Sabtu, 17 Disember 2011

Beginila caraku



Degilka aku bila aku tidak berubah, hidup sederhana dengan cara ku, cara yang membuatku sentiasa bahagia dengan insan-insan yang ku sayangi...ada sempadan, jaga itu dan ini....namun istilah mereka tak sporting, tak rock....

degilka aku tanpa mahu mengikuti arus fesyen semasa...kerana inila pakaian yang membuatku selamat dibawah redhaNYA, bukan ku tidak tahu bukan ku tidak mahu ikut caramu, tapi ku risau bukan sahaja orang memandangku terbelit malah seluruh jiwa ragaku akan terikat dan tersimpul kaku, kerana kerisauan yang tidak perlu difikir kini menguasai setiap detik langkah...risau terpandang kejelikan, tapi hakikatnya mengubah kecantikan yang diinginiNYA...biar ala kadar, selesa, kemas, bersih dan sederhana...namun istilah mereka orang kampung, skema,fesyen purba kalah dan tak hot....memang pun aku tak mengejar 'hot' mu..sejuk di mata kini bertukar berapi di mata...hurmmmm...

ini adalah caraku, ini adalah aku, dan ini hidupku...bukan ku tak menerima pandangan, kritikan, teguran dan nasihatmu...tapi pandangan Allah itu dahulu yang perlu diutamakan....ok....


*bukan ditujukan kepada insan-insan tetentu, hanya sekadar memberi tahu...hehehe...

Isnin, 12 Disember 2011

Oh bulan



Bulan..
Dulu sering kali ku berbicara denganmu...
Yang jauh digapai namun dekat di pandang...
Hebatnya Allah yang menciptamu...
Walau hanya memandang namun sudah mampu memberi ketenangan...

Bulan...
Faham ka engkau butir bicaraku...
Yang penuh dengan cerita tanpa arah...
Namun ku rasa engkau tersenyum mendengar repekan sang pengadu sepertiku...
Seakan-akan mengerti cerita yang bukan sahaja di bibir, tapi di hati...

Bulan, bulan oh bulan...
Andainya kau seekor kucing akan ku bawa kau bermain...
Andainya kau baju akan ku pakai dan ku letak elok dalam tempatmu...
dan andainya kau sahabat, akan ku sayang dan jaga mu seprti diriku..
yang akan ku marah-marah sayang sebab kasihku...

Namun si bulan itu bukan kucing, pakaian dan sahabat bagiku...
bukan si kucing untuk bermain, tapi pendengar setia...yang adakalanya ada, dan adakalanya tiada, supaya aku tidak selalu bergantung padamu, dan mampu mencari jalanku sendiri...

bukan juga sehelai baju yang sesuka hati untuk ku pakai dan campak...
tapi dialah pakaian malam...menerangi perjalanan sebuah kembara gelap, ketika matahari yang lebih besar beredar meninggalkan ku...yang ada kalanya ada, adakalanya tiada...supaya aku tahu akan pentingnya cahaya dalam kegelapan walau hanya sekelumit cuma....supaya aku tidak mensia-siakan cahaya yang ada walaupun hanya sedikit dan hampir terpadam.....

dan kau juga bukan sahabat...tapi teman setia merangkap penasihat...yang menunjukkanku akan kekuasaan YANG ESA, Allahhu Rabbi...ciptaan Allah yang terindah buat semester alam....mengingatkan ku, betapa hebatnya ciptaan Allah... Nikmat mana lagi yang engkau dustakan ? Nikmat mana lagi yang engkau dustakan ? Nikmat mana lagi yang engkau dustakan ?...Ya Allah bimbinglah aku menujumu dengan nikmat yang telah kau berikan....


mot sal...

Jumaat, 9 Disember 2011

Merajuk

Hu...lama tidak merajuk dengan family, dulu asal merajuk aku akan lari dari rumah.....sama ada pegi hutan belakang rumah ataupun lari ke rumah my nenek. Peritiwa paling besar waktu kecil-kecil dulu, aku lari ke rumah nenek selepas mak marah sebab tak basuh pinggan. lepas sahaja mak bagi ceramah 1 kitab aku pun memasukkan baju-bajuanku ke dalam kotak megi dan keluar daripada rumah dengan penuh tangisan...ceee....malamnya, bapa datang ke rumah nenek untuk ambil aku, bapa aku yang sentiasa tenang itu hanya tersenyum....hmmm...anaknya yang paling degil lari rumah..

Masuk sekolah menengah, kalau merajuk aku dah tak lari dari rumah, tapi lari menangis di bilik ataupun lari ke kebun bersama kucing-kucing kesayangan....dan sekarang???? hehehe...memang aku jarang merajuk, dan aku paling tak suka dipujuk...dan rupanya perangai buruk itu masih kekal. Kali ni aku merajuk dengan penuh tragik, waktu tengah makan tengah hari, air mata aku tiba-tiba begenang kerana rasa nak mengamuk yang tertahan...aku pun berdiri dan terus berlari ke bilik air di sebelah bilik, sebelum tu aku sempat mengucapkan sepatah dua kata...."aku tak mahu makannnnnn"...

Lepas basuh tangan aku terus masuk ke bilik dan menangis sepenuh hati di belakang pintu, dulu pernah juga menangis di belakang almari....heeeee...tidak lama kemudian kakak sulung datang memujuk, aku hanya diam sambil menangis, lepastu mak pula datang memujuk...aku diam lagi..lepas ja mak beredar, aku terus mengiron baju dan mengemas baju-baju ku...malahan semua baju dalam bilik aku kumpul dan aku simpan, ibarat orang yang nak pindah rumah.....mak memerhati dari jauh...

"lepasni, 2 atau 3 tahun baru sy balik sabah...biarlah sy kerja basuh pinggan ja di sana...saya tidak mau balikkkkk..." lepas dah puas menangis, aku tertidur beberapa minit...bangun-bangun, kakak aku yang baru beberapa hari kawen terlena di sisiku dengan bantal busuknya....dia la yang selalu memujukku ketika merajuk....lepas bangun tu, barula aku ok....siap main kejar-kejar dengan anak buah kesayangan, aku pun sambung balik makan tengah hari yg tergendala tadi.....bila dah sampai kat bumi semenanjung ni barulah aku sedar betapa hodohnya perangaiku bila merajuk....hehehe....

Jumaat, 30 September 2011

Jauh

Jauh yang menyakitkan
Jauh yang mendukacitakan
Dan jauh yang membinasakn..

Jatuh bergolek terhentak ke ruang gelap
Terpaku lama mencari sebab
Hati dan akal yang berfungsi lembab
Kerana jiwa yang hilang khudrat

Mencari jalan pulang
Cahaya yang sentiasa marak dan tetap
Menantimu yang penuh berkeringat
Memanjat gaung hidup
merangkak merentas deras
Menerobos hijab kabus yang menyekat
Usahamu harus giat
Kerana hasilnya bukan yang dilihat
Melainkan juang kendiri membentuk insan hakiki
yang patuh pada Ilahi..

Khamis, 29 September 2011

Itu adalah perasaan



Ruang sentiasa tersekat,
Hanya nafas yg terlepas,
Terpendam jauh tersemat,
Hanya menunggu saat,
Memuntahkan beban yang berat,
Biar bersepah tanpa suara,
Kerana ia mampu dicerca oleh firasat,
Setelah dipaksa ambil tanpa rela,
Dan terhukum tanpa nota,
Hanya mata dan akal yang menadah,
Mohon diertikan dan diberi arah,
Namun hanya bisunya yang menyerap,
Dan rajuknya yang menyapa...
Kali ini kita pandang dan lihat,
Kuasa yang terlipat,
Akibat tertahan sekian dekad....

Selasa, 13 September 2011

Perjalanan semester akhir

Semester 8 bermula....flight dari Sandakan ke KLIA 10.09.2011, pada pukul 8.45 malam. Namun kapal terbang meninggalkan bumi sandakan lewat 20 minit. Penerbangan pertamaku balik ke semenanjung menaiki Fire fly, not bad la...suasana hampir sama dengan Air Asia...duduk di bahagian paling belakang seat 31F..kali ni ok sikit, sebelah tingkap, boleh nampak awan dan berangan berlari-lari di awan...hehe.. N first time landing di KLIA.....macam manala keadaannya. Awal2 lagi sudah kena marah dengan abang bangla sebab salah ambil troli..

"Apalah...dari tadi saya panggil oi..oi...oi..tara dengar"..tuturnya sambil merampas troli dari tanganku.. Ee..pak cik bangla ni, manala aku tau dia panggil aku...orang first time bertandang ke KLIA ni. Aku sempat terpingah, so...barang aku nak letak mana nanti..berattttt...15 kilo total semua barang... rupanya kena berjalan pula beberapa langkah ke kawasan meletakkan troli...ermmm...rumit sungguh.

selepas tu.............
Menanti barang yang terpisah dengan ku hampir 3 jam, apalah nasib c barang tersebut...ha...itu dia barang yang ditunggu, beg balik kampung warna merah, dan beg karung satu...opsss...beg aku terkoyak, tadi soal selamat ka tidak, dengan muka malu2nya, pihak kaunter kata ok, siap letak tanda fragile lagi...ni apa kes ni, belum tengok kuih raya dalam beg tu, mesti macam cekodok dah...aku pun ambil sticker fragile tadi dan tampalla kawasan-kawasan yang terkoyak, sepanjang menaiki air asia takla sampai jadi macam ni...ermm..tengah-tengah sibuk melekat sticker fragile tu, kakak disebelah mencuit bahuku...tengok tu...

ermmm...sampai hati diorang buat macam tu, barangan dalam ada 3 helai tersadai di tempat pengambilan barang..warna pink, hijau, n blue. Ni mesti kes beg koyak. mesti orang tu tak ambil dah..malu la... aku pun bergerak la ke tingkat 5 tempat bestfriend and my cousin menanti.. kesian...sampai terlena-lena di kerusi..:)

Pukul 2.30 pagi..
Kami bertolak ke rumah my cousin, yang aku ingat Damansara ja...sampai-sampai terus cari bantal...mengantukkknya... dah pukul 4 rupanya...dia ajak makan pun aku dah tak kisah..."Nanti aku makan waktu sarapan nanti"...andddd.....zzzzzzzzzzz... Aku menumpang kasih selama 2 hari dirumahnya, serve yang memuaskan..baju dia basuhkan, makan dia masakkan...aku??? goyang kaki ja tengok astro...hehe.. Hari ahadnya....selepas hantar my bestfriend Cik Rosita di pudu raya, kami bershopping mata di Masjid Jamek..hampir pukul 5 petang barulah bertolak balik ke rumah..letih, tapi best dapat luangkan masa dengan my cousin yang telah lama tidak bersama..

Isnin..
Setelah my cousin memujuk supaya aku tinggal lagi sehari, aku pun mengambil keputusan untuk balik petang isnin, maksudnya aku dah terponteng 2 kelas...dan dia pun turut sama ponteng kelas sebab nak hantar aku balik ke UPSI. Bertolak dari Damansara tepat pukul 6, dan yang paling bertuahnya, en pemandu bus turunkan kami sebatu daripada pudu raya. Kami yang masih kurang arif ni pun, terpaksala mengusung barang yang berkilo-kilo...ai pak cik bus ni..sampai pudu terus beli tiket ke Tanjung Malim...dan terpisah la aku dengan my cousin yg sungguh baik hati..

Isnin, 5 September 2011

En Polisi

Malam aku tiba di rumah yang terletak di kampung tercinta ku Kinabatangan ini, berlaku suatu perisiwa yang tidak disangka. Setelah penat dalam perjalanan balik raya bermula awal pagi, aku pun terus la melelapkan mata bersama kak Siah...Tiba-tiba..cee..mak aku menjerit yang biliknya telah diceroboh oleh pencuri dan beg tangannya telah lesap , yang tinggal hanyalah tapak kaki yang bertanah dan juga cap tangannya di dinding bilik mak aku. Kami pun berlarila mendapatkan mak, mak sudah menangis tersedu-sedu, sambil memandang tingkap biliknya yang terbuka luas...

Dengan konfidentnya aku pun berkata..."semua ke tepi, tapak kaki dengan cap jari ni boleh dijadikan bukti..jangan sentuh. Esok pagi kita ke balai untuk buat laporan"...dan semuanya melopong sambil mengangguk kepala tanda bersetuju dengan cadanganku.

Dan keesokannya...setelah membuat laporan.."ni nama inspektor sahab tu,bersama nombor telefonnya, cik boleh call jika tak sempat berurusan dengannya" kata cik kak yang mendengar aduan dan tangisan mak aku.."terima kasih cik"..balas kakak aku pula...dan bermula sesi menjejak en polis tersebut, dari pejabat ke telefon...hanya suaranya yg merdu yang kedengaran..namun sehingga saat dan detik ini setelah hampir dua minggu membuat laporan polis bayangnya tetap tidak kelihatan....ke manaka en polis tersebut?....

ermmm....mak aku yang sudah seminggu menumpang di bilikku pun mula mengeluarkan sepatah dua kata..."hai hari ni sudah masuk seminggu janji en polis tersebut..bayang2 polis pun tiada yang datang ni...kata, nanti2 saya datang....kalau macam ni pencuri tu senang lenang la....apa ni..takkan buat aduan rakyat dulu baru nak datang??? kalau sudah 2 minggu, nak kesan apa lagi.."

ermmmmm.....en polis, en polis....