Sabtu, 17 Disember 2011

Beginila caraku



Degilka aku bila aku tidak berubah, hidup sederhana dengan cara ku, cara yang membuatku sentiasa bahagia dengan insan-insan yang ku sayangi...ada sempadan, jaga itu dan ini....namun istilah mereka tak sporting, tak rock....

degilka aku tanpa mahu mengikuti arus fesyen semasa...kerana inila pakaian yang membuatku selamat dibawah redhaNYA, bukan ku tidak tahu bukan ku tidak mahu ikut caramu, tapi ku risau bukan sahaja orang memandangku terbelit malah seluruh jiwa ragaku akan terikat dan tersimpul kaku, kerana kerisauan yang tidak perlu difikir kini menguasai setiap detik langkah...risau terpandang kejelikan, tapi hakikatnya mengubah kecantikan yang diinginiNYA...biar ala kadar, selesa, kemas, bersih dan sederhana...namun istilah mereka orang kampung, skema,fesyen purba kalah dan tak hot....memang pun aku tak mengejar 'hot' mu..sejuk di mata kini bertukar berapi di mata...hurmmmm...

ini adalah caraku, ini adalah aku, dan ini hidupku...bukan ku tak menerima pandangan, kritikan, teguran dan nasihatmu...tapi pandangan Allah itu dahulu yang perlu diutamakan....ok....


*bukan ditujukan kepada insan-insan tetentu, hanya sekadar memberi tahu...hehehe...

Isnin, 12 Disember 2011

Oh bulan



Bulan..
Dulu sering kali ku berbicara denganmu...
Yang jauh digapai namun dekat di pandang...
Hebatnya Allah yang menciptamu...
Walau hanya memandang namun sudah mampu memberi ketenangan...

Bulan...
Faham ka engkau butir bicaraku...
Yang penuh dengan cerita tanpa arah...
Namun ku rasa engkau tersenyum mendengar repekan sang pengadu sepertiku...
Seakan-akan mengerti cerita yang bukan sahaja di bibir, tapi di hati...

Bulan, bulan oh bulan...
Andainya kau seekor kucing akan ku bawa kau bermain...
Andainya kau baju akan ku pakai dan ku letak elok dalam tempatmu...
dan andainya kau sahabat, akan ku sayang dan jaga mu seprti diriku..
yang akan ku marah-marah sayang sebab kasihku...

Namun si bulan itu bukan kucing, pakaian dan sahabat bagiku...
bukan si kucing untuk bermain, tapi pendengar setia...yang adakalanya ada, dan adakalanya tiada, supaya aku tidak selalu bergantung padamu, dan mampu mencari jalanku sendiri...

bukan juga sehelai baju yang sesuka hati untuk ku pakai dan campak...
tapi dialah pakaian malam...menerangi perjalanan sebuah kembara gelap, ketika matahari yang lebih besar beredar meninggalkan ku...yang ada kalanya ada, adakalanya tiada...supaya aku tahu akan pentingnya cahaya dalam kegelapan walau hanya sekelumit cuma....supaya aku tidak mensia-siakan cahaya yang ada walaupun hanya sedikit dan hampir terpadam.....

dan kau juga bukan sahabat...tapi teman setia merangkap penasihat...yang menunjukkanku akan kekuasaan YANG ESA, Allahhu Rabbi...ciptaan Allah yang terindah buat semester alam....mengingatkan ku, betapa hebatnya ciptaan Allah... Nikmat mana lagi yang engkau dustakan ? Nikmat mana lagi yang engkau dustakan ? Nikmat mana lagi yang engkau dustakan ?...Ya Allah bimbinglah aku menujumu dengan nikmat yang telah kau berikan....


mot sal...

Jumaat, 9 Disember 2011

Merajuk

Hu...lama tidak merajuk dengan family, dulu asal merajuk aku akan lari dari rumah.....sama ada pegi hutan belakang rumah ataupun lari ke rumah my nenek. Peritiwa paling besar waktu kecil-kecil dulu, aku lari ke rumah nenek selepas mak marah sebab tak basuh pinggan. lepas sahaja mak bagi ceramah 1 kitab aku pun memasukkan baju-bajuanku ke dalam kotak megi dan keluar daripada rumah dengan penuh tangisan...ceee....malamnya, bapa datang ke rumah nenek untuk ambil aku, bapa aku yang sentiasa tenang itu hanya tersenyum....hmmm...anaknya yang paling degil lari rumah..

Masuk sekolah menengah, kalau merajuk aku dah tak lari dari rumah, tapi lari menangis di bilik ataupun lari ke kebun bersama kucing-kucing kesayangan....dan sekarang???? hehehe...memang aku jarang merajuk, dan aku paling tak suka dipujuk...dan rupanya perangai buruk itu masih kekal. Kali ni aku merajuk dengan penuh tragik, waktu tengah makan tengah hari, air mata aku tiba-tiba begenang kerana rasa nak mengamuk yang tertahan...aku pun berdiri dan terus berlari ke bilik air di sebelah bilik, sebelum tu aku sempat mengucapkan sepatah dua kata...."aku tak mahu makannnnnn"...

Lepas basuh tangan aku terus masuk ke bilik dan menangis sepenuh hati di belakang pintu, dulu pernah juga menangis di belakang almari....heeeee...tidak lama kemudian kakak sulung datang memujuk, aku hanya diam sambil menangis, lepastu mak pula datang memujuk...aku diam lagi..lepas ja mak beredar, aku terus mengiron baju dan mengemas baju-baju ku...malahan semua baju dalam bilik aku kumpul dan aku simpan, ibarat orang yang nak pindah rumah.....mak memerhati dari jauh...

"lepasni, 2 atau 3 tahun baru sy balik sabah...biarlah sy kerja basuh pinggan ja di sana...saya tidak mau balikkkkk..." lepas dah puas menangis, aku tertidur beberapa minit...bangun-bangun, kakak aku yang baru beberapa hari kawen terlena di sisiku dengan bantal busuknya....dia la yang selalu memujukku ketika merajuk....lepas bangun tu, barula aku ok....siap main kejar-kejar dengan anak buah kesayangan, aku pun sambung balik makan tengah hari yg tergendala tadi.....bila dah sampai kat bumi semenanjung ni barulah aku sedar betapa hodohnya perangaiku bila merajuk....hehehe....

Jumaat, 30 September 2011

Jauh

Jauh yang menyakitkan
Jauh yang mendukacitakan
Dan jauh yang membinasakn..

Jatuh bergolek terhentak ke ruang gelap
Terpaku lama mencari sebab
Hati dan akal yang berfungsi lembab
Kerana jiwa yang hilang khudrat

Mencari jalan pulang
Cahaya yang sentiasa marak dan tetap
Menantimu yang penuh berkeringat
Memanjat gaung hidup
merangkak merentas deras
Menerobos hijab kabus yang menyekat
Usahamu harus giat
Kerana hasilnya bukan yang dilihat
Melainkan juang kendiri membentuk insan hakiki
yang patuh pada Ilahi..

Khamis, 29 September 2011

Itu adalah perasaan



Ruang sentiasa tersekat,
Hanya nafas yg terlepas,
Terpendam jauh tersemat,
Hanya menunggu saat,
Memuntahkan beban yang berat,
Biar bersepah tanpa suara,
Kerana ia mampu dicerca oleh firasat,
Setelah dipaksa ambil tanpa rela,
Dan terhukum tanpa nota,
Hanya mata dan akal yang menadah,
Mohon diertikan dan diberi arah,
Namun hanya bisunya yang menyerap,
Dan rajuknya yang menyapa...
Kali ini kita pandang dan lihat,
Kuasa yang terlipat,
Akibat tertahan sekian dekad....

Selasa, 13 September 2011

Perjalanan semester akhir

Semester 8 bermula....flight dari Sandakan ke KLIA 10.09.2011, pada pukul 8.45 malam. Namun kapal terbang meninggalkan bumi sandakan lewat 20 minit. Penerbangan pertamaku balik ke semenanjung menaiki Fire fly, not bad la...suasana hampir sama dengan Air Asia...duduk di bahagian paling belakang seat 31F..kali ni ok sikit, sebelah tingkap, boleh nampak awan dan berangan berlari-lari di awan...hehe.. N first time landing di KLIA.....macam manala keadaannya. Awal2 lagi sudah kena marah dengan abang bangla sebab salah ambil troli..

"Apalah...dari tadi saya panggil oi..oi...oi..tara dengar"..tuturnya sambil merampas troli dari tanganku.. Ee..pak cik bangla ni, manala aku tau dia panggil aku...orang first time bertandang ke KLIA ni. Aku sempat terpingah, so...barang aku nak letak mana nanti..berattttt...15 kilo total semua barang... rupanya kena berjalan pula beberapa langkah ke kawasan meletakkan troli...ermmm...rumit sungguh.

selepas tu.............
Menanti barang yang terpisah dengan ku hampir 3 jam, apalah nasib c barang tersebut...ha...itu dia barang yang ditunggu, beg balik kampung warna merah, dan beg karung satu...opsss...beg aku terkoyak, tadi soal selamat ka tidak, dengan muka malu2nya, pihak kaunter kata ok, siap letak tanda fragile lagi...ni apa kes ni, belum tengok kuih raya dalam beg tu, mesti macam cekodok dah...aku pun ambil sticker fragile tadi dan tampalla kawasan-kawasan yang terkoyak, sepanjang menaiki air asia takla sampai jadi macam ni...ermm..tengah-tengah sibuk melekat sticker fragile tu, kakak disebelah mencuit bahuku...tengok tu...

ermmm...sampai hati diorang buat macam tu, barangan dalam ada 3 helai tersadai di tempat pengambilan barang..warna pink, hijau, n blue. Ni mesti kes beg koyak. mesti orang tu tak ambil dah..malu la... aku pun bergerak la ke tingkat 5 tempat bestfriend and my cousin menanti.. kesian...sampai terlena-lena di kerusi..:)

Pukul 2.30 pagi..
Kami bertolak ke rumah my cousin, yang aku ingat Damansara ja...sampai-sampai terus cari bantal...mengantukkknya... dah pukul 4 rupanya...dia ajak makan pun aku dah tak kisah..."Nanti aku makan waktu sarapan nanti"...andddd.....zzzzzzzzzzz... Aku menumpang kasih selama 2 hari dirumahnya, serve yang memuaskan..baju dia basuhkan, makan dia masakkan...aku??? goyang kaki ja tengok astro...hehe.. Hari ahadnya....selepas hantar my bestfriend Cik Rosita di pudu raya, kami bershopping mata di Masjid Jamek..hampir pukul 5 petang barulah bertolak balik ke rumah..letih, tapi best dapat luangkan masa dengan my cousin yang telah lama tidak bersama..

Isnin..
Setelah my cousin memujuk supaya aku tinggal lagi sehari, aku pun mengambil keputusan untuk balik petang isnin, maksudnya aku dah terponteng 2 kelas...dan dia pun turut sama ponteng kelas sebab nak hantar aku balik ke UPSI. Bertolak dari Damansara tepat pukul 6, dan yang paling bertuahnya, en pemandu bus turunkan kami sebatu daripada pudu raya. Kami yang masih kurang arif ni pun, terpaksala mengusung barang yang berkilo-kilo...ai pak cik bus ni..sampai pudu terus beli tiket ke Tanjung Malim...dan terpisah la aku dengan my cousin yg sungguh baik hati..

Isnin, 5 September 2011

En Polisi

Malam aku tiba di rumah yang terletak di kampung tercinta ku Kinabatangan ini, berlaku suatu perisiwa yang tidak disangka. Setelah penat dalam perjalanan balik raya bermula awal pagi, aku pun terus la melelapkan mata bersama kak Siah...Tiba-tiba..cee..mak aku menjerit yang biliknya telah diceroboh oleh pencuri dan beg tangannya telah lesap , yang tinggal hanyalah tapak kaki yang bertanah dan juga cap tangannya di dinding bilik mak aku. Kami pun berlarila mendapatkan mak, mak sudah menangis tersedu-sedu, sambil memandang tingkap biliknya yang terbuka luas...

Dengan konfidentnya aku pun berkata..."semua ke tepi, tapak kaki dengan cap jari ni boleh dijadikan bukti..jangan sentuh. Esok pagi kita ke balai untuk buat laporan"...dan semuanya melopong sambil mengangguk kepala tanda bersetuju dengan cadanganku.

Dan keesokannya...setelah membuat laporan.."ni nama inspektor sahab tu,bersama nombor telefonnya, cik boleh call jika tak sempat berurusan dengannya" kata cik kak yang mendengar aduan dan tangisan mak aku.."terima kasih cik"..balas kakak aku pula...dan bermula sesi menjejak en polis tersebut, dari pejabat ke telefon...hanya suaranya yg merdu yang kedengaran..namun sehingga saat dan detik ini setelah hampir dua minggu membuat laporan polis bayangnya tetap tidak kelihatan....ke manaka en polis tersebut?....

ermmm....mak aku yang sudah seminggu menumpang di bilikku pun mula mengeluarkan sepatah dua kata..."hai hari ni sudah masuk seminggu janji en polis tersebut..bayang2 polis pun tiada yang datang ni...kata, nanti2 saya datang....kalau macam ni pencuri tu senang lenang la....apa ni..takkan buat aduan rakyat dulu baru nak datang??? kalau sudah 2 minggu, nak kesan apa lagi.."

ermmmmm.....en polis, en polis....

Isnin, 8 Ogos 2011

Ikan jeruk orang Sungai Kinabatangan

Bahan-Bahan:
Beras 4 gelas (dimasak macam biasa)
Ikan air tawar bersisik atau tidak 5 kilogram
Garam 400gm

Cara:
1. Bersihkan ikan dan potong kecil-kecil
2. Toskan air hingga tiada air menitis.
3. Campurkan garam dan nasi yang sudah dimasak.
4. Simpan dalam bekas kedap udara.
5. Biarkan selama 2 hingga 3 minggu.
6. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
7. Boleh makan dengan sambal lada dan daun bawang kampung.

Cadangan Hidangan:
1. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
2. Boleh makan dengan sambal lada dan daun bawang kampung.

Tambahan:
Ini adalah makanan tradisional yang paling digemari oleh orang Sungai di Kinabatangan Sabah, kalau tidak ada jeruk ini, sesuatu majlis di kampung itu macam tiada yang istimewa.

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan kini dan dulu



Ramadhan dulu

agenda utama
1. main kejar-kejar (rakaat pertama dan kedua, kena khusyuk, tunjuk muka baik..lepastu senyap-senyap keluar sebab yang lain sedang menunggu untuk main polis pencuri dan hantu-hantu, kali ini lagi mencabar, banyak kereta boleh main sembunyi2 sekali ..waktu witir, cepat-cepat naik sambung solat tadi supaya mak cik2 garang tak membebel)
2. melantak juadah (setelah penat 'bersukan' sebentar tadi)
3. bersembang dan bergelak tawa (bila mak cik2 marah, buat-buat muka insaf atau tak sengaja)
4. sembunyi dalam semak dengan geng yang lain sambil tunggu lori lalu, bila lori dah dekat serbuuuuu...semua melompat!!! menyangkutla mana2 bahagian yang boleh menyangkut kat lori tu...sekali seumur hidup lepastu taubat sebab landing tak clear, jatuh tergolek2 atas jalan tar, habis lutut cedera parah. waktu sujud menangis teresak2, macam orang terlebih khusyuk padahal sakitnyaaa..aaa...Allah ja yang tau.

Tak sangka macam begitu sekali perangai aku waktu kecil2 dulu...bebella sebanyak yang boleh, dah memang jenis degil dan kepala batu. Malam ni insaf esok buat. Pernah sekali, waktu main kejar-kejar, habis kereta jemaah tarawih berbunyi sana sini...dan satu malam giliran kami membalas dendam untuk seorang kawan yang suka sangat bergurau..sewaktu dia membasuh tangan, aku and my cousin telah mengumpul segenggam tulang dan memasukkannya ke dalam gelas mangsa tadi...jeng...jeng..jeng...nasibla tak pengsan akibat tercekik..oo..kejamnya aku waktu tu..

Ramdhan sekarang
Ermm...jauh diperantauan. Teringat memori lama. Masjid At-Taqwah tempat aku membesar dengan warga kampung yang lain, walau nakal sekalipun tempat itu jugala pilihan. Pergi terawih satu family dengan hanya berjalan kaki sambil bersembang2 and main kejar2 ataupun sama-sama mengira and mencari buruj di langit. Ayah kadang-kadang akan bercerita tentang itu dan ini, ataupun tempat ayah dan mak bersembang pasal masalah-masalah yang serius. Kenangan yang sangat best and romantic dengan my family. Dalam Ramadhan itu penuh keberkatan yang tersembunya, cari dan gali la ia...

Selasa, 12 Julai 2011

Cinta...




Cinta,
Aku tak kenal, namun aku rasa,
Tidak terungkap namun masih boleh diterjemah,
Ku mencari ku belajar,
Supaya ilmunya bukan ajaran sesat yang berselirat hujahnya,
Cukup untuk menujuNYA, biar berlebihan keranaNYA,
Asal tidak kurang hanyut terkapai dari arahNYA.

Walau belum ku pasti dan rasa,
walau belum jatuh dan terpaut,
Namun ku cuba perhalusi matlamat dan belajar mengenalnya..
Biar DIA yang membinanya, hanya satu namun utuh menujuNYA,
Biar memberi sebanyaknya,bukan hanya tahu mengharap dan menerima sehingga hilang kudrat..

Cinta,
Menjadi dan bukan hanya tahu mencari,
kerana yang tepat dicari tidak semestinya kekal kalau kita x pernah cuba menjadi..
Ya..menjadi...
menjadi yang terbaik untuk dicinta dan dicintai..keranaNYA..
itula perjalanan pejuang cinta yang haki

Isnin, 20 Jun 2011

Tarbiyah dari Allah

Ya Allah ujian ini terlalu berat bagiku, dulu setiap kali semester baru bermula pasti aku akan terfikir kali ini apa pula ujian yang akan berlaku?? sebab setiap semester pasti akan ada perkara-perkara yang tidak terjangkau dan terfikir yang akan berlaku. 2 semester tanpa duit pinjaman, dan semester ketiga dan keempat duit di masukkan pada hujung semester dan semester 5 adalah ujian paling mencabar bagiku namun Alhamdulillah bersangka baikla denganNYA...dan penyelesaiann masalah juga turut di luar jangkaan, tanpa perlu pergaduhan dan pertelingkahan serta berbunuhan..heeee..

Dan semester ini adalah semester praktikum bagiku, otak nakal sempat juga berfikir di awal aku memulakan tugas sebagai guru praktikum, Kali ni apa pula yang akan berlaku, macam menanti sebuah kejutan pula...and inilah "kejutan' yang berlaku di musim praktikum ni. Ya Allah, semoga ia menjadi pengajaran paling berharga buatku dalam mendekatkan diri pdaMU...aku hampir mengambil keputusan untuk berhenti dan menyambung pengajian semula setelah aku betul2 ok dan mampu melaksanakan tugas dengan baik. Apatah lagi keluarga jauh di sana, hanya kawan2 yang memberi sokongan untuk 'hidup'. proses rawatan masih berjalan dan aku perlu membina keyakinan sepenuhnya pula kepada yang MAHA ESA dan BERKUASA...ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan, aku redha apa-apa yang berlaku, walaupun terpaksa mengulang pengajian ataupun berhenti seketika. Terasa susah rasanya apabila terpaksa berlakon dihadapan semua orang yang aku 'normal' seperti biasa, hakikatnya....aku berperang dengan situasi.

Ini adalah perjuanganku, kata kakak aku perlu bertahan dan lawan, jangan biar diri lemah dan terlalu cepat mengaku kalah. yang pasti dan pasti sepasti-pastinya....ALLAH itu tetap ada untukku, walaupun aku sudah terlalu jauh kerana 'penyakit' yang tidak diduga ini. Doa dari semuaku harapkan agar mampu bertahan menjadi hamba Allah yang berjaya di dunia dan akhirat...

Jumaat, 22 April 2011

Pengakuan yang ikhlas

sumber : Facebook mutiara hati

Di riwayatkan bahawa pada suatu ketika dizaman Nabi Musa A.S, pada suatu hari baginda berdoa kepada Allah :

"Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku sejahat-jahat manusia dimuka bumi ini"

Baginda kemudiannya mendapat wahyu supaya pergi ke satu jalan dan disitulah orang tersebut akan lalu. Baginda terus kesana dan ketika itu lalulah seorang lelaki tua yang berwajah seperti seorang pengganas.

Nabi Musa berpuashati dan pada keesokkan harinya baginda berdoa lagi:

"Ya Allah, tunjukkan padaku orang yang paling baik dimukabumi ini"

Baginda kemudiannya menerima wahyu lagi supaya pergi ke tempat yang sama seperti yang didatanginya semalam. Alangkah terkejutnya apabila lelaki tua yang sama seperti semalam juga yang lalu dijalan itu tetapi kali ini dengan air muka yang bersih dan redup. Nabi Musa kemudian menegur orang tua itu dan bertanya: Apakah amalan kamu ?

Lelaki itu menjawab: " Aku bukan seorang yang baik dan bukan orang yang kuat beramal."

Nabi Musa bertanya lagi: Baiklah, apakah yang telah kamu lakukan malam tadi?

Lelaki itu menjawab: "..malam tadi aku cuma berbaring diatas bumbung rumahku bersama anakku yang masih kecil sambil merenung bintang dilangit.

Nabi Musa berkata lagi: Kemudian, apa yang kamu lakukan?

Lelaki itu memberitahu: " Anak kecilku bertanya, banyak sungguh bintang dilangit itu wahai ayah, agaknya berapakah jumlah kesemua bintang itu?

dan saya menjawab: "Memang sungguh banyak, tak terkira entah berapa juta jumlahnya, akan tetapi, ketahuilah wahai anakku, WALAU SEBERAPA BANYAK PUN BINTANG YANG BERTABURAN DILANGIT ITU, SESUNGGUHNYA DOSAKU YANG TELAH KULAKUKAN ADALAH LEBIH BANYAK DARI ITU...

Kesimpulannya: Tatkala seseorang hamba mula teringat akan dosanya dan seterusnya mengakui dengan ikhlas akan dosanya, maka tatkala itu Allah telah menganugerahkan keampunan kepada hambaNya. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengampun dan Maha Pengasih dari segala yang pengasih.

Akan tetapi perbuatan menginsafi dosa dan perbuatan salah itu hendaklah diikuti dengan usaha untuk menjauhi diri kita dari mengulangi kembali dan menambahkan pula amalan dan kebaikan didalam kehidupan selepas itu.

Firman Allah:

"Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu, sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-A'raf: 153).

"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-Nisa`: 110).

Kiisah riwayat telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Mustaffa.

Jumaat, 15 April 2011

Cerita aku dan tudung

Ermmm...aku bukannya seorang yang alim ataupun terlalu hebat dalam agama, namun ia menjadi matlamat dan tujuan hidup. Aku lahir bukan dalam keluarga yang islamik mahupun prsekitaran yang mengamalkan cara hidup islam, cuma adat yang dipegang hampir sama dengan cara hidup Islam. Alhamdulillah setelah sekian lama, kampung ku yang nun jauh di dalam Sabah mula berubah corak ke arah yang lebih islam. Aku mula bertudung pun setelah masuk tingkatan 4 dan masih lagi belajar untuk menambah ilmu tentang Islam. Tapi, oleh kerana aku selesa brtudung lebar (besar) maka aku teruskan walaupun perasaan takut orang memandang kita "bagus' tu masih ada. Teruskan apa yang termampu (semoga Allah mmberi ketabahan dan keyakinan bagiku). Ia memberi keselesaan dan perasaan selamat bagiku, jadi cara pakaian Islam itulah yang menjadi 'fesyenku' sebaik sahaja mula mempraktikkan tudung dalam hidup.

Situasi Islam di sabah dan semnanjung adalah situasi yang sangat berbeza, so, kalau ke Sabah...tengok dan fahami dulu sebelum menghakiminya. Orang kata itu bukan alasan, memanglah...tapi perubahan itu juga perlukan masa kan. Bukan senang hendak mengubah masyarakat..bagi peluang untuknya belajar dan memahami dulu dan bukannya memaksa tanpa tahu apa yang dilakukannya dulu. Cuma, kalau yang sudah tahu tu memang patutlah kot ditegur atau diperingatkan.

Aku nak crita pasal dua lelaki yang menegurku bertudung, entahlah cerita lawakka, ataupun pelik...mungkin sebab wajahku yang macam orang cina kot.

kisah satu
tempat: Pudu Raya

Haritu, aku menghantar kakakku di Pudu raya. Tengah2 nak tunggu bus bertolak, seorang brader penjual tiket menghampiriku.

" Hai adik, nak pegi mana" Lelaki itu duduk disebelahku.

" Ermmm...nak ke LCCT" jawabku menjeling kak siah disebelah. Lelaki tu semakin mendekat, matanya memandangku tanpa berkelip. aku memegang tangan kakakku di sebelah. Lelaki ni x betula ka apa...

"Adik asal mana..." Tanyanya lagi. Aduh...aku ni dah lah jujur x bertempat, kalau orang tanya mesti dijawab pula. Kakak memandang ku tajam tanda isyarat jangan jawab ataupun bagi jawapan salah.."dari mane???" Tanyanya lagi

"ee...eee...dari Sabah" Jawabku tersekat-sekat

"ha?????" Lelaki tersebut terkejut beruk dan terus berdiri..aku bingung lagi dengan brader ni. Apahal pula? Takkan dia x kenal Sabah. " Betulke???"..soalnya lagi, aku mengangguk..

"Kenapa?"

"Susah nak percaya di Sabah ada orang yang pakai macam ni"...adui...dari mana la brader ni muncul. Takkan tak tau...aku tersenyum...apalah yang pelik sangat.."kalau sekadar tudung biasa2 tu aku percayalah...ni...betulke kat Sabah ada orang yang pakai macam ni".....

"yelah....banyak orang pakai macam ni. Abang orang islam ke?" aku pula yang menyoal. dia tersengih-sengih sambil menggaru-garu rambutnya yang "ikal"

"A'ah" jawabnya ringkas

"oh...dari mana?"

"Ermmm.....tutttt (nama negeri dirahsiakan).."

"Ohh...kat sana lagi ramai orang islam dan pakai macam ni kan..lagilah senang"

"ermm...a'ah...tapi, tengoklah abang ni.." dia menundukkan wajah.

"saya pun bukannya alim sangat, sy pun masih dalam proses untuk berubah"..

"ermm...adik teruskanlah macam ni...abang pegi dulu ya...ada hal"

terharu dengar abangtu kata macam tu. semoga Allah membuka hatinya dan hatiku untuk sama-sama menuju jalan keredhaanNYA...

C Belang









Kalau ikut dalam kiraan di atas umur c Belang tahun ni dah masuk 54 tahun....aaa...rindu pula dengan c Belang, sdh sebulan dia pergi meninggalkanku. sedih rasa hati...9 tahun dia menemaniku, tempatku berleter, tempatku bermain, marah-marah dan makhluk yang menjadi mangsa buli selepas adik bongsuku..

sepanjang seminggu dia sakit kuat, sepanjang itu juga aku menangis. Entahlah betul atau tidak tindakanku, selepas solat aku tidak lupa untuk berdoa sekali untuknya sebab aku sayang ngan my Belang...aku rasa bersalah tidak dapat menjaganya tika dia sakit kuat. Aku cuma berdoa agar sakitnya diringankan, kesian my Belang kesakitan..mak ngan kakak aku pun tiap hari bagi laporan rasmi tentang c Belang, termasuklah my abang.

mesej pertama
mot c Blang sakit kuat, sudah berapa hari dia x makan..kerjanya baring ja..

mesej kedua (MMS)
ni gambar c Belang yang sakit

mesej ketiga
Mot, C Belang hilang...tadi nampak dia kuar rumah..terus hilang sampai sekarang..(mesej dr abang udin)

Din, tolong ba cari dia...sian dia tu..dahlah sakit...(mesej aku)

ermmm...kucing kalau nak mati memang macam tu, dia akan lari dari rumah, dia lebih suka mati sendiri2 kat hutan..(balas abang Udin)

hissshhh....apalah abang aku ni..

malamnya mak telefon..
"Mak...betulkah c Belang lari dari rumah mak?"
"ya...tadi mak ingat dia saja mau jalan2 depan rumah, sampai maghrib masih belum naik rumah pula...ni sampai sekarang belum balik lagi"....kali ni air mata aku dah berguguran di selimut..
"mak....sian dia kan mak"...
"Ya...tapi lagi kesian kalau dia sakit lama-lama..ndapa la ya kalau dia pergi pun...sian dia...sudah berapa hari dia tidak makan"
aaa....aaaa...aku hanya diam...sedihnyaaaa....tengah malamnya, c Belang balik juga ke rumah...ke manalah c Belang ni pergi, buat risau sekeluarga ja dia ni...kalau aku ada kat rumah, mau kena cubit2 c Belang ni..

seawal pagi mesej sampai
"mot...takziah.."---mesej dr kakna---
aaaa....dengan keadaan yg masih blur2, aku menangis lagi...entah macam mana nak tafsirkan kesedihantu...aku sayang c Belang macam adik aku sendiri...berapa minggu tu aku sentiasa trkenang2 my Belang, kadang-kadang tanpa sedar aku menangis sendiri-sendiri....aku pun mesejla dengan my kakak menyatakan kesdihan..

kakak aku balas
sabarlah mot...kesian dia terseksa, dia sudah berapa hari tidak makan,lagipun sudah lama dia sakit....sian tengok keadaan dia...xpalah..nanti kita cari kucing yang lain ya..banyak-banyak....

mak aku pun turut sama memujuk...bukan ja family aku, saudara aku yang lain pun kenal ngan c Belang, sebab dialah teman dan penyeri my rumah...kazen2 aku pun x lupa juga mengucapkan takziah...nampak mcam cerita lucu, tapi ......aaaa....aaa....sedihlahhh.....

Rabu, 13 April 2011

Bercinta dengan assigment

setelah bertungkus lumus empat bulan ni untuk menyiapkan assgmnt yg blehla dikatakan banyak juga, tapi xlah sebanyak sbelumnya yang hampir berbelas-belas assgmnt...aku pun mula merancang untuk bersenang lenang seketika sebelum exam bermula pada minggu hadapan. sebab seminggu selepas exam tu, kena daftar internship di sekolah untuk 14 minggu...kena prepare banyak perkara, dari keperluan diri hinggalah keperluan fizikal..

tiba-tiba datanglah satu mesej, akan ada satu taklimat penting untuk batch kami....ait, sudah habis kuliah pun ada taklimat lagi, ingatkan taklimat praktikum...tub..tub...taklimat assigment untuk sem 7 dan sem 8... dan secara rasminya assigment dua sem akan datang bermula selepas habis taklimat...ya..ya...ya...aku diam seketika, terpana dan terkesima...erm....mahu tak mahu kena buat juga...dan aku cuba mncari semangatku yang hilang sebentar tadi...heeeeee....

merungut dan komen banyak sangat memang sudah tidak berguna saat ini..baik jimatkan masa untuk plan seterusnya...kalau tidak akan sia-sialah maraton 3 semester untuk batch percubaan macam kami ni...kalau dapat harungi 3 semester yang banyak menguji kekuatan ni akan graduate awal tahun depan...dari 4 tahun ke 3 tahun setengah..hanya utk special batch macam kami...wa...aku telah berangan habis belajar awal...special la sangat, tapi hendak bertahan tu memang payah...but, fighting!!!!...

bila habis taklimat tu, aku cuba cari cuti supaya boleh fly ke sabah jumpa kaum kerabat yg dirindui amat...tapi, seminggu lepas exam dah masuk sekolah, lepastu seminggu lepas praktikum masuk kuliah pula...cadangnya nak balik kampung raya tu dan tambah cuti suka suki seminggu..tapi sekali lagi, menurut penyelaras projek tahun akhir, minggu pertama akan dijalankan pembentangan proposal untuk projek tahun akhir di hadapan pensyarah2 yang tersayang..ya, nampaknya aku kena mengorbankan cuti raya tahun ni untuk menyiapkan proposal...dan seluruh cuti semingguku untuk assgmnt yang tercinta......

Dulu di sekolah bercinta dengan kerja rumah, sekarang ni pula bercinta dengan assgmnt...cinta yang yang lain memang dikhaskan untuk Yang Esa, family, kawan2, kucing2 kesayangan,dan apa lagi yang tinggal untuk diri sendiri...hahaha...lepasni kena becinta dengan diri sendiri pula, kesian ngan diri yang semakin terabai...lepas ja sem 8 nanti , aku nak bercuti sepuas-puasnya buat segala yang aku aku suka dan capai semua yang aku mau...wa...semangat2...fighting 2x...till the end....

Isnin, 4 April 2011

Kesan kuasa tarikan

artikel 1
Tajuk: Saya nak bunuh diri


Sepi dan hening seketika. Fikirannya seolah terhenti . Tak mampu untuk berfikir apa-apa dalam situasi itu. Segalanya seakan telah hancur, tiada apa-apa lagi harapan untuk dirinya. Hancur...Musnah..Segala kepercayaan dan sanjungannya semuanya telah dihempas punah begitu sahaja oleh insan yang selama ini amat dicintainya. Kalau dulu dia mendengar cerita-cerita dari rakan-rakannya, ah..dia masih tidak mahu mempercayainya. Tapi hari ini, di depan matanya sendiri! Masih terbayang betapa intimnya kemesraan Faizul dengan wanita itu, ahh..dia tak sanggup untuk membayangkannya lagi.......dengan langkah longlai dan dada yang sebak, Ayuni menuju ke pintu LRT untuk pulang.

"Masa tu saya dah fikir nak bunuh diri je bro! Bukan kali pertama saya diperlakukan begini oleh lelaki, bro...dah masuk kali keempat"

Dia bercerita padaku dengan penuh perasaan.

"Semuanya hanya menggunakan saya untuk duit. Kata pinjam, tapi bayarnya adalah sesekali, yang lain tu..kira burn je la. Saya ni pulak jenis yang cepat kesian, dan tak reti pulak nak menolak..apatah lagi kalau dengan orang yang saya cintai...."

Aku mengangguk-nganguk (kira empatik listener la kononnya, )

"Tapi yang saya hairan tu bro, napa semua lelaki yang saya jatuh cinta, semuanya berperangai sama aje?..Nama aje lain.."

Selepas dialog itu, aku tak memberi peluang lagi pada Ayuni untuk berkata-kata. Aku menerangkan dengan detail padanya tentang apa yang dilaluinya dari persepsi Hukum Tarikan. Tentu anda semua sedia maklum bahawa prisip asas LOA adalah:

"Anda menarik ke dalam hidup realiti hidup anda, segala apa yang anda berikan fokus dan perhatian yang mendalam, samada perkara positif atau pun negatif"

Apa yang ku lihat, dia terlalu memberikan perhatian pada sikap lelaki YANG TIDAK DISUKAINYA, YANG INGIN DIHINDARI, YANG DIBENCI. Bukan kepada sikap atau
ciri-ciri watak lelaki yang menjadi keinginannya.

Dan perbuatannya suka menceritakan/membawa cerita/memperbesarkan sikap lelaki yang dibencinya ini, hanya membuatkan dia memberikan fokus pada perkara tersebut, yang mana getaran yang dikeluarkan oleh gelombang fikirannya menarik kembali kedalam realiti hidupnya tenaga-tenaga berbentuk apa yang sering diberi perhatian olehnya: Lelaki yang ingin dihindari/ kekecewaan dalam percintaan/ Ditipu!

Jangan salahkan takdir dengan mengatakan Allah yang telah mentakdirkan ke atas diri kamu untuk melalui kekecewaan itu.

Maksud Ayat:

“apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) Yang Engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana Yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
(An Nisa' : 79)

Maksud hadis Qudsi:
Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia berprasangka
dengan apa yang ia inginkan.

( penulis: bukan dengan yang ia risaukan atau khuatirkan)
Riwayat At-Thabrani dan AlHakim.

Seterusnya aku memberi cadangan padanya untuk melakukan beberapa langkah bagi mengubah atau menukar cara dia berfikir dan berusaha memberikan fokus pada apa yang diinginkan dan disukai olehnya.

Aku mencadangkan supaya dia menulis senarai ciri-ciri yang menjadi lelaki idamannya dengan detail dan lengkap.

PASANGAN YANG IDEAL DENGAN DIRIKU

1.TINGGI : LEBIH DARI 1.55M

2.BERAT : 65KG , SIHAT ZAHIR BATIN

3.WAJAH : KACAK, HANDSOME, MANIS

4.SIKAP : BUDI BAHASA, BERTANGGUNGJAWAB, BAIK HATI, HORMAT ORG TUA, PENYAYANG, KELAKAR, BERIMAN DAN MEMPRAKTIKAN KEIMANANNYA, JUJUR, SPORTING, POSITIF, RAJIN KE DAPUR DAN MENGEMAS RUMAH, PEMBERSIH DAN RAJIN

5.KARIER : KERJA OFFICE HOUR...

6.USIA : LEBIH TUA 33-44THN...

7.HUBUNGAN : AKU MENYAYANGI DIA SEPENUH HATI

DIA JUGA MENY AYANGI AKU SEPENUH HATI

AKU BOLEH MENERIMA KEADAANNYA DENGAN IKHLAS SEADANYA.

DIA JUGA MENERIMA *KEADAAN DIRIKU DENGAN IKHLAS SEADANYA.

*KEADAAN: KELEBIHAN, KEKURANGAN, KELEMAHAN, KEISTIMEWAAN


8.KELUARGA: PENERIMAAN KELUARGA KEDUA BELAH PIHAK ADALAH HARMONI

9.PERHUBUNGAN : KEKAL KE AKHIRAT.

Ketika ciri yang ke 3 dibincangkan, Ayuni membantah dan berkata padaku: Bro, saya tak kisah, kalau tak hensem pun tak pe, asalkan baik dan bertanggungjawab.

Disini aku bertanya padanya, jika dia diberikan pilihan apakah pilihan dirinya sendiri. Dia menjawab, tentulah yang handsome!..tapi rasa macam malulah nak mohon macam tu pada Allah.

Aku bertanya semula, nak minta suami yang handsome kamu malu, tapi setiap hari mohon dimasukkan kedalam syurga, kamu tak rasa malu pulak?

Nikmat mendapat suami handsome tu, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan nikmat Syurga, entah berapa ratus juta kali ganda besarnya, tapi yang itu kamu tak ada rasa malu pun? kenapa nak mohon perkara kecil macam tu kamu rasa malu? dan kita kena faham, Pemberian Allah tu Maha Luas, Abundance, bukannya tak cukup, atau cukup-cukup, Dia boleh beri kamu lelaki yang handsome, dan dimasa yang sama lelaki itu wara', baik dan bertanggung jawab. kamu kena percaya dan fikir begitu.

Dia tak menjawab, cuma tersenyum dan mengangguk-ngangguk (berfikirlah tu agaknya)

Setelah itu, aku mencadangkan padanya supaya melakukan solat hajat sekadar yang termampu dan membacakan senarai tulisannya itu didalam solatnya. Setelah itu, aku juga mencadangkan supaya dia membaca senarai itu tidak kurang dari 20 kali sehari dan sentiasa melakukan beberapa affirmasi yang dirasakan sesuai dengan situasi dirinya. Apa pun aku ingin dia sentiasa 'husnuzzon' bahawa dia telah bermohon pada Allah, Allah telah memakbulkan doanya, dan dia kini berada dalam proses 'menerima' permintaannya. Langkah-langkah seterusnya seperti komitmen dan 'bersedia menerima /receiving steps' juga telah kubincangkan dengannya pada pertemuanku yang seterusnya.

Yang nyatanya, dia benar-benar melakukan segala cadangan tersebut dengan bersungguh-sungguh. Apa salahnya mencuba, bukannya kene keluar modal pun..

Selepas pertemuan kedua, aku tidak mendengar apa-apa berita dari Ayuni, aku hanya berdoa agar dia beroleh ketenangan dalam hidupnya.

Hampir 2 bulan selepas itu, aku menerima panggilan telefon dari Ayuni..

"Assalamualaikum, busy ke bro?.."

"Waalaikumsalam..tak busy pun, Ayuni..lama tak dengar khabar?..macamana sekarang?"

"Entahla bro, saya nak bagitau ni, ada masalah sikit"

"Owh..apa halnya, share lah (dalam hatiku...husnuzzon..jgn fikir apa2 yang tak elok)"

"Macam ni..step yang bro ajar tu power betulla...sekarang ni ada 3 org lelaki yang tengah bagi perhatian kat Yuni..tiga2nya ada ciri2 yang hampir sama je dgn apa yang yuni tulis tu.."

" oops..3 orang?..ha..bagusla tu, whats the problem?"

"Yelah, tak tau nak pilih la pulak sebab tiga2 hensem, baik, dan berbudi bahasa, rasa sayang lak nak pilih..."

Aku tertawa kecil mendengarkan. Aku menasihatinya supaya melakukan istikharah dalam hal-hal yang sedemikian. Pertengahan tahun itu aku menerima kad jemputan kahwin daripada Ayuni dan dialamatkan ke rumahku. Kepada: Sifu Loa..Thanks for your advice..

Syukur Alhamdulillah...Allah Maha menyayangi sekalian hambaNya.

Jodoh, Ajal dan Kelahiran adalah ketentuan Allah, akan tetapi kita diberikan akal dan pilihan untuk berikhtiar.

Maksud Hadis:

Dari Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW:

Menurut Tsauban r.a sabda Rasulullah s.a.w:
"Tiada suatu pun yang dapat menolak ketentuan Tuhan melainkan DOA.” - Hadis sahih riwayat Ibn hibban dalam sahihnya. Disepakati kesahihannya oleh al-Zahabi.

Wallahuaklam

artikel asal oleh taalidi (arjunasetia)




artikel 2
Tajuk: Another 'ayuni' and her success affirmation


Lama juga perbualanku dengannya melalui telefon sebentar tadi. Apa pun, aku dapat merasakan 'vibration'/getaran kegembiraan dan kesyukuran dari nada suaranya. Syukur pada Allah, Amisya telah selamat melangsungkan pertunangan 2 hari lalu dan bakal mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini, InsyaAllah.

Tak dinafikan, selain dari affirmasi dan memberikan fokus pada apa yang diinginkan, Amisya melakukan banyak ikhtiar dan usaha, tetapi diiringi dengan semangat dan perasaan yang optimis, dan husnuzzon pada Allah, yakin dia berada dalam proses menerima apa yang dipinta. Aku merasa sangat gembira mendengar berita ini dan mendoakan semoga Amisya berbahagia dan beroleh pemeliharaan dan baraqah Allah didalam rumahtangga yang bakal dibinanya.

Tetapi, apa yang menarik perhatianku ialah, situasi Amisya hampir sama dengan Ayuni, (rujuk semula artikel 'Saya Dah Terfikir nak Bunuh Diri!)dimana ada 3 orang jejaka yang hampir menepati ciri-ciri yang diimpikannya muncul dalam hidupnya sebelum dia membuat pilihannya sendiri. Selain dari itu, ada sesuatu yang baru dikongsikan oleh Amisya yang juga amat menarik sekali;

"Bro, bila dah berlaku perkara ini, baru saya teringat peristiwa yang lama iaitu sewaktu saya masih di IPTA...

Semasa saya masih study dulu, bila kawan-kawan sebut pasal jodoh, entah macamana saya selalu berkeinginan supaya

'lelaki yang akan menjadi suamiku ialah lelaki pertama yang menghadiahkan senaskah alQur'an'.

Selalu saya menegaskan perkara ini pada kawan-kawan, hingga mereka naik muak dan kadangkala dengan berseloroh mereka akan berkata ' iya, aku dah tau, bakal suami kau ialah orang lelaki pertama yang hadiahkan kau naskah Al-Qur'an"

Tapi itu cerita lama, saya sendiri sudah seakan terlupa dengan perkara itu, hinggalah setelah tamat pengajian dan bekerja sekarang ini, dan ketika mula mengamalkan kaedah affirmasi yang bro ajar ni. Dan ketika saya sedang membuat pilihan dan istikharah antara 3 orang jejaka ini (termasuk tunangannya sekarang), dia (tunang) menghadiahkan saya senaskah Al-Qur'an. Ketika ini baru saya teringat kata-kata saya dulu dan saya terus bertanya pada dia, apakah rahsia disebalik menghadiahkan saya naskah Al-Qur'an ini?

..dia (tunang) menjawab: Dari dulu lagi saya selalu berniat,

'wanita yang bakal menjadi isteriku adalah wanita yang hatiku tergerak untuk memberikan naskah Al-Qur'an sebagai hadiah!'


Menarik sekali! Apa yang dapat saya fahami, dari persepsi hukum tarikan, mereka berdua berada didalam frekuensi yang sama dan sebenarnya Amisya telah membuat doa dan affirmasi lama dahulu lagi, dan hanya menunggu masa yang sesuai dan terbaik di sisi Allah untuk memberikan apa yang dipinta oleh Amisya.

Tahniah Amisya, 'Selamat Pengantin Baru' dari saya, moga ikatan jodoh anda berkekalan hingga ke akhirat. Amin

Semasa peristiwa Israk Mikraj, kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu

LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH:
TIDAK ADA DAYA DAN UPAYA KECUALI DENGAN PERTOLONGAN ALLAH


sumber: Husnuzzon dan hukum tarikan

Jumaat, 25 Mac 2011

Bagaimanakah seorang aku



Aku? siapa aku....sbenarnya matlamat hidupku simple ja..iaitu menjadi hamba Allah dan tukang sapu berjaya di dunia dan akhirat. Kenapa mesti tukang sapu? Aku pun x tahu mengapa, yang penting aku suka dengan pekerjaan tu, tp belum berkesempatan untuk bekerja sebagai tukang sapu, dulu ada kwan2 yang percaya yg sekarang ni aku bekerja sebagai tukang sapu sepenuh masa...macam muka tukang sapu ka muka aku ni...x kisah, aku lagi suka....heeee..tukang sapu....itulah pekerjaan abadi aku di rumah sebagai orang gaji sukarela. Aku suka, sebab ia memberi rasa tanggungjawab terhadap family ngan rumahku. Seawal bangun pagi, sebelum berus gigi perkara pertama yang aku buat ialah menyapu, kotor sikit menyapu, balik rumah dari perjalanan yang jauh pun mesti menyapu. Tapi sejak naik pangkat jadi tukang masak yg tidak bertauliah aku sudah jarang menyapu, sebab tu jadi tugas kakak aku.

ermmm...lagi? sebenarnya benda yg aku ingin sampaikan ialah tentang diriku yang agak lurus bendul...hehehe...aku selalu kena ceramah free dengan kakak2 n abang aku sebab tabiat aku ni, termasuklah kakak2 rumah 7A. Aku pun x tau macam mana mau bagi hilang tabiat ni, datang semula jadi dan sebati, susah mau mengubahnya. Dan yang paling teruk aku kena marah sebab perkara antara aku dan seorang pencuri merbahaya...

"ya Allah budak ni, eh cuba kau buka sikit mata ku tu...kau tu bukan lagi 13 tahun, masuk 23 tahun sudah. Pencuri tu saja mau perangkap kau, ambil kesempatan atas keb****han kau. Memangla dia patut bagi balik bendatu sebab dia akan dicari lepas ni oleh polis, dia takut sebenanrnya...yang akau terlalu bertolak ansur tu kenapa..ada pula siap berterima kasih lagi dengan pencuri, bela sangat pencuri tu...besok2 dengan kau sekali dicuri...." adui....panas telinga aku, aku hanya mampu berdiam...

"kesianla...mana la atau, dia x sengaja tercuri bendatu...ataupun dia betul2 mau berubah?"

"eeee...budak ni....berapa orang sudah yang ambek kesempatan dengan kau tu, cuba la kau fikir sikit. Benda ni berbahaya, patut lapor dengan polis, jangan bagi muka sangat"....

"ermmm.....yala"

"lagi satu, tu bukan barang kau kan?...tiada kena mengena dengan kau kan?"

"A'ah"

"ya Ampun..jadi yang kau sibuk kenapa wahai budak kecil"

"sebab....pencuri tu yang cari aku, bukan empunya barang tu. Dia x mau berurusan kalau bukan dengan aku"..

""eeeee...fikirlah mot...jangan libatkan diri kau...awas ya"
ahahahhaha...haishhhh...macam ginila situasinya...selalu kena marah, kalau aku depan mata my family ni, habis kena tarik telinga, kena hentam itu ini, tinggallah aku yang terkulat2 macam super mario.

dan sebab itu jugalah orang selalu ambek kesempatan, ni merujuk kepada ulasan beberapa orang yang terdekat..

"eee...ko ni, sudah depan2 mata orang ambek kesempatan pun kau masih biarkan, kalau kakak tu, memang sudah lama begaduh. kau ni tau ka orang ambek kesempatan dengan kau?"

"tau...."

"jadi, apasal buat2 tidak tau, layan jak"

"ermmm...biarlah...ambeklah, aku ni x apa2 yang bleh dibagi, jadi selagi diorang masih mendapat manfaat daripadanya, ambeklah...cumaaaa....kalau aku x dpt bagi apa2 tu, janganlah dimarah2, dipersalahkan...sebab hanya setakat itu yang aku ada. tu yg buat aku sedih, setakat ambek kesempatan tu x kisah, janganlah marah2 aku pula kalau aku x dapat bagi apa2. dan sebab itu jugalah aku kehilangan banyak kawan...ermmm.." sebab mereka dari jenis itu hanya tau mengharap, kehidupan adalah pada mengharap, bukan usaha...sebab tu mereka bisa menjadi "pengkhianat" bila2 masa...heeeeee....senyum ja la...diam2...sudah...

kalau kita sudah anggap seseorang itu bermakna dalam hidup, walau macam mana pun penipuan dan kejahatan yang dia buat..kita buat x tau ja...buat supaya dia tidak perasan yang kita sudah tau, sebab dia ada hubungan signifikan dengan kita, kedua sebab jaga hati dan aibnya..layanlah selagi hati masih boleh menerima, kerana bila sudah tiba satu masa, dia akan tau juga.....lagi satu, kalau sudah orang tu mau buang kita dalam hidupnya, mau buat macam mana kan....tapi janganlah harap kita akan datang balik.....sekali kita dihargai, kita akan balas beribu2 kali...namun sekali kita dibuang, mgkn untuk kembali lagi itu adalah sangat tipis...

mereka yang menganggap mereka sahaja yang bijak, adalah mereka yang sudah banyak ketinggalan dan kerugian, padahal ia menjadi kebodohan bagi mereka yang tau dan senyap2 sambil melihat...sehingga mana mereka boleh beraksi dan 'hidup' dengan cara begitu...but...kita yang nampak, harus jaga diri kita dari membuka pekung di dada dan aib mereka...kita ini hanyalah manusia yang x sempurna, anggaplah mereka dalam proses untuk berubah dan kita doakan buat mereka....

wallahualam..

d(- , -)b

Khamis, 24 Mac 2011

Cinta kerana Allah

*jangan jumudkan fikiran menyatakan nota ini hanya untuk satu pihak sahaja, nota ini khas untuk semua lapisan masyarakat yang masih mampu untuk disayangi dan menyayangi di bawah kasih sayang Allah...termasuklah keluarga, rakan, teman, jiran tetangga dan lain-lain lagi....dan jangan dimanipulasi untuk kepentingan peribadi melainkan untuk tujuan kefahaman kpd diri sendiri dan orang lain..wallahualam

Sering aku mendengar kata ini “Cinta”,
Bahkan mungkin sejak masih hingusan.

Tapi kata “Cinta kerana Allah”
Aku baru mendengarnya saat menapaki jinjang kuliah…
Lalu seperti apa “Cinta kerana Allah” itu?

Jika sekarang aku mengatakan
“Sahabatku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?

Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…

Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…

Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendo’akanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …

Ketika kita duduk bersama dan pembicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Dan Ketika terkadang aku perlu melepasmu dengan penuh keikhlasan …

Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….

Sahabatku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….
Amin.

sumber: Nurjeehan. mutiara hati

Aku tak ingin 'hot' di dunia, kerana takut 'hot' di akhirat.

* mungkin ada sesetengah orang yang fikir wanita suka dipuji oleh lelaki, tapi percayalah ada yang derita kerananya....kerana merasa diri yang makin terdedah pada dunia, dan menyalahkan diri sendiri kerana gagal membendung diri dari menjadi fitnah...dan hanya mampu memohon keampunan kepada Allah agar terlepas dari belenggu fitnah dan memberikan cinta yang sebenar buatnya, agar dapat dan mampu menjaga cinta hakiki terhada YANG ESA itu buat selama-lamanya...wallahualam...entry d bawah ni dipeti dari sebuah blog....sesuai untuk kita belajar membezakan antara ego, sombong, jual mahal, dan menjaga maruah diri..


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ. Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat lelaki-lelaki berhidung belang ingin mendekati diriku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan. Kehadiran mereka membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki-lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki penggoda itu bukan teman hidupku kelak.



penulis: Anis Liana Amerrudin
Sumber: http://nurjeehan.hadithuna.com/

Selasa, 22 Mac 2011

Hari yg penuh keajaiban buat seorang 'aku'

Ermmm...hari ni hari yang penuh keajaiban buat seoarang aku.Dalam sehari macam-macam telah berlaku..

pertama sekali...aku stay sehingga 5 jam d libary, masuk keajaiban juga ni, biasanya paling lama pun aku betahan sehingga 3 jam. Lepastu mula la seluruh anggota badan meragam, laparlah, mengantuklah, penatlah...mcm2 alasan sang badan beri..

kedua...aku berjaya mencapai matlamat untuk menyiapkan 2 asgmnt ku yang tercinta. Fuh, ni lagi keajaiban buatku. Selama ni, nak siapkan asgmnt yang satu pun aku memerlukan masa hampir 2 mggu, plg cepat pun sehari...sakit tangan ngan seluruh saraf ku..tanpa henti kecuali solat aku menaip sehingga tidak perasan pun apa yang berlaku disekitarku. Sehinggalah seorang teman yang dtg berkunjung ke meja menegurku..

"wa kak sal...banyaknya buku betaburan....memang hebat sungguh kak sal buat asgmnt...sampai muka pun dah berkerut, tudung pun dah nak jatuh sy tengok.."..tegurnya. aku tersengih sambil membayangkan rupaku yang berserabut ketika itu. Aku menarik sikit tudungku ke belakang dan meneruskan kerjaku semula. Ni memang dah tahap kritikal ni.

dan akhirnya aku berjaya menyiapkan asgmntku...aku yang biasanya berlenggang kangkung pulang ke rumah kini berlari larian kerana adik2 sedang menunggu ku d rumah. aku minta masa 10 minit utk berkemas dan sampai ke rumah. Ni keajaiban yg ketika, aku meredah hujan dan terus memcut ke rumah tanpa sempat menoleh kiri kanan.

kejaiban ke4....buat pertama kalinya selama hampir dua bulan aku tidur awal. kul 9 malam.....biasanya aku hanya akan tidur kul 2 pagi ke bawah. dan sejak 2 minggu yg lalu aku tidur kul 3 atau 4 pagi...

keajaiban ke5....aku bangun kul 4 pagi...hehhehe..biasanya ni waktu tidur aku dan bangun kul 6 setengah to pray n prepare ke kelas...kelas pula semuanya pagi, memang teruk mata sebab tuan punya pasal....tapi tak jugalah sampai menjala ikan kat kelas.aku masih boleh tumpukan perhatian, dan tak pernah juga ponteng kelas...

yg ke keenam......kerana lapar yg teramat sangat aku telah menyelongkar periuk nasi pada kul 5 pagi...bedentum2 pinggan mangkuk olehku..biasanya aku makan kul 2 pagi, kali ni kul 5 pagi pula....

ermmmmm...dalam sehari macam2 boleh jadi jika ada keinginan..hidupku berubah seketika dalam sekelip mata. moral-Kita boleh berubah jika ada keinginan, keinginan dan kekuatan untuk berubah itulah yang akan menggerakkan kita menuju matlamat. so sebelum mula sesuatu tetapkan niat, seperti mana yang disarankan oleh Islam, mulakan sesuatu dengan niat kerana Allah....maka ia akan membawa mu terbang sehingga kita berada di dalam keadaan yang tidak sangka..percayakan diri dan jangan terlalu berharap untuk persekitaran mengubahmu, hanya diri sendiri yang mampu merubah diri....wallahualam...

Ahad, 20 Mac 2011

repek dan merepek...

tertutup sudah pintu, pintu hatiku....yang dulu dibuka untuk hanya...opsss......lagu mana pula yang aku nyanyi ni...

dikedinginan petang nan indah ini aku ingin merepek bersama Mr Blog...hari ni buat pertama kalinya aku rasa kecewa dengan diriku seketika, tapi ntahlah...xla sedih pun, cuma kali ini aku terpaksa mengaku kalah...

ceritanya bermula begini....seorang anak yg suka beperasan macam hebat, dalam sekelip mata boleh buat..biasalah belajar dari pengalaman...tup...tup...sesuatu berlaku membuatkan mata hitamnya berukar jadi kelabu dan semakin tidak diketahui warnannya....arggghhhhh....tension pun melanda dirinya....sudahlah buat tugasan last minute...salah informasi pula, dan tanpa disangkah berduyun2 datang ingin minta kasih sayang dari sang pengarang yg pemalas.....aiyo...buat pertama kalinya aku lewat menghantar tugasan...ingat 3 muka surat, apa lagi relakslah, dalam sehari boleh siap mcm lepas2..

"ehhh...bukan 3 muka surat la kak sal, 15 hgga 20 muka surat"....dan....dan...aku masih relaks lagi mencongak masa dan jumlah muka surat...semalam start buat dptlah dlm 3 muka surat...so kalau hantar petang ni...alamakkkkkkkkkk....ala emak kawen kan aku.....Ya Rabbi...memang x sempat...bahan dari gurun mana yang perlu dicari...aku terkebil2.....dan lepas ja makan, cabut balik ke rumah...duduk bertapa merenung laptop kesayanganku....tangan sudah menggeletar menaip, dan akhirnya aku kena menerima yg aku takkan sempat......aku tidak taulah apa reaksi pensyarah aku nanti...aku mula susah hati, mana tidaknya membayangkan yang aku perlu merepaet paper ni...subjek tumpuan yang aku tak suka dari zaman sekolah lagi...sejarah...major pula terbengkalai begitu sahaja....ya ampun...apa la yg aku buat ni....masuk ke tiga hari aku menaip, dan mengabaikan diri sendiri....masuk balik myguru...tetttt..informasi baru lagi....penulisan hendaklah 10,000 atau 15,000 patah perkataan....dushhhh...bagi batu belah batu betangkup jatuh menimpa ku...esok nak hantar, dah lah lewat...yay...esei dah masuk muka surat yang ke 11, tapi tu pun tak sampai lagi 4,000 patah perkataan.....memang kali ni dapat bintang plus2 lah otak kesayangan aku ni..perah sehabis dayah...

akhirnya krana terlalu memikirkan cara bagaimana untuk mencukupkan 10, ooo dan tambah lagi 5 muka surat ulasan jurnal...aku mengambil keputusan untuk tidur seketika...sama ada untuk cas semula otak yg mula menampakkan simbol2 tak betul ataupun menerima hakikat dan menyerah diri esok....oooo...diriku yg terlalu relaks.....ermmm....padan muka diri sendiri.....

Isnin, 14 Februari 2011

Perutusan puteri impian

Bismillahirrahmannirrahim......

hehehehhehe....nampaknya umurku naik lagi satu angka jadi 13 tahun..betapa aku masih muda dalam dunia khayalan. He3..Erm...tak sangkah waktu terlalu laju utk berputar. kali ni mau cerita apa pula ya..first sejarah kelahiran dan hari2 lahirku sebelum ni. peringtan, hanya di benarkan senyum, x boleh gelak...ok!.

cerita 1

menurut sejarah puteri impian my family, waktu aku lahir berlaku pergelutan di antara abang2 n kakak2 ku yang memang nakal kuasa 7. Sewaktu mak bertarung melahirkan aku, semua adik beradik atas aku yg 4 orang tersebut dibariskan tidur beralaskan tikar mengkuang di hadapan bilik. Tiba2 berlaku kekecohan, ayah aku yang tengah tension menanti kelahiran aku pun naik ke rumah, abang ngan kakak aku betengkar. Penjahat adalah abang sulung aku yang telah memasukkan beberapa cubit garam ke dalam mulut kakak aku yg tengah tidur. maka berlakula pergaduhan. Gaduh punya gaduh, ayah aku mula masuk campur waktu ayah aku marah macam nak bagi pelangkung sorang satu, terdengarla tangisan c baby comel...siapa lagi kalau bukan aku....hahahahahah...suasana dan keadaan rumah menjadi senyap sepi...

"Ha...adik baru dah keluar" kata abang aku sambil tersenyum2.

dan aku pun muncul la dalam dunia ni sebagai anak bongsu yang suka menangis dan cari gaduh ngan siapa sahaja yang menyakitkan hatiku...

cerita 2

pernah satu hari, sewaktu balik daripada mengaji, sebelum balik rumah aku melaksanakan dulu aktiviti wajibku ke masjid, apa lagi main kejar2 lah....tiba2 sepupu aku tanya...

'mot, kau lahir bila ya?"
"rasanya 12 bulan dua"
"rasanya???...ko x taukah"
"tak...sebab bapa aku yang pegang surat beranak aku"...hahahaha.
"hish..."sepupu aku pun meninggalkan aku...marah lah tu..balik rumah aku pun p tanya kakak aku.

"kak, aku lahir 12 bulan dua kan?"
"ha?????...tu befday aku lah, befday kau 14 bulan dua.." aku mula conpius...biar betul
"oooooo...aku keliru la...kan hampir sama..semua org tanya , aku jawab mcm tu"
"apa la kau ni, befday pun tak tau?"
"aku lupa tengok surat beranak lahhhhhhh...kan bapa yang simpan"
hahahha...bila besar baru rasa jwpn itu lucu. umur 8 tahun, baru aku tau yg aku lahir 14 bulan dua. Dan sekali lagi sepupu aku tu tanya aku.

"14 bulan dua?"..kali ni nadanya lebih tekejut dr sebelumnya...apa pula ni
"Napa?"
"hari valentine day la..." dia pun sibuk2 p bagi tau ngan semua org, aku terkonpius lagi utk kali kedua..
"Hari valentine?...hari apa tu"
"iskh ko ni tu pun x tau, tu hari kasih sayang..." dia pun menerangkan padaku dengan mata yg bersinar2.."ei bestlah kau lahir waktu tu.."
aku konpius lagi.."ha..best kah? aku x tau pun....mana ada tulis dlm kalendar..hari tu cuti tak?"
ishkkkkkk...ko ni semua x tau.."dia sekali lagi meninggalkan aku yg terkulat2...ermm...marah lagi...sot!!

cerita 3

nanti aku sambung, nak ambejk nafas dulu....

setelah beberapa hari kemudian...cerita bersambung...

scene: tahun 1997
Bulan januari yg lalu, mak menyuruh aku menghantar sayur manis (istilah sabah) ke rumah my aunty. dari jauh macam nampak meriah jak. Aku pun memberi salam, dan tanpa menunggu salamku di jawab aku terus ke dapur untuk bertemu aunty. Eh ada sambutanlah, ada kek pula, msti sambutan hari lahir.

"eh mot..."sapa my aunty "meh masuk, makan kek...dr mana tadi, dengan sapa?"
"dari rumah, mak suruh hantar ni" aku menghulurkan plastik sayur di tanganku. "Hari lahir sapa aunty"
"hari lahir fifi (bkn nama sebenar)" mataku terus memandang my cousin yg sdh tersipu2.amboi....sejak bila jd pemalu...hehehe..aku pun duduk dan meraihkan bersama.

sebulan kemudian-febuari muncul kembali...cee..
aku terbangun seawal pagi, toleh kanan, toleh kiri...sunyi...semua sudah berterbangan entah ke mana..erm hari ni hari lahir aku yang ke 9. "pertama kali aku menyambut hari lahir". seperti biasa lepas mlipat tilam burukku, aku pergi bersiar2 ke kebun dengan kucing kesayanganku, main guli sorang2, pegi melontar batu di kolam, dan bermain ngan ayam-ayam di bawah rumah.

petangnya aku mendekati mak.

" mak napa mak x sambut hari lahir aku" mak tersentap, bagai terkejut ngan soalan aku." sebab tengok c fifi tu setiap tahun aunty sambut hari jadinya...kalau x kek pun, aunty sambut ngan roti besar. (ni fakta dr my aunty ya)" mak senyum. tiba2 mak cium pipi dan mengusap2 kepalaku.

"Cukuplah kita masih dapat bersama2, kita bukan orang mampu yg boleh buat semua. Ni hadiah mama" mak cium lagi pipi aku..." sambut tu ada bebagai cara, doa pun boleh juga...mama doa supaya mot sentiasa baik2 aja, bahagia dunia akhirat, jadi anak yg baik...jangan nakal2..nanti bila dah besar, bila kita sudah mampu, kita sambut ya..yg penting kita masih dapat bersama2.."...buk..terasa macam sebiji batu jatuh di kepalaku....aaa....aaa...lepas ni aku x minta lagi. ya...ada mak dan orang disayangi sudah cukup sebagai 'hadiah terindah' dalam hidupku..aku x mahu hadiah besar2 lagi, aku hanya mau orang yang aku sayangi ada di sisi....macam nak mengalir air mataku...tp cover2......

ermm...itulah peristiwa2 penting yg aku ingat berlaku sepanjang tarikh keramatku tersebut.....

Khamis, 10 Februari 2011

Semakin hari semakin huru hara

Adoihai apakah yang sedang berlaku ni....rasanya aku sudah berlari mengejar masa yang terlalu pantas, namun, segalanya terlalu pantas berubah hinggalah hari-hariku jadi huru hara.. Kena tukar plan bin perancangan hari-hari....sekejap2 ada satu benda baru yang berlaku..perancangan dah sebulan dibuat kena ubah pula dalam sehari..aku pun boleh jadi merengla macam ni...waktu ni la aku praktis tabiat suka buat kerja last minuteku tu...hehehe..kata orang, orang suka buat kerja last minute ni adalah seorang yang berkebolehan untuk melaksanakan tugasan secara ad hoc..yalah tu....tengok dan lihat jak la.....

sekarang ni tengah tunggu majlis tertinggi UPSI untuk tarikh praktikum...sepatutnya mula bulan sembilan, tapi dengarla pula ura menyatakan yang praktikum diawalkan p bulan 5...x sempat aku nak benafas lepas exam dah bekejar ke sekolah pula...dan kalau betul, kena fikirkan benda lain pula..yang pasti beraya kali ketiga la aku di sini..pulun habis 3 semester untuk setahun ni.....semoga Allah tetap menguatkan hati2 kita dalam perjuangan ini.

Isnin, 7 Februari 2011

cuti seminggu + sehari

Hari ni sambung sehari lagi cuti setelah sminggu bercuti sakan..cuti sem yang dihabiskan secara kredit di dalam rumah...malas mau jalan-jalan. Sebenarnya aku pun tak pasti jg kebenaran 2 kelas hari ni dibatalkan, tp buat2 tiada jak la.Yakin!!!...ya..hahaha...Dan hari isnin yang indah ini aku meneruskan pertapaanku di villa tercinta ku ini..duduk dan baring merenung dinding. selesema sudah ok, cuma demam pula yang kejap ada kejap tiada..tambah lagi pening2 sebab ubat. Aku ni pantang betul makan ubat, mesti mengantuk tahan otromen.

bila sorang2 macam ni, mesti teringat balik kampung. Tapi matikanlah hasratmu itu sang pemimpi...sob..sob sedih betullah. cuti seminggu tuu teringinnnnnn mau balik sabah, tapi budget ciput untuk sepanjang semester tidak menginzinkan aku balik ke kampung halaman. telefon kakak menyatakan hasrat murni mau balik kampung, boleh pula dia kata..

"Ha napa mau balik sangat?....belum ada orang yang naik meminang ko lagi.." dish200x, macam seribu duri menusuk jantungku.. lama aku diam sebelum membalas balik.

"Oit..ingat aku mau balik sebab minta pinangka?...sot...aku mau balik ni sebab mau bagi tau mak, ada anak raja keturunan jutawan tahap petala langit mau pinang aku..ha..puas hati...salahka aku mau balik kampung" apalagi ketawa terbahak2 la sang insan di sana..hu...x guna betul...haishh..Tapi rindu mau begurau2 macam tu dgn kakak tercinta aku yg sdh jadi isteri orang. tu belum yg satu lagi...gurau senario pun x macam dia....


Rindunya mau balik..tapi kali pertama nak kesini dulu, aku sudah janji dengan mak....yang apapun terjadi aku akan sedaya upaya bertahan sebab ini ialah pilihan aku...aku yakin yang Allah itu sentiasa ada untukku...heeeeeeeeeeeee...

ops....bubur nasi aku hangus...ha..melalut lagi dalam blog...

Ahad, 6 Februari 2011

sakit yg timbul tenggelam seminggu, seminggu...

Nampaknya sem ni, musim sakitku..sebelum balik UPSI sudah demam selesema seminggu di kampung...sampai UPSi, sambung lagi seminggu, lepastu ok seminggu, minggu depannya demam sakit kepala seminggu lagi...ok seminggu lepastu mggu ni demam selesema lagi...Tadi tanya orang rumah, ubat selesema tu makan sebiji sahaja ka atau berbiji2..katanyanya sebiji jak..oleh kerana aku tersangat la anti dengan mukus, aku pun suka suki tambah sebiji lagi..minum pula dengan air kopi fevret aku....

tengah hari masih ok....gelak2 depan TV

petang....badan rasa sejuk...dan malam...ermm..bagai berada di dunia khayalan..mengantuk tahap gaban. mata kejap buka kejap tutup..tapi kena tunggu isya' juga..nanti telajak sampai zohor susah...hehehe...subuh? nanti aku suruh my bestfriend kejutkan, harap mereng2 sebab ubat ni tidak sampai ke subuh..

hu....mengantuk tapi masih melalut d blog...ermmm...sebab sudah lama tidak bertemu ngan mr. blog....rindu hendak menconteng arang d wajah mr blog...k la selamat malam.......sweet dream.......................................

Khamis, 27 Januari 2011

Keras hati VS ego

Baru kini ku sedar aku ada hati yang sekeras batu...he3...ya aku akan cuba untuk mengubahnya..mungkin orang boleh kata, suka hatilah..hati keras macam batu ka, macam kayu ka...hati kita..orang peduli apa. Tapi aku rasa aku perlu mengubahnya kerana aku tidak selesa. Keras hati atau ego??...aku pun tidak tahu perbezaannya, yang penting... sekali aku terluka memang payah untuk aku pujuk hati semula. Mungkin sebab manusia itu terdiri daripada pelbagai had...tapi aku juga rasa bersalah dengan 'mangsanya'..aku menghukum terlalu keterlaluan...tapi aku perlukan masa untuk menjadi neutral semula...maafkan aku bagi siapa yang terlibat....aku yang x sempurna....semoga Allah melembutkan hatiku...dan mengampuni dosa kita...

Ahad, 16 Januari 2011

kalah-menang VS benar-salah

kadang-kadang malas melihat orang yang suka menempe tanpa hala tuju....entah apa benda yang diperkatakan...keburukan sana, keburukan sini, janji sana, janji sini...sibuk ja menggali sebab sesuatu perkara bukan untuk mencari kebenaran tapi untuk menjatuhkan lawan....memanglah secara mata kasar mereka mampu memanipulasi dan meng'hipnosis' mereka yang baru membuka fikiran, semuanya itu buang masa, hilang agenda dan terbuka lah pekung di dada...mereka lupa pada mereka yang telah sekian lama terbuka otak dan fikiran...mereka bekerja tanpa banyak suara dan menjajah cerita...sebab bagi mereka perjuangan bukan matlamat kalah-menang semata-mata, tapi benar-salah itulah yang menjadi perjuangan..bila dengar sekali boleh lagi terima, tapi kalau sudah berkali-kali meluat juga..kalau selalu muka tu yang muncul, cerita pun sama, orang x pegi sekolah pun tertanya2 juga...apa orang ni tiada kerja lainkah.....

sekarang ni orang sudah tahu nak berfikir x payahlah berkali2 nak install benda2 yang ntah apa ntah...yang diam itu tidak semestinya tidak berupaya, tapi merekalah insan yang bertindak dengan akal yang tidak tergopoh gapah...yang tergagap2 itu x semetinya hilang akal, tapi mereka terbiasa bercakap dengan kebenaran sampai x sanggup untuk memberikan fakta palsu....ermm...nampak sangat cepat kalut...ada isu sikit mereka mesti jd yang pertama sebagai pengulas...bandingkan mereka yang berkata dengan fakta dan kebenaran...cukup bukti baru bersuara, sentiasa cool dan macho....kalut2 tu...takutka...hu3...

Bicara tentang rindu


Penulis:
MOHD NAZRUL ABD NASIR,
RUMAH KEDAH HAYYU 10,
KAHERAH MESIR

artikel ini dipetik dari nazrulnasir.blogspot.com

sumber: naik bukit, turun bukit, jumpa....blogspot.com

Alhamdulillah diberikan juga peluang oleh Allah taala untuk tulis post yang terbaru ini. Kali ini kita akan berbicara tentang rindu.

Kesinambungan daripada cinta maka akan terbit perasaan rindu pada yang dicintai. Para pejuang Allah taala yang mencintai Tuhannya pasti akan merindui syahid. Seorang suami yang mencintai isterinya pasti akan merindui isterinya jika berjauhan. Begitulah seterusnya.

Rindu menurut para ulama ialah sesuatu perkara yang berlaku kerana terlalu mencintai seseorang. Maka terkadang rindu dibaluti dengan sikap berjaga-jaga. Terkadang ada juga yang terlalu berlebih-lebihan dalam mengungkapkan kalimah rindu sehingga melangkaui batas yang diletakkan oleh Syarak.

Bukanlah semua rindu itu sesuatu yang tidak baik dan menjijikkan. Kerana rindu yang dihiasi dengan iman dan taqwa akan menatijahkan sesuatu yang terbaik bagi sang perindu.

Rindu seperti yang kita ketahui, merupakan perkara yang berlaku selepas hadirnya cinta. Maksudnya, bila cinta mekar maka rindu akan hadir secara tidak langsung. Rindu juga adalah merupakan amalan hati yang mana manusia tiada kuasa untuk menghalangnya.

Menurut Syeikh al-Qadhi Muhammad Ahmad Kan’an , seorang perindu yang benar-benar menjaga dan menyembunyikan perasaan tersebut daripada pengetahuan orang lain akan mendapat pahala dan ganjaran di atas mujahadah yang dilakukannya. Bahkan al-Imam Tahtawi radhiyallahu anhu menyebutkan di dalam hasyiyah Muraqi al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah) , beliau menukilkan perkataan daripada al-Imam Suyuti radhiyallahu anhu :

“ Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan Syahid akhirat”.

Biar kefahaman lebih jelas, elok kiranya saya terangkan pembahagian syahid di sisi para ulama. Terdapat tiga jenis syahid seperti yang diterangkan oleh para ulama yang mensyarahkan kitab Jauharah Tauhid .

Pertama: Syahid Dunia- Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah(berjihad) tetapi niat mereka bukanlah ikhlas kerana Allah taala, malah untuk mendapatkan pujian dan penghargaan. Maka jika mereka mati ketika berperang dalam keadaan sebegini akan digelarkan Syahid dunia. Ini kerana semua orang melihat seolah-olah mereka mati syahid di dunia ini sedangkan mereka langsung tidak mendapatkan apa-apa ganjaran di sisi Allah taala di akhirat kelak.

Kedua: Syahid Akhirat- Ini merupakan golongan yang pada pandangan mata manusia mereka tidaklah kelihatan sedang berperang di jalan Allah taala. Tetapi jika mereka mati maka mereka akan memperolehi pahala dan ganjaran seumpama orang yang mati syahid. Contohnya seperti yang disebutkan di dalam hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam, ibu yang mati ketika melahirkan anaknya, orang yang mati kerana lemas, orang yang mati kerana sakit perut dan taun, orang yang mati kerana menahan rindu dan cinta terhadap seseorang dan dia menjaga dirinya, orang yang mati ketika menuntut ilmu dan lain-lain. Secara zahirnya kita langsung tidak melihat mereka mati dalam keadaan syahid. Tetapi di akhirat kelak, mereka akan mendapatkan ganjaran seperti orang yang mati syahid. Oleh kerana itulah mereka digelarkan Syahid Akhirat.

Ketiga: Syahid Dunia dan Akhirat- Ini merupakan golongan yang berjuang di jalan Allah taala dan mereka benar-benar ikhlas di jalan Allah.Jika mereka terbunuh ketika peperangan tersebut maka mereka digelarkan syahid dunia dan akhirat. Ini kerana di dunia manusia semua menjadi saksi bahawa golongan ini berjuang dan di akhirat juga mereka akan datang dengan pahala sebagai orang yang mati syahid di jalan Allah taala.

Maka jelaslah bagi kita, sang perindu juga (sama ada wanita atau lelaki) yang benar-benar menjaga rindunya terhadap kekasihnya dengan tidak melakukan perkara yang dilarang oleh Syarak maka jika dia mati di dalam keadaan sebegini akan memperolehi pahala orang yang syahid di akhirat kelak. Moga Allah menggolongkan kita dikalangan orang yang bersikap perindu sebegini.

Jika kita memahami sebenar-benarnya maksud yang diterangkan oleh ulama, maka kita akan merasa tenang hati. Masih ramai yang tidak memahami maksud rindu dan cinta. Malah sehingga menganggap jika seseorang mencintai seseorang yang lain maka sebenarnya dia telah melakukan sesuatu yang dicegah oleh syarak. Fahaman sebegini perlulah diperbetulkan. Kesalahannya bukan pada sifat cinta tersebut, yang menjadi kesalahannya ialah bagaimana orang yang punya perasaan cinta itu menunjukkan kecintaannya dan kerinduannya.

Islam adalah agama fitrah. Cinta dan rindu adalah fitrah seorang insan. Islam datang untuk menunjukkan cara sebenar mengendalikan cinta dan rindu. Bukannya menafikan rindu dan cinta itu hadir dalam kehidupan seseorang.

Perbuatan orang yang bercinta itu yang perlu dipersoalkan kerana mendahulukan nafsu daripada iman yang terdapat dalam sanubari mereka.

Jangan terlalu membenci cinta. Sudah banyak saya perhatikan orang yang menentang cinta yang hadir dalam dirinya dengan tentangan yang padu, akhirnya dia sendiri tersungkur dan menjadi orang yang lebih teruk daripada orang yang tidak membenci cinta sepertinya.

Saya menulis sebegini bukan untuk mengalakkan pasangan untuk bercinta. Bukan itu tujuan saya. Tujuan saya biarlah orang benar-benar faham apa itu cinta yang dimaksudkan oleh syarak.Apa itu rindu yang sebenar. Cinta dan rindu bukan hanya tertumpu pada lelaki dan wanita. Jika difahami sedemikian maka terlalu sempit pemahamannya. Cinta dan rindu itu umum.

Tanpa cinta maka kita akan berbalah tanpa meletakkan sedikit kecintaan pada sahabat seagama kita. Tanpa cinta maka kita tidak akan memandang seseorang yang berbeza pendapat dengan kita dengan pandangan yang mulia. Tanpa cinta semua akan jadi pincang. Ini hikmahnya Allah taala ciptakan cinta. Bukan untuk disalah gunakan. Tapi untuk dimanfaatkan sebaiknya.

Biar orang membenci, tapi hati kita tetap mencintai.Biar orang lupakan kita, tapi kita tetap merindui . Fikir-fikirkanlah.

saya sangat rindukan dia

Aku betul-betul rindukan dia, baru ja 2 minggu setengah bertapa di Tanjung Malim..namun hati sudah terpanggil-panggil balik kampung...sayangnya mau balik ke kampung tu bukannya macam balik ke Trolak yang bus bila-bila masa ada dan tambang sentiasa statik...mau balik ke kampung mesti booking tiket dulu, harga tambang pula macam harga kelapa sawit yang kejap naik kejap turun....terpaksalah aku memendam rasa..ce...

Rindu sangat dengan my mum..mana tidaknya rindu, setiap pagi mesti nama aku yang akan bergema seluruh pelusuk rumah mungkin juga di rumah2 jiran yang terdekat..."mot itu...mot ini"...semuanya Mot...sebelum tidur nama aku juga yang mak aku sebut...kalau lambat bangun sikit, mak aku akan stay kat tilam aku sambil menonton TV.."Mot bangunlah..tengok orang2 kat TV ni semuanya bangun awal, kucing kau pun sudah lapartu..nanti hantar makanan rumah nenek, lepastu.....pegi sana, pegi sini, buat itu, buat ini"...dan macam2 lagi..maka bermulalah kisahku sebagai orang gaji sukarela...tu baru schedule biasa belum masuk yg luar biasa..."nanti tolong telefon kilang semen, kilang sawit, kilang bata...pegi pejabat ambil surat pentaftaran c zubir...hantar sayur rumah aunty, bayar baki santan ngan mak cik sebelah rumah....ambil sayur di kebun..basuh tangga.." adui.....memang pening..but...aku rindu saat itu..bila sudah penat aku pun duduk depn mak aku...

"mak ni..bangun pagi ja nama aku, tidur pun 'mot' juga...sampai rumah jiran yang ke 15 tahu aku ada di kampung....pekerja2 yang buat rumah kat bawah pun semua sudah kenal anak mama ni...nanti,mak mesti rindu kalau aku sudah balik semenanjung...kali ni nama siapa pula yang mama panggil..."tengok2 aku yang rindu macam nak rak...oh my mum...harap my mum sentiasa dipelihara oleh Allah dan sihat walafiat...