Jumaat, 18 Januari 2013

Aku pelarian




Puas ku berlari,
Ibarat pelarian bukannya jaguhan,
Berlari dan sentiasa berlari,
Kerana sudah puas berdepan,
Kaki sudah lemah untuk bertahan,
Dan aku perlukan kekuatan...

Oh...andai bisa ku berlari kebulan,
Ku kan membina sebuah taman,
Untukku bermimpi dan belajar untuk berdepan..

Janganlah jadikanku pelarian kerana keinginan,
Biarkan ku menari dengan rentakku,
Ketawa dan menyanyi,
Dan kita kan menjadi teman....


* hakikatnya aku masih di sini....berdepan, dan berdepan...namun belajar untuk membina kekuatan...jangan cepat jatuh, jangan mudah lena...hanya ingat janji ar- Rahman.....kerana janjiNYA pasti

Tiada ulasan: