perlukah cinta bersebab???
Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
‘Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!’
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuksuratkepada isterinya yang
disayangi.Suratitu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surattersebut berbunyi begini :
‘Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.’
Ahad, 7 Mac 2010
Jumaat, 5 Mac 2010
bila diri terjatuh..
langkah riangku terhenti seketika...
tertolak jatuhku tersembam ke bumi..
luka kulit yang menghiris sampai ke dalam isi..
ibarat kaca berderai di lontar besi..
lama aku duduk mengusap luka...
ku tekap agar ia tidak berterusan retak..
delusi aku dan mereka dirempuh pedih..
apakah konflik yg merentap hingga sebegini..
biarkan aku duduk seketika di sini..
memujuk luka yang seakan x mahu berhenti...
aku pasti akan beransur juga..
walaupun terpaksa merangkak dan bertatih langkah..
sesungguhnya aku amat memerlukanNYA,
pegang tanganku, dakapku dlm jagaanMU,
kerna tika ini aku betul2 lemah,
seakan hilang dalam ratapan jiwa,
Ya Allah kepadaMU ku berserah,
saat tiada siapa yang merasa,
namun ku pasti KAU kan tetap ada untukku,
tabahkanla hatiku ya ALLAH,
bukalah hijab hikmahMU agar aku tidak terus begini selamanya,
ku harapkan bimbingan MU menuju arah..
mot sal

Rabu, 3 Mac 2010
coretan seni 1..
kini ku seakan temui satu kekuatan dan cahaya untuk aku berdiri...tidak perlu lagi leka dengan angan kosong yang hanya menjanjikan kekosongan yang negatif..aku perlu membina angan2 padu yang menjanjikan positif berisi...kepedihan itu mengajar kita sesuatu,...merancang untuk berjaya dan bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan sama ada baik atau buruk...kita tidak semestinya hanya menyiapkan diri untuk menyambut kejayaan, kita juga perlu bersedia untuk menahan diri tika kita tergelincir daripada sasaran...
apa2 keputusan kita tidak boleh leka dan lalai..lalaimu sewaktu berjaya akan membuatkan diri berada dalam keadaaan selesa yang membuatkan kita sentiasa inginkan yang terindah dan termudah, dan bila sekali angin kejatuhan bertiup, kau akan mula menyesali dan dibimbangi akan terus menyesali...lekamu dalam jatuh pulak akan menyebabkan kau mula membina penjara untuk diri mu sendri dari hari ke sehari..kau leka meratapi tanpa berusaha untuk bergerak walaupun hanya merangkak..maka terjelepuk la kau di sana tanpa sebarang cahaya..
apa salahnya kita sentiasa membina walau sudah berjaya, apa salahnya kita memimpin mereka untuk bersama dengan kita...kau x kan rugi walau sezarah habuk dijalanan..ungkapan, buat apa?buang masa?buang tenaga....adalah sikap nafsimu yang semakin mewarnai hati, dan tanpa disedari kau jauh bersama kejayaan namun hilang kegembiraan...fitrah manusiawi kau kerat habis..berjalanlah kau bersendirian dengan kekosongan.....
dan bagi yang pernah terjatuh,(akula tu..hehehe)..bergeraklah sehari demi sehari walaupun hanya sejari..kita lenguh bila merangkak, kita tercugap2 bila berjalan selangkah demi selangkah, namun kita girang bila mampu berlari dengan kepuasan...dari sekecil2 p'gerakan kita menemui selaju2 langkahan, alangkah indah masa di saat2 kita berusaha...banyak pengalaman yang dikutip, banyak perasaan yang terpamer...dan banyak jiwa yang kita temui untuk mengutip walau secubit ilmu...
oleh itu, jangan pernah menyerah sebelum berusaha...walau jatuh bagaimana sekalipun, cubalah mencari pintu lain yang telah terbuka buat kita...namun ia memerlukan usaha bukan sekadr harapan semata2...
mot-sal...

Khamis, 25 Februari 2010
Tuhan berikanlah aku cinta...

mengapa butanya hatimu, berprasangka melulu..sering m'persoalkan tentang pintu yg sentiasa t'tutup dan jika t'buka pun hanya keinginan yang tidak kesampaian..sering bertanya mengapa keras sgt binaan pintu itu. pernahkah kau sedar betapa sejatinya cinta yg menyelubungi pintu itu hingga ia dijaga begitu rapi..
DIA mencipta dan memiliki pintu itu, mengapa kau terburu tanpa izinNYA. betapa DIA menjaga pintu itu agar sentiasa suci dan sentiasa kukuh...kau terleka bahawa kaulah yang berkuasa pd hatimu, ingatlah kuasa yg diberikan bukan utk kau mungkiri dan cemari..
Tika ia meronta2 dan diketuk2 ingin dibuka, kau jadi nanar m'buta tuli...lalu kecewa saat hijab dibuka agar kau menutupnya semula...patutkah kau mrah tika DIA masih ingin menjagamu, masih ingi memelihara dan memagarimu agar pintu itu tidak tercalar dengan permainan dunia.....tahukah kau di situ cintaNYA menyelimuti pintu itu hingga dia x ingin kau disakiti dan tersugkur pd hebatnya gelodak perasaan..
Duhai pintuku...biarlah satu hari nanti kau terbuka atas kehendakNYA, waktu di mana DIA sendiri yg membuka seluas-luasnya pintuMU utk sama2 berjuang demiNYA....ku serahkan segalanya buatNYA......'Buat kekasih Agungku, genggamlah pintuku, aku mohon jgn aku dilepaskan, cuma pinjamkanlah aku pd pintu yg turut sama mendamba keredhaanMU yang memohon dan meminta pdMU pemilik segala hati..jika ku dipertemukan dgn pintu yg membawaku jauh dariMU, aku rela begini dalam kedap jagaanMU..jagalah hatiku....Tuhan berikanlah aku cinta, cinta padamu yg tidak berbelah bagi...
'mendamba cinta ILAHI"
Isnin, 22 Februari 2010
keliru menjadi buntu..

Kawan..Terkadang kita terperangkap dalam diri, Kita terpedaya oleh mimpi, Kita dikejari bayang bayang, Lalu keputusan yang kita buat itu terkadang ‘ keterpaksaan’, keterpaksaan menyiksakan dan diri smkn disisihkan …namun bahagia jika kernaNYA..kerana DIA lebih mengerti perjuanganmu meninggalkan sesuatu keranaNYA..
memang payah untuk membuat keputusan kerana ia menentukan perjalanan seterusnya..bila keputusan sudah menghampiri ujian datang seakan menepis langsung peluang yang dipilih..kita jadi kaku seketika, jika diri sendiri yang terasa masih boleh diterima, tapi bagaimana jika ada diri yang lain yang perlu menderita kerana keputusan yang dilaksana...akhirnya kita jadi lelah dan terpaksa berkorban diri demi jiwa yg yang berada di tepi..lalu bagaimana?...
pengorbanan harus dilaksana...dan masih ada yg mempertikai berkorban atau mengorban?..dan keputusan dan pilihan itu biar kita dan DIA yang tahu walau kiri kanan sudah mula menekan.. biarlah sakit di sini asal tidak selamanya...jika pemergian itu lebih baik..
Aku keliru, aku tersentak di sini,
Aku seakan kabur akan jalan seterusnya,
Setelah puas ku cari kesudahan yg terbaik,
Dan sedikit cahaya yg mula kelihatan,
Aku terpaksa menghentikan penantian,
Ketika aku sudah rela berjuang , aku perlu mengalahkan,
kerana batas sekitar yang masih memiliki setiap diri kita,
bukan kepercayaan mahupun ketinggian diri,
banyak perkara yg masih tersembunyi,
biarlah ia terus bersemadi,
bukan tidak cuba memahami tapi ia memang sukar difahami,
alasana takkan sama dengan sebab..
lepaskanla dengan kerelaan,
supaya takkan menjadi kenangan yang berantaian,
biar hilang terus dari ingatan,
rayuku kerna hati takkan sanggup melihat kepayahan,
berhentila...berhentila..berhentila kerna kita hanya insan biasa,
bisa lelah dan sakit ..
singkirla penyebab derita itu..
maju dan carila bahagia yg lebih indah..
kerana diri juga inginkan kebahagian
gunakanla waktu tika benci mula berputik..
bebeaskan la dirimu semula kerana diri itu hanya meratai derap langkah..
dan baliklah semula pada ketentuanNYA...Allah sentiasa ada buat kita..
Ahad, 21 Februari 2010
kembaraku di bumi Allah..
cuti seminggu kali ni aku melarikan diri nun jauh ke kelantan..setelah beberapa sem aku m'jaga kolej ngan kampus ketika org lain sibuk b'cuti akhirnya kali ni aku merasa juga cuti seminggu wlpn bkn di kampg sendiri..
sebelum ni aku dah pun mengembara di penang ngan perak..banyak yg aku dapat sepanjang pengembaraan..dalam kehidupan ni kita perlu banyak melihat, mentafsir dan berfikir betapa agungnya ciptaan Allah..persamaan menbuatkan kita sentiasa dekat, dan perbezaan membuatkan kita saling berkongsi dan bermuhasabah atas kekurangan dan kelebihan. hobi aku mmg suka mengembara, apesal mengembara bkn melncong?..coz aku ni x suka dan x pandai nak shoping aku lebih suka melihat dan memerhati sambil mentafsir..
sepanjang di kelantan aku menumpang kasih d rumah fa..atau nama penuhnya Nurfadilah Ismail...hehehe..tempat pertama yg aku lawati ialah jeram linang..pusat air terjun di kelantan..kebetulan hari tu merupakan befday aku..fa telah menghadiahkan aku gula2 kapas, makanan yg telah sekian lama aku cari..terima ksh fa..tercapai juga hasrat aku nak mkn gula2 kapas..lpstu kami berkunjung ke pasar ikan tok bali...di sana kami dpt melihat ketekunan para nelayan...kebetulan ada sebuah kapal yg baru balik drpd belayar, ntah dah berapa hari diorg x balik ke daratan...susah nak cari manusia yg gigih berusaha era ni..berpanas berhujan demi sebuah tanggungjwb..
balik dr tok bali kitorg pegi makan gulai pulak ataupun makan nasi minyak kat rmh guru besar fa wkt sekolah rendah..segan juga..yg seronoknya aku dpt sapu tgn yg dibentuk menjadi aiskrim ngan gula2 tangkai..(ambek berkat..kekeke)..mmg banyak tempat yg aku lawat semasa di kelantan..sempat juga jmp kwn yg lain..cha ngan mira..kitorg ronda2 kejap kat pasir mas, tp ada sorg tu mengalahkan pelancong..hmmm...klu lama2 ngan dia bleh sesat di kelantan..amcam ni bos???...dan sorg kwn lagi yg mungkir janji...kata2 mu hanya janji manis...kekeke...xdela..kwntu ada hal yg lebih pentg...
sebenarnya byk bnda yg nak d ceritakan sepnjg di sana...tp..smbg lain kalila...
bersmbung...ceee...heeee

Ahad, 14 Februari 2010
selamat hari ulang tahun bt blogku.

14 febuari nampaknya umur blog aku genap setahun...teringat waktu pertama kali buat ko blog, tunggang tebalik aku nak menyiapkan segala permintaan biokrasi yang terlalu byk cara2 dan kaedah2...lenguh tangan aku semalaman...apapun jadila blog aku bersempena umur tuannya yg ke 21..
Hari ni juga aku dah menjangkau setahun lagi, maksudnya umur aku dah 16 tahun...hahaha...bukan, muka jak macam 16 tahun, tapi umur dah 22 tahun...kekeke..(mesti ada yg jeles ni)..sebenarnya ketika dan saat ni aku berada jauh nun di rantau panjang...tumpang kasih di rumah fa...ataupun, lawatan sambil belajar ke kelantan..
kali ni x tau pulak hadiah apa aku nak bagi ngan diri aku sendiri, belum fikir lagi...cukuplah step yg pertama aku sedar diri sikit dah 22 tahun menumpang di bumi Allah, seberapa beratkah hasil yg telah ditanam...mmg skit, rasa malu dan takut nak kira....ermmm...rasanya kali ni aku nak renew semula niat dan matlamat aku sbg hamba Allah, ntah dah ke mana menyimpang...
terakhir aku sambut hari lahir ketika tingkatan 4...waktutu aku punyala penat tahap gaban, lantas sebelum jam 12 aku dah terlena macam org yg dah 8 tahun x tido..tiba2 katil aku digoncang dgn kuatnya dr bawah...aku dgn muka x puas hati pun bangunla smbil m’gosok2 mata yg masih t’tutup separuh, takut juga sebenarnya, nnt lain pulak yg aku nmpk...bila aku bagn aku lihat katil aku dikelilingi dgn wajah2 yg t’sengih semacam...diorg nyanyikanla lagu hari jadi buatku yg masih blur2..aku pun x jdla nak marah hanya mmpu m’berikan senyuman yg paling manis...kekeke...maniske?..(perasan)...walaupun kami smbut hanya dgn biskut2 dewan dan air nescafe tapi aku dah ckp hepi, terimah kasih buat kwn2 ngan adik2 junior from smas...sampai wkt dan ketika ni mereka masih ingat kat aku...huhu..t’harunya diriku...kui3...
hadiah paling dramatik aku dapat?...kakaka...mmg saat yg melucukan...kejadian berlaku wkt form 3...first ketika p’himpunan sekolah...di pagi hari kekuatn berbual mmg thp luar biasa, tgh2 p’himpunan aku sibuk b’bual ngan geng2 aku..tiba2 pengawas b’tugas bagi ucapan befday ..t’kejut beruang aku wkttu, rupanya abg udin telah memujuk rayu pengawas b’tugas utk wish befday kat aku...di kelas, sblm kelas b’mula, abg udin dtg sekali lagi di tepi tingkapku...nak tau dia buat apa?...dgn muka x malunya dia menyanyi lagu befday dgn penuh konfidennya...aduhai abg udinku...dia hadiahkan aku satu balang gula2 coklat...terima kasihla buat abangku yg paling hensem ni...
tgh harinya ada lagi 1 peristiwa, juga dramatik...wkt prep ptg, aku jmp sekeping coklat cadbury dlm laciku...aku pun buat pengumuman sapa yg ada t’cicir coklat kat meja aku...klu xnak aku mkn..bdk lelaki buat x tau, bdk pompuan t’sengih2 plak...ada sorg kwn pompuan aku b’diri bg tau ada sorg bdk lelaki tingkatan 4 bg...aku diam,rasa mcm darah aku tinggi dgn mendadaknya...setelah aku soal siasat dgn garangnya akhirnya diorg pun bg tau sapa gerangan mamat tu sbnrnya....rupanya satu kelas komplot nak bg coklat tu t’masukla pelajar lelaki, sbb mamat tu t’sangatla takut ngan aku...dlm hati geram juga, aku ni mcm singa ke...aku pun bagi balik coklattu kat kwn aku, aku suruh dia pulangkan semula...ntahla knp aku terlalula x suka...siap bg pesnn lg ngan mamattu, klu dia ganggu aku lg, aku sendiri akan jumpa dia...ngok ngeknyala diriku saat itu...smpi skrg menyesal sbb x makan jak...hmmm..usah dikenang benda yg lps...hehehe..
dan befday yg paling menyayat hati bila kali terakhir ayah bersamaku, wkttu aku dah 19 thn...pagi tu merupakan saat terakhir buatku ngan ayah, sejak ayah melangkah keluar dr rmh, ayah dah x kembali lagi...ptgtu kami dikejutkan apabila ayah dimaskkan ke wad pembedahan lelaki...semua ahli keluarga sibuk tentang ayah hingga aku sendiri pun lupa yg hari itu adalah hr jadiku...dan sejak itu 14 feb bg aku hanyala hari biasa, kata kakna yg penting jadikan hari itu sbg hr utk aku muhasabah diri tntg p’jalann hdp yg telah aku lalui...semoga p’jalanan ku seterusnya sentiasa dipelihara Allah...terima kasih buat insan2 yg masih mengingati aku....bg aku sambutan tu x penting, apa yg lebih pntg peristiwa yg b’laku pada tarikh keramattu dan sapa y t’libat ngan hari itu kerana memori itu lebih manis utkku kenang ...ceee....wlpn wkt form 4 tu kami smbt dgn biskut dewan jak, bagiku kenangan itu ckp b’makna bg ku sampai bila2....hehehe...oklah..wa...panjangnya ucapan dasar aku kali ni...
semoga Allah m’berkati hidup kita semua....
Langgan:
Catatan (Atom)