Sabtu, 14 Februari 2009

Percubaan...

Assalammualaikum....jeng..jeng....jeng..
Alhamdulillah...hui penat juga buat blog ni...naik lenguh tangan aku tekan,tekan,tekan...
Buat blog sebagai hadiah ulang tahun ke-21,ok juga.Hari ni hari jadi aku yang ke-21,orang cakap aku makin tua tak bolehlah nak buat perangai macam budak-budak lagi...komen aku pula...semakin tua semakin cantik...hehe..walaupun ia hanya sekadar ilusi,takpelah sekali-sekala puji diri sendiri.
Kenapa pula buat blog?Hmmmm....entahlah kenapa tiba-tiba aku buang tebiat nak buat blog,yang pastinya setiap hari baca blog orang,aku rasa macam best sangat dapat kongsi pelbagai ilmu dan pengalaman...ditambah lagi dengan orang rumah aku(Ruby) yang selalu bagi jeles aku yang dia ada blog...memang tak patut.Tak boleh2x,niat kena betul...Begini ceritanya..
Haritu waktu cuti Tahun Baru Cina aku ada ikut satu program keagamaan yang dianjurkan oleh MARSIS(Markas siswa siswi islam Sabah dan Sarawak),dalam salah satu slot yg di buat,seorang ustaz tu ada cakap,salah satu tugas kita dalam islam ialah berdakwah...dakwah?adakah dakwah itu sesuatu yg extreme?oh tidak semestinya wahai manusia..berdakwahlah dengan penuh berhemat...jadikanlah segala keistemewaan yang kita temui dengan penuh kreatif...bukannya aku nak kata yg aku ni kreatif pula.Oleh kerana aku suka pada bahan yg bercorak tulisan,jadi biarlah blog ini menjadi wadah dalam dakwah yang taklah sehebat mana dengan harapan ia menjadi seputih perjuangan sebelumku menutup mata...chee..dramatis sungguh.
Sebelum aku sign out utk sesi pertama ni,sekali lagi dipanjatkan syukur pada TUHAN SEKALIAN ALAM,TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG kerana ruang waktu dan segala keupayaan yang aku guna utk buat blog ni adalah milik ALLAH S.W.T.Moga diberkati...
sesi percubaan selesai...

Tiada ulasan: