Ahad, 28 November 2010

sayur daun bawang

Sayur daun bawang merupakan salah satu makanan kegemaranku dari kecil lagi...setiap kali balik kampung, aku mesti mencarinya di ceruk mana sekalipun..he3..sejak dua menjak ni sayur ni sudah kurang ditanam dan diusahakan...ada pun yang menanamnya bukan untuk dikomersialkan, hanya sebagai sumber makanan sendiri..tiba2 sewaktu berjalan di pasar malam Tanjung Malim, aku ternampak sayur ni di tempat yang biasa aku dan kakak rumah kunjungi...wa...blink2 mata aku waktu tu...tanpa membuang masa dan tenaga aku pun terus beli...abang jual sayur tu pun tegur...

"adik makan benda ni ke?"
"a'ah...sedap"
"adik masak macam mana?"
"sy x masak bang, sy buat ulam.."
"ooo...jarang orang beli sayur jenis ni...abang pun x tahu nak makan macam mana"
"ooo...senang je..he3"...aku menelan liur x sabar nak menyantapnya...pak cik2 dan mak cik2 sebelah yang turut mendengar perbualanku dengan abangtu tersenyum2...

nilah gambar sayur tu...


cara untuk menyediakannya..

1. Basuh sayur terlebih dahulu
2. Potong kepada 2 bahagian




3. Selepas itu potong bahagian daun kepada beberapa bahagian lebih kurang 3 inci atau 4 incilah macam tu sehinggalah dia jadi macam rupa kat bawah ni..


4. Sekarang Kita bersihkan pula bahagian kepalanya yang berwarna putih tu dan setiap kepalatu belah kepada dua..

5. Campurkan bahagian daun yang telah dipotong dan bahagian tersebut ke dalam satu bekas

6. Campurkan garam secukup rasa dan asam jawa, kemudia ramas sayur tersebuat sehingga menjadi agak layu

7. kemudian perahkan airnya...dan siap...jom makan...

Tiada ulasan: