Khamis, 31 Januari 2013

Trilogi cinta

Novel hasil tulisan Sharifahh Abu Salem ni memang buat aku berada dalam khayalan. Ada 3 novel semuanya Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Waktu zaman sekolah menengah (waktu tu 2004 aku tingkatan empat) dulu memang aku minat gila la dengan novel tu..ceritanya begini...

Aku terjumpa sebuah novel yang hampir terbelah dua di lantai bilikku...cover dia pun ntah lagi berapa inci mau tercabut.. aku yang tengah boring pun ambil la novel tu, ntah siapala gerangan yang menyeludupnya ke bilik. Baca punya baca..aku jadi sangat excited mau tau kisah seterusnya...dengan gaya penulisannya yang matang dan teratur..gaya bahasa pun ok...memang buat aku betul-betul dalam dunia novel Sharifah Abu Salem ni. Habis baca aku dapat tangkap yang novel tersebut merupakan sambungan kepada novel Tak Seindah Mimpi. Aku dengan penuh semangatnya pegilah mencari siapakah gerangan warga asrama yang ada memiliki novel tersebut. Sebulan kemudian aku pun dapat la novel tu. Memang gembira tahap gaban la aku rasa..dan tahun 2005 muncul pula sambungannya Tiada Lagi Mimpi yang buat aku rasa macam mau gila sebab gembira sekejap...betapa minatnya aku dengan novel ni sampai aku selotip elok-elok, simpan tepi bantal walaupun sudah hampir tercabutan muka suratnya..setiap kali sebelum tidur aku baca beberapa muka surat...entah berapa kali aku baca buku tu...tapi entah macam mana buku tu hilang...novel pertama dengan ketiga pula milik orang yang dipinjam sahaja...(mood sedih)

Dan di tahun 2013 ni, bila sudah kerja adalah duit sikit kan...waktu jalan-jalan di Centre Point, aku pun masuk kedai buku Popular...dari jauh aku dah nampak...mataku sudah tidak nampak buku-buku lain yang lebih berwarna warni. Aku hanya melihat 3 novel yan disusun bergandingan ini sahaja...waaaa....aku pun berlari dan terus mencapai ketiga-tiga novel...Walaupun aku sudah pernah membacanya  7 tahun yang lalu, tapi aku mau baca lagi...hehe

Apa yang bestnya dengan novel ni??
Fisrt-aku suka dengan gaya penulisannya...matang..
kedua- jalan cerita yang disusun rapi, dan teratur...menepati keadaan semasa hidup disekeliling kita, tidaklah jalan cerita yang tidak masuk akal...entah kemana-mana jalan ceritanya.
ketiga-Watak Razif, hero utama....sampaikan aku terfikir ada ka lagi insan seperti Razif ni di dunia nyata...buat aku jatuh cinta beribu-ribu kali...hehe..
Last- aku suka semua watak yang ada dalam novel tu....
dan aku suka semua tentang ketiga-tiga novel tu.

#kini, novel ni telah didramakan oleh Suhan Movies & Drama bertajuk Trilogi Cinta yang ditayangkan d TV 1...






1 ulasan:

aisyah fashadeland berkata...

salam . hai blogger cute . saya follow sambil singgah blog awak . follow me back?