Selasa, 31 Mac 2009

Kaitan personaliti dengan binatang


Berikut merupakan kaitan antara personaliti kita dengan makhluk Allah yang lain berdasarkan kajian yang telah dijalankan..sekadar buat pengetahuan,tak paksa korang percaya pun...kaitan dengan personaliti ya bukan kaitan binatang tersebut dengan paras rupa,nanti ada yg mengamuk pula..

Januari 01-09 ~ Anjing

Januari 10-24 ~ Tikus

Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing

Februari 06-14 ~ Merpati

Februari 15-21 ~ Kura-kura

Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet

Mac 13-15 ~ Singa

Mac 16-23 ~ Tikus

Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing

April 04-14 ~ Harimau Bintang

April 15-26 ~ Tikus

April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet

Mei 14-21 ~ Merpati

Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus

Jun 04-14 ~ Kura-kura

Jun 15-20 ~ Anjing

Jun 21-24 ~ Monyet

Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus

Julai 10-15 ~ Anjing

Julai 16-26 ~ Merpati

Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet

Ogos 16-25 ~ Tikus

Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati

September 15-27 ~ Kucing

September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet

Oktober 16-27 ~ Kura-kura

Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa

November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing

Disember 17-25 ~ Monyet

Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman
yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.


Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu
kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.


Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan
kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.


Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak
tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang
begitu berhati-hati memilih teman.


Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan
disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.


Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan
menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!





Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri.. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. HmmmâEURO|kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang
adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka car i.


Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap
langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan

Beza antara cinta,sayang,suka,dan minat


Bagi mengelakkan berlakunya kekeliruan hati yang tak tahu puncaya terhadap seseorang bolehlah baca artikel ni...moga kita dapat membezakan antara sayang sebagai sahabat ataupun sayang sebagai kekasih

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

Isnin, 23 Mac 2009

Aku hanya ingin jadi org baik



Aku hanya mahu jadi orang yang baik,
Malakukan kebaikan supaya
Orang lain dapat manfaat..
Jika aku tak mampu..
Janganlah kiranya aku buat kejahatan..
Atau kejahatan dalam kebaikan..
Biarlah aku diam andai aku belum bersedia..
Kini ku lemah
Namun tak pula aku ingin lemah untuk selama-lamanya..
Aku harap aku kan kuat..
Dan aku mohon sangat-sangat..
Biar aku jadi kuat untuk buat kebaikan..
Dengan itu aku berusaha..
Dan Engkau saja tempat aku mengadu..
Kerana Kau teman yang setia Ya Allah..
Redhailah aku..


From:Iluvislam

kenangan PPIM sem 1 & 2...








































































































































Tentang kita

Peter Pan - Semua Tentang Kita

waktu terasa semakin kelabu

tinggalkan cerita tentang kita

akan tiada lagi kini tawamu

tuk hapuskan semua sepi di hati

reff: ada cerita tentang aku dan dia

dan kita bersama saat dulu kala

ada cerita tentang masa yang indah

saat kita berduka, saat kita tertawa

teringat di saat kita tertawa bersama

ceritakan semua tentang kita

repeat reff




Lagu ni khas utk shbt d luar sana...memang waktu ni merupakan zaman kemelut melanda..semuanya masih tercari-cari tentang apa yg berlaku...ada juga yg bingung seperti aku..tersepit antara hati dan minda..lantas mendiamkan diri,,,namun tetap gusar melihat ia berlaku.

Dalam melayari kehidupan kita tidak dapat lari daripada masalah dengan sahabat..adakalanya ia terlalu pedih namun hanya dipandang sepi,kerana ia sahabat yang disayangi..dulu aku boleh terima siapa saja jadi sahabt,tp sekarang ia seakan menjadi fobia kerana terlalu banyak yg t'jadi..aku tak dpt terima org yg kita dah anggap sahabat sanggup menyakiti...terlalu pedih rasanya..tapi kita kena merasionalkan diri..hidup tidak selalu cerah...diri tak selalunya yg tertinggi..

Awal tahun ni aku dah d uji dgn masalah ni..tapi x apa kalau org nak benci atau meluat dgn kita..sebab dia ada alasan yg tersendiri..org ada hak utk x puas hati dgn kita...sbb kita bukannya sentiasa yg terbaik..akhirnya aku diam n sepi.tunggu dn lihat apa yg terjadi,apapun yg terjd aku terima dgn berlapang hati..Baru2 ni timbul pula mslh baru dgn kwn sekolah ku dulu...sedih yg teramat sangat,kerana dia pernah menjadi sahabatku..dan terbaru taufan melanda,sedih juga sbb kwn2 ni lah tempatku mengadu dan melepas kerinduan dengan keluarga yg jauh nun di sana..jd kekuatan tika aku rs berseorangan..

Hehe..sentimental pula aku kali ni,tapi takpa lega sikit rasanya...Jika kita memandang segalanya dari Tuhan maka akan damailah hatimu...carila hikmah yg tersembunyi,bukan hanya menjadi hakim diri sendiri..tp hakim kepada semua..melihat bukan hanya dr sudut hati sendiri,kerana di luar sana masih ada hati yg ingin difahami...Hanya Allah yg mengetahui...so jgn buat ramalan yg melampaui batas diri..kerana kemudian hari sentiasa menanti sebagai hukuman diri..

Jumaat, 20 Mac 2009

Apa yang anda buat jika marah & tension...


Marah adalah perasaan yang sungguh aku benci,aku juga sangat takut dengan org yang pemarah,macam aku berhadapan dengan harimau jadian.Aku juga tak suka org marah yang t'jerit-jerit macam org tak ketentuan.Apa dia ingat dia ja yg boleh menjerit...Dulu kalau ayah atau mak marah,aku mesti menangis...sampaila org kat sekeliling aku rasa meluat tengok aku yg suka menangis ..dan bila dewasa lain pula jadinya...asal nak marah aku mesti menangis,bukan sebab tak puas hatike tak dapat nak balas balik ke...tapi sebab aku amat benci dengan perasaan marah..so siapa yg nak kawan dengan aku mestilah bukan seorang yg pemarah...kalau pemarah tapi pandai pujuk takpa..klu buat dek macam kambing je...baik tak payah..buat sakit hati and perasaan je...



klu aku marah atau tension aku suka...

1.menangis,kadang-kadang tak sedar pun air mata tu jatuh sendiri...macam air ja

2.Hehe..fevretku bila tension...makan banyak2,terutamanya makanan pedas..rasa macam lupa sekejap masalah tu

3.Ketawa terbahak2 macam org tak pernah gelak...puas hati aku

4.Tidurrr...lepas tidur mesti ok..

5.main dengan kucing....nila binatang yg selalu buat aku dan mak bertengkar..selalunya mak aku cakap macam ni 'Ha ni lagi budak perempuan ni,pagi2 dah kucing,belum sarapan ,belum berus gigi dah kucing" ataupun macam ni "Anak kau ni tak pandai diam,klu tak makan mencuri..klu tak mencuri tidur.Nnt rumah kucing tu siap kau tinggal sekalila dgn anak2 ko tu" aku pula jawab mcm ni "Kesian cucu2 mak ni"...dan perang pun bermula..

6.Melukis...walaupun tak teror,aku nak melukis juga...dulu aku pernah lukis potret,tapi dh lama tak berkecimpung,tangan pun dah jadi kebas..lukisan pertama aku waktu umur 4 tahun ialah doremon...bangga gila aku bila abang tampal lukisan aku kat dinding rumah bersama lukisan2 yg lain..tp aku tak puas hati juga..sbb lukisan aku di tampal just 6 jengkal dari lantai rumah je,sama tinggi dgn aku wkt tu.

7.Jalan-jalan...untuk meredakan marah yg melampau aku akan jalan2 sorang2 atau dgn kwn2..klu kat kampung biasanya ke kebun atau ke rumah nenek aku,kat kebun aku akan mencari sebanyk mungkin buah-buahn yg boleh d makan ataupun mengejar burung n ayam...ni biasanya aku buat dgn adik bongsuku...satu-satunya adikku..

8.Termenung panjang...dalam termenung tu aku akan membayangkan yg aku tgh mmbelasah habis-habisan org yg buat aku marah...ataupun fikir semula kenapa aku marah.

9.Astagfirullah...biasanya aku akan beristigfar selepas sebakul sumpah serana aku luahkan..lepastu..hehe..lepastu...menangisla..

10.Kalau aku betul dah marah n tension terutamanya dgn seseorang...aku just diam jak...mls nak pening2 kan kepala...sbb kepalaku pun ada satu jak kena jaga baik2.daripada tengok muka org yg tengok muka kita mcm tengok penjahat..baik tengok sandal aku lagi cantik ada reben2...


Anda pula bagaimana..?tepuk dada,buka minda ,tanya diri,teroka hati...

Khamis, 19 Mac 2009

Kisah cinta..

Nampak tajuk macam jiwang je...tapi tak la jiwang mana pun.Apatah lagi pengalaman(bocor cerita aku tak laku) just sebagai panduan.Cinta adalah fitrah manusia,kita hidup pun kerana cinta.Cuma destinasinya akan kemana atau bagaimana kesudahannya.Cinta teragung bagi seorang muslim tentula cinta kepada Allah.Dulu waktu kawan aku gaduh dengan pakwe dia,dia terus duduk menangis kat depan aku yang tengah melantak megi Kari.Dia pun cakap macam ni.."Sal jaga la cinta Sal tu buat orang yang sebenarnya".Aku blur juga waktu tu,tapi demi menjaga hati kwn kesayangan aku ni,aku pun pujukla dia."Takpela kita makan megi dulu,lepas ni tidur sekejap,lepastu okla tu".Hehe..itula jawapan yang boleh aku bagi pada masa tu...nak cakap lebih-lebih susah juga.Seseorang pernah berkata manisnya cinta itu bila diluahkan pada tempat dan masa yang betul.



Di sebuah pulau yang kecil, tinggal pelbagai jenis benda-benda abstrak seperti Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya. Mereka hidup bersama dengan bahagia.Suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu hingga air laut naik dan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau berusaha menyelamatkan diri.

Cinta bingung dan risau kerana dia tidak pandai berenang dan tidak mempunyai perahu. Lalu ia berdiri di tepi pantai cuba untuk mendapatkan pertolongan. Air pula semakin naik membasahi kaki Cinta.Tiba-tiba kelihatan Kekayaan mengayuh sebuah perahu.

“Kekayaan! Tolonglah aku!” jerit Cinta penuh harapan.

“Maafkan aku Cinta, perahuku telah sarat dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu bersama, nanti perahu ku ini akan tenggelam" jawab Kekayaan lalu cepat-cepat mengayuh perahunya pergi dari situ. Cinta sedih menahan sebak.

Tiba-tiba kelihatan Kegembiraan mengayuh sebuah lagi perahu, malangnya Kegembiraan terlalu alpa hingga tidak mendengar teriakan Cinta.Air semakin tinggi membasahi Cinta hingga ke pinggang. Cinta semakin panik. Tidak lama kemudian Cinta nampak Kecantikan.

“Kecantikan! Tolonglah aku! Bawalah aku bersamamu!”, teriak Cinta.
“Wah! Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tidak dapat membawamu, nanti kamu akan mengotori perahuku yang indah ini.” jawab Kecantikan.Cinta kecewa lalu ia mula menangis terisak-isak. Saat itu datanglah Kesedihan.

“Oh, Kesedihan, bawalah aku bersamamu,” rayu Cinta.
“Maaf, Cinta. Aku terlalu sedih..aku cuma ingin bersendirian…”jawab Kesedihan lalu terus mengayuh perahunya dari situ. Cinta putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan mula menenggelamkan nya. Pada saat itulah tiba-tiba terdengar satu suara.

“Cinta! Cepat! Cepat naik ke perahuku!” Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dalam sebuah perahu. Cinta bersegera naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Tiba di sebuah pulau terdekat, orang tua itu pun menurunkan Cinta dan cepat-cepat pergi dari situ.

Pada saat itu barulah Cinta sedar yang ia langsung tidak mengetahui siapa orang tua yang telah menyelamatkan nya itu. Cinta segera bertanya kepada seorang penduduk pulau siapakah gerangannya orang tua tadi.

“Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu.” jawab penduduk disitu. “Tapi, mengapa ia menyelamatkan aku? Aku langsung tidak mengenalinya. Bahkan teman-teman yang mengenali aku pun enggan menolongku” tanya Cinta penuh kehairanan.

“Sebab...” kata orang itu.“..hanya Waktu lah yang tahu menilai harga sebuah Cinta itu..."

and it takes no time to fall in love but it takes you years to know what the love is~

From:celik dot com

Khamis, 12 Mac 2009

Dedikasi buat seorang abang


Edisi kali ni khas untuk abang aku,Abang Udin yang berada di Universiti Malaya kerana tetap prihatin dengan nasib adik dia yang suka menyusahkan...



Haritu aku telefon Abang Udin nak pinjam duit dia ,sebab zaman kemiskinan aku dah bermula..dengan urusan ptptn yg x pernah selesai and bayaran 'cukai-cukai' tambahan...memang buat kepala serabut..Abang aku pun kata,yg dia pun dah pokai tinggal 80 lebih je...kecewa rasanya nak minta dengan mak,malu pulak..



Tiba-tiba esoknya Abang aku bank in kan duit ke dalam akaun aku..duit yang dia ada tu kami bahagi dua..padahal aku tahu dia pun nak guna duit juga..alahai Abang Udin...aku menolak..nak tahu dia cakap apa..aku ni lelaki kat mana2 pun boleh hidup...kau tu kena makan..nanti menangis pula...



Itulah Abang Udin aku...banyak lagi yang dia korbankan untuk aku selama ni..cuma dia je yang tak bagi nampak secara terang-terangan...adakah aku akan temui orang yang macam abang aku ni nanti?Yang boleh jaga aku seperti Abang aku..yang layan aku bukan sebagai puteri tapi sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan yang adakalanya perlukan bimbingan...Wallahualam..cuma waktu ini aku lebih selesa berada di bawah jagaan abang dan disamping keluarga tanpa terikat dengan apa-apa hubungan..

Di saat aku tension..


setelah beberapa hari tak menjenguk diari bergerak aku ni akhirnya ada juga masa aku di tengah ketensionan menyiapkan assignment yang berlambak-lambak bagai laporan kes baai polis.Tapi Alhamdulillah...dah hampir selesai...cuma kurangkan tidur dan berbual je...and mengkhayal.


Dalam menyiapkan assignment yang berlambak,terjadila kisah menyayat hati dalam kehidupanku di kampus comel ini....aku jatuh dengan kepala yang terhempas ke bucu almari...waku bangun subuh haritu tiba-tiba kaki jadi kejang,tanpa sempat berpaut kat mana-mana aku pun jatuh macam nangka busuk .Firsttu tak rasa sangat sakitnya,bila terasa kepala berdarah barulah rasa sakit sikit2....nak tahu aku buat apa...tidurla balik...


Lama juga aku jadi bengong seketika...asyik baring je nak menaip pun tak dapat,pening punya pasal.Lepastu menangis macam budak-budak tak dapat aiskrim...nasibla Allah telah kurniakan aku kawan2 yang baik hati.Terima kasih buat Ayu,Aini and Ain yang sudi menjenguk aku..siap bawa makanan lagi.Benarla kata orang Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.Memang tak makan la aku kalau Aini tak bawa makanan haritu..


Sejak haritu asal sentuh je bekas luka kat kepala aku,aku mesti teringat assignment aku...teringat,lain kali jangan buat last minit..padan dengan muka sendiri.

Isnin, 2 Mac 2009

Cerita Ratu Balkis

Waktu zaman kanak-kanak dulu,aku selalu baca koleksi buku ayah aku…antara cerita yang aku suka sangat baca ialah cerita Nabi Sulaiman dan Ratu Balkis…jom baca..

Kisah Nabi Sulaiman Jin: Golongan Jin Iri Hati Dengan Ratu Balkis

Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperoleh keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh berbicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.

Firman Allah, “Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, “hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurniaan yang nyata.

” Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai dilembah semut, berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu.

Katanya, “Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”(An-Naml: 16-19)

Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?” “Sebesar biji gandum,” jawabnya. Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu. “Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman. “Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupakepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.

”Nabi Sulaiman, walaupun ia sangat kaya raya, namun kekayaannya adalah nisbi dan terbatas. Yang Maha Kaya secara mutlak hanyalah Allah SWT semata-mata. Nabi Sulaiman, meskipun sangat baik dan kasih, namun yang Maha Baik dan Maha Kasih dari seluruh pengasih hanyalah Allah SWT semata. Dalam diri Nabi Sulaiman tersimpan sifat terbatas dan kenisbian yang tidak dapat dipisahkan.

Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.

Golongan Jin Iri Hati Dengan Ratu Balqis

Ratu Balqis adalah seorang wanita yang sangat cantik danmempunyai akal yang cerdas, oleh sebab itulah golongan jin merasa iri hati dengannya. Mereka mengatakan bahawa Ratu Balqis itu mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.Maka Nabi Sulaiman memerintahkan supaya para Jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu beliau menyuruh pula membangun sebuah mahligai yang dibuat dari kaca. Bahagian bawah mahligai tersebut dan kelilingnya mengalir sungai-sungai dengan berisikan ikan-ikan, di atas air itu dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongan tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Apakah ini singgahsanamu? Ratu Balqis menjawab: Mungkin! Ia tidak mengatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan. Tetapi tidak mengatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgah-sananya. Dari jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman as bahawa ia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman as menyuruh tamunya itu masuk ke dalam istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke dalam istana, ia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga ia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap. Nabi Sulaiman as melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aibpun seperti yang disampaikan oleh golongan jin.

Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis: “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya: “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.

Kemudian ia berkata seperti yang diungkapkan di dalam Quran, firman Allah SWT surah An Naml ayat 44 bermaksud: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman as. Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari Jumaat.

Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman as. yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang-binatang buas sebagai buruhnya dan para malaikat sebagai utusannya.

Nabi Sulaiman as mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya terbuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak. Jika tenteranya berbaris di padang itu, maka panjang barisan itu tidak kurang dari seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuatkan untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani tersebut terdapat dua belas ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kursi daripada emas dan perak, kemudian duduk diatas tiap-tiap kursi tersebut seorang yang alim dari ulamak Bani Israil.

Pada setiap hari dimasak kira-kira seribu unta, empat ribu lembu dan empat puluh ribu kambing. Nabi Sulaiman juga mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.

Firman Allah SWT:
“Para jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendaknya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku.” (Saba’: 13) Begitu besarnya nikmat dan kelebihan Nabi Sulaiman as. Namun begitu kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad SAW yang beriman, di dalam Syurga nanti disediakan tempat-tempat tinggal dan darjat, kebun-kebun, sungai-sungai dan buah-buahan. Didalamnya diperolehi segala sesuatu yang menyenangkan jiwa dan mata. Didalamnya juga terdapat sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh fikiran manusia.

Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad SAW di dalam Syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Sulaiman as. Malah lebih baik, kerana Syurga adalah tempat yang abadi. Didalamnya tidak ada matahari, kesejukan, kesakitan, kesusahan serta lain-lain penderitaan. DiSyurga adalah tempat yang abadi, kesenangan tanpa batas, pemberian tanpa dihitung, penerimaan tanpa ditolak.

Ada Syurga yang dinamakan dengan Darussalam, di dalamnya mempunyai keselamatan tanpa adanya kebinasaan, kenikmatan tanpa malapetaka, kecintaan tanpa permusuhan, kemuliaan tanpa kehinaan serta bermacam-macam lagi kenikmatan yang sukar untuk diungkapkan.

Kemudian Syurga Jannatunna’im. Sesungguhnya bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka Syurga kenikmatan. Didalamnya para hamba-hamba-Nya bertempat tinggal, para nabi menjadi sahabatnya, tinggal kekal dalamnya dengan kurnia yang berlimpah ruah. Tidak ada kesusahan didalamnya, terdapat bidadari cantik dan jelita, mahligainya tinggi dan tempat yang luas.

Syurga Firdaus, disediakan bagi orang-orang yang tidakmenyekutukan Allah SWT dengan sesuatu, menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat, tidak membuat kemungkaran serta menjalankan segala yang diperintahkan Allah SWT. Allah SWT menjadikan penghuni Syurga ini sebagai kekasihNya.

Didalam Syurga Firdaus terdapat empat sungai, iaitu sungai dari air tawar, sungai dari air susu yang tidak berubah rasanya, sungai dari air arak yang lazat rasanya dan sungai air madu. Didalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil, Zanjabil, Rohiiq dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu Al-kaafuur dan Al-kautsar. Di dalamnya juga diperolehi segala sesuatu yang tidak pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati.

Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai, ditempat yang disenangi disisi Tuhan Yang Berkuasa.” (Al-Qamar: 54-55)