Rabu, 3 Mac 2010

coretan seni 1..

kini ku seakan temui satu kekuatan dan cahaya untuk aku berdiri...tidak perlu lagi leka dengan angan kosong yang hanya menjanjikan kekosongan yang negatif..aku perlu membina angan2 padu yang menjanjikan positif berisi...kepedihan itu mengajar kita sesuatu,...merancang untuk berjaya dan bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan sama ada baik atau buruk...kita tidak semestinya hanya menyiapkan diri untuk menyambut kejayaan, kita juga perlu bersedia untuk menahan diri tika kita tergelincir daripada sasaran...

apa2 keputusan kita tidak boleh leka dan lalai..lalaimu sewaktu berjaya akan membuatkan diri berada dalam keadaaan selesa yang membuatkan kita sentiasa inginkan yang terindah dan termudah, dan bila sekali angin kejatuhan bertiup, kau akan mula menyesali dan dibimbangi akan terus menyesali...lekamu dalam jatuh pulak akan menyebabkan kau mula membina penjara untuk diri mu sendri dari hari ke sehari..kau leka meratapi tanpa berusaha untuk bergerak walaupun hanya merangkak..maka terjelepuk la kau di sana tanpa sebarang cahaya..

apa salahnya kita sentiasa membina walau sudah berjaya, apa salahnya kita memimpin mereka untuk bersama dengan kita...kau x kan rugi walau sezarah habuk dijalanan..ungkapan, buat apa?buang masa?buang tenaga....adalah sikap nafsimu yang semakin mewarnai hati, dan tanpa disedari kau jauh bersama kejayaan namun hilang kegembiraan...fitrah manusiawi kau kerat habis..berjalanlah kau bersendirian dengan kekosongan.....

dan bagi yang pernah terjatuh,(akula tu..hehehe)..bergeraklah sehari demi sehari walaupun hanya sejari..kita lenguh bila merangkak, kita tercugap2 bila berjalan selangkah demi selangkah, namun kita girang bila mampu berlari dengan kepuasan...dari sekecil2 p'gerakan kita menemui selaju2 langkahan, alangkah indah masa di saat2 kita berusaha...banyak pengalaman yang dikutip, banyak perasaan yang terpamer...dan banyak jiwa yang kita temui untuk mengutip walau secubit ilmu...

oleh itu, jangan pernah menyerah sebelum berusaha...walau jatuh bagaimana sekalipun, cubalah mencari pintu lain yang telah terbuka buat kita...namun ia memerlukan usaha bukan sekadr harapan semata2...

mot-sal...

Tiada ulasan: