Rabu, 22 Julai 2009



Hidup ini satu pertaruhan,
Yang perlu membuat pelbagai pilihan,
Pilihan yang memerlukan keberanian,
Untuk menerima setiap kenyataan,

Jika kenyataan memeritkan,
Kita mula menyalahkan pilihan,
Yang akhirnya tercipta lagi satu kesalahan,
Kenapa tidak kita jadikan iktibar,
Sebagai pengajaran daripada kegagalan,

Walau apapun kenyataan,
kita perlu membuat pilihan,
Buatlah sehabis baik walaupun ia menyakitkan,
Daripada menanggung di kemudian,

Pilihan ini kita tentukan kerana
kita tahu sebab dan alasan,
Orang lain boleh pertikaikan sebagai pembetulan,
Tapi tak layak pandang sinis kesian,

Teruskan juang usaha,
Jika kita tahu Dia bersama,
Setelah kita serahkan sepenuhnya,
Hidup kerana DIa,
Bukan kata-kata....

Tiada ulasan: