, 13 April 2011

Bercinta dengan assigment

setelah bertungkus lumus empat bulan ni untuk menyiapkan assgmnt yg blehla dikatakan banyak juga, tapi xlah sebanyak sbelumnya yang hampir berbelas-belas assgmnt...aku pun mula merancang untuk bersenang lenang seketika sebelum exam bermula pada minggu hadapan. sebab seminggu selepas exam tu, kena daftar internship di sekolah untuk 14 minggu...kena prepare banyak perkara, dari keperluan diri hinggalah keperluan fizikal..

tiba-tiba datanglah satu mesej, akan ada satu taklimat penting untuk batch kami....ait, sudah habis kuliah pun ada taklimat lagi, ingatkan taklimat praktikum...tub..tub...taklimat assigment untuk sem 7 dan sem 8... dan secara rasminya assigment dua sem akan datang bermula selepas habis taklimat...ya..ya...ya...aku diam seketika, terpana dan terkesima...erm....mahu tak mahu kena buat juga...dan aku cuba mncari semangatku yang hilang sebentar tadi...heeeeee....

merungut dan komen banyak sangat memang sudah tidak berguna saat ini..baik jimatkan masa untuk plan seterusnya...kalau tidak akan sia-sialah maraton 3 semester untuk batch percubaan macam kami ni...kalau dapat harungi 3 semester yang banyak menguji kekuatan ni akan graduate awal tahun depan...dari 4 tahun ke 3 tahun setengah..hanya utk special batch macam kami...wa...aku telah berangan habis belajar awal...special la sangat, tapi hendak bertahan tu memang payah...but, fighting!!!!...

bila habis taklimat tu, aku cuba cari cuti supaya boleh fly ke sabah jumpa kaum kerabat yg dirindui amat...tapi, seminggu lepas exam dah masuk sekolah, lepastu seminggu lepas praktikum masuk kuliah pula...cadangnya nak balik kampung raya tu dan tambah cuti suka suki seminggu..tapi sekali lagi, menurut penyelaras projek tahun akhir, minggu pertama akan dijalankan pembentangan proposal untuk projek tahun akhir di hadapan pensyarah2 yang tersayang..ya, nampaknya aku kena mengorbankan cuti raya tahun ni untuk menyiapkan proposal...dan seluruh cuti semingguku untuk assgmnt yang tercinta......

Dulu di sekolah bercinta dengan kerja rumah, sekarang ni pula bercinta dengan assgmnt...cinta yang yang lain memang dikhaskan untuk Yang Esa, family, kawan2, kucing2 kesayangan,dan apa lagi yang tinggal untuk diri sendiri...hahaha...lepasni kena becinta dengan diri sendiri pula, kesian ngan diri yang semakin terabai...lepas ja sem 8 nanti , aku nak bercuti sepuas-puasnya buat segala yang aku aku suka dan capai semua yang aku mau...wa...semangat2...fighting 2x...till the end....

Isnin, 4 April 2011

Kesan kuasa tarikan

artikel 1
Tajuk: Saya nak bunuh diri


Sepi dan hening seketika. Fikirannya seolah terhenti . Tak mampu untuk berfikir apa-apa dalam situasi itu. Segalanya seakan telah hancur, tiada apa-apa lagi harapan untuk dirinya. Hancur...Musnah..Segala kepercayaan dan sanjungannya semuanya telah dihempas punah begitu sahaja oleh insan yang selama ini amat dicintainya. Kalau dulu dia mendengar cerita-cerita dari rakan-rakannya, ah..dia masih tidak mahu mempercayainya. Tapi hari ini, di depan matanya sendiri! Masih terbayang betapa intimnya kemesraan Faizul dengan wanita itu, ahh..dia tak sanggup untuk membayangkannya lagi.......dengan langkah longlai dan dada yang sebak, Ayuni menuju ke pintu LRT untuk pulang.

"Masa tu saya dah fikir nak bunuh diri je bro! Bukan kali pertama saya diperlakukan begini oleh lelaki, bro...dah masuk kali keempat"

Dia bercerita padaku dengan penuh perasaan.

"Semuanya hanya menggunakan saya untuk duit. Kata pinjam, tapi bayarnya adalah sesekali, yang lain tu..kira burn je la. Saya ni pulak jenis yang cepat kesian, dan tak reti pulak nak menolak..apatah lagi kalau dengan orang yang saya cintai...."

Aku mengangguk-nganguk (kira empatik listener la kononnya, )

"Tapi yang saya hairan tu bro, napa semua lelaki yang saya jatuh cinta, semuanya berperangai sama aje?..Nama aje lain.."

Selepas dialog itu, aku tak memberi peluang lagi pada Ayuni untuk berkata-kata. Aku menerangkan dengan detail padanya tentang apa yang dilaluinya dari persepsi Hukum Tarikan. Tentu anda semua sedia maklum bahawa prisip asas LOA adalah:

"Anda menarik ke dalam hidup realiti hidup anda, segala apa yang anda berikan fokus dan perhatian yang mendalam, samada perkara positif atau pun negatif"

Apa yang ku lihat, dia terlalu memberikan perhatian pada sikap lelaki YANG TIDAK DISUKAINYA, YANG INGIN DIHINDARI, YANG DIBENCI. Bukan kepada sikap atau
ciri-ciri watak lelaki yang menjadi keinginannya.

Dan perbuatannya suka menceritakan/membawa cerita/memperbesarkan sikap lelaki yang dibencinya ini, hanya membuatkan dia memberikan fokus pada perkara tersebut, yang mana getaran yang dikeluarkan oleh gelombang fikirannya menarik kembali kedalam realiti hidupnya tenaga-tenaga berbentuk apa yang sering diberi perhatian olehnya: Lelaki yang ingin dihindari/ kekecewaan dalam percintaan/ Ditipu!

Jangan salahkan takdir dengan mengatakan Allah yang telah mentakdirkan ke atas diri kamu untuk melalui kekecewaan itu.

Maksud Ayat:

“apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
(An Nisa' : 79)

Maksud hadis Qudsi:
Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia berprasangka
dengan apa yang ia inginkan.

( penulis: bukan dengan yang ia risaukan atau khuatirkan)
Riwayat At-Thabrani dan AlHakim.

Seterusnya aku memberi cadangan padanya untuk melakukan beberapa langkah bagi mengubah atau menukar cara dia berfikir dan berusaha memberikan fokus pada apa yang diinginkan dan disukai olehnya.

Aku mencadangkan supaya dia menulis senarai ciri-ciri yang menjadi lelaki idamannya dengan detail dan lengkap.

PASANGAN YANG IDEAL DENGAN DIRIKU

1.TINGGI : LEBIH DARI 1.55M

2.BERAT : 65KG , SIHAT ZAHIR BATIN

3.WAJAH : KACAK, HANDSOME, MANIS

4.SIKAP : BUDI BAHASA, BERTANGGUNGJAWAB, BAIK HATI, HORMAT ORG TUA, PENYAYANG, KELAKAR, BERIMAN DAN MEMPRAKTIKAN KEIMANANNYA, JUJUR, SPORTING, POSITIF, RAJIN KE DAPUR DAN MENGEMAS RUMAH, PEMBERSIH DAN RAJIN

5.KARIER : KERJA OFFICE HOUR...

6.USIA : LEBIH TUA 33-44THN...

7.HUBUNGAN : AKU MENYAYANGI DIA SEPENUH HATI

DIA JUGA MENY AYANGI AKU SEPENUH HATI

AKU BOLEH MENERIMA KEADAANNYA DENGAN IKHLAS SEADANYA.

DIA JUGA MENERIMA *KEADAAN DIRIKU DENGAN IKHLAS SEADANYA.

*KEADAAN: KELEBIHAN, KEKURANGAN, KELEMAHAN, KEISTIMEWAAN


8.KELUARGA: PENERIMAAN KELUARGA KEDUA BELAH PIHAK ADALAH HARMONI

9.PERHUBUNGAN : KEKAL KE AKHIRAT.

Ketika ciri yang ke 3 dibincangkan, Ayuni membantah dan berkata padaku: Bro, saya tak kisah, kalau tak hensem pun tak pe, asalkan baik dan bertanggungjawab.

Disini aku bertanya padanya, jika dia diberikan pilihan apakah pilihan dirinya sendiri. Dia menjawab, tentulah yang handsome!..tapi rasa macam malulah nak mohon macam tu pada Allah.

Aku bertanya semula, nak minta suami yang handsome kamu malu, tapi setiap hari mohon dimasukkan kedalam syurga, kamu tak rasa malu pulak?

Nikmat mendapat suami handsome tu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan nikmat Syurga, entah berapa ratus juta kali ganda besarnya, tapi yang itu kamu tak ada rasa malu pun? kenapa nak mohon perkara kecil macam tu kamu rasa malu? dan kita kena faham, Pemberian Allah tu Maha Luas, Abundance, bukannya tak cukup, atau cukup-cukup, Dia boleh beri kamu lelaki yang handsome, dan dimasa yang sama lelaki itu wara', baik dan bertanggung jawab. kamu kena percaya dan fikir begitu.

Dia tak menjawab, cuma tersenyum dan mengangguk-ngangguk (berfikirlah tu agaknya)

Setelah itu, aku mencadangkan padanya supaya melakukan solat hajat sekadar yang termampu dan membacakan senarai tulisannya itu didalam solatnya. Setelah itu, aku juga mencadangkan supaya dia membaca senarai itu tidak kurang dari 20 kali sehari dan sentiasa melakukan beberapa affirmasi yang dirasakan sesuai dengan situasi dirinya. Apa pun aku ingin dia sentiasa 'husnuzzon' bahawa dia telah bermohon pada Allah, Allah telah memakbulkan doanya, dan dia kini berada dalam proses 'menerima' permintaannya. Langkah-langkah seterusnya seperti komitmen dan 'bersedia menerima /receiving steps' juga telah kubincangkan dengannya pada pertemuanku yang seterusnya.

Yang nyatanya, dia benar-benar melakukan segala cadangan tersebut dengan bersungguh-sungguh. Apa salahnya mencuba, bukannya kene keluar modal pun..

Selepas pertemuan kedua, aku tidak mendengar apa-apa berita dari Ayuni, aku hanya berdoa agar dia beroleh ketenangan dalam hidupnya.

Hampir 2 bulan selepas itu, aku menerima panggilan telefon dari Ayuni..

"Assalamualaikum, busy ke bro?.."

"Waalaikumsalam..tak busy pun, Ayuni..lama tak dengar khabar?..macamana sekarang?"

"Entahla bro, saya nak bagitau ni, ada masalah sikit"

"Owh..apa halnya, share lah (dalam hatiku...husnuzzon..jgn fikir apa2 yang tak elok)"

"Macam ni..step yang bro ajar tu power betulla...sekarang ni ada 3 org lelaki yang tengah bagi perhatian kat Yuni..tiga2nya ada ciri2 yang hampir sama je dgn apa yang yuni tulis tu.."

" oops..3 orang?..ha..bagusla tu, whats the problem?"

"Yelah, tak tau nak pilih la pulak sebab tiga2 hensem, baik, dan berbudi bahasa, rasa sayang lak nak pilih..."

Aku tertawa kecil mendengarkan. Aku menasihatinya supaya melakukan istikharah dalam hal-hal yang sedemikian. Pertengahan tahun itu aku menerima kad jemputan kahwin daripada Ayuni dan dialamatkan ke rumahku. Kepada: Sifu Loa..Thanks for your advice..

Syukur Alhamdulillah...Allah Maha menyayangi sekalian hambaNya.

Jodoh, Ajal dan Kelahiran adalah ketentuan Allah, akan tetapi kita diberikan akal dan pilihan untuk berikhtiar.

Maksud Hadis:

Dari Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW:

Menurut Tsauban r.a sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak ketentuan Tuhan melainkan DOA.” - Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.

Wallahuaklam

artikel asal oleh taalidi (arjunasetia)




artikel 2
Tajuk: Another 'ayuni' and her success affirmation


Lama juga perbualanku dengannya melalui telefon sebentar tadi. Apa pun, aku dapat merasakan 'vibration'/getaran kegembiraan dan kesyukuran dari nada suaranya. Syukur pada Allah, Amisya telah selamat melangsungkan pertunangan 2 hari lalu dan bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini, InsyaAllah.

Tak dinafikan, selain dari affirmasi dan memberikan fokus pada apa yang diinginkan, Amisya melakukan banyak ikhtiar dan usaha, tetapi diiringi dengan semangat dan perasaan yang optimis, dan husnuzzon pada Allah, yakin dia berada dalam proses menerima apa yang dipinta. Aku merasa sangat gembira mendengar berita ini dan mendoakan semoga Amisya berbahagia dan beroleh pemeliharaan dan baraqah Allah didalam rumahtangga yang bakal dibinanya.

Tetapi, apa yang menarik perhatianku ialah, situasi Amisya hampir sama dengan Ayuni, (rujuk semula artikel 'Saya Dah Terfikir nak Bunuh Diri!)dimana ada 3 orang jejaka yang hampir menepati ciri-ciri yang diimpikannya muncul dalam hidupnya sebelum dia membuat pilihannya sendiri. Selain dari itu, ada sesuatu yang baru dikongsikan oleh Amisya yang juga amat menarik sekali;

"Bro, bila dah berlaku perkara ini, baru saya teringat peristiwa yang lama iaitu sewaktu saya masih di IPTA...

Semasa saya masih study dulu, bila kawan-kawan sebut pasal jodoh, entah macamana saya selalu berkeinginan supaya

'lelaki yang akan menjadi suamiku ialah lelaki pertama yang menghadiahkan senaskah alQur'an'.

Selalu saya menegaskan perkara ini pada kawan-kawan, hingga mereka naik muak dan kadangkala dengan berseloroh mereka akan berkata ' iya, aku dah tau, bakal suami kau ialah orang lelaki pertama yang hadiahkan kau naskah Al-Qur'an"

Tapi itu cerita lama, saya sendiri sudah seakan terlupa dengan perkara itu, hinggalah setelah tamat pengajian dan bekerja sekarang ini, dan ketika mula mengamalkan kaedah affirmasi yang bro ajar ni. Dan ketika saya sedang membuat pilihan dan istikharah antara 3 orang jejaka ini (termasuk tunangannya sekarang), dia (tunang) menghadiahkan saya senaskah Al-Qur'an. Ketika ini baru saya teringat kata-kata saya dulu dan saya terus bertanya pada dia, apakah rahsia disebalik menghadiahkan saya naskah Al-Qur'an ini?

..dia (tunang) menjawab: Dari dulu lagi saya selalu berniat,

'wanita yang bakal menjadi isteriku adalah wanita yang hatiku tergerak untuk memberikan naskah Al-Qur'an sebagai hadiah!'


Menarik sekali! Apa yang dapat saya fahami, dari persepsi hukum tarikan, mereka berdua berada didalam frekuensi yang sama dan sebenarnya Amisya telah membuat doa dan affirmasi lama dahulu lagi, dan hanya menunggu masa yang sesuai dan terbaik di sisi Allah untuk memberikan apa yang dipinta oleh Amisya.

Tahniah Amisya, 'Selamat Pengantin Baru' dari saya, moga ikatan jodoh anda berkekalan hingga ke akhirat. Amin

Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH:
TIDAK ADA DAYA DAN UPAYA KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH


sumber: Husnuzzon dan hukum tarikan