Selasa, 24 Ogos 2010

tazkirah 1

Jika seorang hamba dipagi dan dipetangnya tidak mempunyai keinginan apapun kecuali Allah semata mata. Maka Allah akan menyempurnakan seluruh keperluannya. Allah akan memberi semua yang menjadi keinginannya. Mengosongkan hatinya dari cinta kepada manusia kepada cinta kepadaNya hingga menjadikan lisannya sentiasa berzikir kepadaNya. menjadikan anggotanya taat kepadaNya tetapi jika kita dipagi dan petangnya hanya tergantung keingan kepada dunia maka Allah akan membebankan kita pada semua keinginan kita. allah akan meninggalkan kita dan menjadikan hati kita sibuk dari ketaatan kepadaNya mengabdikan diri pada kerja dan manusia sesama kita. ingatlah jika setiap orang yangmengabaikan penghambaan diri pada Allah pasti dia diuji dengan penghambaan pada sesama makhluk lantas dia mencintai makhluk itu dna mengabdikan diri padanya! ( Ibnu Qayyim )

Isnin, 23 Ogos 2010

Tuhan itu tidak ada?


from: sahabat marsis

Seorang tukang gunting rambut sedang menggunting rambut seorang lelaki. Mereka banyak bercerita dan tiba satu ketika mereka bercerita tentang ketuhanan. “saya tidak percaya adanya Tuhan”, kata tukang gunting rambut.
“oh, mengapa tidak percaya adanya Tuhan?”, lelaki itu membalas kata-kata tukang gunting rambut itu.
“Begini, cuba saudara perhatikan di persekitaran kawasan kedai ini sudah cukup membuktikan bahawa tiadanya Tuhan. Jika Tuhan itu ada, pasti tiada sakit, tiada manusia yang bermasalah, tiada manusia yang hidupnya melarat dalam kemiskinan.
Jika Tuhan itu ada, tidak akan ada semua kesusahan. Saya tidak dapat membayangkan Tuhan Yang Maha Penyayang akan membiarkan semua ini terjadi jika benar Tuhan itu ada. Lelaki itu hanya diam. Dia tidak mahu memberikan apa-apa balasan kerana dia tidak mahu terjadinya pertengkaran pendapat.

Selepas selesai rambutnya digunting dan membayar upah kepada Tukang gunting rambut, lelaki itu keluar dari kedai itu. Sebaik sahaja keluar, beliau ternampak seorang lelaki yang tidak terurus rambutnya. Rambutnya panjang dan sangat kotor. Lelaki itu masuk semula ke kedai gunting rambut lalu berkata kepada si tukang gunting rambut. “Wahai tukang gunting rambut, saya sangat yakin kali ini bahawa sebenarnya tiada si tukang gunting rambut.”

“eh, habis tu saya ini siapa? Saya berada di depan mata kamu sebagai tukang gunting rambut. Bagaimana kamu katakan tidak ada tukang gunting rambut?”, Balas tukang gunting rambut. “Tidak ada tukang gunting rambut. Jika ada, bagaimana boleh ada seperti lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang yang tidak terurus dan kotor?” lelaki itu menunjukkan lelaki berambut panjang dan kotor itu kepada si tukang gunting rambut. “Oh..itu salah lelaki itu sendiri kerana dia tidak mahu datang ke kedai saya. Jika tidak pasti saya akan gunting rambut dia dan bersihkannya.”, jawab si tukang gunting rambut dengan yakin.

“Jika begitu bagaimana saudara katakan Tuhan itu tidak ada? Sedangkan saudara dan mereka yang ditimpa kesusahan itu TIDAK PERNAH CUBA MENCARI DAN DATANG KEPADA TUHAN? Tidak pernah cuba memohon kepadaNya untuk berada dekat denganNya. Oleh kerana itu banyak yang sakit dan ditimpa kesusahan di dunia ini sedangkan Allah SWT itu Maha Penyayang.
Si tukang gunting rambut terdiam dan terpaku kerana tersedar selama ini dirinya tidak pernah mencari Tuhan yang sebenar lalu mengatakan Tuhan itu tidak ada.

~ISLAM CARA HIDUP KITA~


__._,_.___

Jumaat, 20 Ogos 2010

Aku yang terlalu lemah

Memang aku terlalu lemah..aku jd sangat lemah tika ni...semua jadi serba salah...kalau ikutkan kewajaran aku boleh buat apa pun yang aku suka...tapi aku hanya mampu berdiam...

ya aku lemah...sbb aku sudah terlalu syg dgn mereka...mereka yg aku anggap darah dagingku sendiri...mungkin kasih syg itu x penting bagi mereka...tapi yg pasti aku jd begini sebb aku sayangkan mereka...mereka mengajarku byk perkara...membuat aku terus kuat bertahan...sampai aku x kisah kalau mereka marah2 ngan aku, menyakitiku...tapi aku mula tertanya2 apakah erti sayang itu bagi mereka?...

dan aku hanya mampu mengadu padaNYA supaya aku boleh memahami mereka...

Isnin, 16 Ogos 2010

Dunia yg macam-macam ada...

Ya Allah permudahkanlah aku dlm mencapai satu jalan kepastian dalam hidup...cukuplah sampai di sini...aku rasa aku perlu mengakhirinya walau bagaimana cara sekalipun..puas sudah ku pujuk hati, namun memang inilah takdirnya...harap semuanya berjalan lancar dan mereka dapat memahami....Ya Allah sesungguhnya Kau lebih memahami...dan permudahkanlah aku untuk menyatakan keputusan ku ini....semoga jika ada cerita lagi pada satu hari nanti biarlah semuanya atas izinMu dan redhaMu...sesungguhnya kami hambaMu yang lemah hanya mampu untuk berdoa, dan segalanya di tanganMU yang Maha Berkuasa...bawalah hatiku hanya untukMU.....

Ahad, 15 Ogos 2010

virus-virus yang membunuhku..

aduhai c badan...
virus-virus sdh menjalari seluruh tubuhmu....
membuatkan kau leka bagai pokok yang tidak berbuah...
diam ibarat menanti pokok taugeh bertelur...

viru-virus dikesan...
virus malas telah memonopoli...
diikutu virus game plants vs zombi...
dan seterusnya internet yang 24 jam excellent atau very good.....
televisyen yang sentiasa memanggil2 di ruang tamu...
dan..itu dia bantal serta tilam yang menjadi peneman setia...

akibatnya.....
semua kerja x jadi..
berkurung di rumah 24 jam sehari...langsung tak tengok dunia luar...
termenung dan merenung syiling yang aku tau sedang mentertawakan diriku yang malas...

seminit menaip sdh buatku letih...
dan sejam yang tiba2 membawaku terbang entah ke dunia mana..

oi virus-virus nyahlah kau dr badanku..
aku byk kerja ni...
satu pun tak gerak lagi...
nanti hujung2 jadilah aku mak datin yang terpaksa ke hulur ke hilir menyiapkan kerja..
nnt last2 sem aku kan jemput kau dtg setelah kerja ku selesai ya virus-virus sekalian...
huhuhuhu...

Jumaat, 13 Ogos 2010

Erti wajahku baginya...



hurmm...kadang-kadang aku terfikir juga...adakah muka aku ni muka yg mengingatkan tentang kesusahan...waktu susah barulah sibuk cari aku, waktu senang ekor mata jak memandang aku...ada tu langsung x pandang...dulu memang aku x kisah...lantaklah dia nak cari bila2 masa pun aku x kisah asalkan aku masih berupaya utk bersamanya...tp sekarang setelah bertahun2 selalu menjadi mangsa keadaan begini, tiba2 aku jadi sensetif tak bertempat...memang manusia, manusia biasa yang mudah terguris insang hatinya....walaupun aku tak suka memikirkannya tapi dia tetap juga datang...syuh2....telah ku halau tapi tetap singgah seketika..

ermm..patutkah aku fikir benda2 yang akan melumpuhkan hati dan jiwa insan ni..takut nanti semakin lama semakin lain jadinya..tapi bagaimana nak tolak ia ke tepi?...sebab aku pasti akan melaluinya....aku tak harapkan perhatian berlebihan dr seorang teman, tapi bila aku dah buat muka kesian separu merayu menyeru namanya...(tu baru seru nama belum bagi tau lagi benda apa yg nak diminta tolng)dia buat x tau je...ermm sakit juga rasanya..tapi aku x pernah diajar utk membenci...dan terlalu sukar rasanya membenci org yang sdh sebati dlm kehidupan kita...wlu sebesar mana tergurisnya insang hatiku, tapi pujukanNYA akan melenyapkan semua bala bencana hati...semoga insan di luar sana akan belajar untuk menghargai...

ingatlah..sesaat yg terlewat dan sekecil-kecil kesilapan mampu membuatkan hidup menderita sepanjang hayat..kerana kesal yg terlambat dan ego yang x bertempat..mungkin juga kau bisa temui yg sama seperti itu, tapi kenangannya x akan semanis yang pernah dicipta bersama...dan gud bye...maaf anda sdh jauh tertinggal dlm dunia ciptaan anda sendiri...

Khamis, 12 Ogos 2010

Jelajah Kundasang..



cuti sem yang lalu aku telah menjelajah kundasang ngan family selama 3 hari dua malam..salah satu tempat yang tersejuk di Sabah...memang best...dengan suasana yg sejuk jauh dari bahang matahari yg membahang...

dan yang paling bestnya...semua kos kakak2 aku yg tanggung....freeeeee....part ni lah yg paling best...hu3

Isnin, 9 Ogos 2010

seni

cantik gambar ni.......satu pemandangan yang menggambarkan realiti kehidupan dunia..tahniahlah kepada editor gmbr ni....mmg cantik!!!...















from: Saiful Bahri Abidin (facebook)

1001 rasa

malam ni rasa macam seribu satu rasa ada....bercampur-campur kemudian berbelit-belit...terlalu sukar utk dirungkai...jadilah aku insan kaku yg tidak tahu ke mana dan apa yg perlu dibuat...aku hampir ke jalan buntu namun masih cuba bertahan...memang hidup sudah biasa dengan ujian...bukan ujian yg ditakuti namun aku takut hati menghampiri rasa putus asa yang akan membwa lebih byk lagi penyakit hati...dah diri akan menjauh dariNYA..aku x sanggup jauh dariNYA..rasanya sgt sakit...Ya Allah hindari aku dari putus asa.....tiada lagi tempatku mengadu dan berteduh melainkan MU Tuhan Yang Maha Agung dan Esa...tempatku bermohon dan mencampakkan seribu rasa...hanya DIA yang Maha Mengetahui...Ya Allah genggamlah hati2 kami agar sentiasa denganMU....

Rabu, 4 Ogos 2010

rindu....

Ya Allah, tabahkanlah hatiku menerima dugaan MU ini...sungguh aku benar2 rindukan dia tika ini...aku rindu mengucup tangannya....aku rindu usapan tangannya yg kasar di kepalaku... Ya Allah dia adalah sumber kekuatanku dalam mencari redhaMu, namun dia telah pun pergi atas ketentuanMU...seperti membawa kakiku sebelah pergi dari melangkah....tiap kali aku tewas dengan dugaan dunia dia pasti ada denganku membisikkan kata-kata untuk memujuk hatiku walaupun sekadar mendengarnya melafazkan ayat-ayat Mu tika sujud menghadapMU....setelah sekian lama rasa itu kembali lagi, aku terasa sangat kehilangan dan sangat merindumu...aku ingin melihat wajahmu dan mendakapmu seperti mereka yang punya insan teristemewa seperti kamu...

Ya Allah redhakanlah aku atas pemergiannya....dulu aku mungkin terlalu rapuh dan lemah..tapi aku perlu lebih kuat dalam menghadapi cabaran hidup ini....aku perlu membiasakan diri tanpanya....berdikari atas diriku sendiri...aku tidak kuat ya ALLAh, namun aku perlu menguatkan diri...kerana aku mesih perlu brjuang utk org2 yg aku sayangi...ya Allah aku mohon supaya dia diberi ketenangan dan kebahagian selalu...izinkan aku merinduinya kerana kenangan ini...semoga Allah selalu meniup ruh perjuangan dlm diriku agar sentiasa berada di atas jalanMU dan redhaMU...