Isnin, 18 Februari 2013

kuih sang somot

Malam ni rasa macam malas mau keluar dari bilik...kalau boleh mau bekurung sampai setahun...rasa macam mau menangis pun ada....sebabnyaaaaa....kuih yang aku buat teramat la hodoh dan hitam (hangus)....

Tengah tggu dia mengembang tadi...rasa2 macam ok ja...tiada apa2 masalah, cuma rupa sahajalah yang nampak hodoh (memang kebiasaan pun kalau aku buat kuih)...tapi bila masuk kuali ja, terus jadi keperang-perangan...kak Na yang masak ikan disebelah sudah tergelak...

"Ha...kenapa jadi macam tu. Belum sampai seminit sudah mau hangus" Tegur Kakna. Aku pun tengok api kuali, tidaklah besar pun. Aku pun mula kalut. " Belum angkat lagi ka?"

"Belum sampai seminit pun dalam kuali, nanti tepung di dalam tidak masak"...semangat ku mula pudar...aaaaa.....

Habis memasak, aku tengok balik kuih yang aku buat. Arg...ni fail 2000 kali ganda ni, tiada ciri-ciri orang yang boleh dibuat isteri. Tu baru rupa belum rasanya...aku sudah membayangkan keadaanku yang akan jadi bahan kutukan seisi rumah malam ni..

" Mot, ko masak apa" Abang Udin tiba-tiba muncul di tingkap bilik. Kakna sudah senyum-senyum...hish...ada pula abang paling bertuah aku ni..

" Tiada apa..." malas mau mengaku!!

" Kau masak kuih kan?" Abang Udin terus mengambil kuih yang aku masak, macam mana aku lupa kasi tapuk ni (Kasi sembunyi)..

Dia menggigit sedikit.....

"Mot apa benda kau masak ni....? Dalamnya belum masak lagi la...." Abang Udin mula mengomen. "Ndapalah....kau simpan ja kuih kau ni, nanti aku lapar, aku turun makan ya" Hu...ni ayat menyindirka, ayat memperli...

"yala, walaupun kau tidak hensem, aku sayang juga...kau makanla banyak-banyak kuih ni, kalau mau makan semua pun boleh..." Sebenarnya itu ayat aku yang sudah hilang semanat untuk masak kuih.

Belajar daripada kesilapan...sebenarnya kuih aku terlalu besar, patutnya buat kecil ja sebab tepung akan mengembang...tu yang dalamnya tidak masak...

Setakat ni tom yam ayam aku ja yang menjadi...tiada kata-kata perlian...hehehe....:)

Tiada ulasan: