Isnin, 4 Mei 2009

statik mengharap insight...



Masalah baru timbul…ntahlah apa dah jadi dgn aku.Sekejap mengkhayal,sekejap termenung…nak kata putus cinta tak juga,tak pernah pun…nak kata ada masalah tak la berat sangat.sampai berjam2 termenung….aiyo…esok ada satu paper lagi..kena berjuang habis-habisan,masalahnya aku langsung tak ada hati nak study..maka jadilah nota delikuensi tersebut sebagai bed time story..ataupun aku hanya merenung perkataan dan angka2 dlm nota tersebut cuba memproses dan mencerna agar masuk dalam otak…tapi hampa belaka..

Apalah yg aku khayalkan ni…nak jadi puteri,permaisuri,atau ratu,tak juga..nak jd model,artis lagi la tak…sebab dan alasannya adlah jeng…jeng…jeng..otak aku kosong,hati aku kosong perasaan aku kosong…aku tak fikir dan rasa apa2 pun…aku macam org hilang ingatan..kosong sekosong kosongnya…saja nak mengkhayal utk mencari fikiran dan perasaan aku yang kosong yang telah hilang deria rasa…mungkin juga aku dah terpos lebih awal fikiran dan perasaan aku ke kampung…maka jadila ia zero..

Ataupun ni tanda2 bagi org yg byk dosa kot..Ya Allah ampunilah dosaku,jagala imanku,peliharala aku…memang patut pun aku merenung mengingatkan dosa yg kian bertimbun…bila hati sdh jauh dariNya maka jadila ia sentiasa gelisah….tak tentu arah…hilang punca…formatlah hati kita sentiasa kerana virus hati sentiasa menyerang tanpa kita sedari..installlah dengan ilmu dan keinsafan moga dpt menjana keuntungan berlipat ganda di dunia dan akhirat…Ya Allah jagalah hati ku…yang penting tak lama lagi aku dah nak balik kampung...yeye...

Tiada ulasan: