Ahad, 11 Julai 2010

kerana aku sayang padamu...




maaf jika kata-kataku buat kau terasa...aku tidak kuat untuk lihat kau menderita...sampai hati mereka buat kau macam tu..tahukah nilai sebuah kepercayaan itu...aku x sanggup tengok kau menangis selalu...bangu di setiap malam untuk meminta kekuatan dariNYA...

mungkin kerana sayang dia begitu...mungkin kerana sayang jugak kau begitu...apa yg pasti kerana sayang aku begini...dulu tiap kali aku jatuh dan terpingah dengan dunia...kau akan datang dengan penuh lembut dan sesekali berkeras padaku yang terlalu rapuh..kau memujukku dengan kata-kata hikmah yang terselit jawapan kepadaNYA..

kini, aku perlu ambil tanggungjawab itu walaupun terasa diri masih byk kekurangan...kerana kita pernah berpesan...kali ini aku jatuh kau yang akan membantuku dan bila satu hari nanti kau jatuh, aku perlu membangunkanmu..kita perlu saling beringat akan matlamat hidup keranaNYA dan hidup di jalan keredhaanNYA...

tahukah kau tika kau menangis, kami juga menangis...tika kau sakit kami jadi gelisah...aku tidak ingin kita berterusan begitu hingga membawa diri jauh daripadaNYA..kerana yg ku ingin bukan bahagia sementara tapi bahagia sampai ke syurga...aku tidak berniat untuk marah dan merajuk diri...tapi aku hanya mahu kau tahu yang kita perlu cari realiti kehidupan atas namaNYA..

apa yang aku lakukan kerana aku sayang padamu...kasih sayang yang kau beri dahulu atas nama NYA..semoga Allah merahmati kasih sayang itu...dan biarlah berkasih sayang atas nama ALLAH, tuhan yg Ar-RAHMAN dan Ar- Rahim...semoga Allah tetap menjaga hati2 kita....dan mengampuni dosa2 kita...aku hanya ingin berbahagia dalam rahmatNYA....semoga kau, aku, kami dan mereka akan temui jalan yg terbaik tanpa sesekali berpaling dariNYA....

semoga rasa cinta yang disemai antara hati kita atas namaNYA akan kekal selamanya...

Tiada ulasan: