Ahad, 15 November 2009

cerita Aisyah



Tengah2 nak kemas kini laptop aku ni..tiba2 aku terjumpa sebuah cerita yg aku tulis waktu sem satu dulu..bila baca balik...eh...x sangka ada bakat jugak aku ni dlm bidang penulisan (alamk t'puji diri sendiri pulak)..cerita tentang kisah 'anakku' yg hampir sama ngan cerita hidupku...cerita ni aku nak kongsi ngan semua yg membaca lah..yg x baca tu mcm mana nak kongsi..emm..bacala klu sudi...


Date:October,19 2008
Time:4.45 Pm

Sebelum masuk u aku sempat mengajar di sebuah tadika islam,tadika yg sungguh daif tapi mempunyai kasih sayang yang amat banyak antara tenaga pengajar dan pelajar. Di sana aku belajar banyak benda antaranya keikhlasan dan kekuatan hati. Betapa hidup ini bukan hanya mengharap keuntungan tetapi juga memerlukan sebuah keikhlasan yg tinggi untuk berkongsi sesuatu yg telah dianugerahkan Allah.Melayan karena si kecil adakalanya mencabar kekuatan hati,menuntut sebuah kesabaran yg tinggi. Bila berada jauh dari mereka baruku sedar betapa aku menyayangi dan amat merindui mereka.Mereka membuatku terhibur di saat kesedihan,di saat aku cuba melupakan sesuatu yg begitu lama mencengkam hati. Ya..mereka hanya insan biasa tapi setiap apa yg terlukis di wajah mereka memberi seribu erti bagiku. Dan aku juga guru paling muda waktutu..pening jugak sebb ank2 ni anggap aku sebaya ngan diorg (mcm kwn2)..hmm

Baru-baru ni aku mendengar cerita sedih yg berlaku pada seorang anak muridku,Aisyah. Ayah Aisyah telah kembali ke rahmatullah dalam keadaan yg sungguh menyayat hati.Lantas memoriku melayang mengingati setiap detikku bersama Aisyah. Dalam usia seawal 5 tahun aku dapat melihat Aisyah banyak menyimpan sesuatu kenangan yg pahit,aku sering melihatnya termenung dan berkhayal dan bila aku memancingnya untuk menceritakan masalahnya dia hanya tersengih memandangku. Bagaimanakah penerimaan Aisyah tentang apa yg menimpanya? Aku tidak sabar bertemu dengannya. Lantas mindaku cuba mencari beberapa hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa Aisyah. Aku juga mengalami hal yg sama setahun yg lalu tika ayah pergi ke destinasi manusia seterusnya,ayah tidak meninggalkan kami Cuma sudah tiba masanya di mana ayah terpaksa ke destinasi seterusnya,waktu itu aku bagai tidak berdaya,semangatku jadi lemah..aku mempersoalkan mengapa ayah pergi terlalu awal di saat kami masih memerlukannya..otakku jadi lemah seketika.

Kini aku mula mengerti,ajal itu ketentuan Allah. Sepedih-pedih hatiku dalam merelakan pemergian ayah ada lagi insan yang lebih pedih. Allah meminjamkan ayah kepadaku selama 18 tahun,sementara Aisyah hanya 4 tahun. Dan sedar tak sedar jg aku telah byk melukakan hati ayah selama 18 tahunku bersamanya. Dulu aku tak puas hati mengapa Allah pinjamkan ayah padaku dalam waktu yg cukup singkat,aku tidak sedar yang suatu hari aku juga akan ke sana,kerana dunia bukan persinggahan yg abadi melainkan satu tempat untuk kita menambah amal ibadah,akhiratlah yang kekal abadi buat setiap makhlukNya. Apa yang ada di sekeling kita waktu ini hanyalah pinjaman semata-mata,terpulang pada kita untuk mengurus dan memikirkannya.sekarang persoalan yang perlu kita fikirkan bilakah giliran kita ke destinasi seterusnya? Adakah kita sudah bersedia ataupun menyerah dengan redha ke ‘penjara kehidupan’ yang sungguh pedih? Aku menghitung seketika apa yg aku miliki setakat ini untuk di jadikan bekalan tapi aku bagai mengira jumlah sebanyak jariku begitu sikit dan yg ada sungguh tidak berkualiti untuk dipersembahkan kepadaNya.

“Ya Allah sinarkanlah hidupku dengan keimanan kepadaMu..”

mengenali Ahmadinejad..







Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Di bawah pentadbirannya, setiap kali beliau melantik mana-mana individu untuk memegang jawatan menteri, beliau akan mengarahkan individu tersebut untuk menandatangani sebuah dokumen yang menggariskan pelbagai syarat-syarat yang perlu dipatuhi, terutamanya yang menekankan bahawa individu tersebut harus sentiasa kekal dalam kesederhanaan dan akaun-akaun persendirian serta milik ahli keluarganya akan sentiasa diperhatikan dan perlu meninggalkan pejabatnya kelak dalam keadaan yang bermaruah. Oleh itu, adalah satu kesalahan yang besar untuk individu tersebut dan ahli keluarganya mengambil kesempatan ke atas jawatan yang dipegangnya itu.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.
Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.
Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.
Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.
Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi.

Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

sumber:http://www.izoblog.com/