Rabu, 1 April 2009

Erti sayang..



Waktu sekolah rendah dulu memang aku agak tomboi sikit sebab asyik berkepit dgn A.Udin aku,lepastu aku memang rapat dengan ayah.Kebanyakkan masaku dihabiskan bersama abg udin ataupun ayah.Masuk tahun 5 aku lebih rapat pula dgn 2 org kakak aku,sebab waktu ni aku dah ada seorang adik yg sepuluh tahun muda dr aku,satu2 nya adik yg aku sayang,tak boleh lagi nak manja lebih2.Satu hari dalam aku tahun 6,waktu balik dari main bola di rumah nenek ,k.na asyik tengok jak aku sambil mengunyah goreng pisang.Dalam hati mesti k.na nak marah sebab baru tadi abg kedua tegur pakaian aku dgn seluar yg sampai betis dan baju t-shirt yg sdh kusam,tanpa tudung.

Aku pelik juga dgn abang aku,takkan nak main bola pun kena pakai tudung,biasalah budak tomboi.Sedangkan ayah dan mak tak kata apa2 pun.k.na lagi pelik,nak jemur kain pun nak pakai tudung.pelik2.K.na panggil aku utk minum ptg..tengah2 melantak goreng pisang dgn lahapnya,aku bg soalan bonus dgn k.na,kenapa k.na paki tudung?klu jln2 kat bandar atau kenduri aku tak pelikla ni asal keluar rumah pakai tudung..konfius aku..

K.na pun memulakan intronya tentang aurat perempuan,perempuan yg x menutup aurat akan di gantung rambutnya di akhirat sampai otaknya menggelegak..air nescafe yg aku minum bagai tersangkut di kerongkong ditambah lagi dgn goreng pisang yg aku sumbat kat mulut byk2 tadi.lepastu k.na tanya,"kau sayang ayah tak"...Ish mestilah aku saaaaayang.K.na pun menambah,kalau kita(perempuan) bt benda tak baik,yg Allah larang..kita akan tarikh 4 org lelaki masuk neraka.Aku jd muskil,kenapa pula main tarik2,bukan yg buat individuke???K.na pun terangkan..lebih kurang mcm ni la...

LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA
* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Aku diam merenung juadah di depan..lama kemudian aku berlalu ke bilik mandi utk membersihkan diri sbb mlm ni aku nak ikut ayah ke masjid..tiba2 air mataku mengalir...kesian ayah,Ayah buat semua yg Allah suruh,dan suka hati jak aku tarik dia masuk neraka,nanti ayah kena pukul,padahal ayah tak buat apa...abang-abang aku pun sama...

sejak haritu aku dah mula pakai tudung wlau takla sesempurna mana..klu kwn2 tanya..aku cakapla,aku sayang ayah dan abang aku....memang tak menjawab soalan,hanya aku yg tahu jwpn tersendiri..semua org boleh kata syang dgn ayah dan abang dgn penuh kesungguhan,tapi adakah kita membuktikannya??

so,tolong ingatkan aku tika lupa dan jauh dari jalan kebenaran...Sayang Allah taati perintahnya,sayang keluarga bantu ia ke syurga bukan tempahkan dia neraka..Moga diri terus istiqamah..ingat!!!tegurla aku jika aku lupa...sbb ku hanya insan biasa...chee..

2 ulasan:

kaunselorkite berkata...

aku tanye sekali lagi nie...
boleh tak aku nak copy ko punye buletin nie...
sila bagi respon yang segera....

k.sal berkata...

bolehlah...tp ni cerita hdp aku..kau kena belanja akula..