Selasa, 17 Februari 2009

Lelaki itu..



Masa dan waktu ini aku nak cerita lelaki pertama yang muncul dalam hidupku,lelaki yang menerimaku seadanya tanpa sebarang keluhan..lelaki yang amat aku cintai dulu,sekarang,hingga selama-lamanya walaupun ia telah pergi meninggalkanku,aku tetap setia menunggu,kerana kami sama-sama tahu masa itu akan tiba juga.waktu dia pergi meninggalkan aku,aku kecewa tidak terkata,menangis,menjauhkan diri daripada orang lain,termenung…memang aku frust gila waktutu

Apa yang menyebabkan aku begitu frust sekali?..
Lelaki ini terlalu baik bagiku,sejak aku mengenalinya aku telah meletakkan dia ditangga teratas(selepas Allah dan Rasullah).Aku suka pada senyumannya yang akan terukir manis walaupun aku suka buat hal..dia sentiasa sabar melayan karenahku..dan akan menegur setiap kesalahanku dengan penuh berhikmah...kadang-kadangtu merajuk juga kalau dia tegur aku..tapi sekejap jak.... sebab aku tahu itu semua untuk kebaikanku juga.Kehadirannya dalam hidupku cukup membuatkanku gembira..kalau nak jalan-jalan dengan dia semuanya free,ikhlas tanpa songeh...dia tahu apa yang aku suka...apalagi melantaklah..dia akan bawa aku ke mana-mana restoran yang aku nak..


Tapi akhirnya perpisahan terjadi antara aku dan dia,bukan kerana rasa sayang yang telah hilang...tapi masa telah tiba untuk sebuah perpisahan yang perlu aku terima kerana Allah telah berpesan setiap yang hidup itu pasti akan mati...akhirnya ayah meninggalkan aku setelah 19 tahun hidup bersamaku....setelah 19 tahun dia menjagaku dengan penuh kasih sayang dan susah payah tanpa dapat aku membalas walau sesuap nasi...aku betul-betul kecewa,aku rindukannya...jika anda masih mempunyai seorang ayah mungkin pemergiannya amat sukar untuk dibayangkan apatah lagi untuk diterima,tapi inilah yang perlu aku lalui..inilah kehidupan,tanpa kehilangan kita takkan tahu yang dia cukup berharga bagi kita dan takkan sedar semua yang kita ada hanya pinjaman semata-mata hanya Allah yang kekal abadi...

Tapi adakah dengan hidup selamanya dengan kita,dia akan rasa gembira?Rasa bahagia dan kita takkan melukakannya?Pada waktu dia meninggalkan aku seorang insan ada berpesan denganku..selama ni ayah bertungkus lumus memebesar dan menyekolahkan aku,pelbagai keperitan dan kesusahan yang dia tempuhi hingga adakalanya melukakan fizikal dan rohaninya...selepas itu aku terfikir sejenak hikmah disebalik kesedihan yang aku alami..biarlah ayah ’berehat’ seketika,kini jika betul aku menyayanginya aku perlu lebih banyak menghantar bungkusan putih kepadanya bukan bungkusan hitam yang penuh dengan dosa yang aku lakukan.

Terutama sebagai wanita,sanggupkah anda menarik ayah yang dulunya kita lihat sembahyang lima waktu,menunaikan perintah Allah dan memberikan contoh teladan yang baik ke neraka hanya kerana dosa yang kita lakukan..setiap dosa yang kita lakukan ibarat memalit lumpur ke wajah ayah kita yang kononnya amat kita cintai...fikirkanlah!!!



Isnin, 16 Februari 2009

Tika kau bersedih dua

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."-Surah Al-Imran ayat 200" Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan mmberikan syurga utk mereka... ...-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku ertawakkal."-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!! "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiadaberputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."-Surah Yusuf ayat 12

Tika kau bersedih satu

Adakalanya....
Hari yang panas dan ceria
Bertukar mendung seketika
Mentari merangkak pergi
Gumpalan awan bertandang sisi
Hati gundah
Tercari-carike
Mana perginya mentari yang dinanti

Begitulah hidup...
Di saat kau selesa dengan kehidupan
tiba-tiba kau diuji dengan kehilangan
kehilangan nikmat hartakehilangan nikmat ilmu
kehilangan nikmat rakan dan keluarga
dan kau meratapinya....

Bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu...
Yang menciptakan segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu
kerna...masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tak tahu derita hidupmu...
retaknya hatimu
sengsaranya sukmamu
Mungkin itulah yang Dia mahukan
kerna Dia tahuHati yang sebeginilah
selalunya lebih lunak dan mudah untuk
DEKAT dan AKRAB dengan-Nya

Saat hujan turun membasahi hatimu
kau menangis kerna
merasa beratnya ujian tidak tergalas

~SenYumLaH~kerna
Allah mendatangkan kepadamu pelangi nan indah
selapas hujan sirna kelamnya

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'(Al-Baqarah:284)

Tolong ingatkan aku...

Tolong ingatkan aku
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan

Tolong ingatkan aku
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan

Tolong ingatkan aku
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan aku
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh Hindustan

Tolong ingatkan aku
Di mana Islamnya zahirku
jika aurat didedahkan disingkat, diketat dan dijarangkan (untuk muslimah jer)

Tolong ingatkan aku
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan aku
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan

Tolong ingatkan aku
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sanamenjadi bekalan

Tolong ingatkan aku
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan

Tolong ingatkan aku
walaupun aku masih ingat
tak semestinya aku ingat semua
Wahai tuhan yaRobbul alamin.....
ampuni dosaku insan yang kerdil ini...
Kerana tidak sempurna seperti Kekasihmu.... Muhamad S.A.W
Kerana aku insan biasa yang sering Lupa Pada mu.......

Sejenak kenduri perkahwinan Abang Man





















Gambar1:Abang Man and k.Pijan
Gambar 2:Gambar keluarga aku and orang kampung..meriahh
Gambar 3:Makan bersama ahli kerabat..biasanya makan guna dulang tp x ckp ..jd kami pun makan memanjangla...macik,sepupu,pacik semua join sekali...memang meriah..tambah lg lawak yg macik2 aku buat,mcm tak t'suap nasi kat mulut aku
Gambar 4:Kesibukan sepupu n macik aku prepare makanan utk mlm..

Gambar 5:Best kerja ramai2...mcm tak terasa penatnya...tp lepas je kenduri...terlentang mcm nangka busuk...
Gambar 6:Hehe...
Gambar 7:Gambar aku,K.na n K.cya..dah sejam mkn,tak pandai siap2,semua sbk nak bersembang
Semoga Allah merahmati keluargaku yg tersayang











Hehe...sajak ciptaanku..

Tika hati berbisik

Gemersik Merisik

Hati berdetik

Akal jadi statik

Mencari insight

Dalam kepayahan mengharap taufik



Apakah ini ujian

Ataupun dugaan

Mahupun sapaan

Dalam kekosongan

Mencari pengisian



Lemas menipis

Usaha tergilis

Dada jadi sempit

Hilang kudrat datang perit

Kerana hati kini tersepit



Tuhan tunjukkan jalan

Agar aku bisa bernafas

Merungkai kekusutan

Menggapai haluan

Biar bebas tanpa sesalan

Ku sedia terima jawapan

Asal bukan tamparan

Yang menanti di masa depan

Akibat silap percaturan...



Isnin,25 Jan 09

Ahad, 15 Februari 2009

Di sebalik tabir kehidupan...


Inilah insan-insan yang berada di sampingku...memberi inspirasi untukku supaya tidak terus jatuh dalam menghadapi ujian hidup.Jom intai siapakah insan bertuah itu...chee

Sabtu, 14 Februari 2009

Percubaan...

Assalammualaikum....jeng..jeng....jeng..
Alhamdulillah...hui penat juga buat blog ni...naik lenguh tangan aku tekan,tekan,tekan...
Buat blog sebagai hadiah ulang tahun ke-21,ok juga.Hari ni hari jadi aku yang ke-21,orang cakap aku makin tua tak bolehlah nak buat perangai macam budak-budak lagi...komen aku pula...semakin tua semakin cantik...hehe..walaupun ia hanya sekadar ilusi,takpelah sekali-sekala puji diri sendiri.
Kenapa pula buat blog?Hmmmm....entahlah kenapa tiba-tiba aku buang tebiat nak buat blog,yang pastinya setiap hari baca blog orang,aku rasa macam best sangat dapat kongsi pelbagai ilmu dan pengalaman...ditambah lagi dengan orang rumah aku(Ruby) yang selalu bagi jeles aku yang dia ada blog...memang tak patut.Tak boleh2x,niat kena betul...Begini ceritanya..
Haritu waktu cuti Tahun Baru Cina aku ada ikut satu program keagamaan yang dianjurkan oleh MARSIS(Markas siswa siswi islam Sabah dan Sarawak),dalam salah satu slot yg di buat,seorang ustaz tu ada cakap,salah satu tugas kita dalam islam ialah berdakwah...dakwah?adakah dakwah itu sesuatu yg extreme?oh tidak semestinya wahai manusia..berdakwahlah dengan penuh berhemat...jadikanlah segala keistemewaan yang kita temui dengan penuh kreatif...bukannya aku nak kata yg aku ni kreatif pula.Oleh kerana aku suka pada bahan yg bercorak tulisan,jadi biarlah blog ini menjadi wadah dalam dakwah yang taklah sehebat mana dengan harapan ia menjadi seputih perjuangan sebelumku menutup mata...chee..dramatis sungguh.
Sebelum aku sign out utk sesi pertama ni,sekali lagi dipanjatkan syukur pada TUHAN SEKALIAN ALAM,TUHAN YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG kerana ruang waktu dan segala keupayaan yang aku guna utk buat blog ni adalah milik ALLAH S.W.T.Moga diberkati...
sesi percubaan selesai...