Isnin, 8 Mac 2010

jangan jadi hakim x bertauliah..

cerita ni adalah peristiwa yg berlaku waktu aku berada dlm tingkatan 4...

dulu aku merupakan seorang yang terlalu 'berhati-hati'...sebelum aku membalas kata2 seorang, aku akan terlebih dahulu 'scan' org itu keseluruhan..aku tidak takut ngan p'sekitaran, aku boleh b'jalan di tempat yang baru aku kenali seorang diri...tapi perkara yang paling menakutkan aku ialah manusia...ya, manusia...aku takut bila org yg x dikenali memandangku, tersenyum, menegurku dan lain2...ntahla, apa perkara yg membuatkan aku takut hendak m'buat sebarang hubungan dgn manusia yg x aku kenali waktu itu...walau pun begitu aku lebih suka hidup berdikari, suka melakukan sesuatu sorg diri...bila aku berhadapan dgn situasi sebegini muka aku akan bertukar menjadi blur2...dan abg akulah p'kritik utama bila wajah aku bertukar sebegitu..abg aku kata, muka org yg x tahu apa2...muka pelik yg x reaksi...ermmm...(aku ni merupakan bahan kutukan utama abg aku..)

sehinggalah satu peristiwa berlaku ktika aku berseorgan menaiki bus utk balik ke asrama...keadaan waktu itu amat sesak, ramai bdk2 sekolah yg hendak balik ke destinasi msg2...nasiblah aku antara yg terawal naik bus, dptlah aku tmpat duduk di sebelah tingkap..byk juga org yg b'diri waktutu..tiba di satu destinasi, seorg mat rock menaiki bus, dgn rambut yg x terurus,baju yg koyak rabak...t’detik di hatiku, apesal org ni serabut sgt, ntah dari ceruk mana la dia ni keluar,hu...samseng jalanan...semua org menumpukan perhatian pdnya...dia duduk selang beberapa kerusi dr aku..tiada sapa yg menegurnya dan aku pun x taulah mamat tu terus tidur ke apa..dia hanya diam membelek2 gelang tangannya...

selang beberapa puluh minit kemudian, aku berdiri untuk menekan loceng bus...puas ku tekan2 namun tiada satu bunyi pun yg kedengaran...beberapa mata penumpang bus melihat ku yg mula kalut menekan beberapa loceng yg berhampiran, namun semuanya hampa belaka..aku rasa mcm nak menangis waktu itu, kenapa tiada sorg pun yg nak membantu aku menekan loceng...tiba2 mamat rock yg duduk agak jauh dariku itu mengangkat mukanya, mamat tu bingkas bangun dan mencari beberapa loceng untuk di tekan...trettttt...bus berhenti...aku masih berdiri melihat org yg telah menolongku ...aku hanya mampu tersenyum dan mengangkat barg2 ku..

aku merenung bus yg sdh berlalu meninggalkanku...aku x sempat nak ucap terima ksih padanya, aku x sempat nak minta maaf kerana sikapku yg terburu2 melebelnya walaupun cuma dlm hati...maafkan aku wahai hamba Allah...aku x tahu kenapa aku rasa sgt bersalah dan terhutang budi dengannya......apa yang harus aku buat, sbb aku x mengenalinya walau sebutir habuk tentangnya....sbnrnya ada yg sesuatu perkara yg dia tinggalkan buatku, jgn terlalu cepat menilai luaran org...walaupun seburuk mana kita saksikan sesuatu perkara, ia belum tentu menjamin yg dia memang buruk keseluruhan...boleh jd dia menjadi lebih baik dr kita...Wallahualam...

setiap kali aku ingat peristiwa ini, aku akan muhasabah balik diriku...jgn cepat menilai org tanpa periksa..jgn suka menuduh dan jgn cepat salah sangka....aku sentiasa berdoa buatnya agar Allah membuka hatinya untuk berubah dan memasukkannya kedalam syurga...kerna hanya itulah yg terdaya aku lakukan sebagai tanda terima kasihku buatnya....semoga Allah sentiasa memeliharanya...

mot sal..

Tiada ulasan: