Sabtu, 6 April 2013

Gembira di sini...:)

Lama tidak update blog kesayangan..busy dengan pelbagai tugasan...dengan anak-anak yang semakin membesar, macam-macam perangai...mereka kehilangan ibu secara tiba-tiba..ketika masih belajar untuk berjalan dan meneroka...terputus belaian ibu, dan diganti dengan belaian manusia...dalam sehari kalau tak nampak muka aku mungkin demam meow2 ni...jadi penat macam mana pun kena luangkan masa jugala dalam sejam atau 2 jam untuk belai2 diorang ni...

Buka pintu bilik ja, semuanya menyerbu memanjat-manjat badan aku...tu belum gigit2 kakila, tanganla, rambut la....sabar ja la...nanti besar, bila sudah berani, mereka mungkin tinggalkan aku juga....oh, sedihnya, harap mereka akan sentiasa mengingati ibu angkat mereka ni....

Tentang sekolah baru ku, duduk di sebuah bilik yang menjadi tumpuan para murid...rasa macam pasar ikan bilik aku ni, tapi kena diingat murid adalah klien utama bagi setiap guru (ini pesan pengetua untukku)....di sini la terkumpulnya 4 orang hero sekolah...2 orang kaunselor, dan 2 orang lagi pembantu kaunselor...tu belum masuk guru disiplin, guru sukan, guru KH, yang selalu melawat bilik kaunseling kami...memang hidupku dikelilingi dengan kumbang-kumbang dan suami orang....hehe

Tapi mereka sangat baik bagiku...banyak yang aku pelajari dari mereka...bukan sahaja tentang selok belok pendidikan, malahan juga tentang hidup...minggu pertama aku di sekolah, hampir setiap hari dapat makan free...aku tidak pernah rasa tersisih la dengan diorang ni, apa yang diorang makan itu juga yang aku makan...walaupun mereka ni garang tahap super saiya, tapi setiap hari ada sahaja lawak yang diorang buat...memang aku tidak rapat dengan guru perempuan, mau buat macam mana, aku duduk di bilik kaunseling, bilik pula tempat lepak guru-guru lelaki...jadi kena terima dan tahu jaga diri...tapi apa yang aku ingin katakan memang best!..kurang karenah...hohohoho

Aku gembira di sini, walaupun aku tau ada insan-insan yang kurang senang...tapi, ignore ja la, nanti fikir tentang mereka kita yang yang rugi...aku buat kerja aku, kau buat kerja kau...kan senang...macam tiada kerja lain mau anti dengan orang...hehehe...apapun terima kasih buat hero-hero bilik kaunseling yang banyak membantu dan membawa kegembiraan buatku di sekolah ni...semoga Allah memurahkan rezeki mereka di dunia dan akhirat....:)