sumber : Facebook mutiara hati
Di riwayatkan bahawa pada suatu ketika dizaman Nabi Musa A.S, pada suatu hari baginda berdoa kepada Allah :
"Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku sejahat-jahat manusia dimuka bumi ini"
Baginda kemudiannya mendapat wahyu supaya pergi ke satu jalan dan disitulah orang tersebut akan lalu. Baginda terus kesana dan ketika itu lalulah seorang lelaki tua yang berwajah seperti seorang pengganas.
Nabi Musa berpuashati dan pada keesokkan harinya baginda berdoa lagi:
"Ya Allah, tunjukkan padaku orang yang paling baik dimukabumi ini"
Baginda kemudiannya menerima wahyu lagi supaya pergi ke tempat yang sama seperti yang didatanginya semalam. Alangkah terkejutnya apabila lelaki tua yang sama seperti semalam juga yang lalu dijalan itu tetapi kali ini dengan air muka yang bersih dan redup. Nabi Musa kemudian menegur orang tua itu dan bertanya: Apakah amalan kamu ?
Lelaki itu menjawab: " Aku bukan seorang yang baik dan bukan orang yang kuat beramal."
Nabi Musa bertanya lagi: Baiklah, apakah yang telah kamu lakukan malam tadi?
Lelaki itu menjawab: "..malam tadi aku cuma berbaring diatas bumbung rumahku bersama anakku yang masih kecil sambil merenung bintang dilangit.
Nabi Musa berkata lagi: Kemudian, apa yang kamu lakukan?
Lelaki itu memberitahu: " Anak kecilku bertanya, banyak sungguh bintang dilangit itu wahai ayah, agaknya berapakah jumlah kesemua bintang itu?
dan saya menjawab: "Memang sungguh banyak, tak terkira entah berapa juta jumlahnya, akan tetapi, ketahuilah wahai anakku, WALAU SEBERAPA BANYAK PUN BINTANG YANG BERTABURAN DILANGIT ITU, SESUNGGUHNYA DOSAKU YANG TELAH KULAKUKAN ADALAH LEBIH BANYAK DARI ITU...
Kesimpulannya: Tatkala seseorang hamba mula teringat akan dosanya dan seterusnya mengakui dengan ikhlas akan dosanya, maka tatkala itu Allah telah menganugerahkan keampunan kepada hambaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengampun dan Maha Pengasih dari segala yang pengasih.
Akan tetapi perbuatan menginsafi dosa dan perbuatan salah itu hendaklah diikuti dengan usaha untuk menjauhi diri kita dari mengulangi kembali dan menambahkan pula amalan dan kebaikan didalam kehidupan selepas itu.
Firman Allah:
"Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-A'raf: 153).
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nisa`: 110).
Kiisah riwayat telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Mustaffa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan