Jumaat, 31 Julai 2009

cinta Sang Ratu dalam Seputih Qaseh..


Aku nak jadi Sang Ratu..
Untuk kerajaan hatiku..
Hidup girang gembira...
Seperti burung di udara...
Terbang bebas merenung ciptaan Yang Esa...

Walaupun ratu hatiku adalah aku...
Tapi masih bernaung di hati insan pilihan..
Yang menjaga dan memberi kasih sayang...
Seikhlas kasih,sesuci perasaan..
Utusan Ilahi buatku yang sepi...

Namun segalanya milik Rabbi...
Dari tasbih hati hingga jasad dan ruhhi...
Mengapa harus ku butakan hati...
Jika kebenaran terbentang meliputi...

Jangan kau tidakkan rasa hati...
Yang mula damai dalam pengabdian..
Kelak kau akan hilang selamanya..
Dalam dunia penipuan yang kau dirikan...
Bersama binaan keangkuhan...

Bila terjatuh jangan cepat mengalah...
Bangun,walaupun sekadar memujuk diri..
Kerana semuanya ada di hati...
Hanya kau yang mengerti...
Kerana kau Ratu kerajaan hati..
Dan cintamu,jadikan setulus cinta sang ratu..
Mencipta seputih qaseh..

Rabu, 29 Julai 2009

???



Assalammualaikum buat warga dunia...semoga dirahmati selalu

Tanpa diduga cuti p'tghn sem diawalkan seminggu,tinggallah aku m'bilang setiap bus yang berselang seli meninggal'n kampus b'sama warganya...cee...sedihnya nak balik juga,,,2 sem,cuti seminggu aku jaga kolej....sem ni pula,up sikit aku jaga kampus...heehee..sbb kampus tu dpn rumah aku jak,bolehlah tolong jeling2..kat kolej dulu aku sorg2 jak kat rmh sem ni ada la juga teman aku...

Bahana ujian menimpa,buat kita relaks sedikit,bukan utk goyang kaki mahupun kepala nan satu..tapi mengenangkan segala dosa mahupun kesilapan yg sengaja atau tidak selama perjalan hidup...yg pasti kuarantin atau tidak,cuti atau tidak aku tetap duduk kat rumah..memerap mengalahkan wanita paling pemalu dalam dunia...kepada yg balik kampung jgn lupa bawakan aku sebiji dua rambutan atau langsat..kesian kat aku...tk kesian???

Teringat pesan kakak aku semalam...balik dr kelas,terus balik rumah..jgn merayau-rayau..mkn ubat..klu sakit terus g klinik..n....bla..bla...bla...padahal kakak aku x ckp pun aku tetap bertapa kat rumah..

Dalam keboringan yg melampau...aku pun joinlah kakak rumah aku tengok Syurga Cinta..boleh tahan la..tp aku tgk sekejap sekejap jak..

Apapun..Allah itu sentiasa bersama kita pintalah apa saja..kerna kuasaNya melebihi segala...milikNya semua yang ada..jgn malu jgn segan..Yakinlah padanya

Salam..

Rabu, 22 Julai 2009



Hidup ini satu pertaruhan,
Yang perlu membuat pelbagai pilihan,
Pilihan yang memerlukan keberanian,
Untuk menerima setiap kenyataan,

Jika kenyataan memeritkan,
Kita mula menyalahkan pilihan,
Yang akhirnya tercipta lagi satu kesalahan,
Kenapa tidak kita jadikan iktibar,
Sebagai pengajaran daripada kegagalan,

Walau apapun kenyataan,
kita perlu membuat pilihan,
Buatlah sehabis baik walaupun ia menyakitkan,
Daripada menanggung di kemudian,

Pilihan ini kita tentukan kerana
kita tahu sebab dan alasan,
Orang lain boleh pertikaikan sebagai pembetulan,
Tapi tak layak pandang sinis kesian,

Teruskan juang usaha,
Jika kita tahu Dia bersama,
Setelah kita serahkan sepenuhnya,
Hidup kerana DIa,
Bukan kata-kata....

Rabu, 15 Julai 2009

cerita lara di jiwa...



cite drpd sebuah blog yg sungguh menyentuh hati...membuatkan aku terkenang dgn sesorg...semoga amanlah roh mu di sana...

Petang itu aku menangis lagi.Sendirian di kamar. Untung ada Puteh di sisi. Kucing itu tahu betapa tuannya ini sedang menanggung beban jiwa yang parah.

Hati aku pedih.Sakit! Menangislah wahai hati..

Gelora di jiwa aku khabarkan pada Yang Maha Kuasa. Yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya hanya pada Dia.

Mana mungkin bisa diungkapkan pekung keluarga kepada umum. Mana mungkin!Biarlah ia terus indah pada pandangan luar, seksa dalaman teruskan dihijab.
Aku? Hanya seorang anak. Anak pinjaman Yang Esa pada sepasang hambaNya bergelar ibu dan ayah.

"Dan Dialah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi) dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)." Al-Anaam (6:98)

Maka,tanggungjawabku hanya satu.

"Jadi anak solehah!"

Jangan kau durhaka pada ibumu. Jangan kau cuba melenting di depan bapamu.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." Al-Isra (17:23)

Demi ayat-ayat Allah itu, jiwaku lemas. Lemas dalam timbunan dosa yang bertimpa-timpa. Ampuni aku Abah! Sungguh aku khilaf dalam perilakuku. Air mukaku tidak mampu memalsukan amarah di jiwa.
Marah?! Layakkah kau marah pada Abah? Tanya pemilik hati ketika si waras mula berdebat dengan sang emosi. Di mana kau letakkan aku;kewarasanmu ketika kau tahu tindak tandukmu bisa menyakiti hati Abah? Kau sengaja bukan? Kau sengaja berlaku begitu kerana kau mahu sang emosi menjadi puas. Kau mahu nafsu amarahmu turut sama puas.

Kau palingkan muka, kelatkan wajah.Sengaja. Supaya Abah tahu kau sedang lancarkan perang dingin. Dan ternyata kau memang puas. Kau biarkan Abah dengan perang emosimu tanpa kau peduli samada dia tahu atau tak hujung pangkal tindakanmu. Ah,dengan bersenjatakan hati perempuan! Kau memang cukup hebat dalam strategi perang sebegitu.

Tidak kasihankah dikau pada wajah tua itu?

Tidak simpatikah kau wahai jiwa, tatkala makanan pertama pagi tadi ditelan tawar oleh jiwa bapa. Makanan yang sepatutnya dihadam supaya menjadi tenaga untuk fizikalnya bekerja. Untuk siapa dia bekerja? Untuk siapa wahai hati?

Jangan kau pandang kekurangannya. Kekurangan manusia sentiasa besar di pandangan mata manusia. Tapi pandanglah kebaikan Abah dengan pandangan mata hati.

Mata hati kau tahu, kebaikan dalam diri Abah berganda-ganda lebih besar dari kekurangan dirinya. Pandang sekeliling wahai mata hati, adakah lagi seorang Abah yang lain seperti dia?

Adakah lagi seorang Abah lain yang mampu bertahan dengan setiap perang dingin yang kau lancarkan?

Adakah lagi seorang Abah lain yang hanya memendam perit pedih membesarkan anak perempuan tunggalnya yang hanya tahu memandang kekurangannya?

Adakah lagi seorang Abah lain yang begitu sabar melayan kau; wahai anak.. yang hanya tahu meminta tanpa mahu mengerti erti memberi?

Adakah lagi seorang Abah lain yang masih sudi menjamah santapan semeja dengan anaknya walupun hati Abah itu tahu betapa anaknya tidak suka memandang wajah tua ini?
Adakah lagi Abah lain selain dia untukmu?

Selasa, 7 Julai 2009

Tazkirah..

Tazkirah melalui e-mail yg selalu di hantar oleh seorg hamba Allah yg x dikenali..Terima kasih atas setiap peringatan yg diberikan,semoga menjadi iktibar utk diri dan org lain..

• 12:03 PM
23/6
PETIKAN NASIHAT IBNU QAYYIM 1. DIDALAM HATI MANUSIA ADA KEKUSUTAN DAN TIDAK AKAN TERUNGKAI KECUALI MENERIMA KEHENDAK ALLAH S.W.T 2.DIDLM HATI MANUSIA ADA KEGANASAN DAN TIDAK AKAN HILANG KECUALI BERJINAK DGN ALLAH SWT. 3.DIDLM HATI MANUSIA ADA KESEDIHAN DAN X KAN HILANG KECUALI MERASAI NIKMAT ALLAH SWT. 4. DIDLM HATI MANUSIA ADA KEGELISAHAN DAN AKAN TENANG DAMAI BILA BERLINDUNG, BERTEMAN DAN BERJUMPA DGN ALLAH SWT. 5. DIDLM HATI MANUSIA ADA PENYESALAN DAN AKAN PADAM BILA REDHA DGN SURUHAN DAN LARANGAN, QADA QADAR ALLAH SENANTIASA BERSABAR SEHINGGA MENEMUI YG AZALI. 6.DIDLM HATI MANUSIA ADA HAJAT DAN TDK AKAN TERBENDUNG KECUALI KECINTAAN PD ALLAH DAN BERMOHON PD NYA. SENANTIASALAH BERZIKIR KPDNYA WASSALAM


• 10:51 PM
28/6
hadis 32....TIDAK BOLEH MEMBUAT KEROSAKAN..........................Dari Abu Said,Sinan Al-Khudri radhiallahuanhu,ssguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda:"tidak boleh melakukan perbuatan (mudharat) yg mencelakan diri sendiri dan org lain."


• 3:07 PM
7/7
janganlah kamu terlalu gembira di dunia!!!!!


• 3:34 PM
7/7
Tanda 7 hari sebelum hari mati Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang yang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.