Ahad, 19 September 2010

something...

terasa sesuatu..
entah apa benda...
tapi aku tidak suka...
sebb ia membuatkan hidup harianku terganggu..
byk masa yg terbuang hanya memikirkan ia...
saya benar2 tidak suka...
tapi semakin tidak suka semakin ia kuat melanda...

adakah saatnya sudah tiba..
untuk yang pertama kalinya...
tapi siapa sangka...
mungkin hanya tipu dayah..
hmmm...lelah..
mentafsir sesuatu yg x nyata...

oh...diri...
jangan dihampiri..
sebab kau pernah berjanji...
dan pernah dipesani...
cepatlah menjauh..
kerana kau masih belum tahu...
akan hakikat sebelum tiba destinasi...
moga Allah terus membantu..
kerana aku tidak suka walaupun ia riang menghampiri...
ampunilah dosaku ya Allah kerana menghampirinya...
bantulah aku disaat ini, kerana aku tengah menipu dan tertipu pada indahnya tabir duniawi...

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah...ku memohon sepenuh hati...
ingatkan akalku tentangMu,
rasakan hatiku dengan pemberianMU,
dan gerakkan fizikalku hanya untuk ibadah kepadaMU..
kerana aku adalah hambaMU yg tersangat lemah, mudah lupa dan leka...
cepat hilang dalam terang...
dan cepat terjatuh dalam melangkah...
semoga Kau tetap menggenggam hatiku hingga saat waktu dan tempat KAU menghentikannya...Kaulah segalaNYA...Allah MAha Besar...

Tiada ulasan: