Isnin, 29 November 2010

Putera Katak



Rancangan drama Putera Katak secara rasminya ditayangkan bermula hari ni di TV3 pukul 4.30-5.30 Pm...rancangan yang aku nanti2kan...hehehhe...ceritanya sama dengan cerita-cerita kanak-kanak yang aku dengar dulu...seorang putera raja telah disumpah menjadi katak dan sumpahan tersebut akan hilang apabila katak tersebut mendapat cinta sejatinya...memang jelas dan nyata kedongengannya..huhuhu...tapi layan juga..

sebenarnya cerita ini mengingatkan aku dengan movie cicak man..haritu aku p kenduri rumah my aunty...sembang punya sembang...terkeluarlah pula cerita tentang sepupu2ku yang tersangatlah nakal...dua orang hero sebenarnya, seorang tu sudah masuk 6 tahun, yang adik pula baru berusia 5 tahun...tengah2 aunty aku memasak, dia terdengar kedua2 sepupu aku sedang bertengkar dan mulalah adegan tangis menangis di antara mereka...

aunty aku pun pergilah ke ruang tamu untuk melihat hero2nya....

"Ya Allah"...hanya itu yang terkeluar dr mulut aunty aku..sepupu2 aku tengah berebut seekor cicak, hampir terputus dua cicak tersebut..."Kenapa main cicak ni?"

"sy mau jadi cicak man mak..."

"Sya pun mak..."...dan pergelutan pun berlaku...akhirnya c abang berjaya mendapatkan cicak tersebut...c abang tersebut pun cepat2 ingin memasukkan cicak tersebut ke mulutnya...namun....

"Muizzzzz....."...c ayah pun sampai..."Buang cicak tu..."...selamatlah akhirnya seekor cicak yg tidak berdosa...

hu...bahaya juga anak-anak ni kalau tidak dipantau...sebaiknya, habis ja menonton movie tu kita terangkan semula apa yang benar, apa yang tidak, apa yang tidak boleh, dan apa yang patut...anak2 ni hanya tahu apa yang tersurat sahaja, susah untuknya memahami maksud yang tersirat kerana otaknya yang baru ingin berkembang...

Tiada ulasan: