Rabu, 28 Oktober 2009

gambar khas untuk budak bnk-empathy batch

Alhamulillah akhirnya siap juga gambar bdk2 bnk ni..gambar ni aku buat dr awal sem lagi..panjg ceritanya..

firsttu saja nak belajar photoshop,adalah bbrp gambar p'cubaan yg aku buat..lama2 terfikir nak buat yg lebih besar..akhirnya aku ambekla gambar wajah2 bnk utk dicantumkan semua..sbenrnya aku saja nak belatih nak cut gambar tu..aku buat bila letih bt asgmnt..wkt2 borink..

cabaran nak siapkan gambar ni mmg byk..aku terpaksa menjelajah friendster, facebook, minta ngan org la,yg aku curi dr empati batch pun ada jg..sebenrnya aku x ada simpan gmbr bdk lelaki kelas empati..adalah sikit,gmbr2 program yg pernah aku ikut..lepastu aku pun curilah dr friendster org kelas kita..jenuh buka page semua..

gambar lain yg payah nak dpt..gmbr chun,radhia ngan izuani...ni sampai ngan org pun x dpt..nmpknya aku kena b'gambar lebih byk ngan diorg...hehe..bila dah hbs bt semua..adalah pulak org kelas yg xda dlm gambartu..korang tolong cari boleh..?boleh lagi klu nak tambah, tp x dpt dikesan..ha...ada lagi gambar yg hampir tertinggal..dah brp kali aku kira jumlah bdk lelaki dlm gmbrtu..tp jumpa 19 je...sapa lg satu ni???lama juga aku cr..rupanya gmbr wan yg xde..akhirnya jumpa la jugak..


hari ni bersamaan 28 .10.2009 akhirnya siap jugala benda ni..minta maaf pd yg xda gambar..tapi klu dpt dikesan masih boleh d tambah..ikut kerajinan ye..


Selasa, 27 Oktober 2009

Sujud cinta seorang hamba

www.iLuvislam.com
muslimah single93
Editor : GonjengPO


Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu

Sabtu, 24 Oktober 2009

Kesengsaraan. musibah dorong insan gigih perbaiki hidup..

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

ALLAH menciptakan alam ini sarat dengan ujian sebagai kelayakan untuk melahirkan insan paling baik amal, tinggi nilai kesabaran, jitu darjat keimanan dan yang terpuji akhlak. Neraca piawaian yang menjadi pertimbangan di sisi Allah ialah kualiti bukan kuantiti amal.

Firman Allah bermaksud:
“Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang bertaubat)”. (Surah al-Mulk, ayat 2)

Kehidupan dunia pada umumnya dihiasi pelbagai rentak dan ragam manusia. Ada wajah ceria yang penuh tawa ria dan ada pula wajah muram yang penuh tangisan dan duka. Kebahagiaan dan kesejahteraan adalah wajah dunia yang menjadi impian setiap insan, manakala musibah dan kesengsaraan amat digeruni setiap makhluk. Yang pasti setiap makhluk pasti melaluinya berdasarkan ketentuan Ilahi yang Maha Berkuasa. Kedua-duanya ujian Allah untuk menguji, menapis dan memilih di kalangan manusia yang beriman, beramal dan bertakwa ke hadrat Allah.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sungguh menakjubkan sifat dan keadaan orang mukmin, seluruh urusan kehidupannya mengandungi kebaikan dan hal berkenaan tidak terdapat pada orang lain. Orang mukmin jika diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, kemudian dia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, sebaliknya jika dia ditimpa musibah, kemudian dia bersabar maka hal yang demikian juga kebaikan baginya. (Hadis riwayat Ahmad)

Perlu diinsafi ujian Allah ke atas makhluk-Nya pelbagai jenis sama ada berbentuk nikmat atau musibah. Kenyataan ini menolak tanggapan dan pemahaman umat Islam yang menyempitkan skop ujian Allah kepada musibah dan bala.

Kurniaan nikmat, kesenangan, kesihatan dan kemewahan harta termasuk senarai ujian Allah terhadap makhluk-Nya. Kehidupan yang dilalui setiap manusia tidak terlepas daripada pasang dan surut, senang dan susah, sukses dan gagal serta gembira dan sedih.

Oleh itu, manusia dibekalkan Allah kemampuan fizikal, kecerdasan akal dan hati nurani untuk menyesuaikan diri mendepani kesulitan dan musibah yang dihadapi. Kadangkala timbul persoalan di fikiran apakah makna hakikat kesulitan dan musibah yang menimpa manusia dalam kehidupan.
Jika direnung secara mendalam realiti kesulitan dan musibah, ternyata ia menjadikan manusia semakin kuat dan tabah menghadapi kehidupan. Tanpa kesulitan dan musibah tidak wujud istilah kemajuan dalam kehidupan manusia.

Perlu diingat manusia ialah makhluk berilmu dan terpelajar kerana mampu belajar daripada kesulitan dan seterusnya mencetuskan inspirasi menjadi lebih kuat serta maju kerana berjaya melepasi halangan sepanjang hidupnya.

Tanpa kesulitan, tidak ada erti kekuatan intelek manusia berbanding makhluk lain, malah tanpa musibah, keupayaan intelek mati dan akhirnya menghilangkan identiti manusia dalam kehidupan penuh dinamik dan inovasi.

Kesulitan hidup jika dilihat daripada sumber kehidupan sebenarnya adalah jalan pendakian menuju ke puncak keredaan Ilahi dan kebahagiaan sejati.

Oleh itu, setiap insan jangan mengeluh dan berputus asa, apatah lagi mencaci maki segala musibah. Sikap mengeluh dan berputus asa hanya menghancurkan kemampuan manusia sedia ada, malah setiap keluhan hanya menyebabkan kesulitan terasa semakin berat dan payah untuk dihadapinya.

Justeru, musibah dan kesulitan hidup dihadapinya dengan penuh kesabaran sebagai langkah menuju keredaan Allah.

# sabar itu penting...

ujian satu penilaian

sumber: BH 9 May 2009

APABILA seseorang itu tiba-tiba mendapat kesusahan, kegagalan dalam perkara tertentu atau ditimpa musibah berat dalam kehidupan, mereka menganggap Allah sudah tidak sayangkan mereka. Lebih jauh daripada itu, ada berani mengatakan Allah telah berlaku zalim kerana diberikan kesusahan.
Anggapan demikian tidak benar. Mereka tidak sepatutnya berprasangka tidak baik terhadap Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menganiaya atau berlaku zalim kepada hamba-Nya.
Allah sentiasa bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)

Firman Allah lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)

Sebenarnya jika ada kepayahan dan kegagalan berdepan dengan sesuatu perkara yang mungkin membuat kita kecewa dan putus asa, itu adalah pengajaran. Ada sesuatu yang perlu kita renungkan dan sekali gus pelajari daripada kepayahan atau kegagalan itu kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.
Menurut Jaddal Atiff dalam tulisannya, hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh didikan langsung daripada Allah melalui ujian-Nya.

Sehubungan itu, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Musibah tidak datang begitu saja tanpa ujian. Allah menurunkan musibah (besar atau kecil) untuk menguji hamba-Nya sejauh mana mereka tabah, sabar dan reda.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, ada ujian untuk kesabaran, ujian untuk bersyukur, ujian untuk memberi petunjuk, ujian sebagai hukuman, ujian sebagai cubaan, ujian untuk memajukan diri dan ujian supaya mendapat pahala. Siapa yang tidak merasakan ujian atau musibah, maka dia tidak mengetahui tahap nilai dirinya.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab: Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Sementara itu, Anas meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Jelaslah Allah menimpakan musibah kepada seseorang anak Adam itu ada hikmah dan ujian-Nya. Justeru itu sesiapa yang ditimpa musibah hendaklah sabar menghadapinya.
Firman Allah yang bermaksud:
“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 96)

Oleh itu, apabila berhadapan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan reda serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.

komen aku: skrg ni mmg ujian x putus2 dtg bertimpah, apa yg termampu berusaha sebolehnya dan tawakal kepada Allah..moga aku sentiasa tabah, dan menerima setiap ujian dgn redha..Allah adalah segalanya..

Khamis, 22 Oktober 2009

Durian merah..

durian merah??adakah durian ini ditikam hingga mengeluarkan darah dan terus b'warna merah...haha..acah jak..betul..hari ni aku nak cerita pasal durian merah yang terdapat di sabah (mcm ckg tadika pulak)..sama jak dgn durian biasa cuma warna yg b'lainan..kulit durian ni warna oren, isinya pulak warna merah. Biasanya org buat tempoyak lepastu tumis ngan bawang sikit..kalau bab2 masak durian ni, masakan pacik akula paling sedap..pacik aku ni bestla..dia tau je apa yg aku suka makan...asal berkunjung rumah dia,dia terus panggil aku kat dapur makan ngan dia..dia cakap klu nak malu2 lain kali pegi rumah dia bawa gula dan nasi sendiri..haha..so, buangkanlah malu anda..dia masak sedaaaappp..(alamak keluar tajuk pulak)

biasanya durian ni tumbuh kat kawasan sandakan dan kk (k.kinabalu), bukan semua org sabah kenal, sebilangan kecil sahaja..makanan ni popular dgn suku kaum kadazan dan sungai..tapi ada juga beberapa org cikgu aku dari kelantan yang suka giler makan durian merah ni...melebih-lebih pulak dari aku..buah ni x gugur sendiri mcm durian biasa, klu nak durian merah ni kena panjat ataupun buatlah apa yg patut supaya dia jatuh..durian ni takkan jatuh sendiri ye...

okla ni gambar durian tu...kalau x percaya jugak..pegilah kat sabah..tambang tanggung sendiri..









Selasa, 20 Oktober 2009

Hidup bahagia dengan lebih positif..

hidup ini kena selalu positif, negatif tu boleh juga tp x boleh selalu sbb yg susahnya diri sendiri juga..tengok mcm aku, sejak dua menjak ni suka fikir yg negatf. Betapa ruginya hari2 yg berlalu, dunia dah x seindah biasa..cee..jika kita berfikiran positif hidup akan lebih ceria, perjalanan akan semakin lancar..dan fikiran akan lebih bebas berfikir..betul tak?

pesan seorang tok guru dalam Laskar Pelangi..
"Hiduplah dengan memberi sebanyak2 nya, bukan hanya menerima sebanyak2 nya"

seorang kakak pernah nasihat aku dulu..
'jika org lempar kita dengan tahi sekalipun. cubala membalas dengan memberi sejambak bunga..mgkn dia masih x tahu indahnya hidup kalau kita berbuat baik"

ada juga yg marah..
"k.sal ni, cubalah buka sikit minda tu..ee...ni fikir satu arah je..fikirlah yg terselindung sikit"haha..ni ayat org tengah geram ngan aku ni..x salah apa yg dia kata..kadang2 tu kita kena juga fikir yg terselindung..tapi, cukupla kita tahu, dan biarkan sahaja selagi ia x mengganggu kefungsian hidup...kan...kan..kan..klu ia mengganggu pun, biarkan jelah..lama2 ia akan semakin hilang..klu difikirkan terlalu dalam, takut diri sendiri yg merana..

dan satu lagi, untuk hidup lebih positif kita mesti jadi seorang yg pemaaf..walaupun itu bknla diri kita yg sebenar, kena beljr juga..hati yg payah utk meminta maaf ataupun memaafkan org lain akan cepat berasa dlm gelisah dan x tenang..hari2 berapi2..syaitan pun mulalah jeling2 nak cucuk jarum..

tapi mmg sush nak jadi positif, tapi itulah salah satu asas kebahagian...bila lagi nak ajar diri jd positif..rasionalkan fikiran, seimbangkan dengan kelogikan.. dan dasarinya dengan nilai kehidupan dan keagamaan..pujukla hati utk menjadi lebih positif..

dgn ini, saya ingin meminta maaf kepd semua yg pernah terasa ngan segala yg pernah aku lakukan..hehe..ayat sedih ni..mgkn sepnjg menulis blog ni, ramai yg terasa, sorylah kadang2 emosi x menentu..waktu2 x normal tu mulalah tulis yg merapu2..bila baca balik, mcm buat malu kat diri sendiri pulak...x patut..x patut..sory ye...sory banyak2 ni..berjuta2 lemon..oleh itu terimalah sebuah lagu dr aku (bkn aku yg nyanyi ye) utk semua pengkritik tetap blog aku ni..

Bukan Bintang Biasa
Artist : BBB
OST : Bukan Bintang Biasa


Once upon a time ada sebuah bintang
Yang bersinar terang di hatimu
Ku akan datang lagi menjemputmu dengan cinta
Kan kubagikan semua bintangku
Kumiliki bintang, bukan bintang biasa
Ku bisa hapuskan semua dukamu
Ku tak akan menghilang, slalu ada di hatimu
Memberi bintang hanya untuk cinta

Reff
Dan yang terbaik selamanya bersama
Akan kubagikan bintangku demi cintamu
And when you keep on believing
Thousand ones can be sees by running
The miracles can do things though can’t do
Kumiliki bintang, bukan bintang biasa
Ku bisa hapuskan semua dukamu
Ku tak akan menghilang, slalu ada di hatimu
Memberi bintang hanya untuk cinta
Dan yang terbaik selamanya bersama
Akan kubagikan bintangku demi cintamu
And when you keep on believing
Thousand ones can be sees by running
The miracles can do things though can do
Dan yang terbaik selamanya bersama
Akan kubagikan bintangku demi cintamu
And when you keep on believing
Thousand ones can be sees by running
The miracles can do things though can’t do
The miracles can do things though can’t do

download lagu kat bawah ni..

lagu bukan bintang biasa

Bayi al-Quran

cerita hari ini, jeng...jeng...jeng..satu email telah diposkan ke emailku ptg ni..kalau rajin..bacalah..

Assalaamu'alaikum w.b.t....... Subhanallah, satu lagi keajaiban telah ditunjukkan oleh Yang Maha mencipta. Di wilayah Dagestan, Russia, ada seorang bayi yang baru berusia 9 bulan, lahir bersama tanda lahir berupa ayat2 Quran dan hadith yang mengandungi nama Allah di bahagian2 tubuhnya.

Pada mulanya keluar nama Allah di bahagian dagu sebaik sahaja budak lelaki itu lahir. Kemudian muncul pula ayat2 itu di bahagian belakang badan, lengan, kaki dan perut. Di bahagian kaki pernah tertulis yang bermaksud "Allah pencipta segala sesuatu". Yang mengujakan lagi ialah, tanda2 itu sentiasa berubah2, 2 kali seminggu.

Seperti muncul ayat lain pula menggantikan ayat yang sedia ada. Budak yang bernama Ali Yakubov itu akan merasa tidak selesa ketika perubahan2 ayat itu berlaku dan akan menangis dan suhu badannya akan naik.

Pakar medik pun masih tidak dapat menjelaskan keadaan sedemikian. Walaupun begitu, mereka menafikan bahawa tulisan2 itu ditulis oleh manusia pada kulit.

Ibunya yang bernama Madina, mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan agama Islam sebelum ini. Sehinggalah kepada kejadian kelahiran pada bayi mereka ini.

SUBHANALLAH .......
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" Surah Fushshilat : Ayat 53




berita yg sama juga, tp dr sumber yg berbeza
Dagestan – Pelik tapi benar, seorang bayi laki-laki mengejutkan doktor yang merawatnya. Pasukan doktor ini kehairanan setelah tulisan ayat-ayat Al Quran muncul pada kulitnya.

Peristiwa unik ini terjadi di Dagestan, berdekatan dengan Chechnya, di selatan Rusia. Ibu bapa kepada bayi Ali Yakubov yang baru berusia sembilan bulan tersebut turut terkejut ketika tulisan Allah muncul di dagunya, sebaik kelahiran anak tersebut.

Sejak itu, munculnya tulisan-tulisan Arab yang bertebaran di punggung, lengan, kaki dan perutnya. Menariknya, keluarganya mendakwa, selalu ada tanda-tanda sebelum ayat-ayat baru muncul, dua kali dalam seminggu.

Seperti dilaporkan The Sun, pihaknya tidak dapat menjelaskan peristiwa misteri Ali Yakubov, tapi mereka menolak dakwaan tulisan ini ditulis oleh seseorang pada kulit bayi ini.

Ibu Ali Yakubov, Madina berkata, dia dan suaminya bukanlah penganut Islam yang taat, sehinggalah ayat-ayat Al Quran itu muncul di kulit bayi mereka.

Sebelum ini, mereka menyembunyikan keadaan bayi mereka, tapi akhirnya menceritakan hal ini kepada doktor mereka. Sekarang Ali Yakubov menjadi perhatian masyarakat Muslim di wilayah Dagestan.

Salah satu pemimpin Muslim di Dagestan, Ahmedpasha Amiralaev berkata, “Anak ini petunjuk asli dari Tuhan. Allah mengirimkannya ke Dagestan untuk menghentikan perang dan ketegangan di republik kami.”

Madina menambah, “Biasanya tanda-tanda ini muncul dua kali dalam seminggu, hari Isnin dan malam antara Kamis dan Jumaat. Ali selalu merasa sakit ketika itu muncul. Dia menangis dan suhu badannya naik.”

“Tidak mungkin dapat memeluknya ketika hal itu terjadi. Tubuhnya bergerak aktif, jadi kami hanya meletakkan dia di tempat tidurnya. Sangat menyiksakan ketika melihat dia menderita,” ujar Madina.

Sumber : The Sun

Isnin, 19 Oktober 2009

kesedihanku..

Kali ni aku nak cerita sedih, oleh kerana aku dlm kesedihan sekarg (sedihla konon) kerana diri yg terlalu byk diperbodohkan aku nak cerita sesuatu peristiwa sedih yg berlaku seminggu sebelum hari raya..

seminggu seblm raya merupakan hari sibuk bg aku jugalah, sebelum raya tu kena hantar 3 asgmnt..org lain berhempas pulas mencari malam lailatur qadar, aku pula berhempas pulas menyiapkan asgmnt yg ntah bila nak habis..biasanya aku tidur sekejap sekitar jam 1 hingga 4 pagi...jam 4 tu kena bangun, buat apa yg patut dan sambung semula buat asgmnt..lepastu kena bt p'sediaan pulak utk sahur..

hari tu, lepas je kelas malam..ntah kenapa aku rasa mengantuk yg teramat sangat..aku pun mencapai bantal peluk yg paling aku sayangi itu dan memulakan aktiviti yg paling aku suka..hehe..tidurlah..tidak lama kemudian (agak lama jugalah) aku rasa diri bagai berada di rumah sendiri (rumah kat kampung), dari jauh ku lihat ada seorg lelaki m'hampiriku..semakin lama semaikn hampir..ayah!!..aku t'kejut, bukankah ayah...air mataku mula bergenang..ayah menghampiriku dengan senyuman yg sungguh menenangkan jiwa..wajahnya yg kelihatan bercahaya dgn memakai kopiah putih,t-shirt dan kain pelikat..aku hanya memandang ayah,kelu lidahku tiba2..tau tak aku sangat rindu dgnnya tika ini..

aku menegur ayah.."ayah buat apa kat sini, ayah kan"..tak sanggup aku nak menyebut..ayah hanya tersenyum dan memandangku yg masih terkulat2..

"ayah nak tengok anak2 ayah, tapi sekejap jak, ayah kena balik lepas ni"..aku menangis m'dengar kata2 ayah..kalau boleh aku nak ayah selama-lamanya di depan mata, tapi semua ini sdh ketentuan tuhan..aku kena belajar melepaskan, kerana semua ini milik Allah,,aku cukup bersyukur dapat melihat ayah walaupun seketika..ayah memandangku lagi sambil tersenyum....tiba2 ayah hilang tanpa sempat aku bertanya dan mengucup tangannya..

selama 3 hari berturut-turut aku mimpi hal yg sama..dan selama 3 hari itu juga aku bangun dan menangis sesungguh-sungguhnya...aku rindu ayah aku..apa khabar ayah aku di sana? bagaimanakah keadaannya..?..aku takut kerana kesilpan kami, ayah tak tenang di sana, ayah menderita di sana..Ya Allah berikanlah kesejahteraan utk ayahku di sana..jgnla kerana kami ayahku terseksa..

# adakah mimpi aku ni ni hanya rekaan fantasiku yg terlalu rindukan ayah atau benarkan ayah betul2 datang melawat kami malam itu?...Wallahhualam..hanya Allah yang mengetahui..buat yg berada di luar sana, jgn biarkan org yg kita sayangi menderita kerana kesilapan yg kita lakukan...hrgaila ia..

tersentuh hatiku..

tengah aku syok menonton tv sambil mengunyah biskut dan air kosng...tiba2 aku terdengar suara bertengkar kat bawah rumah..aku pun malaslah nak menyibukkan diri..tapi suara itu semakin lama semakin kuat..ni x boleh jadi ni.Aku pun berlalu ke singki utk mengisi air paip dlm botol mineral, seleps memakai tudng aku turun ke pintu pagar..nak mengintai..

aku lihat sesuatu..ibu itu agak ketakutan dgn mata yg meliar ke kiri dan kanan..cdgnya nak simbah jak dengan air tadi,sbb memekak mlm2,tp x sanggup pulak..lama aku lihat ibu itu,tiba2 kepala anknya tersembul meliht ku yg sedang memanggil ibunya..mata bening ibutu seakan menyatakan yg dia dlm kelaparan..

aku naik semula..nak bg mknn,mknn dah habis aku makan..tu pun setengah pinggan jak..lantas aku mencari balang2 kuih yg bertimbun atas meja..dapatla beberapa keping kuih..aku keluar menghampiri ibu itu...comelnya anak dia..waktu aku nak menggapainya..tiba2 ibunya marah, dan anaknya terus menghampiri semula ibunya..apa punya mak..bukannya aku nak belasah anak dia,aku hanya nak bg makanla..aku x kira..aku terus menyambar anaknya,ku belai kepalanya yg agak berserabut.kemudian kuberikan kuih raya tersebut..maknya jelng2 aku tau...nak minta la tu..hehe..aku bgla maknya juga..

tiba2 aku teringat bbrp artikel berita siang td...kejamnya manusia itu..anak yg x berdosa bukan sahaja diseksa,dibuang merata,malah ada yg mencekik bayi sendiri kerana kesalahan yg dibuatnya tnp pernah m'gunakan otak yg waras..sedih...apala dosa anak itu...sedangkan kucing yg aku jmp ni pun tau nak sayang anak,nak pegang sikit pun nak marah2..nikan pulak manusia yg sempurna akalnya..tp rasanya x sempurna akal kot..

walaupun kucing ni xda rumah,takda tempat berteduh..ada jg perasaan dia nak cari tempat yg sesuai utk letakkan anak dia,supaya takda yg ganggu,takda yg nak aniaya..klu boleh org tengok pun taknak..baru jak beranak harini..dah memanjat sana sini cari makanan..yg manusianya pulak (spesies manusia ni lain skt ya)..lepas jak bersalin terus panjat pagar masjid..ataupun berlari-larian nak buang anak..nak sembunyikan anak..hui..mmg andalah penjenayah akhirat yg dicari2 selama ni..tggula bila semuanya terbentang depan mata,baru nak menyesal itu dan ini..baru pada muka,dgn body2 sekali...

Ahad, 18 Oktober 2009

cerita merepek hari ini..

Hari ini..
Aku bangun awal..
Nak mula hari baru..
Nak mula cerita baru..

Hari ini..
Setelah sekian lama terperuk..
Akhirnya aku keluar melihat mentari..
Cahaya itu masih ada untukku..

Hari ini.
Aku keluar mencari..
Setelah satu sem x makan, menanti tom yam yang x datang2..
Akhirnya aku mengorder sendiri hari ini..

Hari ini..
Sahabat lama muncul kembali..
Setelah ghaib 5 tahun tanpa cerita..
Tapi cerita takkan berubah..
Itu yg aku pasti..

Hari ni…
Aku nak set banyak2..
Berjalan atas kaki sendiri..
Kena habiskan pengajian dgn jayanya..
Lepastu aku nak tabur bakti kat negeri sendiri..
dan bahagiakan org yang disayangi..

Hari ini..
Aku akan mencari cintaNYA..
Cinta yang semakin menyepi..
Tuhan berikanlah aku cinta…
Cinta kepadaMU yang kekal abadi..
Sakit yangku rasa biar jadi penawar dosaku..

# Dan hari ni buat sekian kalinya aku demam lagi…hehe..tu yg banyak merepek.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Motivasikan diri anda..

artikel : Hidup mahu menguji kita
sumber : iMotivasi
penulis :Syuqeri

artikel ini telah diposkan ke email pd 29.09.2009,marilah sama2 memotivasikan diri..'bangunla dr tidurmu' terutamanya buat fa,su,min,aini,abu,diri sendiri dan semua yg membaca artikel ini...hehe..

Banyak perkara berlaku sekarang ni, terutama perubahan cuaca. Sekejap panas, sekejap hujan. Sekejap jerebu sampai naik kering tekak dibuatnya. Namun, yang pasti, semua itu berlaku semata-mata mahu menguji kita. Ia menguji keimanan kita, emosi kita juga tahap motivasi kita. Kesusahan adalah satu ujian. Kesenangan juga adalah satu ujian kepada kita- cemana kita handle dan cemana kita buat yang terbaik, make the best of it.

Kita cepat lalai bila kita dah senang. Kita cepat menyalahkan takdir bila kita susah. Sebagai manusia beremosi, itulah kelemahan kita. Maka, kita kena bijak mengawal emosi supaya kita boleh menarik situasi-situasi yang boleh membuat kita berjaya, bekerjasama dengan orang-orang yang membantu kita mencapai kejayaan dan bertemu perkara-perkara yang membuat kita cepat mencapai kejayaan. Latih diri untuk tidak selalu menyalahkan - menyalahkan orang, menyalahkan situasi, menyalahkan perkara atau menyalahkan sesuatu benda. Jangan komen dan jangan banyak songeh. Lalui saja, kemudian jangan berhenti memfokus kepada apa yang kita mahu capai, iaitu matlamat kita.

Ujian akan menjadi sementara bila kita laluinya dengan sabar dan tenang. Andai kata kita menggelabah, marah atau tertekan, ujian yang datang makin bertambah bertimpa-timpa. Memula kita anggap ujian, tapi tertekan punya pasal, kita anggap ia satu musibah. Last-last, motivasi kita hilang entah ke mana. Apa-apapun yang mendatang, apa-apapun yang berubah disekeliling kita, apa-apapun emosi yang menguasai kita, nak menghadapi semua tu pendirian kita kena teguh. Jiwa kita kena kuat.

Menikmati kejayaan dan kecemerlangan, kita perlu bersedia menghapi apa jua yang mendatang walau cemana pun rupanya - susah atau senang. Mulai hari ini, jangan mudah lalai bila kita sudah berada di tahap selesa, kemudian jangan mudah terkasima bila ujian diturunkan buat kita.
Kita mesti tahu apa yang kita nak capai dalam hidup dan apa peranan kita, barulah kita boleh mencemerlangkan diri kita dalam apa jua yang kita lakukan.


# so, respon diri mcm mana??belajarla utk menilai diri sendiri sebelum menilai diri orang lain..'hidup adalah perjuangan'...berhentilah seketika jika ia terlalu meletihkan..jgn lupa bgn semula kerana hidup mmg begini...dan kita lah PEJUANGNYA,bkn org lain..tawakal kpd Allah itu amat penting..

Menjadi diriku..

Menjadi Diriku
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku milik

Back to *)

# aku takkan jadi bintang...cukuplah aku hanya ingin jadi mutiara di lautan, walau di dasar lautan jika ia mulia ia tetap berkilauan...hanya mampu memberi yg terbaik dari dasar lautan, walau ia tak kelihatan..

Jumaat, 16 Oktober 2009

semoga Allah memberi khabar gembira buat mereka..

Dua hari ni, aku telah menjalankan aktiviti 'penghantaran orang' ke stesen bas Tanjung Malim..tit...tit...dalam masa setengah jam aku dah sampai stesen bus, barulah aku belek seluruh badan, tengok klu pakaian mencukupi..tgk cermin pun tak sempat..Alhamdulillah semua mencukupi, cuma sedih kedua-duanya hanya sempat ku lihat dr jauh...dan dua-duanya kes yg sama..aku pulak yg nak menangis..pengalaman itu membuatkan kita lbih faham akan situasi org di sekitar kita..

buat kwn2 semua doakanlah agar Allah memberi khabar gembira bagi mereka berdua juga seluruh keluarga mereka..doakanlah yang terbaik bagi insan yg mereka sayangi..biarlah diorang tau yang kita masih ada di samping mereka..jgn di tambah beban yg ada..fahamila mereka..fahamila mreka..ish..ish sedih pulak..kenapa harus dibatukan hati tika ini, bila ia amat memerlukan kita..aku merayu buat kesian kali..aku merayu dengan sepenuh hati...

# kes masih dirahsiahkan...xxda kebenaran dari pihak yang berkenaan..cuma doakan yang terbaik bagi mreka...terima kasih semua..

Penghibur hati..

hari ni di tengah ribut asgmnt masih melanda aku masih sempat nak cerita sesuatu..

beberapa hari dan minggu ni merupakan hari getir bagi seorang aku...banyak perkara yang berlaku..walaupun sudah terlalu letih,kena juga selesaikan semua...takut tak sempat,ajal x tahu bila akan datang...cee..ayat sedih pulak,bukan ayat minta simpati ya..aku pun x atahu apa yg aku buat..semua dilakukan berdasarkan gerak hati seorang wanita...cee, sekali lagi..dan tawakal ke atas Allah...biarlah dia yang menentukan..kita tak boleh buat keputusan yg betul2 pasti..kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik bagi hambanya..

dalam keadaan begini, aku lebih byk melepak kat rumah (tempat utama-bilik akula..20 jam sehari)..sembang dgn akak rumah..tercongok mcm tunggul kayu,sambil merenung siling..tapi mcm manala aku boleh selalu lupa nak makan ni...adakah aku menghidapi derium?Nauzubillah..tu pun bila akak rumah dah mula tegur..tdr berapa jam je, makan pun tak..bukan jarang,tapi x makan (bebel beliau)..nampaknya aku dah mula lupa rutin harian..kriteria jenis apa pulak ni..tu maksudnya aku terlupa diri sendiri..aku dah mula tak paduli dr sndr...jgn..

dan aku terdengar sebuah lagu yang membuatkan aku terharu hingga bercucuran air mata..lagu yg selalu akak rumah aku pasang..dua 3 hari aku hanya m'dengar..tdk lama kemudian aku pun pg la mnt kat akak tu..tajuk dia Muhasabah Cinta..dari edcoustic..dan aku telah jadikannya lagu tema blog aku..aku pun memulakan pencarian...dan aku telah jatuh cinta dgn kumpln dan lagu2 kmpln ni....

ni serba sedikit pasal kumpulan tu...sumber yg x tau kebolehprcyannya...tp okla kot
asal indonesia..sebuah kmpln nasyid indie yg menggunakan musik pop dgn sentuhan akustik..kmpln ni semakin popular di kalangan penggemar nasyid kerana konsep keagamaan yang dibawa agak ringan dan mudah difahami..

lagu2 kumpulan ni best bangat..rugi klu x dengar,jgn lupa dengar ya..antara lagu2nya..
# nantikan aku di batas waktu
# sebiru hati
# aku ingin mencintaMu
# berubah
# sejuta arif
# dan banyak lagi

buat fa...ha jgn lupa dgr 'nantikan aku di batas waktu'...mu pernah tanyakan apasal aku letak dlm ym..dan buat semua sahabat di luar sana aku tujukan lagu 'cinta berkawan' dr edcoustic..hehe..mcm lagu aku pulak..dan buat diriku sendiri aku tujukan lagu 'menjadi diriku'..haha..dah xda yg bagi...bg utk diri sendirilah..





Rabu, 14 Oktober 2009

muhasabah cinta...

Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Selasa, 13 Oktober 2009

ceritaku..

aaa...aaa...aku macam dah nak muntah translate journal ni...tolong aku wahai penduduk dunia...nak tukar bahasa satu hal...nak faham istilah2 pengukuran satu hal pulak..hari ni ada 3 asgmnt kena hantar malam pulak ada test...aaa...aaaa nak jawab ape ni...

nasiblah mak kesayangan aku bg ceramah free haritu...klu tak...mak aku cakap dgn lemah lembutnya sperti diolag ni...

"begitula klu nak belajar, kalau nak senang takyah belajar...kat rumah ni...rumput semua dah tinggi...belakang rumah pun dah mcm belukar.."...itulah ayat power mak aku yg buat aku m'geleng dgn laju..penuh dgn simbolik...bukannya nak sombong2...baik aku pegang pencil,lagi comel...hehe..dulu selalunya ikut mak ngan ayah p kebun..ingat aku tak pandai kerja kebun...??..


sempat jg aku merepek di tengah kekalutan...cepat5x nak b'siap hntar asgmnt...

Ahad, 11 Oktober 2009

geng pengembaraan bermula..

hehe...edisi terbaru..aku keluar dari liputan upsi selama 2 hari 1 mlm ke satu kawasan untuk mencari ketenangan..bersama...adlh sorang budak sengaltu..

cite lebih lanjut ade kat blog dier..best sangat dapat jumpa tok dan wan baru..di tengah kerinduan dengan mak dan ayah aku..akhirnya aku temui kasih sayang itu di sini...dikala aku dilanda masalah yg datang bertimpah-timpa, kasih sayang diorang membuatkan aku terfikir sesuatu, masih banyak benda penting yang perlu difikirkan berbanding masalah2 yg memenatkan ni..aaa...sedih pulak..teringat kat mak dan arwah ayah aku..

bersama budak sengaltu..aku melantak beberapa biji durian dan rambutan sampai demam2..yg bestnya opah siap bukakan kulit manggis utk aku...hehe..jgn jeles..malamnya keluarga haikal datang...haikal yg romantik,siap suapkan keropok kat aku lagi..erti kata lain aku dgn budak pelik tu hanya buka mulut je sepanjang menumpang kasih kat rumah atuk...

sedihnya bila dah nak balik tanjung Malim....atuk siap kirimkan kitorg 10 ringgit seorg...TAPI, malangnya...sekali lagi budak pelik tu buat sesuatu perkara yg ganjil lg ajaib...boleh pulak dier beli kereta mainan utk aku ngan dirinya...dahlah tak boleh naik, buat sup pun tak kenyang...

apapun...terima kasih kat atuk and opah...dan buat budak sengal tu juga...sebab waktu aku 'jatuh' dia yg banyak bagi aku semangat untuk terus meneruskan kehidupan seperti biasa..walaupun kiri kanan dah menyalahkan aku...dia tetap ada di sisi...thank u su...walaupun adakalanya kata2 dier tu tak boleh pakai juga...hehe..jgn la marah pompuan oi...

Hidup adalah perjuangan

Sabtu, 10 Oktober 2009

내 심장이 망가 졌어요. 난 더 이상 상처 받고 싶지 않아



Perjalanan hidup ini masih terlalu panjang untuk aku susuri,ntah berapa banyak lagi perkara yang perlu aku lalui…aku mula hilang khudrat,namun tetap meneruskan langkah walaupun terpaksa merangkak sendirian..memikul galasan yang ntah dari mana..namun aku harus akui ia terlalu berat untuk aku pikul akhirnya aku mengalah diperjalanan…terasa jiwa terlalu lemah untuk menahan cabaran kehidupan..aku sudah terlalu letih,terlalu penat…hingga mula hilang khudrat…kenapa aku di letak sendirian di tengah-tengah menghadapi, bila dua arah menyerang,menyalahkan…tahukah betapa sakitnya???

Entah kenapa…hati yang terlalu aku jaga ini,tiba-tiba berderai ibarat kaca…dan aku hanya mampu melihat..aku tidak ingin diraih simpati apatah lagi minta dicantumkan kembali…bukan itu yang aku mahu..aku hanya ingin jangan lagi ditambah,jgn lagi dirosaki..kerna aku tak sanggup sakit lagi,menangis acap kali…aku masih boleh mencantumkannya sendiri dan tak perlukan bantuan sesiapa….tapi akan ku kenang detik dan kata-kata yg menghiris hati hingga aku jatuh begini…dan aku tak akan berpaling lagi..

Akhirnya aku temui kemarahan dan kebencian itu…hilanglah sebuah janji dan kepercayaan diri…aku tak pernah lari,dr dulu aku berjuang utk org lain..hingga jd begini...biarlah…biarlah aku sendiri...aku masih mampu b’juang sendirian..masih ada insan yg sudi mengiringi perjuanganku..

삶에 가야합니다. 그것은 당신에게 진실을 생각하고있어. 이기, 당신은 다른 사람을 아프게하고 다치게 할 수 없어. 당신은 책임이 방법을 배워야만 당신 인생을 결정. 당신이 한 모든 주셔서 감사합니다. 감사합니다

Khamis, 8 Oktober 2009

keistimewaan wanita 1..





Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.
Istimewanya Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid

lagu 'hadiah' dari seorg kawan.

Byul / Byol / Star Lyrics (200 Pounds Beauty OST)
Singer: Youme / Romanization by Kreah

param-kyori cha-ngeu-rheun-teul-go
nae kiman-han cha-gun naye bang wi-ro
arum-taun-ke pyul-bit-durun
kaduk chae-wo-chuneyo
sel-su-obshi manhunt pyul-tu-reun
ji-chyo-in-nun na-reul oru-man-chimyo
nae mam-soge katok tamun
nun-mul tak-ka shu-neyo

man-hyi apa-ha-ji-ma
nal kkung anun-chae
tado-kyojumyo chal-jara
wero-hae ju-neyo

goshi mo-thal man-kum
hime gyowa apa-wado
nun-muri a-peul kar-yowado
gatchi-mothan nae sarang apedo
na usul-lae-yu
cham-shira-do gyote
haeng-bo-khaet-don giok-turul
ga-sume gan-ji-khal-kkeyo
tunune sunoh-a-jin
cho pyol-deul-cho-rom yongwonhi

kkumul kku-deut taka-uneyo
yu-nu-nhi-do balkun naye byol hana
nunbu-shi-mi panjja-gimyo
okkae-wiro naer-yo-wa

jakku sulpo-hajima
son kkong chabun-chae
nal manchyo-jumyo
tta-seu-hi nal kamssa-shu-neyo

goshi mo-thal man-kum
hime gyowa apa-wado
nun-muri a-peul kar-yowado
gatchi-mothan nae sarang apedo
na usul-lae-yu
cham-shira-do gyote
haeng-bo-khaet-don giok-turul
ga-seum-soge gan-chikhal-kke-yo
tunune sunoh-ajin
cho pyol-deul-chorom ooohhhh

na onul-manun anu-royu
nun-muri kadokchowado
chogi cho byol-deul-chorom
na u-seul-lae-yo ooohhhh
haeng-bokhaet-don giok-modu
ga-sume gan-ji-khal-kkeyo
tunune sunoh-a-jin
cho pyon-deul-cho-rom
yongwonhi

Translation of Youme’s version:

the wind is shaking the windows,and over my small room,
the stars fill up the sky, shining brightly too many to count,
the stars reassure tired me
they wipe away the many tears that are deep inside me

don’t be hurt too much..they hug me tight and pamper me
and comfort me,
telling me to go to sleep

though I’m exhausted to the point where I can’t walk
though my tears blur my vision
I’ll still smile in front of my love that I’m not able to get

Even though our happy times were short, I’ll treasure it deep inside my heart
like those countless number of stars, forever

My dream is coming. though it is unusual that my one star is bright
it is very bright, even blinding..it comes down to my shoulder
stop being so sad..it holds my hand as it touches me
and gives me a warm hug

though I’m exhausted to the point where I can’t walkthough my tears blur my vision
I’ll still smile in front of my love that I’m not able to get

Even though our happy times were short, I’ll treasure it deep inside my heart
like those countless number of stars, forever

Only for today, I won’t cry though my eyes fill with tears
I want to laugh like those stars
Oh~ I want to cherish all my happy moments deep inside my heart
Like those countless number of stars, forever


*lagu ni best..adela sorang kawan tu bagi kat aku wkt tingkatan 6 dulu..
sampai skrg pun lagu ni ttp best bagi aku..

Selasa, 6 Oktober 2009

sebuah perenggan yg merepek..




'Aku nak balik,bila la boleh balik ni...aku nak lari jauh,biar x yg mencari,biar tiada lagi yang memandangku mcm penjenayah dunia yang paling dikehendaki..biar semua terhenti di sini, tiada lagi cerita seterusnya..tiada lagi kesilapan yang berulang...dan aku tak perlu lagi menyakitkan orang lain..aku keliru...aku keliru bila dipersalahkan...aku STRESS..aku mohon supaya DIA memadam semua kenangan,biar hidup seperti asal..aku nak balik jumpa mak aku,makan dgn kakak aku,gaduh dgn adik dan abang aku..buli kucing aku...aaa...tolongla aku nak balik...haha..betulkan aku telah merepek sepanjang 1 perenggan..yg penting tak lama lagi aku dah boleh balik kampung....pengorbanan itu penting utk diri dan org lain,yg penting kita tau alasan kita...sekian...'