Selasa, 29 Disember 2009

berakhirnya cuti2 sem ku...

Assalammualaikum…

Wa….lama aku x jenguk blog aku ni, hampir dua bulan kot..minta maafla ya blog..

Semester baru dah pun mula…tp aku mcm xde mood jak..asyik teringat kampung halaman yg nun jauh di sana…cee…teringat pulak pesanan anak buah aku hari di mana aku dah nak balik kampus…dia suruh aku belikan dia aiskrim..hu..ingat sabah ngan semenanjung ni mcm melintas sungai jak kot….alahai anak buah tersayang aku ni…sedih pulak bila teringat kat dia…anak buah aku ni la yg t’sgtla berani kutuk mak cik dia x cantik…(anak buah aku ni memang rabun ayam skit…kekekeke..)

Di awal sem ni kena renew niat semula…ntah dah ke mana tersimpang…otak pun dah mereng2…cuti sem baru2 ni, adalah cuti sem yg t’best bg aku…byk benda yg aku buat ngan family teutamanya ngan adik n anak buah aku…paling teruk bila mak aku marah sbb panjat pokok…(dah lama tinggalkan bakat terpendam)..hehehe…paling best ialah p’tandingan memancing antara aku ngan adik n anak buah aku…aiyo…aku asyik kena gelak jak sbb umpan aku x laku di kalangan ikan2 kat kolam dpn rmh aku tu…wkt tu aku mcm nak terjun jak tanya ikan2 tu apasal x makan umpan aku..tp jgn risau,masih ada ikan yg sudi nak tengok aku...hehehe...yg bestnya lagi semua adik beradik aku balik kampung..lama dah x jumpa semua ..mak akula yg paling gembira sekali...



Sebenarnya terlalu byk yg telah Allah kurniakan kpd aku sepanjang kehdpn ini..terutamanya wkt cuti ni…rezeki kami sekeluarga dtg melimpah2…x kiralah kebahgianke, kegembiraan ke, makanan…dan byk lagi la…bila sendiri2 aku jd risau..risau aku ngan keluarga lupa diri…takut aku terlupa dan menyombong diri dgnNya tanpa aku sedari…moga iman yg terlalu nipis ini sentiasa terpelihara dan sentiasa bertambah..

Harapan aku moga di tahun baru ni ada perubahan positif yang berlaku dlm kehidupan aku…

Ahad, 15 November 2009

cerita Aisyah



Tengah2 nak kemas kini laptop aku ni..tiba2 aku terjumpa sebuah cerita yg aku tulis waktu sem satu dulu..bila baca balik...eh...x sangka ada bakat jugak aku ni dlm bidang penulisan (alamk t'puji diri sendiri pulak)..cerita tentang kisah 'anakku' yg hampir sama ngan cerita hidupku...cerita ni aku nak kongsi ngan semua yg membaca lah..yg x baca tu mcm mana nak kongsi..emm..bacala klu sudi...


Date:October,19 2008
Time:4.45 Pm

Sebelum masuk u aku sempat mengajar di sebuah tadika islam,tadika yg sungguh daif tapi mempunyai kasih sayang yang amat banyak antara tenaga pengajar dan pelajar. Di sana aku belajar banyak benda antaranya keikhlasan dan kekuatan hati. Betapa hidup ini bukan hanya mengharap keuntungan tetapi juga memerlukan sebuah keikhlasan yg tinggi untuk berkongsi sesuatu yg telah dianugerahkan Allah.Melayan karena si kecil adakalanya mencabar kekuatan hati,menuntut sebuah kesabaran yg tinggi. Bila berada jauh dari mereka baruku sedar betapa aku menyayangi dan amat merindui mereka.Mereka membuatku terhibur di saat kesedihan,di saat aku cuba melupakan sesuatu yg begitu lama mencengkam hati. Ya..mereka hanya insan biasa tapi setiap apa yg terlukis di wajah mereka memberi seribu erti bagiku. Dan aku juga guru paling muda waktutu..pening jugak sebb ank2 ni anggap aku sebaya ngan diorg (mcm kwn2)..hmm

Baru-baru ni aku mendengar cerita sedih yg berlaku pada seorang anak muridku,Aisyah. Ayah Aisyah telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan yg sungguh menyayat hati.Lantas memoriku melayang mengingati setiap detikku bersama Aisyah. Dalam usia seawal 5 tahun aku dapat melihat Aisyah banyak menyimpan sesuatu kenangan yg pahit,aku sering melihatnya termenung dan berkhayal dan bila aku memancingnya untuk menceritakan masalahnya dia hanya tersengih memandangku. Bagaimanakah penerimaan Aisyah tentang apa yg menimpanya? Aku tidak sabar bertemu dengannya. Lantas mindaku cuba mencari beberapa hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa Aisyah. Aku juga mengalami hal yg sama setahun yg lalu tika ayah pergi ke destinasi manusia seterusnya,ayah tidak meninggalkan kami Cuma sudah tiba masanya di mana ayah terpaksa ke destinasi seterusnya,waktu itu aku bagai tidak berdaya,semangatku jadi lemah..aku mempersoalkan mengapa ayah pergi terlalu awal di saat kami masih memerlukannya..otakku jadi lemah seketika.

Kini aku mula mengerti,ajal itu ketentuan Allah. Sepedih-pedih hatiku dalam merelakan pemergian ayah ada lagi insan yang lebih pedih. Allah meminjamkan ayah kepadaku selama 18 tahun,sementara Aisyah hanya 4 tahun. Dan sedar tak sedar jg aku telah byk melukakan hati ayah selama 18 tahunku bersamanya. Dulu aku tak puas hati mengapa Allah pinjamkan ayah padaku dalam waktu yg cukup singkat,aku tidak sedar yang suatu hari aku juga akan ke sana,kerana dunia bukan persinggahan yg abadi melainkan satu tempat untuk kita menambah amal ibadah,akhiratlah yang kekal abadi buat setiap makhlukNya. Apa yang ada di sekeling kita waktu ini hanyalah pinjaman semata-mata,terpulang pada kita untuk mengurus dan memikirkannya.sekarang persoalan yang perlu kita fikirkan bilakah giliran kita ke destinasi seterusnya? Adakah kita sudah bersedia ataupun menyerah dengan redha ke ‘penjara kehidupan’ yang sungguh pedih? Aku menghitung seketika apa yg aku miliki setakat ini untuk di jadikan bekalan tapi aku bagai mengira jumlah sebanyak jariku begitu sikit dan yg ada sungguh tidak berkualiti untuk dipersembahkan kepadaNya.

“Ya Allah sinarkanlah hidupku dengan keimanan kepadaMu..”

mengenali Ahmadinejad..







Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.
Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.
Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.
Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.
Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi.

Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

sumber:http://www.izoblog.com/

Rabu, 28 Oktober 2009

gambar khas untuk budak bnk-empathy batch

Alhamulillah akhirnya siap juga gambar bdk2 bnk ni..gambar ni aku buat dr awal sem lagi..panjg ceritanya..

firsttu saja nak belajar photoshop,adalah bbrp gambar p'cubaan yg aku buat..lama2 terfikir nak buat yg lebih besar..akhirnya aku ambekla gambar wajah2 bnk utk dicantumkan semua..sbenrnya aku saja nak belatih nak cut gambar tu..aku buat bila letih bt asgmnt..wkt2 borink..

cabaran nak siapkan gambar ni mmg byk..aku terpaksa menjelajah friendster, facebook, minta ngan org la,yg aku curi dr empati batch pun ada jg..sebenrnya aku x ada simpan gmbr bdk lelaki kelas empati..adalah sikit,gmbr2 program yg pernah aku ikut..lepastu aku pun curilah dr friendster org kelas kita..jenuh buka page semua..

gambar lain yg payah nak dpt..gmbr chun,radhia ngan izuani...ni sampai ngan org pun x dpt..nmpknya aku kena b'gambar lebih byk ngan diorg...hehe..bila dah hbs bt semua..adalah pulak org kelas yg xda dlm gambartu..korang tolong cari boleh..?boleh lagi klu nak tambah, tp x dpt dikesan..ha...ada lagi gambar yg hampir tertinggal..dah brp kali aku kira jumlah bdk lelaki dlm gmbrtu..tp jumpa 19 je...sapa lg satu ni???lama juga aku cr..rupanya gmbr wan yg xde..akhirnya jumpa la jugak..


hari ni bersamaan 28 .10.2009 akhirnya siap jugala benda ni..minta maaf pd yg xda gambar..tapi klu dpt dikesan masih boleh d tambah..ikut kerajinan ye..


Selasa, 27 Oktober 2009

Sujud cinta seorang hamba

www.iLuvislam.com
muslimah single93
Editor : GonjengPO


Di atas hamparan sejadah suci
Hamba menadah kedua telapak tangan ini
Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu
Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu
Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu

Hati hamba merasa hambar dan sunyi
Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati
Jiwa hamba kosong dan takkan berisi
Melainkan dengan redha
Yang Maha Mengetahui
Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu
Yang Maha Mengasihani

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari
Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat Ilahi
Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari
Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi
Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni
Sujud dahi hamba mencecah ke bumi
Tanda syukur hamba akan kebesaran Ilahi
Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi
Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari

Ya Rabbul Izzati…
Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??
Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri
Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani
Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai

Hamba amat mendambakan cinta dariMu
Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu
Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu
Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu
Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu

Sabtu, 24 Oktober 2009

Kesengsaraan. musibah dorong insan gigih perbaiki hidup..

Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

ALLAH menciptakan alam ini sarat dengan ujian sebagai kelayakan untuk melahirkan insan paling baik amal, tinggi nilai kesabaran, jitu darjat keimanan dan yang terpuji akhlak. Neraca piawaian yang menjadi pertimbangan di sisi Allah ialah kualiti bukan kuantiti amal.

Firman Allah bermaksud:
“Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya. Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang bertaubat)”. (Surah al-Mulk, ayat 2)

Kehidupan dunia pada umumnya dihiasi pelbagai rentak dan ragam manusia. Ada wajah ceria yang penuh tawa ria dan ada pula wajah muram yang penuh tangisan dan duka. Kebahagiaan dan kesejahteraan adalah wajah dunia yang menjadi impian setiap insan, manakala musibah dan kesengsaraan amat digeruni setiap makhluk. Yang pasti setiap makhluk pasti melaluinya berdasarkan ketentuan Ilahi yang Maha Berkuasa. Kedua-duanya ujian Allah untuk menguji, menapis dan memilih di kalangan manusia yang beriman, beramal dan bertakwa ke hadrat Allah.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Sungguh menakjubkan sifat dan keadaan orang mukmin, seluruh urusan kehidupannya mengandungi kebaikan dan hal berkenaan tidak terdapat pada orang lain. Orang mukmin jika diberikan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup, kemudian dia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, sebaliknya jika dia ditimpa musibah, kemudian dia bersabar maka hal yang demikian juga kebaikan baginya. (Hadis riwayat Ahmad)

Perlu diinsafi ujian Allah ke atas makhluk-Nya pelbagai jenis sama ada berbentuk nikmat atau musibah. Kenyataan ini menolak tanggapan dan pemahaman umat Islam yang menyempitkan skop ujian Allah kepada musibah dan bala.

Kurniaan nikmat, kesenangan, kesihatan dan kemewahan harta termasuk senarai ujian Allah terhadap makhluk-Nya. Kehidupan yang dilalui setiap manusia tidak terlepas daripada pasang dan surut, senang dan susah, sukses dan gagal serta gembira dan sedih.

Oleh itu, manusia dibekalkan Allah kemampuan fizikal, kecerdasan akal dan hati nurani untuk menyesuaikan diri mendepani kesulitan dan musibah yang dihadapi. Kadangkala timbul persoalan di fikiran apakah makna hakikat kesulitan dan musibah yang menimpa manusia dalam kehidupan.
Jika direnung secara mendalam realiti kesulitan dan musibah, ternyata ia menjadikan manusia semakin kuat dan tabah menghadapi kehidupan. Tanpa kesulitan dan musibah tidak wujud istilah kemajuan dalam kehidupan manusia.

Perlu diingat manusia ialah makhluk berilmu dan terpelajar kerana mampu belajar daripada kesulitan dan seterusnya mencetuskan inspirasi menjadi lebih kuat serta maju kerana berjaya melepasi halangan sepanjang hidupnya.

Tanpa kesulitan, tidak ada erti kekuatan intelek manusia berbanding makhluk lain, malah tanpa musibah, keupayaan intelek mati dan akhirnya menghilangkan identiti manusia dalam kehidupan penuh dinamik dan inovasi.

Kesulitan hidup jika dilihat daripada sumber kehidupan sebenarnya adalah jalan pendakian menuju ke puncak keredaan Ilahi dan kebahagiaan sejati.

Oleh itu, setiap insan jangan mengeluh dan berputus asa, apatah lagi mencaci maki segala musibah. Sikap mengeluh dan berputus asa hanya menghancurkan kemampuan manusia sedia ada, malah setiap keluhan hanya menyebabkan kesulitan terasa semakin berat dan payah untuk dihadapinya.

Justeru, musibah dan kesulitan hidup dihadapinya dengan penuh kesabaran sebagai langkah menuju keredaan Allah.

# sabar itu penting...

ujian satu penilaian

sumber: BH 9 May 2009

APABILA seseorang itu tiba-tiba mendapat kesusahan, kegagalan dalam perkara tertentu atau ditimpa musibah berat dalam kehidupan, mereka menganggap Allah sudah tidak sayangkan mereka. Lebih jauh daripada itu, ada berani mengatakan Allah telah berlaku zalim kerana diberikan kesusahan.
Anggapan demikian tidak benar. Mereka tidak sepatutnya berprasangka tidak baik terhadap Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menganiaya atau berlaku zalim kepada hamba-Nya.
Allah sentiasa bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)

Firman Allah lagi yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.” (Surah An-Nisa’, ayat 40)

Sebenarnya jika ada kepayahan dan kegagalan berdepan dengan sesuatu perkara yang mungkin membuat kita kecewa dan putus asa, itu adalah pengajaran. Ada sesuatu yang perlu kita renungkan dan sekali gus pelajari daripada kepayahan atau kegagalan itu kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.
Menurut Jaddal Atiff dalam tulisannya, hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh didikan langsung daripada Allah melalui ujian-Nya.

Sehubungan itu, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Musibah tidak datang begitu saja tanpa ujian. Allah menurunkan musibah (besar atau kecil) untuk menguji hamba-Nya sejauh mana mereka tabah, sabar dan reda.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, ada ujian untuk kesabaran, ujian untuk bersyukur, ujian untuk memberi petunjuk, ujian sebagai hukuman, ujian sebagai cubaan, ujian untuk memajukan diri dan ujian supaya mendapat pahala. Siapa yang tidak merasakan ujian atau musibah, maka dia tidak mengetahui tahap nilai dirinya.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab: Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Sementara itu, Anas meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Jelaslah Allah menimpakan musibah kepada seseorang anak Adam itu ada hikmah dan ujian-Nya. Justeru itu sesiapa yang ditimpa musibah hendaklah sabar menghadapinya.
Firman Allah yang bermaksud:
“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.” (Surah An-Nahl, ayat 96)

Oleh itu, apabila berhadapan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan reda serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.

komen aku: skrg ni mmg ujian x putus2 dtg bertimpah, apa yg termampu berusaha sebolehnya dan tawakal kepada Allah..moga aku sentiasa tabah, dan menerima setiap ujian dgn redha..Allah adalah segalanya..

Khamis, 22 Oktober 2009

Durian merah..

durian merah??adakah durian ini ditikam hingga mengeluarkan darah dan terus b'warna merah...haha..acah jak..betul..hari ni aku nak cerita pasal durian merah yang terdapat di sabah (mcm ckg tadika pulak)..sama jak dgn durian biasa cuma warna yg b'lainan..kulit durian ni warna oren, isinya pulak warna merah. Biasanya org buat tempoyak lepastu tumis ngan bawang sikit..kalau bab2 masak durian ni, masakan pacik akula paling sedap..pacik aku ni bestla..dia tau je apa yg aku suka makan...asal berkunjung rumah dia,dia terus panggil aku kat dapur makan ngan dia..dia cakap klu nak malu2 lain kali pegi rumah dia bawa gula dan nasi sendiri..haha..so, buangkanlah malu anda..dia masak sedaaaappp..(alamak keluar tajuk pulak)

biasanya durian ni tumbuh kat kawasan sandakan dan kk (k.kinabalu), bukan semua org sabah kenal, sebilangan kecil sahaja..makanan ni popular dgn suku kaum kadazan dan sungai..tapi ada juga beberapa org cikgu aku dari kelantan yang suka giler makan durian merah ni...melebih-lebih pulak dari aku..buah ni x gugur sendiri mcm durian biasa, klu nak durian merah ni kena panjat ataupun buatlah apa yg patut supaya dia jatuh..durian ni takkan jatuh sendiri ye...

okla ni gambar durian tu...kalau x percaya jugak..pegilah kat sabah..tambang tanggung sendiri..









Selasa, 20 Oktober 2009

Hidup bahagia dengan lebih positif..

hidup ini kena selalu positif, negatif tu boleh juga tp x boleh selalu sbb yg susahnya diri sendiri juga..tengok mcm aku, sejak dua menjak ni suka fikir yg negatf. Betapa ruginya hari2 yg berlalu, dunia dah x seindah biasa..cee..jika kita berfikiran positif hidup akan lebih ceria, perjalanan akan semakin lancar..dan fikiran akan lebih bebas berfikir..betul tak?

pesan seorang tok guru dalam Laskar Pelangi..
"Hiduplah dengan memberi sebanyak2 nya, bukan hanya menerima sebanyak2 nya"

seorang kakak pernah nasihat aku dulu..
'jika org lempar kita dengan tahi sekalipun. cubala membalas dengan memberi sejambak bunga..mgkn dia masih x tahu indahnya hidup kalau kita berbuat baik"

ada juga yg marah..
"k.sal ni, cubalah buka sikit minda tu..ee...ni fikir satu arah je..fikirlah yg terselindung sikit"haha..ni ayat org tengah geram ngan aku ni..x salah apa yg dia kata..kadang2 tu kita kena juga fikir yg terselindung..tapi, cukupla kita tahu, dan biarkan sahaja selagi ia x mengganggu kefungsian hidup...kan...kan..kan..klu ia mengganggu pun, biarkan jelah..lama2 ia akan semakin hilang..klu difikirkan terlalu dalam, takut diri sendiri yg merana..

dan satu lagi, untuk hidup lebih positif kita mesti jadi seorang yg pemaaf..walaupun itu bknla diri kita yg sebenar, kena beljr juga..hati yg payah utk meminta maaf ataupun memaafkan org lain akan cepat berasa dlm gelisah dan x tenang..hari2 berapi2..syaitan pun mulalah jeling2 nak cucuk jarum..

tapi mmg sush nak jadi positif, tapi itulah salah satu asas kebahagian...bila lagi nak ajar diri jd positif..rasionalkan fikiran, seimbangkan dengan kelogikan.. dan dasarinya dengan nilai kehidupan dan keagamaan..pujukla hati utk menjadi lebih positif..

dgn ini, saya ingin meminta maaf kepd semua yg pernah terasa ngan segala yg pernah aku lakukan..hehe..ayat sedih ni..mgkn sepnjg menulis blog ni, ramai yg terasa, sorylah kadang2 emosi x menentu..waktu2 x normal tu mulalah tulis yg merapu2..bila baca balik, mcm buat malu kat diri sendiri pulak...x patut..x patut..sory ye...sory banyak2 ni..berjuta2 lemon..oleh itu terimalah sebuah lagu dr aku (bkn aku yg nyanyi ye) utk semua pengkritik tetap blog aku ni..

Bukan Bintang Biasa
Artist : BBB
OST : Bukan Bintang Biasa


Once upon a time ada sebuah bintang
Yang bersinar terang di hatimu
Ku akan datang lagi menjemputmu dengan cinta
Kan kubagikan semua bintangku
Kumiliki bintang, bukan bintang biasa
Ku bisa hapuskan semua dukamu
Ku tak akan menghilang, slalu ada di hatimu
Memberi bintang hanya untuk cinta

Reff
Dan yang terbaik selamanya bersama
Akan kubagikan bintangku demi cintamu
And when you keep on believing
Thousand ones can be sees by running
The miracles can do things though can’t do
Kumiliki bintang, bukan bintang biasa
Ku bisa hapuskan semua dukamu
Ku tak akan menghilang, slalu ada di hatimu
Memberi bintang hanya untuk cinta
Dan yang terbaik selamanya bersama
Akan kubagikan bintangku demi cintamu
And when you keep on believing
Thousand ones can be sees by running
The miracles can do things though can do
Dan yang terbaik selamanya bersama
Akan kubagikan bintangku demi cintamu
And when you keep on believing
Thousand ones can be sees by running
The miracles can do things though can’t do
The miracles can do things though can’t do

download lagu kat bawah ni..

lagu bukan bintang biasa

Bayi al-Quran

cerita hari ini, jeng...jeng...jeng..satu email telah diposkan ke emailku ptg ni..kalau rajin..bacalah..

Assalaamu'alaikum w.b.t....... Subhanallah, satu lagi keajaiban telah ditunjukkan oleh Yang Maha mencipta. Di wilayah Dagestan, Russia, ada seorang bayi yang baru berusia 9 bulan, lahir bersama tanda lahir berupa ayat2 Quran dan hadith yang mengandungi nama Allah di bahagian2 tubuhnya.

Pada mulanya keluar nama Allah di bahagian dagu sebaik sahaja budak lelaki itu lahir. Kemudian muncul pula ayat2 itu di bahagian belakang badan, lengan, kaki dan perut. Di bahagian kaki pernah tertulis yang bermaksud "Allah pencipta segala sesuatu". Yang mengujakan lagi ialah, tanda2 itu sentiasa berubah2, 2 kali seminggu.

Seperti muncul ayat lain pula menggantikan ayat yang sedia ada. Budak yang bernama Ali Yakubov itu akan merasa tidak selesa ketika perubahan2 ayat itu berlaku dan akan menangis dan suhu badannya akan naik.

Pakar medik pun masih tidak dapat menjelaskan keadaan sedemikian. Walaupun begitu, mereka menafikan bahawa tulisan2 itu ditulis oleh manusia pada kulit.

Ibunya yang bernama Madina, mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan agama Islam sebelum ini. Sehinggalah kepada kejadian kelahiran pada bayi mereka ini.

SUBHANALLAH .......
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?" Surah Fushshilat : Ayat 53




berita yg sama juga, tp dr sumber yg berbeza
Dagestan – Pelik tapi benar, seorang bayi laki-laki mengejutkan doktor yang merawatnya. Pasukan doktor ini kehairanan setelah tulisan ayat-ayat Al Quran muncul pada kulitnya.

Peristiwa unik ini terjadi di Dagestan, berdekatan dengan Chechnya, di selatan Rusia. Ibu bapa kepada bayi Ali Yakubov yang baru berusia sembilan bulan tersebut turut terkejut ketika tulisan Allah muncul di dagunya, sebaik kelahiran anak tersebut.

Sejak itu, munculnya tulisan-tulisan Arab yang bertebaran di punggung, lengan, kaki dan perutnya. Menariknya, keluarganya mendakwa, selalu ada tanda-tanda sebelum ayat-ayat baru muncul, dua kali dalam seminggu.

Seperti dilaporkan The Sun, pihaknya tidak dapat menjelaskan peristiwa misteri Ali Yakubov, tapi mereka menolak dakwaan tulisan ini ditulis oleh seseorang pada kulit bayi ini.

Ibu Ali Yakubov, Madina berkata, dia dan suaminya bukanlah penganut Islam yang taat, sehinggalah ayat-ayat Al Quran itu muncul di kulit bayi mereka.

Sebelum ini, mereka menyembunyikan keadaan bayi mereka, tapi akhirnya menceritakan hal ini kepada doktor mereka. Sekarang Ali Yakubov menjadi perhatian masyarakat Muslim di wilayah Dagestan.

Salah satu pemimpin Muslim di Dagestan, Ahmedpasha Amiralaev berkata, “Anak ini petunjuk asli dari Tuhan. Allah mengirimkannya ke Dagestan untuk menghentikan perang dan ketegangan di republik kami.”

Madina menambah, “Biasanya tanda-tanda ini muncul dua kali dalam seminggu, hari Isnin dan malam antara Kamis dan Jumaat. Ali selalu merasa sakit ketika itu muncul. Dia menangis dan suhu badannya naik.”

“Tidak mungkin dapat memeluknya ketika hal itu terjadi. Tubuhnya bergerak aktif, jadi kami hanya meletakkan dia di tempat tidurnya. Sangat menyiksakan ketika melihat dia menderita,” ujar Madina.

Sumber : The Sun

Isnin, 19 Oktober 2009

kesedihanku..

Kali ni aku nak cerita sedih, oleh kerana aku dlm kesedihan sekarg (sedihla konon) kerana diri yg terlalu byk diperbodohkan aku nak cerita sesuatu peristiwa sedih yg berlaku seminggu sebelum hari raya..

seminggu seblm raya merupakan hari sibuk bg aku jugalah, sebelum raya tu kena hantar 3 asgmnt..org lain berhempas pulas mencari malam lailatur qadar, aku pula berhempas pulas menyiapkan asgmnt yg ntah bila nak habis..biasanya aku tidur sekejap sekitar jam 1 hingga 4 pagi...jam 4 tu kena bangun, buat apa yg patut dan sambung semula buat asgmnt..lepastu kena bt p'sediaan pulak utk sahur..

hari tu, lepas je kelas malam..ntah kenapa aku rasa mengantuk yg teramat sangat..aku pun mencapai bantal peluk yg paling aku sayangi itu dan memulakan aktiviti yg paling aku suka..hehe..tidurlah..tidak lama kemudian (agak lama jugalah) aku rasa diri bagai berada di rumah sendiri (rumah kat kampung), dari jauh ku lihat ada seorg lelaki m'hampiriku..semakin lama semaikn hampir..ayah!!..aku t'kejut, bukankah ayah...air mataku mula bergenang..ayah menghampiriku dengan senyuman yg sungguh menenangkan jiwa..wajahnya yg kelihatan bercahaya dgn memakai kopiah putih,t-shirt dan kain pelikat..aku hanya memandang ayah,kelu lidahku tiba2..tau tak aku sangat rindu dgnnya tika ini..

aku menegur ayah.."ayah buat apa kat sini, ayah kan"..tak sanggup aku nak menyebut..ayah hanya tersenyum dan memandangku yg masih terkulat2..

"ayah nak tengok anak2 ayah, tapi sekejap jak, ayah kena balik lepas ni"..aku menangis m'dengar kata2 ayah..kalau boleh aku nak ayah selama-lamanya di depan mata, tapi semua ini sdh ketentuan tuhan..aku kena belajar melepaskan, kerana semua ini milik Allah,,aku cukup bersyukur dapat melihat ayah walaupun seketika..ayah memandangku lagi sambil tersenyum....tiba2 ayah hilang tanpa sempat aku bertanya dan mengucup tangannya..

selama 3 hari berturut-turut aku mimpi hal yg sama..dan selama 3 hari itu juga aku bangun dan menangis sesungguh-sungguhnya...aku rindu ayah aku..apa khabar ayah aku di sana? bagaimanakah keadaannya..?..aku takut kerana kesilpan kami, ayah tak tenang di sana, ayah menderita di sana..Ya Allah berikanlah kesejahteraan utk ayahku di sana..jgnla kerana kami ayahku terseksa..

# adakah mimpi aku ni ni hanya rekaan fantasiku yg terlalu rindukan ayah atau benarkan ayah betul2 datang melawat kami malam itu?...Wallahhualam..hanya Allah yang mengetahui..buat yg berada di luar sana, jgn biarkan org yg kita sayangi menderita kerana kesilapan yg kita lakukan...hrgaila ia..

tersentuh hatiku..

tengah aku syok menonton tv sambil mengunyah biskut dan air kosng...tiba2 aku terdengar suara bertengkar kat bawah rumah..aku pun malaslah nak menyibukkan diri..tapi suara itu semakin lama semakin kuat..ni x boleh jadi ni.Aku pun berlalu ke singki utk mengisi air paip dlm botol mineral, seleps memakai tudng aku turun ke pintu pagar..nak mengintai..

aku lihat sesuatu..ibu itu agak ketakutan dgn mata yg meliar ke kiri dan kanan..cdgnya nak simbah jak dengan air tadi,sbb memekak mlm2,tp x sanggup pulak..lama aku lihat ibu itu,tiba2 kepala anknya tersembul meliht ku yg sedang memanggil ibunya..mata bening ibutu seakan menyatakan yg dia dlm kelaparan..

aku naik semula..nak bg mknn,mknn dah habis aku makan..tu pun setengah pinggan jak..lantas aku mencari balang2 kuih yg bertimbun atas meja..dapatla beberapa keping kuih..aku keluar menghampiri ibu itu...comelnya anak dia..waktu aku nak menggapainya..tiba2 ibunya marah, dan anaknya terus menghampiri semula ibunya..apa punya mak..bukannya aku nak belasah anak dia,aku hanya nak bg makanla..aku x kira..aku terus menyambar anaknya,ku belai kepalanya yg agak berserabut.kemudian kuberikan kuih raya tersebut..maknya jelng2 aku tau...nak minta la tu..hehe..aku bgla maknya juga..

tiba2 aku teringat bbrp artikel berita siang td...kejamnya manusia itu..anak yg x berdosa bukan sahaja diseksa,dibuang merata,malah ada yg mencekik bayi sendiri kerana kesalahan yg dibuatnya tnp pernah m'gunakan otak yg waras..sedih...apala dosa anak itu...sedangkan kucing yg aku jmp ni pun tau nak sayang anak,nak pegang sikit pun nak marah2..nikan pulak manusia yg sempurna akalnya..tp rasanya x sempurna akal kot..

walaupun kucing ni xda rumah,takda tempat berteduh..ada jg perasaan dia nak cari tempat yg sesuai utk letakkan anak dia,supaya takda yg ganggu,takda yg nak aniaya..klu boleh org tengok pun taknak..baru jak beranak harini..dah memanjat sana sini cari makanan..yg manusianya pulak (spesies manusia ni lain skt ya)..lepas jak bersalin terus panjat pagar masjid..ataupun berlari-larian nak buang anak..nak sembunyikan anak..hui..mmg andalah penjenayah akhirat yg dicari2 selama ni..tggula bila semuanya terbentang depan mata,baru nak menyesal itu dan ini..baru pada muka,dgn body2 sekali...

Ahad, 18 Oktober 2009

cerita merepek hari ini..

Hari ini..
Aku bangun awal..
Nak mula hari baru..
Nak mula cerita baru..

Hari ini..
Setelah sekian lama terperuk..
Akhirnya aku keluar melihat mentari..
Cahaya itu masih ada untukku..

Hari ini.
Aku keluar mencari..
Setelah satu sem x makan, menanti tom yam yang x datang2..
Akhirnya aku mengorder sendiri hari ini..

Hari ini..
Sahabat lama muncul kembali..
Setelah ghaib 5 tahun tanpa cerita..
Tapi cerita takkan berubah..
Itu yg aku pasti..

Hari ni…
Aku nak set banyak2..
Berjalan atas kaki sendiri..
Kena habiskan pengajian dgn jayanya..
Lepastu aku nak tabur bakti kat negeri sendiri..
dan bahagiakan org yang disayangi..

Hari ini..
Aku akan mencari cintaNYA..
Cinta yang semakin menyepi..
Tuhan berikanlah aku cinta…
Cinta kepadaMU yang kekal abadi..
Sakit yangku rasa biar jadi penawar dosaku..

# Dan hari ni buat sekian kalinya aku demam lagi…hehe..tu yg banyak merepek.

Sabtu, 17 Oktober 2009

Motivasikan diri anda..

artikel : Hidup mahu menguji kita
sumber : iMotivasi
penulis :Syuqeri

artikel ini telah diposkan ke email pd 29.09.2009,marilah sama2 memotivasikan diri..'bangunla dr tidurmu' terutamanya buat fa,su,min,aini,abu,diri sendiri dan semua yg membaca artikel ini...hehe..

Banyak perkara berlaku sekarang ni, terutama perubahan cuaca. Sekejap panas, sekejap hujan. Sekejap jerebu sampai naik kering tekak dibuatnya. Namun, yang pasti, semua itu berlaku semata-mata mahu menguji kita. Ia menguji keimanan kita, emosi kita juga tahap motivasi kita. Kesusahan adalah satu ujian. Kesenangan juga adalah satu ujian kepada kita- cemana kita handle dan cemana kita buat yang terbaik, make the best of it.

Kita cepat lalai bila kita dah senang. Kita cepat menyalahkan takdir bila kita susah. Sebagai manusia beremosi, itulah kelemahan kita. Maka, kita kena bijak mengawal emosi supaya kita boleh menarik situasi-situasi yang boleh membuat kita berjaya, bekerjasama dengan orang-orang yang membantu kita mencapai kejayaan dan bertemu perkara-perkara yang membuat kita cepat mencapai kejayaan. Latih diri untuk tidak selalu menyalahkan - menyalahkan orang, menyalahkan situasi, menyalahkan perkara atau menyalahkan sesuatu benda. Jangan komen dan jangan banyak songeh. Lalui saja, kemudian jangan berhenti memfokus kepada apa yang kita mahu capai, iaitu matlamat kita.

Ujian akan menjadi sementara bila kita laluinya dengan sabar dan tenang. Andai kata kita menggelabah, marah atau tertekan, ujian yang datang makin bertambah bertimpa-timpa. Memula kita anggap ujian, tapi tertekan punya pasal, kita anggap ia satu musibah. Last-last, motivasi kita hilang entah ke mana. Apa-apapun yang mendatang, apa-apapun yang berubah disekeliling kita, apa-apapun emosi yang menguasai kita, nak menghadapi semua tu pendirian kita kena teguh. Jiwa kita kena kuat.

Menikmati kejayaan dan kecemerlangan, kita perlu bersedia menghapi apa jua yang mendatang walau cemana pun rupanya - susah atau senang. Mulai hari ini, jangan mudah lalai bila kita sudah berada di tahap selesa, kemudian jangan mudah terkasima bila ujian diturunkan buat kita.
Kita mesti tahu apa yang kita nak capai dalam hidup dan apa peranan kita, barulah kita boleh mencemerlangkan diri kita dalam apa jua yang kita lakukan.


# so, respon diri mcm mana??belajarla utk menilai diri sendiri sebelum menilai diri orang lain..'hidup adalah perjuangan'...berhentilah seketika jika ia terlalu meletihkan..jgn lupa bgn semula kerana hidup mmg begini...dan kita lah PEJUANGNYA,bkn org lain..tawakal kpd Allah itu amat penting..

Menjadi diriku..

Menjadi Diriku
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

*)
Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku milik

Back to *)

# aku takkan jadi bintang...cukuplah aku hanya ingin jadi mutiara di lautan, walau di dasar lautan jika ia mulia ia tetap berkilauan...hanya mampu memberi yg terbaik dari dasar lautan, walau ia tak kelihatan..

Jumaat, 16 Oktober 2009

semoga Allah memberi khabar gembira buat mereka..

Dua hari ni, aku telah menjalankan aktiviti 'penghantaran orang' ke stesen bas Tanjung Malim..tit...tit...dalam masa setengah jam aku dah sampai stesen bus, barulah aku belek seluruh badan, tengok klu pakaian mencukupi..tgk cermin pun tak sempat..Alhamdulillah semua mencukupi, cuma sedih kedua-duanya hanya sempat ku lihat dr jauh...dan dua-duanya kes yg sama..aku pulak yg nak menangis..pengalaman itu membuatkan kita lbih faham akan situasi org di sekitar kita..

buat kwn2 semua doakanlah agar Allah memberi khabar gembira bagi mereka berdua juga seluruh keluarga mereka..doakanlah yang terbaik bagi insan yg mereka sayangi..biarlah diorang tau yang kita masih ada di samping mereka..jgn di tambah beban yg ada..fahamila mereka..fahamila mreka..ish..ish sedih pulak..kenapa harus dibatukan hati tika ini, bila ia amat memerlukan kita..aku merayu buat kesian kali..aku merayu dengan sepenuh hati...

# kes masih dirahsiahkan...xxda kebenaran dari pihak yang berkenaan..cuma doakan yang terbaik bagi mreka...terima kasih semua..

Penghibur hati..

hari ni di tengah ribut asgmnt masih melanda aku masih sempat nak cerita sesuatu..

beberapa hari dan minggu ni merupakan hari getir bagi seorang aku...banyak perkara yang berlaku..walaupun sudah terlalu letih,kena juga selesaikan semua...takut tak sempat,ajal x tahu bila akan datang...cee..ayat sedih pulak,bukan ayat minta simpati ya..aku pun x atahu apa yg aku buat..semua dilakukan berdasarkan gerak hati seorang wanita...cee, sekali lagi..dan tawakal ke atas Allah...biarlah dia yang menentukan..kita tak boleh buat keputusan yg betul2 pasti..kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik bagi hambanya..

dalam keadaan begini, aku lebih byk melepak kat rumah (tempat utama-bilik akula..20 jam sehari)..sembang dgn akak rumah..tercongok mcm tunggul kayu,sambil merenung siling..tapi mcm manala aku boleh selalu lupa nak makan ni...adakah aku menghidapi derium?Nauzubillah..tu pun bila akak rumah dah mula tegur..tdr berapa jam je, makan pun tak..bukan jarang,tapi x makan (bebel beliau)..nampaknya aku dah mula lupa rutin harian..kriteria jenis apa pulak ni..tu maksudnya aku terlupa diri sendiri..aku dah mula tak paduli dr sndr...jgn..

dan aku terdengar sebuah lagu yang membuatkan aku terharu hingga bercucuran air mata..lagu yg selalu akak rumah aku pasang..dua 3 hari aku hanya m'dengar..tdk lama kemudian aku pun pg la mnt kat akak tu..tajuk dia Muhasabah Cinta..dari edcoustic..dan aku telah jadikannya lagu tema blog aku..aku pun memulakan pencarian...dan aku telah jatuh cinta dgn kumpln dan lagu2 kmpln ni....

ni serba sedikit pasal kumpulan tu...sumber yg x tau kebolehprcyannya...tp okla kot
asal indonesia..sebuah kmpln nasyid indie yg menggunakan musik pop dgn sentuhan akustik..kmpln ni semakin popular di kalangan penggemar nasyid kerana konsep keagamaan yang dibawa agak ringan dan mudah difahami..

lagu2 kumpulan ni best bangat..rugi klu x dengar,jgn lupa dengar ya..antara lagu2nya..
# nantikan aku di batas waktu
# sebiru hati
# aku ingin mencintaMu
# berubah
# sejuta arif
# dan banyak lagi

buat fa...ha jgn lupa dgr 'nantikan aku di batas waktu'...mu pernah tanyakan apasal aku letak dlm ym..dan buat semua sahabat di luar sana aku tujukan lagu 'cinta berkawan' dr edcoustic..hehe..mcm lagu aku pulak..dan buat diriku sendiri aku tujukan lagu 'menjadi diriku'..haha..dah xda yg bagi...bg utk diri sendirilah..





Rabu, 14 Oktober 2009

muhasabah cinta...

Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com



Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sedar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Selasa, 13 Oktober 2009

ceritaku..

aaa...aaa...aku macam dah nak muntah translate journal ni...tolong aku wahai penduduk dunia...nak tukar bahasa satu hal...nak faham istilah2 pengukuran satu hal pulak..hari ni ada 3 asgmnt kena hantar malam pulak ada test...aaa...aaaa nak jawab ape ni...

nasiblah mak kesayangan aku bg ceramah free haritu...klu tak...mak aku cakap dgn lemah lembutnya sperti diolag ni...

"begitula klu nak belajar, kalau nak senang takyah belajar...kat rumah ni...rumput semua dah tinggi...belakang rumah pun dah mcm belukar.."...itulah ayat power mak aku yg buat aku m'geleng dgn laju..penuh dgn simbolik...bukannya nak sombong2...baik aku pegang pencil,lagi comel...hehe..dulu selalunya ikut mak ngan ayah p kebun..ingat aku tak pandai kerja kebun...??..


sempat jg aku merepek di tengah kekalutan...cepat5x nak b'siap hntar asgmnt...

Ahad, 11 Oktober 2009

geng pengembaraan bermula..

hehe...edisi terbaru..aku keluar dari liputan upsi selama 2 hari 1 mlm ke satu kawasan untuk mencari ketenangan..bersama...adlh sorang budak sengaltu..

cite lebih lanjut ade kat blog dier..best sangat dapat jumpa tok dan wan baru..di tengah kerinduan dengan mak dan ayah aku..akhirnya aku temui kasih sayang itu di sini...dikala aku dilanda masalah yg datang bertimpah-timpa, kasih sayang diorang membuatkan aku terfikir sesuatu, masih banyak benda penting yang perlu difikirkan berbanding masalah2 yg memenatkan ni..aaa...sedih pulak..teringat kat mak dan arwah ayah aku..

bersama budak sengaltu..aku melantak beberapa biji durian dan rambutan sampai demam2..yg bestnya opah siap bukakan kulit manggis utk aku...hehe..jgn jeles..malamnya keluarga haikal datang...haikal yg romantik,siap suapkan keropok kat aku lagi..erti kata lain aku dgn budak pelik tu hanya buka mulut je sepanjang menumpang kasih kat rumah atuk...

sedihnya bila dah nak balik tanjung Malim....atuk siap kirimkan kitorg 10 ringgit seorg...TAPI, malangnya...sekali lagi budak pelik tu buat sesuatu perkara yg ganjil lg ajaib...boleh pulak dier beli kereta mainan utk aku ngan dirinya...dahlah tak boleh naik, buat sup pun tak kenyang...

apapun...terima kasih kat atuk and opah...dan buat budak sengal tu juga...sebab waktu aku 'jatuh' dia yg banyak bagi aku semangat untuk terus meneruskan kehidupan seperti biasa..walaupun kiri kanan dah menyalahkan aku...dia tetap ada di sisi...thank u su...walaupun adakalanya kata2 dier tu tak boleh pakai juga...hehe..jgn la marah pompuan oi...

Hidup adalah perjuangan

Sabtu, 10 Oktober 2009

내 심장이 망가 졌어요. 난 더 이상 상처 받고 싶지 않아



Perjalanan hidup ini masih terlalu panjang untuk aku susuri,ntah berapa banyak lagi perkara yang perlu aku lalui…aku mula hilang khudrat,namun tetap meneruskan langkah walaupun terpaksa merangkak sendirian..memikul galasan yang ntah dari mana..namun aku harus akui ia terlalu berat untuk aku pikul akhirnya aku mengalah diperjalanan…terasa jiwa terlalu lemah untuk menahan cabaran kehidupan..aku sudah terlalu letih,terlalu penat…hingga mula hilang khudrat…kenapa aku di letak sendirian di tengah-tengah menghadapi, bila dua arah menyerang,menyalahkan…tahukah betapa sakitnya???

Entah kenapa…hati yang terlalu aku jaga ini,tiba-tiba berderai ibarat kaca…dan aku hanya mampu melihat..aku tidak ingin diraih simpati apatah lagi minta dicantumkan kembali…bukan itu yang aku mahu..aku hanya ingin jangan lagi ditambah,jgn lagi dirosaki..kerna aku tak sanggup sakit lagi,menangis acap kali…aku masih boleh mencantumkannya sendiri dan tak perlukan bantuan sesiapa….tapi akan ku kenang detik dan kata-kata yg menghiris hati hingga aku jatuh begini…dan aku tak akan berpaling lagi..

Akhirnya aku temui kemarahan dan kebencian itu…hilanglah sebuah janji dan kepercayaan diri…aku tak pernah lari,dr dulu aku berjuang utk org lain..hingga jd begini...biarlah…biarlah aku sendiri...aku masih mampu b’juang sendirian..masih ada insan yg sudi mengiringi perjuanganku..

삶에 가야합니다. 그것은 당신에게 진실을 생각하고있어. 이기, 당신은 다른 사람을 아프게하고 다치게 할 수 없어. 당신은 책임이 방법을 배워야만 당신 인생을 결정. 당신이 한 모든 주셔서 감사합니다. 감사합니다

Khamis, 8 Oktober 2009

keistimewaan wanita 1..





Sekadar renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya menjadi wanita. Betapa bertuahnya menjadi wanita. Bersyukurlah kerana menjadi wanita. Bacalah risalah ini dengan niat untuk diamalkan dan sampaikan kepada mereka yang lain. Insya Allah.
Istimewanya Wanita

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.
10. Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid

lagu 'hadiah' dari seorg kawan.

Byul / Byol / Star Lyrics (200 Pounds Beauty OST)
Singer: Youme / Romanization by Kreah

param-kyori cha-ngeu-rheun-teul-go
nae kiman-han cha-gun naye bang wi-ro
arum-taun-ke pyul-bit-durun
kaduk chae-wo-chuneyo
sel-su-obshi manhunt pyul-tu-reun
ji-chyo-in-nun na-reul oru-man-chimyo
nae mam-soge katok tamun
nun-mul tak-ka shu-neyo

man-hyi apa-ha-ji-ma
nal kkung anun-chae
tado-kyojumyo chal-jara
wero-hae ju-neyo

goshi mo-thal man-kum
hime gyowa apa-wado
nun-muri a-peul kar-yowado
gatchi-mothan nae sarang apedo
na usul-lae-yu
cham-shira-do gyote
haeng-bo-khaet-don giok-turul
ga-sume gan-ji-khal-kkeyo
tunune sunoh-a-jin
cho pyol-deul-cho-rom yongwonhi

kkumul kku-deut taka-uneyo
yu-nu-nhi-do balkun naye byol hana
nunbu-shi-mi panjja-gimyo
okkae-wiro naer-yo-wa

jakku sulpo-hajima
son kkong chabun-chae
nal manchyo-jumyo
tta-seu-hi nal kamssa-shu-neyo

goshi mo-thal man-kum
hime gyowa apa-wado
nun-muri a-peul kar-yowado
gatchi-mothan nae sarang apedo
na usul-lae-yu
cham-shira-do gyote
haeng-bo-khaet-don giok-turul
ga-seum-soge gan-chikhal-kke-yo
tunune sunoh-ajin
cho pyol-deul-chorom ooohhhh

na onul-manun anu-royu
nun-muri kadokchowado
chogi cho byol-deul-chorom
na u-seul-lae-yo ooohhhh
haeng-bokhaet-don giok-modu
ga-sume gan-ji-khal-kkeyo
tunune sunoh-a-jin
cho pyon-deul-cho-rom
yongwonhi

Translation of Youme’s version:

the wind is shaking the windows,and over my small room,
the stars fill up the sky, shining brightly too many to count,
the stars reassure tired me
they wipe away the many tears that are deep inside me

don’t be hurt too much..they hug me tight and pamper me
and comfort me,
telling me to go to sleep

though I’m exhausted to the point where I can’t walk
though my tears blur my vision
I’ll still smile in front of my love that I’m not able to get

Even though our happy times were short, I’ll treasure it deep inside my heart
like those countless number of stars, forever

My dream is coming. though it is unusual that my one star is bright
it is very bright, even blinding..it comes down to my shoulder
stop being so sad..it holds my hand as it touches me
and gives me a warm hug

though I’m exhausted to the point where I can’t walkthough my tears blur my vision
I’ll still smile in front of my love that I’m not able to get

Even though our happy times were short, I’ll treasure it deep inside my heart
like those countless number of stars, forever

Only for today, I won’t cry though my eyes fill with tears
I want to laugh like those stars
Oh~ I want to cherish all my happy moments deep inside my heart
Like those countless number of stars, forever


*lagu ni best..adela sorang kawan tu bagi kat aku wkt tingkatan 6 dulu..
sampai skrg pun lagu ni ttp best bagi aku..

Selasa, 6 Oktober 2009

sebuah perenggan yg merepek..




'Aku nak balik,bila la boleh balik ni...aku nak lari jauh,biar x yg mencari,biar tiada lagi yang memandangku mcm penjenayah dunia yang paling dikehendaki..biar semua terhenti di sini, tiada lagi cerita seterusnya..tiada lagi kesilapan yang berulang...dan aku tak perlu lagi menyakitkan orang lain..aku keliru...aku keliru bila dipersalahkan...aku STRESS..aku mohon supaya DIA memadam semua kenangan,biar hidup seperti asal..aku nak balik jumpa mak aku,makan dgn kakak aku,gaduh dgn adik dan abang aku..buli kucing aku...aaa...tolongla aku nak balik...haha..betulkan aku telah merepek sepanjang 1 perenggan..yg penting tak lama lagi aku dah boleh balik kampung....pengorbanan itu penting utk diri dan org lain,yg penting kita tau alasan kita...sekian...'

Rabu, 30 September 2009

surat cinta buat jiwa yg semakin jauh dariNYA..

FROM:puteri_35 (www.halaqah.net)



Surat ini kutujukan untuk diriku
sendiri serta sahabat-sahabat
tercintaku yang insyaAllah tetap
mencintai Allah dan RasulNya di atas
segalanya, kerana hanya
cinta itu yang dapat mengalahkan
segalanya, cinta hakiki yang membuat
manusia melihat segalanya dari sudut
pandangan yang berbeza, lebih bermakna
dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
kerap kali terisi oleh cinta selain
dariNya, yang mudah sekali terlena
oleh indahnya dunia, yang terkadang
melakukan segalanya bukan keranaNya,
lalu di ruang hatinya
yang kelam merasa senang jika dilihat
dan dipuji orang, entah di mana
keikhlasannya. Maka saat merasakan
kekecewaan dan kelelahan kerana
perkara yang dilakukan tidak
sepenuhnya berlandaskan keikhlasan,
padahal Allah tidak pernah menanyakan
hasil. Dia akan melihat kesungguhan
dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku
serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku
yang mulai lelah menapaki jalanNya
ketika seringkali mengeluh, merasa
dibebani bahkan terpaksa untuk
menjalankan tugas yang sangat mulia.
Padahal tiada kesakitan, kelelahan
serta kepayahan yang dirasakan oleh
seorang hamba melainkan Allah akan
mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk ruh-ku dan
ruh sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai terkikis oleh dunia yang menipu,
serta membiarkan fitrahnya tertutup
oleh maksiat yang dinikmati, lalu di
manakah kejujuran diletakkan? Dan kini
terabailah sudah nurani yang bersih,
saat ibadah hanyalah sebagai rutin
belaka, saat jasmani dan fikiran
disibukkan oleh dunia, saat wajah
menampakkan kebahagiaan yang penuh
kepalsuan. Cuba lihat disana! Hatimu
menangis dan meranakah?

Surat ini kutujukan untuk diriku dan
diri sahabat-sahabat tercintaku yang
sombong, yang terkadang bangga pada
dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun
yang membuat kita lebih di hadapanNya
selain ketakwaan. Padahal kita
menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan
merasakan mati, namun kita masih
bergulat terus dengan kefanaan.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan
hati sahabat-sahabat tercintaku yang
mulai mati, saat tiada getar ketika
asma Allah disebut, saat tiada sesal
ketika kebaikan berlalu begitu sahaja,
saat tiada rasa takut padaNya ketika
maksiat dilakukan, dan tiada merasa
berdosa ketika menzalimi diri sendiri
dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk
jiwa yang masih memiliki cahaya
meskipun sedikit, jangan biarkan
cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan
cahaya itu hingga ia dapat menerangi
wajah-wajah di sekeliling, memberikan
keindahan Islam yang sesungguhnya
hanya dengan kekuatan dariNya "
Ya..Allah yang maha membolak-balikkan
hati, tetapkan hati ini pada agamaMU,
pada taat kepadaMu dan dakwah di
jalanMu "

Wallahualam bisshawab

Semoga dapat membangkitkan iman yang
sedang mati atau jalan di tempat,
berdiam diri tanpa ada sesuatu
amalanpun yang dapat dikerjakan.
Kembalikan semangat itu sahabat-
sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan
orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati "lelah".

izinkan ku mengundur diri bagi menggapai cintaNYa..

Rabu, 16 September 2009

Salam raya..buat penduduk dunia



aaa....aaa...sedihnyaaa...ops lupa..Assalammualikum..

salam dunia...salam Hari Raya..

sedihnya jadi anak perantau ni..dah dua tahun x balik raya..org semua sibuk itu,ini,beli itu,beli ini,tikt itu,tiket ini..aku jak yg duduk m'khayal fkr itu fkr ini...wkt nak dekat raya mcm ni,mata aku jak yg b'gerak tengok org2 yg sibuk semacam..otak,hati dan perasaan aku semua jd slow..d tambah lg dgn lagu raya yg b'kumandang kiri dan kanan..cuti sem pun blm tentu lg dpt balik...aaa...aaa..mmg nak balik,tp klu 'balik' tu hy menyukar'n keadaan baik x payah...

tiba2 dlm aku menahan sedih yg hmpr smpi kemuncaknya..adala pulak org 'baik hati' yg buat lawak ntah apa ntah dgn aku..aku hampir separuh gila dibuatnya..akhirnya,dgn sedih x balik raya,mslh lagi dtg b'timpa2,di tambah pulak dgn lawak baik hatinya tu..aku pun menangisla sepuas2nya...mmg aku cdg x nak p kelas hrtu,tp aku tabah'n jg hatiku nan satu ni...

apa nak buat..tu la sblm merantau kena sedia mental awal2,byk perkara x diduga yg perlu diterima dgn apa keadaan sekali pun..aja..aja,fighting!!!..perjuangan itu perlukan pengorbanan..dlm kesedihan begini (cee...)..aku pun layanlah drma korea Boy Before Flower atas saranan seorg kwn aku..wah..5 bintang..bestnya..lps gelak,tb2 nangis..hui mmg hatiku dah t'tawan..

sebelum chow...aku nak ucap Selamat Hari Raya buat semua,maaf zahir n batin..maaflah andai pernah m'hiris hati dan perasaan anda semua...jd'n raya kali ni satu kemenangan,bkn kekalahan sbgi insan...dulu,ada seorg insan nyanyikan lagu salam dunia buat aku...lagu ni,m'buat aku t'fikir..dlm kita gembira berhari raya, masih ada yg t'luka di sana..

Sabtu, 5 September 2009

katakan tidak kepada sakit..



berhari-hari aku menidakkan yg aku sakit,yg x tahula d mana puncanya.. aku paksa diri siapkan assignment..sampai otak jadi hang,tangan jd kaku,diri b'serabut..dgn org kiri kanan yg selalu menekan itu dan ini,aku dah x larat pun assignment juga yg d tanya...aaaa...aaaa..dan sampai ke kemuncaknya..dlm t'kejar2 m'hantar assignment,dgn otak yg kosong aku ikut langkah kaki ke suatu tempat,malangnya aku t'lambat 5 minit dan aku d tolak begitu sahaja..betapa b'susah payahnya aku ke sana sampai dah nak terlentang atas jalan raya...sabar2..

dan akhirnya...sampai kat rumah,siapkan apa yg patut..malam tu dgn rela hatinya aku tinggalkan semua assignment,sebab diriku lebih berharga...ceee..makan ubat beberapa biji...dan aku terus x sedarkan diri,hilang ingatan seketika tentang assignment....kononnya nak bgn mlm sikit,tp bila nak angkat tgn pun dah x larat...aku pun teruskan jela usaha murniku untuk menjaga diri yg berharga(hehe)hinggala ke sahur...bila dah bgn,baru ok sikit...kena juga bersedia kerana hari esok ada 1000 satu perkara lagi yg menanti...dan aku kena menghadapinya...Ya Allah tabahkan la hatiku...

Ahad, 30 Ogos 2009

Aku yang merindu..

Hui...tajuk entry aku kali ni memang tak tahan..hehe..'aku yg merindu'..

Tadi kakak aku call...sedihnya..mesti best buka puasa ramai2 dgn family...lepastu p tarawih sama2..angkut satu rumah konvoi ke masjid...kenangan terindah setiap kali ramadhan...malam tu biasanya kitorang tak tidur,berbual sampaila ke subuh...

Aku rindu nak buli adik aku.rindu di buli abang aku yg sengal...suka cari gaduh...lepastu pakat pulak dengan adik aku nak kena kan aku...org diam pun ada jak benda yg diusik..tp yg bestnya,kalau abg udin masak megi,dia mesti masak 2 bungkus sekali...sebab dia tau ada dua org adiknya yg comel nak tumpang sekali...hehe..kalau aku makan pulak,mesti dua org kakak aku join sekali...makan sepinggannn...best tak???



Aku rindu jugak dgn kakak2 aku...dari kecil kami tidur sama2,makan sama2,kalau ada masalah kongsi sama2...paling tensionnya bila nak tdr,berbual tak pandai habis..sampai mata dah tertutup,baru b'henti berbual..dr cerita sedih.ke cerita lucu,lepastu masukla jiwang2 skit..tp kalau aku cerita jiwang2 mesti kakak2 aku gelak...gelak yg tahap gaban punya...diorang kata tak padan dgn jiwa..apa?ingat aku tak ada hati dan perasaan??hehe...kalau abg udin dengar.lagi nahas aku kena gelak...hu...tak patut2x.



kucing aku juga rindu aku...hehe...aku yg rindu kucing aku..kucing kesayangan aku..belang yg malas..ni la kucing jantan satu2 nya kat kampung aku yg malas kuasa 7..makan,tidur...biasanya kucing jantan ni bila dah masuk alam dewasa mesti selalu xda kat rumah...tp,kucing aku ni pelik sikit..dah besar pun,asyik terlentang je kat dapur rumah aku..nak pijak tanah pun,seminggu 2 kali..kucing aku ni xda perasaan kot?hish...



dah yg terutama aku rindu mak aku..rindu sangat2..teringat mak leter aku...aku dan abg udin suka sakat mak aku...macam keluarga atasinchi tu..kitorg gurau memang tahap x tahan...tp kami dah biasa...cuma org tengok jak yg anggap ganjil...inilah keunikan family kami..saling buli membuli..mak aku mesti tgh merajuk sekarang..sebab ada anak yg degil,akula tu..xpala mak,nanti mak akan tau juga,setiap yg aku buat tu mesti ada sebb yg tersendiri..hanya aku yg tau..itula sebab keluarga aku kt aku anak yg ganjil...ada jak benda pelik yg dibuat...


Yg penting aku sayang keluarga aku...diorg la harta aku dunia dan akhirat...dan buat anda semua,sayangila keluarga anda...Semoga di rahmati selalu...

buat angin sampaikan salam ku buat insan2 yg sentiasa disayangi...

Selasa, 25 Ogos 2009

episod diri sendiri..


Aku termenung lagi buat yg ke 1000 kali di atas katil pemberian ikhlas taukeh empunya rumah sewaku ini..hehe..mengimbas kisah2 yg telah berlaku sepanjang aku mula mengenal dunia hinggala ke hari ini...banyak kenangn pahit n manis..x kurang juga ujian,yg adakalanya m'buatkan aku hilang pertimbangan diri..

mak,abang.n kakak aku selalu kata aku ni pelik skit...skit je ya...termasukla kem baru2 ni,bila aku dpat award 'kaunselor pelik' ntahla bahgn mana yg peliknya...aku rasa ok je..arwah ayah aku biasala no komen..yg pasti,klu aku bt benda pelik dia hanya akan senyum ataupn memandgku dgn muka yg berkerut..

komen kwn rapat aku pulak...nampak mcm tunggul,tp tgk sebenar..hish susah nak tafsir...so,jgn tertipu dgn aku...komen paling byk,betulke ko ni..???..bukannya nak jd talam dua muka,tp bertindak mengikut keadaan..klu dgn family,biasanya tahap kebergantungan aku adlh tinggi,dan berdikari adalh rendah sekali...bila gaduh dgn adik aku yg muda 10 tahun dr aku,mesti aku yg mengadu dgn kakak aku dulu,klu ngadu dgn mak...nnt dua2 kena ceramah free...hehe...bila berjauhan seperti ini...ish...ish...sedihnya..kebergantungan adlh sgt rendah,dan berdikari adalah tinggi..semuanya kena buat sendiri..

sejak dari dulu kakak aku selalu ajar aku untuk membuat keputusan sendiri dan tanggung akibatnya sendiri..klu bahasa romantiknya..berani buat berani tanggung..klu x berani tanggung ,jgn memandai2 nak buat hal...klu ada masalah x boleh terus lari,kena menghadapi..klu x boleh,berhenti sekejap,dan teruskan semula...klu masalah tu dpt diatasi,Alhamdulillah...klu x boleh,kita kena cari rasional disebalik prob tersebut..klu x kita akan terkurung di dlm buat selamanya..ikutkan kebanykn mslh yg aku hadapi mesti menemui kegagaln...tp rasionalkan diri...ia mengajar kt utk lbh kuat...ya lebih kuat drpd harimau...(terpulang kpd kekreatifan anda nak mengaitkannya dgn kekuatn harimau...muakakakah..)...



okla..mata aku dah tinggal 1 cm lagi nak tertutup..nnt sambung lain kali...moral hari ni...rasionalkan diri dan minda anda...selamat bersahur warga dunia...

Rabu, 19 Ogos 2009

aku terlupa!!

Dalam kesibukan ku join program sana,program sini....aku terlupa ada org yg berkecik hati dgnku...aku hanya sedar bila sorang2 dah tak kontak aku lagi..dua org kakak yg setiap selang sehari telefon aku kini menyepi diri..d tambah lagi bila aku buat keputusan tak balik kmpg...Abang aku yg suka membuli aku pun,sdh mula senyap di hujung talian...mak aku apatah lagi...klu blog aku ni manusia mesti dia pun merajuk..kan..kan..kan..

Bila dah relax2 skit barulah aku ada masa nak telefon sorg2...adakah aku terlambat??...hehe..aku tau marah tahap gaban sekali pun diorg kat aku,diorg tetap juga layan aku..kepada abang udinku yg paling hensem(kononla) sory byk2,tak dpt pegi konvo..aku janji kawen ko nnt,aku akan urus semuanya...

Tapi memang betullah...sepanjang 3 minggu ni aku sibuk memanjang dgn program n asgmnt..paling memenatkan bila setiap habis progrm aku kena basuh 2 baldi pakaian aku...ikutkan hati aku pijak2 jak,mcm kat korea tu..tp x sampai hati pulak kesian baju aku..

akhir sekali,Selamat berpuasa kepada semua...bulan puasa adalah bulan yg paling baayk bagi aku kenangan pahit dan manis sepanjang aku hidup kat dunia ni...ciptalah kenangan terindah di sepanjang bulan ramadhan ini,kerana kita pasti akan sentiasa merinduinya dan menanti-nanti kehadirannya setiap tahun..tika kau sujud pada Nya,kau akan temui hikmah pd setiap kehidupan yg kau lalui..Ahlas Wasahlan ya Ramadhan...

Jumaat, 31 Julai 2009

cinta Sang Ratu dalam Seputih Qaseh..


Aku nak jadi Sang Ratu..
Untuk kerajaan hatiku..
Hidup girang gembira...
Seperti burung di udara...
Terbang bebas merenung ciptaan Yang Esa...

Walaupun ratu hatiku adalah aku...
Tapi masih bernaung di hati insan pilihan..
Yang menjaga dan memberi kasih sayang...
Seikhlas kasih,sesuci perasaan..
Utusan Ilahi buatku yang sepi...

Namun segalanya milik Rabbi...
Dari tasbih hati hingga jasad dan ruhhi...
Mengapa harus ku butakan hati...
Jika kebenaran terbentang meliputi...

Jangan kau tidakkan rasa hati...
Yang mula damai dalam pengabdian..
Kelak kau akan hilang selamanya..
Dalam dunia penipuan yang kau dirikan...
Bersama binaan keangkuhan...

Bila terjatuh jangan cepat mengalah...
Bangun,walaupun sekadar memujuk diri..
Kerana semuanya ada di hati...
Hanya kau yang mengerti...
Kerana kau Ratu kerajaan hati..
Dan cintamu,jadikan setulus cinta sang ratu..
Mencipta seputih qaseh..

Rabu, 29 Julai 2009

???



Assalammualaikum buat warga dunia...semoga dirahmati selalu

Tanpa diduga cuti p'tghn sem diawalkan seminggu,tinggallah aku m'bilang setiap bus yang berselang seli meninggal'n kampus b'sama warganya...cee...sedihnya nak balik juga,,,2 sem,cuti seminggu aku jaga kolej....sem ni pula,up sikit aku jaga kampus...heehee..sbb kampus tu dpn rumah aku jak,bolehlah tolong jeling2..kat kolej dulu aku sorg2 jak kat rmh sem ni ada la juga teman aku...

Bahana ujian menimpa,buat kita relaks sedikit,bukan utk goyang kaki mahupun kepala nan satu..tapi mengenangkan segala dosa mahupun kesilapan yg sengaja atau tidak selama perjalan hidup...yg pasti kuarantin atau tidak,cuti atau tidak aku tetap duduk kat rumah..memerap mengalahkan wanita paling pemalu dalam dunia...kepada yg balik kampung jgn lupa bawakan aku sebiji dua rambutan atau langsat..kesian kat aku...tk kesian???

Teringat pesan kakak aku semalam...balik dr kelas,terus balik rumah..jgn merayau-rayau..mkn ubat..klu sakit terus g klinik..n....bla..bla...bla...padahal kakak aku x ckp pun aku tetap bertapa kat rumah..

Dalam keboringan yg melampau...aku pun joinlah kakak rumah aku tengok Syurga Cinta..boleh tahan la..tp aku tgk sekejap sekejap jak..

Apapun..Allah itu sentiasa bersama kita pintalah apa saja..kerna kuasaNya melebihi segala...milikNya semua yang ada..jgn malu jgn segan..Yakinlah padanya

Salam..

Rabu, 22 Julai 2009



Hidup ini satu pertaruhan,
Yang perlu membuat pelbagai pilihan,
Pilihan yang memerlukan keberanian,
Untuk menerima setiap kenyataan,

Jika kenyataan memeritkan,
Kita mula menyalahkan pilihan,
Yang akhirnya tercipta lagi satu kesalahan,
Kenapa tidak kita jadikan iktibar,
Sebagai pengajaran daripada kegagalan,

Walau apapun kenyataan,
kita perlu membuat pilihan,
Buatlah sehabis baik walaupun ia menyakitkan,
Daripada menanggung di kemudian,

Pilihan ini kita tentukan kerana
kita tahu sebab dan alasan,
Orang lain boleh pertikaikan sebagai pembetulan,
Tapi tak layak pandang sinis kesian,

Teruskan juang usaha,
Jika kita tahu Dia bersama,
Setelah kita serahkan sepenuhnya,
Hidup kerana DIa,
Bukan kata-kata....

Rabu, 15 Julai 2009

cerita lara di jiwa...



cite drpd sebuah blog yg sungguh menyentuh hati...membuatkan aku terkenang dgn sesorg...semoga amanlah roh mu di sana...

Petang itu aku menangis lagi.Sendirian di kamar. Untung ada Puteh di sisi. Kucing itu tahu betapa tuannya ini sedang menanggung beban jiwa yang parah.

Hati aku pedih.Sakit! Menangislah wahai hati..

Gelora di jiwa aku khabarkan pada Yang Maha Kuasa. Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya hanya pada Dia.

Mana mungkin bisa diungkapkan pekung keluarga kepada umum. Mana mungkin!Biarlah ia terus indah pada pandangan luar, seksa dalaman teruskan dihijab.
Aku? Hanya seorang anak. Anak pinjaman Yang Esa pada sepasang hambaNya bergelar ibu dan ayah.

"Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)." Al-Anaam (6:98)

Maka,tanggungjawabku hanya satu.

"Jadi anak solehah!"

Jangan kau durhaka pada ibumu. Jangan kau cuba melenting di depan bapamu.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." Al-Isra (17:23)

Demi ayat-ayat Allah itu, jiwaku lemas. Lemas dalam timbunan dosa yang bertimpa-timpa. Ampuni aku Abah! Sungguh aku khilaf dalam perilakuku. Air mukaku tidak mampu memalsukan amarah di jiwa.
Marah?! Layakkah kau marah pada Abah? Tanya pemilik hati ketika si waras mula berdebat dengan sang emosi. Di mana kau letakkan aku;kewarasanmu ketika kau tahu tindak tandukmu bisa menyakiti hati Abah? Kau sengaja bukan? Kau sengaja berlaku begitu kerana kau mahu sang emosi menjadi puas. Kau mahu nafsu amarahmu turut sama puas.

Kau palingkan muka, kelatkan wajah.Sengaja. Supaya Abah tahu kau sedang lancarkan perang dingin. Dan ternyata kau memang puas. Kau biarkan Abah dengan perang emosimu tanpa kau peduli samada dia tahu atau tak hujung pangkal tindakanmu. Ah,dengan bersenjatakan hati perempuan! Kau memang cukup hebat dalam strategi perang sebegitu.

Tidak kasihankah dikau pada wajah tua itu?

Tidak simpatikah kau wahai jiwa, tatkala makanan pertama pagi tadi ditelan tawar oleh jiwa bapa. Makanan yang sepatutnya dihadam supaya menjadi tenaga untuk fizikalnya bekerja. Untuk siapa dia bekerja? Untuk siapa wahai hati?

Jangan kau pandang kekurangannya. Kekurangan manusia sentiasa besar di pandangan mata manusia. Tapi pandanglah kebaikan Abah dengan pandangan mata hati.

Mata hati kau tahu, kebaikan dalam diri Abah berganda-ganda lebih besar dari kekurangan dirinya. Pandang sekeliling wahai mata hati, adakah lagi seorang Abah yang lain seperti dia?

Adakah lagi seorang Abah lain yang mampu bertahan dengan setiap perang dingin yang kau lancarkan?

Adakah lagi seorang Abah lain yang hanya memendam perit pedih membesarkan anak perempuan tunggalnya yang hanya tahu memandang kekurangannya?

Adakah lagi seorang Abah lain yang begitu sabar melayan kau; wahai anak.. yang hanya tahu meminta tanpa mahu mengerti erti memberi?

Adakah lagi seorang Abah lain yang masih sudi menjamah santapan semeja dengan anaknya walupun hati Abah itu tahu betapa anaknya tidak suka memandang wajah tua ini?
Adakah lagi Abah lain selain dia untukmu?

Selasa, 7 Julai 2009

Tazkirah..

Tazkirah melalui e-mail yg selalu di hantar oleh seorg hamba Allah yg x dikenali..Terima kasih atas setiap peringatan yg diberikan,semoga menjadi iktibar utk diri dan org lain..

• 12:03 PM
23/6
PETIKAN NASIHAT IBNU QAYYIM 1. DIDALAM HATI MANUSIA ADA KEKUSUTAN DAN TIDAK AKAN TERUNGKAI KECUALI MENERIMA KEHENDAK ALLAH S.W.T 2.DIDLM HATI MANUSIA ADA KEGANASAN DAN TIDAK AKAN HILANG KECUALI BERJINAK DGN ALLAH SWT. 3.DIDLM HATI MANUSIA ADA KESEDIHAN DAN X KAN HILANG KECUALI MERASAI NIKMAT ALLAH SWT. 4. DIDLM HATI MANUSIA ADA KEGELISAHAN DAN AKAN TENANG DAMAI BILA BERLINDUNG, BERTEMAN DAN BERJUMPA DGN ALLAH SWT. 5. DIDLM HATI MANUSIA ADA PENYESALAN DAN AKAN PADAM BILA REDHA DGN SURUHAN DAN LARANGAN, QADA QADAR ALLAH SENANTIASA BERSABAR SEHINGGA MENEMUI YG AZALI. 6.DIDLM HATI MANUSIA ADA HAJAT DAN TDK AKAN TERBENDUNG KECUALI KECINTAAN PD ALLAH DAN BERMOHON PD NYA. SENANTIASALAH BERZIKIR KPDNYA WASSALAM


• 10:51 PM
28/6
hadis 32....TIDAK BOLEH MEMBUAT KEROSAKAN..........................Dari Abu Said,Sinan Al-Khudri radhiallahuanhu,ssguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda:"tidak boleh melakukan perbuatan (mudharat) yg mencelakan diri sendiri dan org lain."


• 3:07 PM
7/7
janganlah kamu terlalu gembira di dunia!!!!!


• 3:34 PM
7/7
Tanda 7 hari sebelum hari mati Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang yang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Rabu, 17 Jun 2009



Assalammualaikum...ding...ding...ding..

Bosannya duduk memerap d rumah..dah lah sorang2 jak...nasib ada kucing tersayang walaupun mnyakitkan hati.Satu2nya kawan aku(adik bongsu aku) ke sekolah pulak,puas aku pujuk supaya jgn sekolah...tp adik aku ni 200x beza dgn aku.Mak dan kakak aku belum balik,abg udin aku pulak membuta dr tgh hari td...rindu pulak nak buat assingmnt..hehehe satu penipuan telah berlaku..

2 hari yg lalu kerana kebosanan yg teramat aku telah menyelongkar almari buku rumah yg ntah berapa abad dah bertapak d ruang tamu kami...maka aku pun terjumpalah sebuah kitab yg telah arwah ayah aku beli beberapa tahun lalu,,tajuknya Fiqh Islam.Rasa macam lama dah aku tak baca buku,,banyak benda dah yg aku lupa..patutlah otak pun dah mereng skit..

oklah nak tengok soal hati dulu...