Isnin, 29 November 2010

Putera Katak



Rancangan drama Putera Katak secara rasminya ditayangkan bermula hari ni di TV3 pukul 4.30-5.30 Pm...rancangan yang aku nanti2kan...hehehhe...ceritanya sama dengan cerita-cerita kanak-kanak yang aku dengar dulu...seorang putera raja telah disumpah menjadi katak dan sumpahan tersebut akan hilang apabila katak tersebut mendapat cinta sejatinya...memang jelas dan nyata kedongengannya..huhuhu...tapi layan juga..

sebenarnya cerita ini mengingatkan aku dengan movie cicak man..haritu aku p kenduri rumah my aunty...sembang punya sembang...terkeluarlah pula cerita tentang sepupu2ku yang tersangatlah nakal...dua orang hero sebenarnya, seorang tu sudah masuk 6 tahun, yang adik pula baru berusia 5 tahun...tengah2 aunty aku memasak, dia terdengar kedua2 sepupu aku sedang bertengkar dan mulalah adegan tangis menangis di antara mereka...

aunty aku pun pergilah ke ruang tamu untuk melihat hero2nya....

"Ya Allah"...hanya itu yang terkeluar dr mulut aunty aku..sepupu2 aku tengah berebut seekor cicak, hampir terputus dua cicak tersebut..."Kenapa main cicak ni?"

"sy mau jadi cicak man mak..."

"Sya pun mak..."...dan pergelutan pun berlaku...akhirnya c abang berjaya mendapatkan cicak tersebut...c abang tersebut pun cepat2 ingin memasukkan cicak tersebut ke mulutnya...namun....

"Muizzzzz....."...c ayah pun sampai..."Buang cicak tu..."...selamatlah akhirnya seekor cicak yg tidak berdosa...

hu...bahaya juga anak-anak ni kalau tidak dipantau...sebaiknya, habis ja menonton movie tu kita terangkan semula apa yang benar, apa yang tidak, apa yang tidak boleh, dan apa yang patut...anak2 ni hanya tahu apa yang tersurat sahaja, susah untuknya memahami maksud yang tersirat kerana otaknya yang baru ingin berkembang...

Ahad, 28 November 2010

sayur daun bawang

Sayur daun bawang merupakan salah satu makanan kegemaranku dari kecil lagi...setiap kali balik kampung, aku mesti mencarinya di ceruk mana sekalipun..he3..sejak dua menjak ni sayur ni sudah kurang ditanam dan diusahakan...ada pun yang menanamnya bukan untuk dikomersialkan, hanya sebagai sumber makanan sendiri..tiba2 sewaktu berjalan di pasar malam Tanjung Malim, aku ternampak sayur ni di tempat yang biasa aku dan kakak rumah kunjungi...wa...blink2 mata aku waktu tu...tanpa membuang masa dan tenaga aku pun terus beli...abang jual sayur tu pun tegur...

"adik makan benda ni ke?"
"a'ah...sedap"
"adik masak macam mana?"
"sy x masak bang, sy buat ulam.."
"ooo...jarang orang beli sayur jenis ni...abang pun x tahu nak makan macam mana"
"ooo...senang je..he3"...aku menelan liur x sabar nak menyantapnya...pak cik2 dan mak cik2 sebelah yang turut mendengar perbualanku dengan abangtu tersenyum2...

nilah gambar sayur tu...


cara untuk menyediakannya..

1. Basuh sayur terlebih dahulu
2. Potong kepada 2 bahagian




3. Selepas itu potong bahagian daun kepada beberapa bahagian lebih kurang 3 inci atau 4 incilah macam tu sehinggalah dia jadi macam rupa kat bawah ni..


4. Sekarang Kita bersihkan pula bahagian kepalanya yang berwarna putih tu dan setiap kepalatu belah kepada dua..

5. Campurkan bahagian daun yang telah dipotong dan bahagian tersebut ke dalam satu bekas

6. Campurkan garam secukup rasa dan asam jawa, kemudia ramas sayur tersebuat sehingga menjadi agak layu

7. kemudian perahkan airnya...dan siap...jom makan...

Jumaat, 26 November 2010

Telefon ku sayang

Adesh....haish...telefon aku ni..entah apa pasal lah tepon kesayangan aku ni...haritu kejap on kejap of..lepastu bateri pulak buat masalah...teringat pak cik acai yg menegur handpone ku haritu....

"Alahai amoi, apasal lu punya bateri serupa itu org mengandung 8 bulan?...ni dua tiga hari ni mesti beranak punya"..adoi, pak cik ni...malu aku..aku tengok handpone kesayangan aku..memang betullah...bateri aku mengembung ibarat org mengandung 8 bulan..hari tu bukan main lagi kakak promo tu bagi tau semua komponen adalah original..hu...sekarang ni tengoklah, handpone aku jak yg ada bateri pandai mengandung...(kata uncle tersebut)..

lepastu entah mengapa wajahnya semakin hodoh dan tidak hensem...mungkinkah sebab aku selalu terbaling tanpa sedar ataupun jatuh kerana keter'over'anku memegangnya...sudahlah ni sahajalah harta aku selepas my lappy....kata org tu, handpone aku ni org tengok pun mmg x laku...entah dari zaman mana muncul....sian ko kan handpone...comel apa...

dan sebulan yang lalu, kerana pelbagai masalah yang tiba2 timbul...tutup telefon aku pula buat hal...hehehehe..tutup telefon aku terbelah dua...sian dia kan...aku pun cubalah mencantumkan semula dgn plaster...sbb waktutu, itu ja lah yang aku ada...lepastu sekarang ni aku dah tukar dengan selotip warna coklat..nampaklah juga rupa hanpon...

sekarang ni pula...aiskh...x puas hati betul...aku taulah aku ni penghutang setia celcom...balik2 RQ advance yg bernilai RM2 tu...tapi ke mana kredit aku menghilang sebenarnya?..dah lah malas mau top up, selalu pula kredit lesap ntah ke mana..xkan lah dalam sehari kredit Rm10 boleh habis...aku ni jangankan begayut, sms pun jarang2...bila check send item...aku hanya menghantar 8 mesej SAHAJA...jadi kredit aku yg 8 juta tu p mana?????? rasa2nya pihak yg ambil kredt aku suka hati tu boleh disamankah?...laporan langganan pun xda...on cinta, on artis, on bola, on sunyi semuatu...x pernah pula aku reply yes...nanti kalau tanya kat cawangan pula, habis kita kena leter...kita pun x tau apa yg terjadi..pelanggan kena marah?...

mungkin ka 'dia' geram sebab aku sudah 4 mggu x bertop up? x dapat ambil kreditku yg tersangatlah byk tu? last2...aku malas dah nak top up...kalau penting sangt hntr mesej dr FB jak, ataupun RQ my bos2...he3...tapi ni berisiko juga, risiko x dilayan...haish, tiadakah alternative lain selain guna hanpone ni...bela burng merpatilah...suruh dia hantar surat ke sana dan ke sini...

ni la hanpone kesayangan aku tu...first beli yg hitam...bila hitam tu cacat sana sini sbb 'accident' aku pun beli lah yg terbaru..pink color

Isnin, 22 November 2010

Exam

Ermmm.....minggu exam menyerang lagi....setelah 3 mggu cuti sakan mggu ni tibalah untuk pertarungan.....ada yang menyambutnya ibarat wedding of the year dan ada juga yang menyambutnya ibarat hari raya aidilfitri...hehehe..perumpamaan jenis mana la aku jumpa ni...

maksudnya- ada orang yang menyambutnya dengan penuh gilang gemilang, persiapan rapi dengan nota berwarna warni, baju exam yang bersesuaian dan peralatan menjawab exam yang canggih2..jadual makan, belajar, ibadah semua tersusun rapi...hanya tunggu bersanding atas kerusi dan meja exam....

dan ada yang menyambutnya ibarat hari raya...kerana inginkan kemenangan di dunia dan akhirat...inginkan kejayaan exam untuk terus mendapat peluang bg menuntut ilmu, supaya dapat meningkatkan amal soleh di dunia....menuntut ilmu kerana Allah.....disamping study smart not hard, mereka belumba2 juga untuk meningkatkan ibadah diri..usaha + tawakal..kemeriahan exam diserikan dengan pelbagai ibadah...ibadah yg dulu hanya dilakukan dua bulan sekali kini dilaksanakan setiap hari hanya utk kejayaan mu exam....dan tadi terbaca satu post di FB, yg berbunyi begini...'waktu exam ni ramai pula orang ke surau..wkt exam je ingat tuhan'...salahkah?....erm...bagi aku tak salah kot...begitulah ibarat hari raya, waktu solat hari raya banyak pulak orang dtg ke masjid...tp ia tidak menjadi kesalahan...cuma ubah sikitlah ayat tu supaya lebih kepada memberi dorongan...contohnya...semoga suasana surau di mggu exam ini akan tetap berterusan...terasa indahnya ukhwah jika ia meriah sepanjang masa....dan istiqomahkan diri kami....kita doakan lah diri mereka dan diri kita sendiri...

dan aku....menyambutnya ibarat makan.....persediaan ala kadar...sebenarnya malas bc nota....hehehehe...baca sikit. lepastu jalan2 kejap, x lama dari tu tengok tv pulak...aishhh...apa nak jadilah exam aku kali ni...

Ahad, 21 November 2010

Penjelasan tentang solat jamak dan qosar

Sejak jadi anak perantau yang terpaksa menempuh perjalanan berbatu-batu ni, solat jamak dan solat qasar adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan...mungkin ada yang tidak tahu dan ada yang tahu tapi tidak tahu melaksanakannya...termasuk akulah juga...banyak yang perlu diperbetulkan lagi..untuk keterangan yang lebih mendalam bolehlah baca perbincangan daripada laman halaqah ini, semoga dapat menjawab persoalan kita bersama....


klik di sini

Permasalahan solat Jamak dan Solat Qosar

Sabtu, 20 November 2010

Jelajah ke Trolak

Beberapa bulan yg lalu, aku n kakak2 rumahku telah berkunjung ke Trolak Selatan berbekalkan perut kosong masng2 yg ingin diisi...he3...semuanya ada 9 org...seawal pagi kami dah bangun menuju ke stesen bus Tanjung Malim walaupun mata agak berat utk dibuka kerana bersengkang mata sebelumnya utk konsert terbuka 7A..hu..(hanya mereka yg memahami)..sebelum ni aku dah biasa p Trolak tp x pernah sampai Trolak Selatan..setakat di Trolak Utara sahaja...rumah opah n datuk angkatku yang sungguh baik hati...

sampai di rumah keluarga angkat kak Harna, kami dijamu dengan air sirap...wa...sedp o...jauh perjalanan,dahaga lah pulak..tiba2, mak cik tu ajak p kenduri pertunangan jirannya yang terletak selang beberapa rumah...kami berpandangan...seorang pun x yg berpakaian mengikut tema...pd awalnya kami menolak juga, tp setelah dipujuk dan didesak dengan penuh berhemahnya kami pun menuruti juga langkah kaki..

sampai di rumah jiran mak angkat k.Harnah...
wah....banyaknya orang...mau baliklah mcm ni...malunya...sudahlah dtg x dijemput...dtg2 ja terus makan...kami masih terpaku di hadapan rumah bagai patung cendana...beberapa org memerhati kami yg masih tolak menolak...ah belasah jaklah sudah mak cik tu jemput makan, masuklah...hu3...dgn muka x malu kami pun duduk dan layan diri sendiri + dihidangkan...

eh x boleh jadi ni...xkan makan ja kot..langsung x bagi sumbangan...setelah perbincagan dilakukan dgn penuh kreatif dan kritis...kami pun mengmbil keputusan utk membantu sekumpulan mak cik yg sibuk bersembang di hujung sana utk membasuh pinggan...hu3...

bermulahlah kisah kami yg tersesat di kenduri pertunangan dan menjadi pencuci pinggan..kata mak cik tu;

"takyah lah nak...kesian mak cik tengok..panas ni....nnt demam pulak sok"

aku pun menjawab...

"xpelah mak cik, panas skit je ni...bukannya apa pun"..hu3...jwpn tersopan ni..he3....setelah sejam bertungkus lumus membasuh pinggan and mengangkat pinggan mangkuk kami pun baliklah ke pangkal jalan...









Jumaat, 19 November 2010

mencari maksud

Mengapa tiap kali ia menghampiri dan menyentuh hati aku seakan gelisah, takut dan resah tanpa punca...namun dalam kehidupan yang semakin pantas berjalan ini, ia kerap kali tiba walaupun tanpa dipinta....adakalanya air mata mengalir kerana tidak mampu mengungkap tentang keresahan yang datang secara tiba2 ini....aku takut akukan kalah dalam perjuangan ini, tembokku semakin lemah, dan akalku seakan keluh untuk berputar lagi...mengapa ia terlalu pantas tumbuh dan menghampiriku...sekian lama ku mencari maksud kehadirannya disetiap kali sujudku...aku takut aku kan terpisah denganMU, aku takut tersalah langkah sehingga membuatku terpesong dariMU...layakkah aku mengatakan yang aku mencintaiMU sehingga aku jadi resah dan takut tiap kali ia menghampiri??...aku hanyalah hambaMU yang penuh dgn dosa dan sering terleka...namun aku meminta padaMU agar aku tetap diberi usaha dan dayah agar terus mencari cintaMu dan tetap istiqomah di jalan MU...dan pintaku, di akhir waktu nanti pertemukan aku denganMU...pandulah hidupku agar sentiasa bersamaMU walau dalam apa un jua yang ku lakukan....

Selasa, 2 November 2010

Pesanan berharga untuk yang masih single



pesanan seseorang............

Allah itu masih mahu menjaga kita, tidak dibiarkannya terhenti pada tempat yg sia2...dan satu hari bila kita telah bertemu dengan tempat dan masa yang telah ditentukannya...makan dilabuhkannya dengan penuh keredhaan dan kebahagian dalam pengertian ayat "setiap manusia itu diciptakan berpasang-pasangan"...cuma memerlukan keyakinan, kesabaran dan pengorbanan..

dulu sering melatah, mengapa cinta itu terlalu sukar utk mendekat...sama ada memang x tiba, menjauh, ataupun pintu hati yang sentiasa tertutup..namun di situ ada cerita...jka ia x tiba atau terlalu sukar diterima..itu tandanya Dia amat mengasihi dengan tetap menjaga kesucian hati...jika ia menjauh atau terlalu byk dugaan tika kta rasa sdh bersedia dan terpaksa berpatah semula...itu tandanya Dia ingin menarik kita semula untuk terus dijagaNYA...supaya kita punya masa utk mencintai DIA yang lebih utama....agar kita mengerti bahgianya cinta yang sebenar..wallahulam...terimalah cinta itu bila sdh sampai masa dan tempat yg sesuai...

Ahad, 31 Oktober 2010

kursus kahwin


tetetetet....hanpone ku berbunyi (bukan bunyi sebenar)..

"hello"...ohohoho my sis (bos number 2) is calling...lama tidak bersembang dengan kakak aku yang sot2 ni...bual punya bual..timbullah pulak cerita pasal kawen..

"eh..ko sudah ambek kursus kahwinkah?"...

hahahahahha...berderai ketawaku...apa punya soalanlah kakak aku ni...

"eh..buat apa, bukannya mau kawen besok pun..umur masih muda la bos...lama lagi"...haritu bukan main lagi kritik aku bila cerita pasal cinta dgn mak...kali ni tiba2 pulak suruh ambek kursus kawen....buang tabiat apa...

"ha...gelak kau ya...aku taulah kau belum mau kawen, sebab tiada yang mau..."....amboi ayat hujung tu aku rasa aku tidak sebut pun...hu..kalau mengkritik aku, memang dia ni lah yang yang nombor satu, sama taraf dengan abang aku yang kedua..."aku mau nasihat ja, jangan jadi macam kami...dulu bila orang sebut pasal kursus kahwin, bukan main geli hati lagi...sekarang, kami pula yang kena gelak...baru sibuk mau ikut kursus kawen"....ooooooooo....begiru ceritanya rupanyaaaa....

sian...hehehehe..dulu kakak2 aku ni sebut pasal cinta pun gelak...sekarang bila sudah jumpa pasangan masing2..terus kepada matlamat...kahwinlah...tapi satu persedian pun tiada...sbb x pernah terfikir pun nak becinta dulu...but, i'm proud with them.......bila sudah bersedia, baru buka borang, sdh jumpa, kenal kejap n terus kpd matlamat....senang ja...x payah mau serabut awal2...kan...kan..kan...

tapi...perlukah ambek sekarang kursus kahwin tu ya?...macam malas pulak...tunggulah hujung2 sem sikit....heeeeeeeeeeee...

Isnin, 25 Oktober 2010

Buku



Kalau orang bertanya benda apakah yang paling banyak aku habiskan duit di alam universiti ini?....tentulah jawabku benda yang bernama buku...sedar x sedar aku menghabiskan duit beratus2 untuk membeli buku, sampai satu masa aku terpaksa menahan diri untuk tidak masuk ke kedai buku...aku sangat jeles bila kakak rumah aku beli buku baru...he3...entah apa yang membuatkan diriku sangat berminat dengan buku seawal hidupku lagi...sebelum sekolah perkara pertama yang aku bersungguh2 lakukan ialah belajar membaca, nasiblah ayahku tidak jemu mengajarku membaca...dan Alhamdulillah dalam usia seawal 5 tahun aku sudah lancar membaca...

masuk sekolah rendah aku akan menghabiskan masa membaca buku di mini perpustakaan rumah kami yang terletak di ruang tamu....sampai mak aku panggil pun aku x perasan...dan kerana hobi itu juga, aku sanggup curi2 masuk ke dalam bilik abang khmsah untuk membaca buku kartun yang betimbun2 di dalam biliknya..mujurlah sampai sekarang abang aku x perasan walaupun bertahun2 aku masuk curi2 biliknya...he3..

masuk sekolah menengah....kerana hobiku nan satu ni, aku selalu kena bebel...benda pertama yang aku cari apabila ayah pulang dari mana2, ialah surat khabar...bila dapat jak surat khabar aku pun melepak la di mana2 sudut tanpa menghiraukan apa2 yang berlaku di sekitar...tu lah puncanya kakak aku membebel...semua kerja akan tergendala selagi aku tidak menghabiskan pembacaan...dan bila kakak aku balik daripada universiti, benda pertama yang aku cari adalah buku...habis kotak2 diselongkar..kalau sudah jumpa buku, memang lupa lah semua yang perlu dibuat...tapi apa boleh buat...

masuk alam universiti ni pula, semakin menjadi2 la pulak....aku lebih berminat untuk membeli buku daripada pakaian atau dari apa2 pun...tapi x kisah pun...sudah memang itu yang aku mahu...cuma sem ni jak yang aku tidak berupaya untuk membeli buku..rasa mau menangis jak masuk kedai buku...geram!!!....harap jodohku tetap ada untukmu buku...

Rabu, 20 Oktober 2010

secoret rasa

hmmmm...kehilangannya di cari...
namun hanya dalam hati...
yang penting aku tetap di sini dan berdiri...
kerana antaranya ada cerita yang menarik hati...
bukan dicari tapi ia hadir sendiri...

entah apa yg membuat aku terus berdiri...
walau kiri kanan mula meragui...
bukan keyakinan kepadanya...tapi kepada yang Maha Esa...
walau apa yg berlaku ia pasti ada hikmahnya..
dia x menjanjikan indah yang sekadar fantasi, tapi realiti yang penuh berliku..
sebagai persiapan diri untuk insan yang bergelar hamba Allah..

dan kali ini aku pasti dengan hati...
cukup sekadar aku mengenali dan seterusnya terpulang pada DIA...
bukan pasti dengan keindahan yang dicipta sendiri, tapi pada pada erti qada dan qadarNYA...
semoga Allah memberi jalan yang diredhai...
ku redha jalannya terus sunyi begini, dan yang hanya tahu antara aku dan Dia...
sebab ada batasan yang perlu dijaga..
dan bonus buatnya yang memahami...

memesaniku yang berhenti untuk melaksanakan tanggungjawab sebelum menerima tanggungjawb seterusnya pada masa dan waktu yang telah ditetapkan...soal hati terserah padaNYA...dan kita hanya mampu berusaha dan bersedia dengan apa sahaja ketentuanNYA

'perhentian ini untuk mencari Cinta dan redha NYA...selain mematangkan diri...semoga ada cerita buat kami pada masa akan datang'...semoga bertemu lagi...

Isnin, 11 Oktober 2010

Mengenali Aminah Assilmi

Pengenalan Dan Keputusan Saya bertemu dengan orang Islam buat pertama kalinya semasa sedang menghabiskan ijazah di dalam bidang Rekreasi. Saya membuat pra-pendaftaran subjek untuk semester tersebut dan pergi ke Oklahoma untuk mengendalikan urusan keluarga. Urusan tersebut menyebabkan saya lewat hampir dua minggu dan oleh yang demikian, tidak dapat lagi membuang mana-mana subjek. Walaupun lewat, saya tidaklah risaukan pelajaran yang terlepas kerana saya adalah pelajar terbaik di dalam bidang berkenaan. Saya telah memenangi berbagai 'award' walaupun hanya seorang pelajar dan mampu bersaing dengan para professional. Seperkara yang anda harus faham, walaupun saya belajar dan cemerlang di kolej, menjalankan perniagaan sendiri dan mempunyai ramai teman rapat, saya adalah seorang yang amat pemalu. Saya lambat untuk mengenali seseorang dan jarang bercakap kecuali jika terpaksa, atau kerana sudah mengenali orang tersebut. Saya hanya merasa selesa di kalangan kanak-kanak. Kembali kepada cerita saya. Cetakan komputer pendaftaran semester tersebut menyebabkan saya amat terperanjat. Saya telah didaftarkan untuk kelas Teater.. sebuah kelas di mana saya dikehendaki membuat persembahan di hadapan orang ramai!.

Saya tidak mampuwalau untuk bertanyakan soalan di dalam kelas, apatah lagi untuk naik ke atas pentas di hadapan orang ramai? Suami saya, seperti biasa dengan sikap tenangnya menyarankan supaya saya menerangkan masalah kepada guru berkenaan dan akhirnya beliau bersetuju mencari jalan untuk membantu. Maka saya pun pergi ke kelas pada Selasa berikutnya.. Apabila hendak memasuki kelas, saya mendapat 'kejutan' yang kedua. Kelas tersebut penuh dengan orang-orang Arab dan "penunggang unta". Saya tidak pernah berjumpa mereka tapi pernah mendengar tentangnya. Tidak mungkin saya akan duduk sekelas dengan 'kafir-kafir kotor' ini! Manalah tahu, mungkin saya akan dijangkiti penyakit daripada mereka. Semua orang tahu mereka itu kotor dan tidak boleh dipercayai. Saya lantas menutup pintu dan pulang ke rumah. (Ada satu perkara yang perlu anda tahu. Pada masa itu saya memakai skirt pendek kulit, baju singkat dan terdapat segelas wain di tangan saya... tapi merekalah yang dianggap jahat dalam fikiran saya).

Apabila saya memberitahu suami saya tentang orang-orang Arab di dalam kelas dan tidak mungkin saya kembali ke kelas, suami saya dengan tenangnya mengingatkan bahawa Tuhan mempunyai sebab untuk segalanya dan mungkin saya patut mengambil masa berfikir sebelum membuat keputusan. Dia juga mengingatkan yang saya tentang tajaan biasiswa yang membayar tuisyen saya dan saya perlu mengekalkan G. P. A saya atau memusnahkan segala peluang saya. Saya berdoa untuk petunjuk selama dua hari. Saya kembali ke kelas pada hari Khamis dengan keyakinan bahawa Tuhan meletakkan saya di situ untuk menyelamatkan orang-orang Kafir bodoh itu daripada api neraka. Saya terus menerangkan kepada mereka bahawa mereka akan dibakar api neraka buat selama-selamanya sekiranya tidak menerima Jesus sebagai penyelamat. Mereka mendengar dengan sopan, tetapi tidak menukar pegangan. Saya terus mencuba untuk mengubah pegangan mereka tetapi tidak berjaya. Jadi saya mengambil keputusan membaca sendiri buku mereka untuk membuktikan bahawa Islam adalah agama palsu dan Mohammed adalah tuhan palsu.

Salah seorang pelajar di situ memberikan saya sesalinan Quran dan buku mengenai Islam, dan saya pun memulakan kajian. Saya pasti bahawa saya akan menemui bukti hujah saya dengan cepat. Saya membaca Quran dan buku tersebut dan 15 lagi buah buku, Sahih Muslim, dan kembali kepada Quran. Saya begitu bersungguh-sungguh untuk menukar agama mereka. Kajian tersebut berlanjutan sehingga satu setengah tahun. Dalam masa tersebut, saya mula menghadapi masalah dengan suami saya. Saya makin berubah, walaupun sedikit tetapi cukup untuk mengganggunya. Kami selalu pergi ke bar setiap Jumaat dan Sabut, atau ke parti, tetapi saya tidak lagi ingin ke sana. Saya menjadi semakin pendiam dan dingin. Dia yakin saya ada hubungan dengan orang lain dan menghalau saya keluar. Saya berpindah ke sebuah apartmen dengan anak-anak dan meneruskan usaha dengan bersungguh-sungguh untuk menukar agama para Muslim tersebut ke Kristian.

Pada suatu hari, seseorang mengetuk pintu rumah saya. Apabila dibuka saya mendapati terdapat seorang lelaki yang memakai baju tidur panjang berwarna putih dengan alas meja berkotak warna merah putih di atas kepalanya. Dia ditemani tiga lagi lelaki yang juga memakai pajama. (Itulah kali pertama saya melihat mereka memakai baju Kebangsaan mereka). Saya mulanya merasa agak marah kerana mereka hanya datang dengan pakaian tidur. Mereka fikirkan saya ini wanita jenis apa? Tidakkah mereka ada rasa malu dan harga diri? Bayangkan betapa terperanjatnya saya apabila si lelaki yang memakai alas meja di kepala itu mengatakan bahawa mereka difahamkan yang saya ingin menjadi seorang Muslim.

Saya dengan pantas menjawab yang saya tidak mahu menjadi Muslim. Saya adalah seorang Kristian. Walaubagaimanapun, saya ada beberapa kemusykilan. Itupun kalau mereka ada masa.... Namanya ialah Abdul Aziz Al-Shiek dan dia sudi meluangkan masanya. Dia sangat sabar dan membincangkan setiap soalan bersama saya. Dia tidak pernah membuat saya rasa bodoh atau mengatakan soalan saya itu remeh. Dia bertanya adakah saya percaya bahawa Tuhan hanya satu dan saya berkata ya. Kemudian adakah saya percaya bahawa Mohammad itu PesuruhNya?. Lagi sekali saya mengatakan ya. Dia memberitahu saya bahawa saya sudahpun menjadi Muslim! Saya tetap bertegas bahawa saya adalah Kristian. Saya hanya mencuba memahami Islam. (Dalam hati saya berfikir : Tidak mungkin saya seorang Muslim! Saya adalah orang Amerika dan berbangsa kulit putih! Apa suami saya akan kata? Jika saya Muslim, saya harus menceraikan suami saya. Matilah keluarga saya!).

Kami meneruskan perbualan. Dia kemudiannya menerangkan yang untuk mencapai pengetahuan dan pemahaman rohani adalah seperti mendaki tangga. Jika kita mendaki dan cuba "skip" beberapa anak tangga, maka kita dalam keadaan bahaya dan berkemungkinan jatuh. Mengucap Shahadah adalah hanya langkah pertama pada tangga tersebut. Kami ada banyak lagi yang perlu dibualkan. Pada petang tersebut, saya mengucap Shahadah. Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang masih belum dapat saya terima dan memang sifat semulajadi saya untuk berterus-terang lalu saya meletakkan "disclaimer" pada Shahadah saya. Saya berkata " Saya naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Mohammad adalah PesuruhNya tetapi, saya tidak sesekali akan menutup rambut saya dan jika suami saya kahwin lain, saya akan "castrate" (mengkasi telur) dia". Saya mendengar lain-lain lelaki di situ menarik nafas terkejut, tetapi Abdul Aziz menyuruh mereka diam. Kemudiannya saya dapat tahu dia memberitahu rakan-rakanya jangan sesekali membincangkan dua perkara itu dengan saya. Dia yakin saya sendiri akan faham tentang perkara tersebut.

Shahadah sememangnya langkah paling mantap dalam tangga mencapai pengetahuan rohani dan mendekatkan diri kepada Allah tetapi pendakian saya agak perlahan. Abdul Aziz berterusan datang menziarahi saya dan menjawab soalan-soalan saya. Dia tidak pernah mencela saya atas soalan-soalan yang mungkin dianggap bodoh atau remeh. Dia memberitahu saya soalan yang bodoh ialah soalan yang tidak pernah ditanya. Hmm... nenek saya juga selalu berkata begitu. Dia menerangkan bahawa Allah menyuruh kita mencari ilmu dan bertanya adalah salah satu cara untuk mendapatkannya. Pada tahun-tahun seterusnya, saya telah mendapat ramai guru. Setiap satunya adalah istimewa dan berlainan antara satu sama lain. Setiap guru telah membantu saya mencintai Islam. Apabila pengetahuan saya bertambah, perubahan pada diri saya makin bertambah. Pada tahun pertama saya memeluk Islam, saya telahpun memakai hijab. Saya tidak tahu bagaimana ianya bermula. Segalanya datang dengan semulajadi, dengan pemahaman dan pengetahuan yang kian bertambah.

Saya juga menjadi penyokong kepada poligami. Saya tahu yang sekiranya Allah membenarkannya, maka tentu ada sesuatu yang baik di sebaliknya. Semasa saya mula mempelajari Islam, saya tidak menyangka saya akan berjumpa sesuatu yang saya perlu atau mahu dalam kehidupan peribadi saya. Saya sama sekali tidak menyangka Islam akan merubah hidup saya. Tiada manusia yang boleh menyakinkan saya bahawa pada satu hari saya akhirnya akan berasa tenang dan hidup penuh cinta dan keriangan semata-mata kerana Islam. Bagaimana Islam mengubah cara hidup saya "Kita akan lebih menghargai cahaya.. sekiranya kita pernah hidup dalam kegelapan"

Semasa saya mula memeluk Islam, saya tidak menyangka ianya akan memberi kesan kepada hidup saya. Islam tidak hanya membawa kesan, bahkan ia mengubah kehidupan saya sepenuhnya. Kehidupan berkeluarga : Saya dan suami saya amat mencintai satu sama lain. Cinta itu masih wujud. Tetapi apabila saya mula mempelajari Islam, kami mula menghadapi masalah. Pada masa itu saya tidak sedar yang saya sedang berubah. Dia menganggap sesatunya perkara yang menyebabkan saya berubah ialah lelaki lain. Saya tidak dapat membuatkan dia faham apa yang telah merubah saya kerana saya sendiri tidak tahu. Setelah saya sedar yang saya adalah seorang Muslim, ianya masih tidak membantu. Lagipun... sesatunya sebab yang boleh membuat seseorang wanita mengubah sesuatu yang penting seperti agamanya mestilah kerana seorang lelaki. Dia tidak menjumpai sebarang bukti berkenaan lelaki khayalan ini... tetapi ianya dianggap pasti wujud.

Perkahwinan kami berakhir dengan perceraian yang buruk. Mahkamah membuat keputusan bahawa agama yang bukan ortodoks (seperti Islam) akan mencacatkan perkembangan anak-anak kami. Maka mereka telah diambil dari jagaan saya. Semasa proses perceraian, ada suatu ketika di mana saya diberitahu yang saya mempunyai pilihan. Saya boleh meninggalkan agama ini dan kekal dengan anak saya, atau meninggalkan anak saya dan kekal dengan agama ini. Saya sungguh terkejut. Bagi saya ini bukanlah pilihan. Sekiranya saya meninggalkan Islam, saya akan mengajar anak saya untuk bersikap berpura-pura.... kerana saya tidak dapat menyangkal apa yang ada di dalam hati saya.

Saya tidak dapat meninggalkan Allah, buat masa itu mahupun selama-lamaya. Saya berdoa dengan sesungguh hati. Selepas tempoh masa 30 minit itu berakhir, saya tahu bahawa.. tiada tempat yang paling selamat bagi anak-anak saya melainkan di bawah lindungan Allah. Sekiranya saya meninggalkanNya, maka pada masa hadapan hilanglah jalan untuk saya menunjukkan kepada anak-anak saya keajaiban bersama Allah. Mahkamah diberitahu yang saya akan meninggalkan anak-anak saya di dalam tangan Allah. Jadi ini bukanlah bermakna saya telah menolak anak-anak saya. Saya meninggalkan mahkamah dengan kesedaran yang saya akan menderita tanpa anak-anak saya. Hati saya berdarah, walaupun saya tahu saya telah membuat keputusan yang betul. Saya mendapat kedamaian di dalam Ayat-Ul-Kursi. Hak penjagaan anak dan perceraian bukanlah sesatunya masalah yang terpaksa saya hadapi. Kesemua keluarga saya tidak dapat menerima pilihan saya. Kebanyakan daripada mereka tidak mahu langsung mengambil tahu lagi hal saya.

Ibu saya menganggap saya sedang melalui satu fasa ("phase") dan lambat laun akan keluar daripadanya. Kakak saya "pakar kesihatan mental" percaya saya telah gila dan patut disumbat ke hospital gila. Bapa saya menganggap saya patut dibunuh sebelum saya jatuh lebih jauh ke dalam Neraka. Tiba-tiba saya mendapati diri saya tanpa suami dan keluarga. Apa pula lagi yang akan saya hadapi selepas ini? Sahabat-handai Kebanyakan sahabat-handai saya menjauhkan diri dari semasa tahun pertama lagi. Sudah tidak seronok bergaul dengan saya. Saya tidak mahu ke parti atau bar. Saya tidak berminat mencari teman lelaki. Apa yang saya buat hanya membaca Quran dan bercakap tentang Islam. Sungguh membosankan. Pada masa itu saya masih belum mempunyai pengetahuan yang cukup untuk memahamkan mereka betapa indahnya Islam. Pekerjaan : Saya juga kehilangan pekerjaan. Walaupun saya telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang saya dan diiktiraf sebagai "trend setter" dan mampu menghasilkan wang, hari saya memakai hijab adalah hari akhir bagi pekerjaan saya. Saya sekarang tidak mempunyai keluarga, kawan mahupun pekerjaan.

Dalam semua keadaan ini, cahaya di dalam hidup saya ialah nenek. Dia sukakan pilihan saya dan menyertai saya. Saya tahu nenek saya memang seorang yang amat bijaksana. Sejurus selepas itu beliau meninggal dunia. Apabila saya fikirkan kembali, saya hampir merasa cemburu. Pada hari beliau mengucapkan Shahadah, kesemua amalan buruknya terhapus manakala amalan baiknya dipelihara. Beliau meninggal tidak berapa lama selepas memeluk Islam dan saya tahu BUKUnya akan berat di sebelah kebaikan. Itu sudah cukup menggembirakan saya. Apabila pengetahuan saya semakin bertambah dan saya dapat menjawab soalan-soalan dengan lebih baik, banyak perkara berubah. Tetapi impak paling besar ialah perubahan pada diri saya. Beberapa tahun selepas saya mengisytiharkan keislaman saya pada umum, ibu saya menelefon dan mengatakan dia tidak tahu mengenai Islam tetapi dia berharap saya akan kekal dengannya. Dis sukakan perubahan pada diri saya. Beberapa tahun kemudian dia menelefon lagi dan bertanya apa yang perlu dia lakukan untuk menjadi seorang Muslim. Saya memberitahunya apa yang perlu dibuat ialah mengetahui yang hanya ada satu Tuhan dan Muhammad ialah pesuruhNya. Jawapan yang diberikannya "Orang bodoh pun tahu itu.. tapi apa yang perlu dibuat sebenarnya?" Saya mengulang kembali apa yang telah saya katakan dan dia berkata :"OK.. tapi tak perlulah beritahu ayah lagi". Dia tidak tahu yang ayah saya telah berbual perkara yang sama beberapa minggu sebelum itu. Bapa kandung saya pula telah melakukannya dua bulan sebelumnya. Kemudian, kakak saya (si pakar mental) itu memberitahu yang saya adalah orang yang paling 'bebas' yang dia pernah kenali. Itulah pujian paling bermakna yang saya terima kerana ianya datang daripada dia. Ramai lagi anggota keluarga saya yang telah menemui Islam saban tahun.

Saya paling gembira apabila mendengar berita bahawa bekas suami saya juga telah memeluk Islam. Apabila ditanya mengapa, dia berkata yang dia telah memerhatikan saya selama 16 tahun dan dia mahukan anak perempuannya mendapat apa yang saya ada. Dia datang dan memohon maaf atas perbuatannya yang lalu. Saya telah lama memaafkannya. Anak lelaki sulung saya juga telah mengumumkan bahawa dia akan memeluk Islam. Saya telah dikenali kerana ceramah-ceramah yang saya berikan mengenai Islam, dan ramai pendengar yang telah memilih untuk menjadi Muslim. Ketenangan dalam jiwa saya terus bertambah dengan pengetahuan dan keyakinan saya terhadap kebijaksanaan Allah. Saya tahu Allah bukan sahaja Pencipta kita, tetapi juga sahabat yang paling akrab. Saya tahu Allah akan sentiasa berada di sisi saya dan tak akan menolak kita. Bagi setiap satu langkah saya kepadaNya, Dia datang dengan 10. Allah juga telah menguji saya, dan sebagaimana yang dijanjikan, memberikan anugerah lebih daripada apa yang saya harapkan. Beberapa tahun lalu, doktor memberitahu yang saya menghidap kanser di peringkat serius. Mereka mengatakan tiada lagi penawar kerana ia terlalu 'advanced' dan menyiapsediakan saya untuk menghadapi kematian. Saya mungkin hanya ada satu tahun untuk hidup. Saya risaukan anak-anak saya, terutamanya yang paling kecil. Siapa yang akan menjaganya?

Walaubagaimanapun saya tidak bersedih. Kita semua akan mati. Saya yakin kesakitan yang saya tanggung ini mengandungi hikmahNya. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk menyedari akan RahmatNya. Sahabat-handai tiba-tiba hadir entah dari mana. Saya dikurniakan kesempatan menunaikan Haji. Yang lebih pentingnya, saya belajar betapa pentingnya bagi saya berkongsi kebenaran Islam dengan semua orang. Saya tidak kisah samada manusia, Muslim atau tidak, bersetuju atau sukakan saya. Saya hanya perlukan keredhaan Allah. Kasih-sayang yang saya mahukan hanya dari Allah. Tetapi, saya mendapati orang ramai, yang tanpa sebarang sebab yang nyata, telah menyayangi saya. Saya bersyukur, kerana saya pernah membaca, sekiranya Allah menyayangi seseorang, Dia akan membuatkan manusia juga mencintai orang itu. Saya tidak layak menerima semua kasih sayang itu.

Pastinya ini adalah salah satu hadiah lagi daripada Allah. Tiada kata untuk saya menerangkan bagaimana berubahnya hidup saya. Alhamdulillah! Saya amat gembira saya adalah seorang Muslim. Islam adalah hidup saya. Islam adalah denyutan jantung saya. Islam adalah darah yang mengalir dalam diri saya. Islam adalah kekuatan saya. Islam menjadikan hidup saya indah dan gemilang. Tanpa Islam, saya tiada apa dan sekiranya Allah berpaling dari saya, saya tidak akan hidup.

Maha Suci Allah

Aminah Assilmi



........................................
16 Februari 2002

Ahad, 3 Oktober 2010

Ampunilah dosaku..kerana ayahku tidak bersalah..

Ya Allah dgn sepenuh hati ku memohon keampunan dariMu...
aku yg semakin jauh dariMu...

Ya Allah kasihanilah ayahku..
jgnlah kiranya dia diseksa hanya keranaku yang ingkar padaMU...
aku sedar kerana kealpaan ku, aku telah menganiaya ayahku..
aku tidak dpt membayangkan saat ayahku dihukum keranaku yg selalu melakukan kesilapan...

Ya Allah..
berilah kesejahteraan buatnya di 'sana'..
sesungguhnya kasih sayangnya lah yang membuatkanku mengenaliMU dan menyayangiMU melebihinya....
ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapaku..
dan hindarilah aku daripada melakukan perkara yang boleh mengheret mereka ke nerakaMU...


kerana keindahan manusia terlupa, dan kerana keasyikan manusia merana..sesungguhnya manusia itu insan yang mudah terpesona..ampunilah kami...dan peliharalah hati2 kami agar tidak berpaling dariMU......

jika seseorang menyakiti anda...

ucapan daripada seorang kanak-kanak yang digelar budak marikh keran pengetahuannya yang tinggi berkaitan denagn ruang angkasa dan marikh. Memang OMG sungguh cerita budak ni. pengetahuannya berkaitan dengan alam membuatkan para saintis dunia terkejut dan sungguh teruja....namua ada satu perkara yg buat aku teruja dengan cerita budak ni....pesanannya....

"Anda perlu menjadi seorang yang berbelas kasihan kepada orang lain. Kalau seseorang menyakiti anda, peluklah dia, minta maaf kepadanya dan berlutut kepadanya.

"Jika seseorang itu membenci kamu, sayangi dia dengan sepenuh hatimu dan minta keampunan," ujar Borischa....adakah kita mampu...

untuk cerita selanjutnya....

Selasa, 28 September 2010

Dosa meninggalkan solat



Tengah-tengah lepak depan muka buku (FB), aku terlihat sebuah post yang betul2 kena terus menembak ke jantung...pengajaran buat diri sendiri dan masyarakat di luar sana...semoga Allah terus menjaga aku untuk terus sujud kepadaNYA sampai bila-bila...Ya Allah peliharalah imanku........

‎"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".
semoga aku tetap gagah melakukan amanahMU yang telah diberikan semasa peristiwa ISRAQ dan MIKRAJ..

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahw...a orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Selasa, 21 September 2010

Pesan mak..

Sebelum keberangkatan puteri mak aku yg paling bertuah ke bumi semenanjung, mak aku telah menurunkan beberapa pesanan berharga buat diriku...(akulah puteri itu...kekekeke)...mmg tersentap jantungku seketika...sebelum tu mak aku bg pesanan buat dua orang kakak aku yg akan menaiki pelamin tidak lama lagi...insyaallah...

tiba2 dgn penuh sopan santunnya aku mencela...saja cari nahas...hehehe..

"mak saya sudah bleh bercintakah?" soalan yg mengejutkan..bukan shj mak aku tp seisi keluarga yg tengah melepak di ruang tamu..

"mana bleh, kamu kan masih belajar?" jwb mak aku..

"tp mak umur sy kan sudah 22 tahun...kwn2 sy semua sdh bercinta...sy jak belum?"..aku terkekeh ketawa d belakang mak aku...kakak2 aku sdh menjeling tajam ke arahku...

"kamu kan masih belajar, macam mana mau bercinta kalau masih belajar...kalau begitu baik bercinta dr tadika lagi"....ohohohoho..barulah aku tau yg maka aku belum bg lesen lagi dgn aku utk berkasih kasihan..."belajarlah dulu...lepastu barulah fikir mau becinta...orang yang mau becinta ni orang yang sudah bersedia untuk berkahwin"..

"tapi mak ramai juga org yg bercinta waktu belajar...ok ja pun"...he3...aku masih cuba bermain2 kata ngan mak aku..

"erm...kamu tu mau urus diri sendiri pun belum boleh...buat kerja rumah pun belum lulus lagi...kan lebih bagus bercinta lps belajar...jgnlah risau mak pun dulu bukannya sempat mau becinta2 ni..dpt juga kawin"...

"itu mak, zaman dulu, skrg ni lain mak...".....hu3..malam tu aku saja mau kenakan mak aku...aku tanya2 tu pun bukannya serius...saja mau tengok respon mak aku....jgn risaulah mak...sy pun ada prinsip hdup juga....kalau betul aku sudah bersedia pun...aku akan terangkan baik2 dengan mak aku...

tapi yg menyakitkan ht ada pulak suara2 sumbang dr belakang yg menyampuk perbualanku dgn mak...

"janganlah mama risau...bukannya ada orang mau dengan kak sama tu pun..."..pecah ketawa satu rumah...suara itu dtgnya dr adik aku yg plg bertuah selepas aku...dan disambung pulak..

"entahlah budak ni...sibuk jak mau becinta...macamla ada org yg suka dgn dia"...oit...itu pulak suara kakakku yg tercinta...sampai ht diorg merendah2 kan diriku kalau ya pun betul...cover2 lah..huish..

"a'ah...basuh pinggan pun x lulus, ada ht mau becinta"....ayo...ni pula dtg dr kakak yg satu lagi..ahhh...malaslah ty lepas ni....

tp betul jugalah...diri sendiri pun x terjaga...serabut sana sini...ada hati mau mengurus orang lain...n pesanan plg berharga dr mak aku..bercintalah bila kita sdh betul2 bersedia utk berumahtangga..cinta itu bukan satu permainan, tapi adalah satu pertaruhan untuk kehidupan akan dtg...so, kalau x matlamat yg jelas jgnlah memandai2 mau becinta...hilang satu nikmat...kerana cinta itu juga adalah satu nikmat, bila ia dipermainkan dan diperlekehkan hilanglah nikmatnya...

tp makkkkkk....hehehehe...yg ni nnt ada masa terluang baru aku terus terang dengan mak aku....skrg ni belum line clear...jeng...jeng....jeng...hu3

Isnin, 20 September 2010

Ego

ermmm....kadang2 kita jadi malas melayan orang yang terlalu mementingkan keegoaannya...mau dia ja yang menang...sekali sekala tu cubalah bertolak ansur sikit...kalau dia ada hati yang mau dijaga, kami pun ada hati juga yang mau dijaga...

kalau ego tu kena pada tempatnya nampak molek ja, kalau setiap masa ego diletak paling depan memang menguji kesabaran....

kali ni lantaklah aku pun mau keraskan hati juga...selama ni kita dibuat macam orang yang tiada hati dan perasaan...biarlah sampai mana pun...orang sabah kata bebatulah...hu3...biar dia sorang ja dgn keegoaannya kita teruskan hidup mcm biasa dgn manusia yang lebih bersesuaian dgn jiwa..hu3...

Manusia muflis

Tengah shopping di bandar tercinta bersama my kakak n adik tiba2 azan berkumandang dari corong radio...selepas itu sesi tazkirah diputarkan...tajuknya manusia yang muflis disisi Allah...

siapakah dia?.... manusia yang muflis disisi Allah ialah manusia yang suka mengumpat atau mengata keburukan orang lain..pahala org yang mengumpat akan diberikan kepada orang yang diumpatnya....jika pahala orang yang mengumpat itu telah habis diberikan secara free2 kepada yang diumpatnya...maka dosa orang yang diumpatnya pula akan dipindahkan kepada kepadanya...

so, sudahlah pahala sikit ja yang dikumpul, di 'bank in' pula tempat orang lain...dapat pula percuma dosa berlipat kali ganda..hu...memang miskin bin papa kedana di akhirat nnt....lepas ja sesi tazkirahtu, adik aku pun gelak..."kakak dengarkan tadi, jadi insaf2lah ya kak"..hu3......aku hanya terkulat2 seperti super mario...

peringatan buat diri-kalau mau mengumpat tu pandanglah dulu kiri kanan...ingat pahala yg hanya sedikit dn dosa yg menggunung...yg sikit jgn dikurangkan lagi dan yg banyak jangan di tambah lagi...semoga kau sentiasa beringat ya wahai diri........

Ahad, 19 September 2010

something...

terasa sesuatu..
entah apa benda...
tapi aku tidak suka...
sebb ia membuatkan hidup harianku terganggu..
byk masa yg terbuang hanya memikirkan ia...
saya benar2 tidak suka...
tapi semakin tidak suka semakin ia kuat melanda...

adakah saatnya sudah tiba..
untuk yang pertama kalinya...
tapi siapa sangka...
mungkin hanya tipu dayah..
hmmm...lelah..
mentafsir sesuatu yg x nyata...

oh...diri...
jangan dihampiri..
sebab kau pernah berjanji...
dan pernah dipesani...
cepatlah menjauh..
kerana kau masih belum tahu...
akan hakikat sebelum tiba destinasi...
moga Allah terus membantu..
kerana aku tidak suka walaupun ia riang menghampiri...
ampunilah dosaku ya Allah kerana menghampirinya...
bantulah aku disaat ini, kerana aku tengah menipu dan tertipu pada indahnya tabir duniawi...

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah...ku memohon sepenuh hati...
ingatkan akalku tentangMu,
rasakan hatiku dengan pemberianMU,
dan gerakkan fizikalku hanya untuk ibadah kepadaMU..
kerana aku adalah hambaMU yg tersangat lemah, mudah lupa dan leka...
cepat hilang dalam terang...
dan cepat terjatuh dalam melangkah...
semoga Kau tetap menggenggam hatiku hingga saat waktu dan tempat KAU menghentikannya...Kaulah segalaNYA...Allah MAha Besar...

rokok dan rokok

masuk kali ni entah kali keberapa aku demam hanya kerana rokok..sya mewakili orang awam di luar sana........tolonglah jangan merokok di khalayak ramai, kerana anda tengah mendera orang lain di luar sana yg tidak langsung berkaitan dengan rokok....lagi2 macam aku ni...alergik tersangat2 dengan asap rokok...

hari ni untuk kesian kalinya, tekak aku sakit lagi kerana terhidu asap rokok...aaaa...bencinya...bukan aku yg merokok, napa aku yg kena...sejak dua tiga empat menjak ni...mesti akan sakit kalau keluar rumah sbb tu lah...bila kuar rumah mesti terhidu asap rokok, tonsil pun bengkak...dan demam bermula..kalau hr2 mcm ni baik aku bekurung dalam rumah jak...nasiblah abg2 aku x akan merokok di dalam rumah...pandai cr line yg bebas dr masyarakat yg menjaga kesihatan...hu3...peringatan bagi c perokok...p lah merokok jauh2 sikit dr masyarakat....dalam hutan ka...dalam tandas ka...kasihanilah kami ni...hu3

Jumaat, 17 September 2010

Untukmu Hawa...

From: Komunitas Istri Sholehah



Andai kau belum berkahwin jangan risau jodohmu….Ingatlah janji Allah..wanita yang baik untuk lelaki yang baik….Jangan mulakan pertemuan dengan yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati….lahirnya senyuman…tercetusnya salam….disusuli dengan pertemuan berikutnya….takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya….kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya….

Oleh itu HAWA…..

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu…Andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu….cukuplah hanya cinta kepada Allah memenuhi & menyinari kekosongan jiwamu….biarlah hanya cinta daripada kedua orang tuamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu….cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu…

HAWA…

Cintailah Allah dikala susah & senang….kerana kau akan peroleh cinta daripada insan yang juga mencintai Allah…Cintailah ibubapamu kerana engkau akan peroleh keredhaan Allah…Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga….

Jangan sesekali tangan yang akan mengggoncangkan dunia boleh menggoncangkan iman lelaki….

HAWA….

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang soleh buat kedua orang tuamu…Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu…Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah……

Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa…lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya …lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki….

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya…

Lelaki yang waras tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita hanyalah untuk sebuah perkahwinan dimana hanya semata-mata mengikut Sunnah Rasullullah………..

Semoga Bermanfaat.

Selasa, 24 Ogos 2010

tazkirah 1

Jika seorang hamba dipagi dan dipetangnya tidak mempunyai keinginan apapun kecuali Allah semata mata. Maka Allah akan menyempurnakan seluruh keperluannya. Allah akan memberi semua yang menjadi keinginannya. Mengosongkan hatinya dari cinta kepada manusia kepada cinta kepadaNya hingga menjadikan lisannya sentiasa berzikir kepadaNya. menjadikan anggotanya taat kepadaNya tetapi jika kita dipagi dan petangnya hanya tergantung keingan kepada dunia maka Allah akan membebankan kita pada semua keinginan kita. allah akan meninggalkan kita dan menjadikan hati kita sibuk dari ketaatan kepadaNya mengabdikan diri pada kerja dan manusia sesama kita. ingatlah jika setiap orang yangmengabaikan penghambaan diri pada Allah pasti dia diuji dengan penghambaan pada sesama makhluk lantas dia mencintai makhluk itu dna mengabdikan diri padanya! ( Ibnu Qayyim )

Isnin, 23 Ogos 2010

Tuhan itu tidak ada?


from: sahabat marsis

Seorang tukang gunting rambut sedang menggunting rambut seorang lelaki. Mereka banyak bercerita dan tiba satu ketika mereka bercerita tentang ketuhanan. “saya tidak percaya adanya Tuhan”, kata tukang gunting rambut.
“oh, mengapa tidak percaya adanya Tuhan?”, lelaki itu membalas kata-kata tukang gunting rambut itu.
“Begini, cuba saudara perhatikan di persekitaran kawasan kedai ini sudah cukup membuktikan bahawa tiadanya Tuhan. Jika Tuhan itu ada, pasti tiada sakit, tiada manusia yang bermasalah, tiada manusia yang hidupnya melarat dalam kemiskinan.
Jika Tuhan itu ada, tidak akan ada semua kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan semua ini terjadi jika benar Tuhan itu ada. Lelaki itu hanya diam. Dia tidak mahu memberikan apa-apa balasan kerana dia tidak mahu terjadinya pertengkaran pendapat.

Selepas selesai rambutnya digunting dan membayar upah kepada Tukang gunting rambut, lelaki itu keluar dari kedai itu. Sebaik sahaja keluar, beliau ternampak seorang lelaki yang tidak terurus rambutnya. Rambutnya panjang dan sangat kotor. Lelaki itu masuk semula ke kedai gunting rambut lalu berkata kepada si tukang gunting rambut. “Wahai tukang gunting rambut, saya sangat yakin kali ini bahawa sebenarnya tiada si tukang gunting rambut.”

“eh, habis tu saya ini siapa? Saya berada di depan mata kamu sebagai tukang gunting rambut. Bagaimana kamu katakan tidak ada tukang gunting rambut?”, Balas tukang gunting rambut. “Tidak ada tukang gunting rambut. Jika ada, bagaimana boleh ada seperti lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang yang tidak terurus dan kotor?” lelaki itu menunjukkan lelaki berambut panjang dan kotor itu kepada si tukang gunting rambut. “Oh..itu salah lelaki itu sendiri kerana dia tidak mahu datang ke kedai saya. Jika tidak pasti saya akan gunting rambut dia dan bersihkannya.”, jawab si tukang gunting rambut dengan yakin.

“Jika begitu bagaimana saudara katakan Tuhan itu tidak ada? Sedangkan saudara dan mereka yang ditimpa kesusahan itu TIDAK PERNAH CUBA MENCARI DAN DATANG KEPADA TUHAN? Tidak pernah cuba memohon kepadaNya untuk berada dekat denganNya. Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini sedangkan Allah SWT itu Maha Penyayang.
Si tukang gunting rambut terdiam dan terpaku kerana tersedar selama ini dirinya tidak pernah mencari Tuhan yang sebenar lalu mengatakan Tuhan itu tidak ada.

~ISLAM CARA HIDUP KITA~


__._,_.___

Jumaat, 20 Ogos 2010

Aku yang terlalu lemah

Memang aku terlalu lemah..aku jd sangat lemah tika ni...semua jadi serba salah...kalau ikutkan kewajaran aku boleh buat apa pun yang aku suka...tapi aku hanya mampu berdiam...

ya aku lemah...sbb aku sudah terlalu syg dgn mereka...mereka yg aku anggap darah dagingku sendiri...mungkin kasih syg itu x penting bagi mereka...tapi yg pasti aku jd begini sebb aku sayangkan mereka...mereka mengajarku byk perkara...membuat aku terus kuat bertahan...sampai aku x kisah kalau mereka marah2 ngan aku, menyakitiku...tapi aku mula tertanya2 apakah erti sayang itu bagi mereka?...

dan aku hanya mampu mengadu padaNYA supaya aku boleh memahami mereka...

Isnin, 16 Ogos 2010

Dunia yg macam-macam ada...

Ya Allah permudahkanlah aku dlm mencapai satu jalan kepastian dalam hidup...cukuplah sampai di sini...aku rasa aku perlu mengakhirinya walau bagaimana cara sekalipun..puas sudah ku pujuk hati, namun memang inilah takdirnya...harap semuanya berjalan lancar dan mereka dapat memahami....Ya Allah sesungguhnya Kau lebih memahami...dan permudahkanlah aku untuk menyatakan keputusan ku ini....semoga jika ada cerita lagi pada satu hari nanti biarlah semuanya atas izinMu dan redhaMu...sesungguhnya kami hambaMu yang lemah hanya mampu untuk berdoa, dan segalanya di tanganMU yang Maha Berkuasa...bawalah hatiku hanya untukMU.....

Ahad, 15 Ogos 2010

virus-virus yang membunuhku..

aduhai c badan...
virus-virus sdh menjalari seluruh tubuhmu....
membuatkan kau leka bagai pokok yang tidak berbuah...
diam ibarat menanti pokok taugeh bertelur...

viru-virus dikesan...
virus malas telah memonopoli...
diikutu virus game plants vs zombi...
dan seterusnya internet yang 24 jam excellent atau very good.....
televisyen yang sentiasa memanggil2 di ruang tamu...
dan..itu dia bantal serta tilam yang menjadi peneman setia...

akibatnya.....
semua kerja x jadi..
berkurung di rumah 24 jam sehari...langsung tak tengok dunia luar...
termenung dan merenung syiling yang aku tau sedang mentertawakan diriku yang malas...

seminit menaip sdh buatku letih...
dan sejam yang tiba2 membawaku terbang entah ke dunia mana..

oi virus-virus nyahlah kau dr badanku..
aku byk kerja ni...
satu pun tak gerak lagi...
nanti hujung2 jadilah aku mak datin yang terpaksa ke hulur ke hilir menyiapkan kerja..
nnt last2 sem aku kan jemput kau dtg setelah kerja ku selesai ya virus-virus sekalian...
huhuhuhu...

Jumaat, 13 Ogos 2010

Erti wajahku baginya...



hurmm...kadang-kadang aku terfikir juga...adakah muka aku ni muka yg mengingatkan tentang kesusahan...waktu susah barulah sibuk cari aku, waktu senang ekor mata jak memandang aku...ada tu langsung x pandang...dulu memang aku x kisah...lantaklah dia nak cari bila2 masa pun aku x kisah asalkan aku masih berupaya utk bersamanya...tp sekarang setelah bertahun2 selalu menjadi mangsa keadaan begini, tiba2 aku jadi sensetif tak bertempat...memang manusia, manusia biasa yang mudah terguris insang hatinya....walaupun aku tak suka memikirkannya tapi dia tetap juga datang...syuh2....telah ku halau tapi tetap singgah seketika..

ermm..patutkah aku fikir benda2 yang akan melumpuhkan hati dan jiwa insan ni..takut nanti semakin lama semakin lain jadinya..tapi bagaimana nak tolak ia ke tepi?...sebab aku pasti akan melaluinya....aku tak harapkan perhatian berlebihan dr seorang teman, tapi bila aku dah buat muka kesian separu merayu menyeru namanya...(tu baru seru nama belum bagi tau lagi benda apa yg nak diminta tolng)dia buat x tau je...ermm sakit juga rasanya..tapi aku x pernah diajar utk membenci...dan terlalu sukar rasanya membenci org yang sdh sebati dlm kehidupan kita...wlu sebesar mana tergurisnya insang hatiku, tapi pujukanNYA akan melenyapkan semua bala bencana hati...semoga insan di luar sana akan belajar untuk menghargai...

ingatlah..sesaat yg terlewat dan sekecil-kecil kesilapan mampu membuatkan hidup menderita sepanjang hayat..kerana kesal yg terlambat dan ego yang x bertempat..mungkin juga kau bisa temui yg sama seperti itu, tapi kenangannya x akan semanis yang pernah dicipta bersama...dan gud bye...maaf anda sdh jauh tertinggal dlm dunia ciptaan anda sendiri...

Khamis, 12 Ogos 2010

Jelajah Kundasang..



cuti sem yang lalu aku telah menjelajah kundasang ngan family selama 3 hari dua malam..salah satu tempat yang tersejuk di Sabah...memang best...dengan suasana yg sejuk jauh dari bahang matahari yg membahang...

dan yang paling bestnya...semua kos kakak2 aku yg tanggung....freeeeee....part ni lah yg paling best...hu3

Isnin, 9 Ogos 2010

seni

cantik gambar ni.......satu pemandangan yang menggambarkan realiti kehidupan dunia..tahniahlah kepada editor gmbr ni....mmg cantik!!!...















from: Saiful Bahri Abidin (facebook)

1001 rasa

malam ni rasa macam seribu satu rasa ada....bercampur-campur kemudian berbelit-belit...terlalu sukar utk dirungkai...jadilah aku insan kaku yg tidak tahu ke mana dan apa yg perlu dibuat...aku hampir ke jalan buntu namun masih cuba bertahan...memang hidup sudah biasa dengan ujian...bukan ujian yg ditakuti namun aku takut hati menghampiri rasa putus asa yang akan membwa lebih byk lagi penyakit hati...dah diri akan menjauh dariNYA..aku x sanggup jauh dariNYA..rasanya sgt sakit...Ya Allah hindari aku dari putus asa.....tiada lagi tempatku mengadu dan berteduh melainkan MU Tuhan Yang Maha Agung dan Esa...tempatku bermohon dan mencampakkan seribu rasa...hanya DIA yang Maha Mengetahui...Ya Allah genggamlah hati2 kami agar sentiasa denganMU....

Rabu, 4 Ogos 2010

rindu....

Ya Allah, tabahkanlah hatiku menerima dugaan MU ini...sungguh aku benar2 rindukan dia tika ini...aku rindu mengucup tangannya....aku rindu usapan tangannya yg kasar di kepalaku... Ya Allah dia adalah sumber kekuatanku dalam mencari redhaMu, namun dia telah pun pergi atas ketentuanMU...seperti membawa kakiku sebelah pergi dari melangkah....tiap kali aku tewas dengan dugaan dunia dia pasti ada denganku membisikkan kata-kata untuk memujuk hatiku walaupun sekadar mendengarnya melafazkan ayat-ayat Mu tika sujud menghadapMU....setelah sekian lama rasa itu kembali lagi, aku terasa sangat kehilangan dan sangat merindumu...aku ingin melihat wajahmu dan mendakapmu seperti mereka yang punya insan teristemewa seperti kamu...

Ya Allah redhakanlah aku atas pemergiannya....dulu aku mungkin terlalu rapuh dan lemah..tapi aku perlu lebih kuat dalam menghadapi cabaran hidup ini....aku perlu membiasakan diri tanpanya....berdikari atas diriku sendiri...aku tidak kuat ya ALLAh, namun aku perlu menguatkan diri...kerana aku mesih perlu brjuang utk org2 yg aku sayangi...ya Allah aku mohon supaya dia diberi ketenangan dan kebahagian selalu...izinkan aku merinduinya kerana kenangan ini...semoga Allah selalu meniup ruh perjuangan dlm diriku agar sentiasa berada di atas jalanMU dan redhaMU...

Jumaat, 16 Julai 2010

saja2 buang masa...

hmmm.........

seminggu yang byk memberi kejutan buatku...assigment dtg mencurah2 ibarat hujan..heee...setiap asgmnt bagaikan batu yg menghempas kepala...hahahha...mcmlah x biasa..mesti aku sibuk lepas ni...dgn asgmnt yg semuanya kena cepat...dan ditambah lagi dengan 'penyakit' yg aku cari sendiri...aku pun x sangka sampai begitu teruk sekali penyakit yg aku cari...nak minta masa lebih, semuanya dpt jumlah masa yg sama....24 jam sehari...cukup2...x yg kurang ,x yg lebih..klu bagi lebih pon, hasilnya sama jugak..byk iklan drpd kerja...dgn tvnya, dgn makannya, tidur yg x pandai cukup2...hu..tu lah Allah tu tahu sejauh mana dan setakat mana kemampuan hambanya...24 jam tu dah cukup buat kita mengurus khidupan...semuanya dr diri jak..pandai2lah urus masa..klu x tau nak mengurusnya,belajarlah...klu x mau nak mengurus...ha...terimalah padanya...hahahahhahahha..

dan berlaku pula pencarian untuk buat program motivasi kat sekolah....sekolah manalah yang sudi menerima ...xpa2...ikhlaskan diri dan niat...InsyaAllah, Allah akan temukan jugak...hu3...usaha, usaha, dan usaha....barulah nampak hasil yg memuaskan hati...kalau xda usaha, terus jak dpt hasil...x best jugak...(hehhehe)..

kesimpulan: apapun...semoga Allah memberi jalan yang terbaik untuk setiap tanggungjawab yang diamanahkan dan meredhai tiap2 keputusan yg dilaksanakan...sesungguhnya DIAlah Yang Maha Mengetahui...

Isnin, 12 Julai 2010

karipap oh karipap..

tersebutlah alkisah seorg anak darah belajar buat karipap...hu3...

pagi yg dingin , aku bangun awal..hu..yaka awal..aku dengar dapur sdh berbunyi bagai pasar ikan...rupa-rupanya kakak2 rumahku sibuk mengadun tepung untuk buat karipap...

'ala kak...apasal x bagi tau...aku mau belajar buat karipap ni"..

"sempat lagi tu..pertama masukkan tepung, kemudian minyak panas n tambah sedikit air"

"ala...kacang jak tu...tutup mata pun boleh...hehehhe"..dgn nada temberang..he3

tibalah masa untuk membuktikan bakat mengukir bagi membentuk bunga di tepi karipap...aduh x ku sangkah...susah jugak...hampir hancur karipap tersebut diukir2...

ukiran pertama...bolehlah macam bentuk bunga yg baru mau bertunas..hidup segan mati x mau..

ukiran kedua....hahahahhaha...karipap paling comel antara semua...karipap punk...karipap yg pertama di dunia mungkin...karipapku berbentuk punk kerana bentuk bunga yg x pandai jadi..hu3..buat malu jak..

dan ukiran ketiga n seterusnya...wah...hahahaha...karipapku sdh menjadi dgn comelnya...kembang kempis hidungku melihat ukiran tepi karipap yg sdh menjadi tidaklah seperti karipap punk yg aku buat sebelumnya..hu3...thankz to my kakak2...

tp sayangnya aku x makan sgt...sbb intinya mee goreng...x suka...hu3...

Ahad, 11 Julai 2010

kerana aku sayang padamu...




maaf jika kata-kataku buat kau terasa...aku tidak kuat untuk lihat kau menderita...sampai hati mereka buat kau macam tu..tahukah nilai sebuah kepercayaan itu...aku x sanggup tengok kau menangis selalu...bangu di setiap malam untuk meminta kekuatan dariNYA...

mungkin kerana sayang dia begitu...mungkin kerana sayang jugak kau begitu...apa yg pasti kerana sayang aku begini...dulu tiap kali aku jatuh dan terpingah dengan dunia...kau akan datang dengan penuh lembut dan sesekali berkeras padaku yang terlalu rapuh..kau memujukku dengan kata-kata hikmah yang terselit jawapan kepadaNYA..

kini, aku perlu ambil tanggungjawab itu walaupun terasa diri masih byk kekurangan...kerana kita pernah berpesan...kali ini aku jatuh kau yang akan membantuku dan bila satu hari nanti kau jatuh, aku perlu membangunkanmu..kita perlu saling beringat akan matlamat hidup keranaNYA dan hidup di jalan keredhaanNYA...

tahukah kau tika kau menangis, kami juga menangis...tika kau sakit kami jadi gelisah...aku tidak ingin kita berterusan begitu hingga membawa diri jauh daripadaNYA..kerana yg ku ingin bukan bahagia sementara tapi bahagia sampai ke syurga...aku tidak berniat untuk marah dan merajuk diri...tapi aku hanya mahu kau tahu yang kita perlu cari realiti kehidupan atas namaNYA..

apa yang aku lakukan kerana aku sayang padamu...kasih sayang yang kau beri dahulu atas nama NYA..semoga Allah merahmati kasih sayang itu...dan biarlah berkasih sayang atas nama ALLAH, tuhan yg Ar-RAHMAN dan Ar- Rahim...semoga Allah tetap menjaga hati2 kita....dan mengampuni dosa2 kita...aku hanya ingin berbahagia dalam rahmatNYA....semoga kau, aku, kami dan mereka akan temui jalan yg terbaik tanpa sesekali berpaling dariNYA....

semoga rasa cinta yang disemai antara hati kita atas namaNYA akan kekal selamanya...

tinta di awal semester..

seminggu balik awal ke upsi...memang buang tebiat...golek sana golek sini, x tahu langsung nak buat apa...biasalah awal2 kepulangan ke tanjung malim ni...selera makan yang dulunya macam gajah kni jadi surut, surut lagi dari semut...fuh...bidalan paling mantap ni...he3..ikutkan hati memang x mau balik, biar jadi penunggu jak di rumah...ataupun patung cendana penyambut tetamu rumah yang sentiasa bertandang tanpa mengira masa....(tetamu itu membawa rezki)..

seminggu sebelum balik...semua org rumah sibuk itu dan ini...sapa lagi yang jadi orang gaji?...sapa lagi yang jd utusan ke rumah saudara mara untuk menghantar pelbagai saguhati?...(HAHAHHAHA)..sapa lagi yg perlu bgn pagi menyambut tetamu dan iron baju?...sapa lagi yang akan bagi makan binatang peliharaan?...hu...mmg akulah org gaji sepenuh masa....dan aku pulak...x lagi makan free banyak2....x lagi teman bermain seperti usiaku 10 tahun yang lalu...x lagi binatang tempatku beleter...x lagi gurauan2 berbaur hinaan dr kakak, abang n adikku...dan tiada lagi benci bilang cinta lakonan dimas subekti...(hehhehhe)..sunyi seketika rasanya hidupku...

seminggu mau balik tu pun aku selalu gaduh ngan mak aku...ala gaduh2 kawan...hehehe..kata akak aku, mak aku tension tu sbb aku akan balik...dan aku pun tension sbb mau balik...ha...maka jadilah suasana yg sggh mentensionkan kami berdua...kalau boleh mak teringin aku sentiasa ada disebelahnya yang akan dtg bila diperlukan...adeh...sggh buat aku serba salah...

sehari sebelum balik...aduh, tiba2 pulak ada mslh lain yg timbul...aku disengat lipan yang entah darimana muncul...dah lah haritu jugak aku kena temankan aku aku ke hospital...dengan kepala yang pening2 bagai dihempap batu...dan kaki yang sedikit kejang...aku paksa jugak membawa kaki yg telah dianiaya lipan budiman tersebut...hu3..

malamnya...lepas solat maghrib...aku tidur sekejap bagi melegakan kaki...mak aku jgn ceritalah....kerisauan tahap kritikal..ntah dah berapa botol minyak yang pelbagai perisa dia gosok kat kaki aku...dan kekecewaan aku bertambah lagi malam tu bila adik, ngan abang aku mengutuk pasukan kesayanganku yang tewas di tangan belanda...Oh...Brazil...sampai ht kau hampakan aku..aku x berminat sgt tgk bola ni, kecuali bila pasukan brazil yang main...dan hrpnku hancur ibarat kaca berderai....ceee...hehehhehe...bila aku dah nak nangis tambahlah adik ksayangan aku gelakkan aku...hu..

apapun...semoga kenangan itu adalah yng terindah dalam hidup...bersama mereka yg sggh teristemewa...termasuklah lipan tersebut...

Sabtu, 10 Julai 2010

Tragedi awal sem...

Alhamdulillah, Allah masih memberi masa dan waktu buatku di muka bumi ini...fuh...walaupun peristiwa itu terjadi tidak sampai 5 minit namun ianya sentiasa teringat-ingat..sampai mandi tak basah, tidur x lena, makan x kenyang...huhuhu...sebuah kereta wira warna maroon hampir melanggar aku di pekan Tanjung Malim ketika melintas jalan...sebenarnya.....semuanya silap aku yang terlupa memandang ke kiri dan kanan..mujurlah abangtu sempat berhenti dalam keadaan yang mengejut..tiba-tiba aku jadi keras di tengah jalan disaksikan beberapa pasang mata....mujurlah abang tu sempat menghadiahkan senyuman, kalau tak memang aku dah nangis tengah-tengah jalan tadi...biarlah semua orang nampak kecuaianku...hu3.......aaa...aaa...aku macam nak nangis tapi untuk apa...hu3...sebab aku tekejut sangat kot...boleh pulak aku lari melintas jalan macam heroin hindustan tanpa tengok line clear ke tak...kalau abang tu x sempat berhenti tak tahulah apa yang jadi....sudahlah aku akan menyusahkan abangtu susahkan pulak kakak rumah aku...yang penting ia amat memberi kesan kepadaku....macam nak gugur jantungku nan satu ni...

Selasa, 22 Jun 2010

Allah lebih tahu

Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezaliman nya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini tertimpa penyakit yang sangat berat. Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya. Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya.

Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan. Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu.

Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya, ternyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya.

Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya.

Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,iaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali.

Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yang bijaksana itu pun mangkat.

Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu. Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, "Ya Tuhan kami, apa sebabnya Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja
yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal?"

Tuhan pun berfirman ,"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang paling bawah!" Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Ku tunaikan seluruhnya di dunia!"

Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini.

Pelajaran pertama adalah:

Ada kesalahan yang hukuman nya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan i man kita
apabila sedang tertimpa musibah.

Pelajaran kedua adalah:

Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya
kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.

Pelajaran ketiga adalah:

Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah
keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya.

Pelajaran keempat adalah:

Siapa yang tahu maksud Allah? Wallahua'lam bissawab.Sesungguhnya DIAlah yang Maha Mengetahui akan segala ketetapan yg telah ditentukan buat kita, hambaNYA. Oleh itu jgn sesekali berdendam
sesama insan, marah atau mengesali segala dugaan yg dtg menjengah di sepanjang perjalanan hidup kita untuk menemuiNYA. Allah itu Maha Pengampun, Pengasih serta Pemurah.. maka carilah keredhaanNYA agar
hidup kita bahagia hingga ke akhir usia di dunia, seterusnya bahagia di akhirat kelak.

Jumaat, 21 Mei 2010

kunci utk b'fikiran positif..

Maafkanlah orang yang menzalami anda, dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda, dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan....


iluvislam..

Isnin, 5 April 2010

@-@

Aku merenung kipas yg berputar ligat...ntah kenapa aku rasa masih ada yg x kena di saat aku sudah nak packing brg balik kmpg ni....nampaknya masih ada perkara yg belum selesai..atau sebenarnya perkara dah selesai Cuma aku sahaja yg masih terlalu ikutkan hati dan perasan,maka jadilah aku seorang yg tidak keruan pd masa2 tertentu..oh, knp cerita ini tak pernah selesai dan tamat sahaja di sini,knp jalannya sentiasa membawaku untuk turut serta sebagai salah satu pelakon utamanya. Aku penat memikirkan jalan cerita seterusnya....moga aku kan temui pengakhirannya....walau x indah,tp bisa melegakan semua pihak...mungkin cerita baru perlu dicipta bg menutup cerita yg lama...asalkan cerita tersimpul dengan terhormat,aku sudah boleh menarik nafas lega....semoga segalanya berjalan lancar...

Rabu, 31 Mac 2010

coretan seni 2..



terimbas saat manisku beberapa tahun yg lalu..perkara pertama yg aku belajar dalam hidup ialah tentang sucinya sebuah kasih sayang...merekalah yang mengajar aku semua itu..ayah, mak, abang dan kakak serta sanak saudara yg lain..kasih sayang adalah benda yg paling bernilai dalam hidup,dgnnya sesusah mana pun keadaan kita takkan jatuh dengan cepat walaupun tsunami yang melanda..hidup dalam serba kekurangan tetapi masih boleh berlari riang, tertawa mesra dan bahagia sentiasa..kasih sayang bukan senang utk dimiliki tanpa kta belajar utk memberi dan menerima..kerana nilainya terlalu tinggi bagi yg menghargai...bila kita dah memilikinya, kita akan merasai kebahgian yg sukar utk ditafsirkan walaupun kita telah menanggung pelbagai luka...dan hanya kita yg mengerti...

adakah kasih sayang hanya dengan memenuhi apa yang kita inginkan?hanya memenuhi apa yg kita perlukan?..kasih sayang ialah bila kita dapat merasa pahit manis kehidupan, bila kita dapat mersa jatuh dan berdiri, bila kita rasa kalah dan menang...belajar utk mengenal diri sendiri..kita belajar menghargai, memberi dan menerima agar kita lebih kuat berjalan di atas nama kehidupan...dengannya kita akan rasa bersalah jika menyakiti org lain dgn tindakan kita, kita sanggup berkorban, kita menepis kepentingan diri sendiri demi org yg disayang hingga kita terlupa yg kita masih ada keperluan yg ingin dipenuhi...kita jarang menangis utk diri sendiri tapi kita akan bersedih dan menangis apabila dia yg disakiti ataupun 'sakit'...

ada dua peristiwa yg berlaku dlm hidupku sebulan ini...kerana seorang kawan aku menangis saharian...rasa bersalah yg teramat sangat kerana kurang mengambil berat tentangnya selama ini, sedangkan dia benar2 memerlukan kami waktu itu,hinggalah terjadi satu peristiwa yg membuatkan kami menangis bersama2...x sangkah malam itu membuka cerita bagaimana kasih sayang seorang kawan menyelamatkan seoran kawan...mmg waktutu semua penat,semuanya baru sahaja balik drpd kem dan program...tapi,kawan itu terlalu bernilai bagi kami dan kami xkan membiarkan dia merasa sendirian dan terbuang walaupun satu dunia meminggirkannya dan memulaukannya...

peristiwa kedua..bila kami sekeluarga diuji dengan masalah yg x tahu di mana puncanya..bila dapat khabar tersebut aku bagaikan hilang dalam kesedihan,ntah kenapa aku rasa x mahu kehilangan mereka...aku x mahu mereka rasa sakit..tapi inilah ujian dari Allah..setelah Allah berikan rezeki,kebahgian dan nikmat kpd kami, kami sekeluarga diuji dgn kehilangan demi kehilangan,dgn kesakitan demi kesakitan...sesugguhnya hikmah itu tersembunyi di balik hijab yg perlu kita rungkaikan..Alhamdulillah,sesungguhnya dunia hanya persinggahan, tempt yg abadi adalh di sana nnt...semoga pertemuan seterusnya berlangsung di dalam Syurga yg abadi bersaksikan DIA YAng MAha Agung..ujian ini membuatkan kami semakin dekat dgnMU..dan d situ ada tanda kasih dan sayangMu..yg x membiarkan kami terus hanyut dalam kenikmatan dunia...

cuma, kdg2 aku terfikir...mengapa masih ada yg mengkhianati erti sebuah kasih sayang..dulu aku rasa pelik, kerana aku diajar utk menghargai dan x mengkhianati tetapi kini aku sering berhadapan dengan masalah ini...buang bayi, buang mak ayah, tinggalkan keluarga, dan org yg x pernah setia dan yg teruknya mengkhianati kwnnya sendiri...aku jd pelik...mengapa dan kenapa?...kwan sana mengadu kawan sini mengadu...bg aku, aku x kisah dikhianati dan aku xkan membalasnya semula...kerana ia xkan berakhir sampai bila2 selagi ada dendam..yg penting biarlah org kata rugi,kolot, pasif...kerana jika kita membalas dendam apa kurangnya kita dgn 'dia' dan sedar x sedar kita juga sama dgn 'dia'..adakalanya kita kena betindak lebih matang dalam kehidupan..kita selalu memikirkan perkara yang hanya menambahkan masalah tanpa memikirkan bagaimana hendak mengatasinya dengan cara yg baik...

sebenarnya hari ini genaplah 3 tahun ayah pergi meninggalkan kami...aku x mungkin lupakan ayah...dia lah yg mengajarku erti sebuah kehidupan dan kasih sayang..31 mac..hari aku kehilangan org yg teramat penting bagiku...xkan ada pengganti..al-Fatihah buatnya...semoga rohnya dicucuri rahmat...

'

Ahad, 28 Mac 2010

coretan rasa di akhir sem...

sedar x sedar lagi beberapa hari nak habis sem...x sabar rasanya nak balik ke kampung...menghabiskan masa ngan family tersayang...sabar...sabar lagi berapa hari jak...tutup buku lama dan buka buku baru..sebelum tu kena habiskan semua keje dulu..keje yang perlu dilaksana utk sem akan dtg...Insya Allah klu panjang umur...

tapi entahlah....aku rasa sedih sangat di akhir2 sem ni...byk sangat perkara yang berlaku..ketika org tersayang betul2 memerlukan aku, aku seakan x berdaya nak menghulurkan walau sebatang jari..aku nak berlari tetapi kaki bagai dirantai di sini...aku nak bertindak tapi aku hang di tempatku sendiri..baru2 ni, tiba2 demam mengejut...rasa x sedap hati..bila call kat rumah...rupanya something happen...aku mcm tulah ...mak aku sakit, aku pun sakit, adik atau kakak aku yg sakit, aku pun sakit jugak...

masalahnya dah berapa kali kakak ngan mak aku kuar wad...mak aku pulak tiap kali tepon selalu cakap yg bukan2...kakak aku pun mcm tu...hari terakhir aku tepon mak..ntah mengapa air mataku bagai air terjun jak..mak kata...'doalah moga kita sempat jugak jumpa walau sekejap'...aa..aa...xkah tension mcm tu...aku diam jak la...nnt mak tau pulak aku nagis...kakak pulak suka cita tentang kematian dan tanda2 org yg nak mati....aku x boleh dengar semua2 tu...aku nak balik!!...tolong kaunseling aku sekejap..uuuuu...uuuuu....

semoga Allah tabahkan hatiku dan memlihara insan2 yg aku sayangi...

teringat satu lagu yg selalu aku nyanyi berduet ngan adik aku sewaktu membasuh baju ngan kasut di beranda dapur....

Wali – Dik (dear insan kesayanganku)
hehehe...adik aku yg ajar nyanyi lagu ni...ptg2 kitorg buat konsert kat dapur...klu dengar lagu ni kat sini, tiba2 air mataku jatuh bercucuran...ermmm...cengeng!!!

dik aku minta
kau akan selalu setia
dik aku mohon
kau selalu menemani

* saat kau tengah terluka
kala kau tengah gundah

reff:
ku akan menjagamu
di bangun dan tidurmu
di semua mimpi dan nyatamu

ku akan menjagamu
tuk hidup dan matiku
tak ingin, tak ingin kau rapuh

dik jangan engkau
pergi tinggalkan aku
ooh, dik ingin aku
cinta dan cinta selalu

repeat *
repeat reff

kau akan menjagaku
di bangun dan tidurku
di semua mimpi dan nyataku

kau akan menjagaku
tuk hidup dan matiku
tak ingin, tak ingin kau rapuh

repeat reff

Isnin, 8 Mac 2010

jangan jadi hakim x bertauliah..

cerita ni adalah peristiwa yg berlaku waktu aku berada dlm tingkatan 4...

dulu aku merupakan seorang yang terlalu 'berhati-hati'...sebelum aku membalas kata2 seorang, aku akan terlebih dahulu 'scan' org itu keseluruhan..aku tidak takut ngan p'sekitaran, aku boleh b'jalan di tempat yang baru aku kenali seorang diri...tapi perkara yang paling menakutkan aku ialah manusia...ya, manusia...aku takut bila org yg x dikenali memandangku, tersenyum, menegurku dan lain2...ntahla, apa perkara yg membuatkan aku takut hendak m'buat sebarang hubungan dgn manusia yg x aku kenali waktu itu...walau pun begitu aku lebih suka hidup berdikari, suka melakukan sesuatu sorg diri...bila aku berhadapan dgn situasi sebegini muka aku akan bertukar menjadi blur2...dan abg akulah p'kritik utama bila wajah aku bertukar sebegitu..abg aku kata, muka org yg x tahu apa2...muka pelik yg x reaksi...ermmm...(aku ni merupakan bahan kutukan utama abg aku..)

sehinggalah satu peristiwa berlaku ktika aku berseorgan menaiki bus utk balik ke asrama...keadaan waktu itu amat sesak, ramai bdk2 sekolah yg hendak balik ke destinasi msg2...nasiblah aku antara yg terawal naik bus, dptlah aku tmpat duduk di sebelah tingkap..byk juga org yg b'diri waktutu..tiba di satu destinasi, seorg mat rock menaiki bus, dgn rambut yg x terurus,baju yg koyak rabak...t’detik di hatiku, apesal org ni serabut sgt, ntah dari ceruk mana la dia ni keluar,hu...samseng jalanan...semua org menumpukan perhatian pdnya...dia duduk selang beberapa kerusi dr aku..tiada sapa yg menegurnya dan aku pun x taulah mamat tu terus tidur ke apa..dia hanya diam membelek2 gelang tangannya...

selang beberapa puluh minit kemudian, aku berdiri untuk menekan loceng bus...puas ku tekan2 namun tiada satu bunyi pun yg kedengaran...beberapa mata penumpang bus melihat ku yg mula kalut menekan beberapa loceng yg berhampiran, namun semuanya hampa belaka..aku rasa mcm nak menangis waktu itu, kenapa tiada sorg pun yg nak membantu aku menekan loceng...tiba2 mamat rock yg duduk agak jauh dariku itu mengangkat mukanya, mamat tu bingkas bangun dan mencari beberapa loceng untuk di tekan...trettttt...bus berhenti...aku masih berdiri melihat org yg telah menolongku ...aku hanya mampu tersenyum dan mengangkat barg2 ku..

aku merenung bus yg sdh berlalu meninggalkanku...aku x sempat nak ucap terima ksih padanya, aku x sempat nak minta maaf kerana sikapku yg terburu2 melebelnya walaupun cuma dlm hati...maafkan aku wahai hamba Allah...aku x tahu kenapa aku rasa sgt bersalah dan terhutang budi dengannya......apa yang harus aku buat, sbb aku x mengenalinya walau sebutir habuk tentangnya....sbnrnya ada yg sesuatu perkara yg dia tinggalkan buatku, jgn terlalu cepat menilai luaran org...walaupun seburuk mana kita saksikan sesuatu perkara, ia belum tentu menjamin yg dia memang buruk keseluruhan...boleh jd dia menjadi lebih baik dr kita...Wallahualam...

setiap kali aku ingat peristiwa ini, aku akan muhasabah balik diriku...jgn cepat menilai org tanpa periksa..jgn suka menuduh dan jgn cepat salah sangka....aku sentiasa berdoa buatnya agar Allah membuka hatinya untuk berubah dan memasukkannya kedalam syurga...kerna hanya itulah yg terdaya aku lakukan sebagai tanda terima kasihku buatnya....semoga Allah sentiasa memeliharanya...

mot sal..