Selasa, 29 Januari 2013

Kerja, kerja

(Penulisan gaya sabahan) hehe



Waaa....esok keja, baju belum iron lagi...malasnya perasaanku di malam hari ni. Kerja betimbun tapi satu dua benda ja boleh buat. Elektrik di office masih belum ok. Entahlah SESB ni...berbulan-bulan kami datang melawat di pejabat mahupun di telefon tapi sampai sekarang belum ada tindakan. kan aku pegi sambung wayar utama sendiri ada yang meletup satu Bukit Garam....hohoho...(saya hanya bergurau sila jangan ambil tindakan)...

Minggu depan kursus lagi......jauh pula tu, enam jam perjalan menaiki kenderaan empat roda baru sampai...penat kursus 3 hari minggu lalu pun belum hilang lagi...ni masuk lagi tender baru untuk office....ah, aku pun mulalah berangan kalaulah aku hanya seorang tukang sapu, tiada kursus...meeting pun teramat amatlah kurang....Wahai diri, sila jangan malas-malas....dan terima lah hakikat...

Secara belum rasminya aku kini boleh menjadi trainer untuk program 1 citizen di bawah CBC...belum rasmi sebab masih belum boleh buka portal untuk student...tambah lagi satu kerja...anggapla kerjamu satu kebajikan, jadikan ia kebajikan...iya, kena setting niat untuk menyebarkan ilmu...hehehe...sungguh bersemangat ya di situ....

oklah aku ingin mengakhiri repekanku di malam hari...selamat malam blog...:)

Jumaat, 18 Januari 2013

Mood malam ni....

 Mood malam ni rasa macam mau letak gambar ni, sedihlah kononnnya...tapi tengok gambar macam sedih dalam kejiwangan pula...tukar, tukar....

dan aku pun menjadi macam ni...


argghhh....rasanya marah sampai tahap mau gila ni...memangpunnnnn....aku memang rasa macam tidak betul sekarang ni........



apa???...ingat aku saja mau marah sampai tahap macam ni ka?? ni pun kira masih cute lagi aku marah 
sampai tahap macam tu ja......




tahan, tahan....sabar, sabar...marah itu permainan syaitan...






oklah bagi menenangkan perasaan yang ibarat gunung berapi, ada baiknya aku tidur awal dengan ketenangan...peace...semoga terpadam semua kenangan....swaaaa (ala ala drama korea I miss u)..:)

Aku pelarian




Puas ku berlari,
Ibarat pelarian bukannya jaguhan,
Berlari dan sentiasa berlari,
Kerana sudah puas berdepan,
Kaki sudah lemah untuk bertahan,
Dan aku perlukan kekuatan...

Oh...andai bisa ku berlari kebulan,
Ku kan membina sebuah taman,
Untukku bermimpi dan belajar untuk berdepan..

Janganlah jadikanku pelarian kerana keinginan,
Biarkan ku menari dengan rentakku,
Ketawa dan menyanyi,
Dan kita kan menjadi teman....


* hakikatnya aku masih di sini....berdepan, dan berdepan...namun belajar untuk membina kekuatan...jangan cepat jatuh, jangan mudah lena...hanya ingat janji ar- Rahman.....kerana janjiNYA pasti

Test test

Hohoho...percubaan pertamaku berblog menggunakan hanpon..biasalah orang jakun2 sikit ni..hehe..

Best jugalah..bagi yang ada hanpon android, bolehlah mendownloadnya di play store..taip blogger dan install...taraaa, sekejap ja...

Khamis, 17 Januari 2013

Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Garam

Entry ini hanya untuk mempromosi page Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Garam, banyak maklumat berkaitan dengan komputer dan ICT yang akan diadakan. Silalah berkunjung dan like page ni...:)

Page Pusat Internet 1 Malaysia

Jumaat, 4 Januari 2013

Sedekah




Memo dii salah sebuah supermaket di Jedaah ......In one of the supermarkets of Jeddah....'if you can't buy the bread take it for free'.....SUBHANALLAH, alangkah murninya hati tuan punya kedai ini....

Sumber:  FB Habibi Balaqas