Khamis, 21 Februari 2013

Oh Duit

Hari ni pegi kerja naik kereta pairit lagi (kereta tumpang)....perjalanan ke pejabat lebih kurang 15 minit. 2 batu kemudian ada sepasang suami isteri lingkungan 50 tahun melambai-lambai kereta. Kereta pun berhenti....

"Pak cik mau ke mana?"

"kami mau ke ____________ hujunga sana"

"Oh boleh-boleh...naiklah"

Suami isteri tu pun naik....

"Pak cik sudah ambil BR1M ka?"

"Sudah semalam" Jawab pak cik tu..."Tapi semalam juga habis" pak cik tu tergelak, mak cik yang tepi aku pun ikut tergelak...hu...sekejapnya habis...dalam hati aku...

"Lepas ni tunggu yang seribu pula...harap-harap menang"

aku tersenyum dalam hati....sekarang ni semua sudah hanyut dalam duit free...menunggu-menunggu yang free sahaja....adakah 'free' itu yang salah??...free itu tidak pernah bersalah melainkan pengguna barang free tersebut....

kalau pendidikan free...boleh bertahan sampai mati dan akan sampai ke cucu cicit malahan sampai beberapa keturunan kalau diajar dan diamalkan....kalau duit free begitu sahaja, dalam sekelip mata boleh habis...aku cuma berharap agar pihak berkenaan memberi sesuatu yang lebih bertahan lama seperti tanah, pekerjaan, peluang perniagaan...'benda' yang boleh membantu.mereka menjana lebih daripada RM500 atau RM1000...contohnya sebidang tanah, boleh buat rumah atau bercucuk tanam...ni tinggal pun di tepi-tepi jalan raya, atau menumpang tanah-tanah orang..

Belajarlah memberi dengan cara mengajar mereka sesuatu....bukan dengan cara menyuap dan terus menyuap, sampai lemah semua anggota sendi....

2 ulasan:

arjunasetia berkata...

berikan seseorang itu seekor ikan, maka dia dapat gunakan untuk makan pada hari itu.

Berikan seseorang itu sejoran panjing dan ajarkan dia cara menangkap ikan, maka dia akan dapat mencari makanannnya sendiriseumur hidupnya.

Saya mahu pancing, bukan ikan!

salmah mot berkata...

sy setuju!!

semoga penerima-penerima BRIM dapat menggunakan duit mereka dengan sebaiknya....