Komen ni saya petik daripada artikel Pendapatan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Bilion!!.
Bukan bermaksud untuk mempolitikkan keadaan, namun hanya untuk berkongsi cerita daripada yang merasai dan memerhati tentang negeri tanah tumpah darahku.....
Wow !!!! Banyaknya duit royati minyak !!!!
Menurut si Datuk Amirsham, royalti yang telah dikeluarkan dari ketiga-tiga negeri iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah RM13.42 billion dari 2004 hingga 2007.
Wow !!!!! Itu baru 5 % geng, berapa pulak kalau dapat 20% !!!! Lebih-lebih lagi kalau dapat 100% royalti minyak tersebut, apa tidak kaya kah negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu?
Nah!!! Itu pun selepas tolak subsidi, cukai, dividen dan duti eksport, jadi lebih besar nilainya kan kepada sumbangan pendapatan negara.
Wow !!!!! Itu belum lagi kira pendapatan dari sumber gas semulajadi !!!
So, agak-agaknya dah berapa trillion royalti minyak masuk kocek pemimpin Malaysia selama ni.Kalau sebut pasal negeri Terengganu, saya tidak pasti apakah kerajaan semasa Terengganu boleh memperolehi 100 % royalti minyak kerana Terengganu termaktub di bawah pemerintahan kerajaan pusat.
Tetapi kalau menyentuh tentang Borneo iaitu Sabah dan Sarawak, Perjanjian 20 Perkara yang termeterai semasa pembentukan Malaysia jelas menunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai hak mutlak sendiri untuk menguruskan isu minyak ini tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak apatah lagi pemerintahan kerajaan pusat.
Sebelum ini saya berkesempatan mendengar soal-jawab pemimpin kita terutamanya si Nazri dalam sesi Dewan Parlimen di TV1 dan wow sungguh lantang beliau menjelaskan isu-isu persekolahan di Sabah yang masih lagi “papa kedana” memerlukan masa hingga 3 – 5 tahun lagi untuk dibantu sepenuhnya.
Wow !!! Hebat yer jawapan kamu, tapi takkan dah berpuluh tahun korang ambik duit royalti minyak Sabah masih tak berkesempatan nak membantu saudara-mara kami di kawasan pedalaman yang masih duduk beralaskan “sofa” tanah untuk sesi pembelajaran di sekolah bermahligai “kandang babi”.
Aikkk!!!! Bila pemimpin(segelintir) Sabahan membuat “bising” SIKIT, baru korang janji nak tolong itupun pelan-pelan korang kata. Masih tak cukup kah duit “sedekah” kami yang korang dapat dimanfaatkan untuk membantu saudara-mara kami. Ingat janji tuh “hutang” dan akan dituntut di akhirat nanti. Itu pun kalau korang masih ingat syurga dan neraka!!!!
Tahu kah kamu bahawa orang asli Penan di Semenanjung Malaysia pun lebih “kaya” dari saudara kami di pedalaman Sabah. Malah dari sumber yang saya perolehi terutamanya para guru yang mengajar di sana, ada penduduk Sabah di kawasan pedalaman masih merasa mereka berada dalam zaman di mana Jepun menyerang Borneo dulu. Apa tidaknya, apabila nampak helikopter atau kapal terbang lalu di atas kawasan mereka…mereka lari bertempiaran sambil berteriak “jepun mau serang, lariiiii…”.
Bayangkan betapa jahilnya mereka, kan inilah akibatnya kalau kerajaan tidak benar-benar membela nasib anak bangsa Sabah. Yang korang tahu cuma membangunkan banyak bangunan pencakar langit di Bandar-bandar utama sahaja. Yang daif, apa macam hah?
Tapi saya percaya kalau diutarakan persoalan ini biarpun di sidang dewan parlimen, tentu korang pemimpin BN akan berkata pembangunan Sabah perlu dibuat secara ber-fasa dan berperingkat serta memerlukan masa yang panjang untuk direalisasikan. Soal saya, berapa lama geng? Takkan sejak Malaysia dibentuk sampai sekarang, masih lagi tak nampak. Nyatalah janji korang tuh hanya tinggal janji.Bukan itu sahaja, saya juga marah dengan isu-isu “kesian” dan “sayang” korang pada pendatang tanpa izin (PATI) dan pendatang politik dengan izin (PADI) hingga mampu membina penempatan khas seperti Skim Penempatan Pelarian Kampung Bahagia, Sandakan atau Kampung Selamat, Semporna atau Kampung Hidayat, Tawau atau Skim Penempatan Telipok dan Skim Penempatan Pelarian di Kinarut. Kalau itu korang mampu sediakan, mengapa infrastruktur dan keperluan sekolah-sekolah luar Bandar Sabah tidak mampu korang perbaiki biar sedikit pun.
Apa itu pun memerlukan masa kah tapi nak bagi pendatang asing rumah “free” atas tanah adat kami boleh pulak dijayakan dalam masa yang singkat. Saya berani jamin dengan nyawa saya, pendatang asing berbangsa Filipina, Indonesia, India dan lain-lain lebih “mewah” hidup mereka di Sabah berbanding anak watan peribumi Sabah yang hidup di pedalaman Sabah.Anggaran angka pendatang asing yang mencecah 1 juta orang tak cukup kah menunjukkan betapa Sabah benar-benar mengalami “penjajahan asing” di bumi yang kami diami sejak zaman nenek-moyang kami lagi. Tak cukup dengan itu, si Nazri pernah mengeluarkan kenyataan berani yang mengatakan angka sebenar pendatang asing di Sabah tak sampai jutaan orang tetapi puluhan ribuan sahaja.Siapa si Nazri tuh yang berani mengatakan sedemikian walhal datang Sabah pun cuma sekali dua sahaja, tapi kami dah berpuluh tahun terpaksa berdepan dengan si pendatang ini. Nah!!! Si Nazri juga berani mahu memberi dokumen IMM13 secara percuma kepada mereka dengan alasan untuk menangani isu kebanjiran pendatang asing. Wawawah senangnya si pemimpin BN ni cakap yer!!!
Kalau bangsa Melayu terkenal gagah beraninya dengan Keris Melayu disisip di pinggang dalam sejarah Melayu lama dengan imej kepahlawanan yang hebatnya dikenali seluruh dunia, begitu juga dengan sejarah bangsa peribumi momogun KadazanDusunMurut (KDM) yang tak kurang hebatnya seperti bangsa Iban di Sarawak yang dikenali sebagai bangsa “pemotong kepala”.
Apakah kalau bangsa KDM sudah mula mengasah dan memegang parang Sabah sepanjang 2 kaki bermakna “pemberontakan” bakal terjadi, maka itulah yang kami akan lakukan. Tentu rakyat Malaysia masih ingat semasa Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi pilihanraya Sabah kali, bangsa peribumi KDM lah yang mempengaruhi kemenangan tersebut. Begitu dahsyat sekali pengaruh bangsa peribumi KDM jika mereka benar-benar bersatu.Kami, rakyat Sabah tidak mempunyai banyak pilihan dalam soal politik. Mahu mengharapkan perubahan drastik dari kepimpinan UMNO(mcm cyal)….janganlah harap.
Diharapkan pakatan rakyat (PR) yang diterajui oleh PKR di Sabah dapat memberi komitmen kpd kami kerana antara manifesto PKR ada menjanjikan tambahan royalti minyak sebanyak 20% jika PR berjaya menawan Sabah dan Malaysia.Tetapi kan itu sama sahaja geng, pemimpin terdahulu Sabah bersetuju bersatu dengan Malaya membentuk Malaysia dengan ikrar Sabah dan Sarawak mempunyai hak sendiri untuk mentadbir bumi Sabah tanpa perlu campurtangan pusat apatah lagi dalam soal kekayaan bumi Sabah. Mengapa tidak berjanji akan memberikan 100% hak dan royalti minyak kepada kerajaan Sabah sahaja, mengapa pulak mahu beri 20% sahaja?Namun jauh di sudut hati kami penduduk Sabah masih mengharapkan agar nasib kami terbela oleh mana-mana individu, organisasi atau parti politik yang mampu merubah situasi kami di Sabah. Lebih baik dapat 20 % daripada 5 % kan kerana siapa tahu jika nisbah 15% selebihnya dapat membantu saudara-mara kami di luar Bandar. Dan lebih selesa dan bahagia tidur kami di malam hari jika kami tidak perlu risau si pendatang asing bakal merompak, mencuri, menculik dan merogol anak cucu kami jika mereka di “buang” kembali ke tanah air mereka.?
2 ulasan:
Awak bcakap seolah olah pelarian ni binatang. Ya Allah ampunilah orang ni. Lupakanlah pasal status tapi pandang kami sebagai manusia....
terima kasih sebab mendoakan supaya Allah mengampuni dosa2 sy, itula yg saya pinta setiap hari...
erm..artikel ni sy petik daripada sebuah blog untuk dikongsi bagi difahami dan diteliti...
Menurut artikel ni, penulis tidak menyatakan SEMUA pendatang asing, tetapi pendatang asing...
dan ia adalah fakta yang dialami bukan direka...insan yang pernah merasai..
mungkin bahasa yang digunakan penulis agak kasar kerana terlalu emosi..
cuma pada pandangan sy, negara ibarat rumah kita...ada adat bertamu dan memuliakan tetamu, apatah lagi yang berbudi dan berkelakuan baik..tapi setiap tuan rumah pasti akan marah jika ada tetamu yang merampas hak sebagai tuan rumah dan tidak menghormati tuan rumah...sy harap awak faham..tiada niat untuk merendahkan nilai hidup org lain, inikan menyamakan manusia dengan binatang, padahal diri sendiri belum tentu mulia...
Catat Ulasan