Sabtu, 24 November 2012

Barang baik punya..!



 Hari ni beli beg dengan purse..memang comel gila...harga pun memaaang murah...hehe


Beg yang ala-ala Bumble Bee
RM 19.90









Purse Hello Kitty
RM 5.99
(murahhhh sahaja, mampu dimiliki oleh golongan-golongan macam aku ni)





Air Terjun Bakong-bakong, Beluran, Sabah

Cuti sekolah telah pun bermula...destinasi pertama keluarga ku ialah Air Terjun Bakong-bakong. Walaupun terletak jauh daripada Bukit Garam, namun digagahi juga diri dan para kerabat untuk ke sana bagi menikmati  keindahan alam ciptaan Allah.

Bayaran masuk bagi dewasa hanya RM2, manakala kanak-kanak pula hanya RM1...memang berbaloi-baloi..cuma kemudahannya agak mendukacitakan. Kawasannya juga agak terpencil dan jarang dikunjungi orang ramai. Kebetulan waktu itu hanya keluarga kami yang ada, apalagi....bushhhh...


















Sepetang dengan Iyin

Bersiar-siar di halaman rumah dengan anak buah yang tercinta..memang buat pening kepala...


Yiyin yang nakal..


















Selasa, 20 November 2012

Jalan menuntut ilmu di Sabah siri ke2

Aduan seorang pengadu :

 " assalamualaikum & salam sejahtera. Tuan, di sini saya ingin berkongsi beberapa keping gambar di tempat saya berkhidmat. Untuk pengetahuan pihak tuan, saya berkhidmat sebagai guru di salah sebuah sekolah di pedalaman Pensiangan Nabawan. Sekolah Kebangsaan Saliku merupakan sebuah sekolah yang jauh dan agak terpencil kemudahan perhubungan seperti jalan raya, telekomunikasi (pencawang) masih belum dirasai oleh penduduk setempat. Sebagai seorang guru, kemudahan seperti ini amat penting bagi menyelesaikan tugas seharian. Gambar yang saya sertakan ini berkenaan keadaan 'jalan raya' yang masih belum layak digelar jalan raya Orang kampung dan guru saling bekerjasama membina sendiri laluan alternatif berikutan keadaan jalan yang amat berisiko. Saya turut menyertakan situasi murid-murid yang datang ke sekolah dengan menggunakan jambatan yang hampir patah. Diharap pihak tuan dapatlah membawa gambar-gambar ini ke tempat yang sewajarnya."

 p/s; Murid-murid di sekolah ini tinggal di dua buah kampung..antaranya ialah Kg. Saliku dan Kg. Sibuah, bagi murid-murid yang tinggal di Kg. Sibuah, mereka terpaksa bertolak dari rumah lebih kurang jam 6.00 pagi untuk sampai ke sekolah.Namun mereka tetap terlewat disebabkan kedaan jalan yang terlalu teruk. 

Sumber: Facebook 1 Suara Sabah

Sabtu, 15 September 2012

Tips pembahagian pendapatan



Entry kali ni saya ingin berbicara tentang tips pembahagian pendapatan. Terdapat sebilangan pekerja yang sering menghadapi masalah kewangan walaupun adakalanya pendapatan yang mereka perolehi mencapai sehingga 4 angka ke atas. Adakalanya kita pun tertanya-tanya, ke mana pergi duit yang kita perolehi? Kita juga sering beranggapan yang gaji memang tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup kehidupan dalam masa yang sama kita terfikir, kenapa perkara tersebut berlaku, padahal ada insan yang lebih rendah gaji dan lebih banyak tanggungan dari kita, namun masih boleh bertahan selama sebulan.

Teringat, waktu zaman kemiskinan dahulu..200 ringgit itu sudah cukup untuk kami sekeluarga mengalas perut dalam 2 minggu dengan saiz keluarga yang agak besar. Malahan kami hanya dibekalkan 15 atau 20 ringgit duit belanja ke asrama yang terletak jauh di bandar sandakan. Tambang ke bandar waktu itu adalah 7 ringgit. Dan baki duit itula yang kami simpan sepanjang berada di asrama selama sebulan. Orang kata tinggal asrama ni beruntung, dapat makan sedap-sedap..tidak payah bersusah payah untuk membeli makanan. Walhal, bila malam menjelma, pelajar-pelajar sudah mula kelaparan (mungkin sebab jadual makan yang awal, sebelum maghrib).

Tapi bila dalam terdesak begitu, kita akan sentiasa beringat untuk mengurus duit dengan baik dan tidak membazir. Kita pun terlatih untuk membezakan antara keperluan dan keinginan. Jika keinginan yang didahulukan, maka terpaksa la berkorban untuk menabung dan berjimat.

Saudara Irfan Khairi, seorang jutawan internet ada menyatakan “Perlu berhemah ketika berbelanja kerana kekayaan adalah tentang berapa banyak yang kita simpan"

Beikut merupakan tips pembahagian pendapat yang saya petik daripada blog AfhamRahman.blogspot.com


• 55% adalah untuk necessity (NEC) perbelanjaan pelbagai, duit ini dibelanjakan seperti pembayaran kereta, rumah, bil-bil dan perbelajaan harian keluarga.
• 10% adalah untuk Financial Freedom Account . Ia merupakan satu tabung di mana tabung ini merupakan bukan untuk perbelanjaan tetapi untuk pelaburan. Disiplinkan diri anda untuk tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan wang ini.
• 10% untuk Long Term Saving for Spending (LTSS). Simpanan ini adalah simpanan bagi mengisi keinginan pada masa akan datang. Contohnya, simpanan ini boleh digunakan untuk mengerjakan ibadat haji bagi yang beragama islam.
• 10% untuk pendidikan. Simpanan ini digunakan untuk membiayai pendidikan untuk diri sendiri ataupun keluarga.
• 10% untuk Play Fund duit ini digunakan untuk memanjakan diri sendiri seperti melancong, membeli pakaian baru dan sebagainya.
• 5% untuk kebajikan atau derma. Simpanan ini digunakan sebagai persiapan sekiranya berlaku kecemasan. Selain itu, baik juga kiranya sebahagian daripadanya untuk aktiviti kebajikan atau menderma kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan pertolongan kita sedikit sebanyak meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.

Jumaat, 14 September 2012

Ciri-ciri wanita idaman lelaki


Hehehe..sekali tengok macam entry jiwang, tapi lucu bin geli hati pula lepas baca...




Tapi memang betul pun nasihat ni..

Bila masuk surau umum, mesti rasa terbau something, bau masam, tengik..kita pun jadi tidak selesa untuk solat..kadang-kadang menyengat sampai tidak boleh bernafas dengan normal..tu baru udara dalam surau belum lagi disarungkan telekung ke badan..pergh...memang sesak seluruh anggota pernafasan...

Apalah salahnya, sudah guna tu, lipatla elok-elok..tapi, bagi aku lebih sesuai kalau disangkut guna hanger, supaya udara boleh mengeringkan peluh-peluh dan air-air yang melekat di telekung..rasanya kerja ni tak la sampai 1 jam, 10 minit pun tak sampai...

Menjaga kebersihan tu tanggungjawab kita, lagi-lagi tempat beribadah...ada juga pahala yang kita dapat...:)

Rabu, 12 September 2012

Ada masanya kita perlu kejam!



Entry yang berbahaya jika tidak habis dibaca...

Dalam dunia ini hidup adakalanya terlalu banyak pilihan,
Pilihan pula semuanya penting untuk difikirkan,
Pilihan yang mencapai tahap 'diluah mati mak, ditelan mati ayah',
Betapa pentingnya kita membuat pilihan dari segala aspek kehidupan...

Bila dalam situasi begini,
Aku akan menarik nafas panjang-panjang, bulatkan tekad,
dan kata pada diri, adakalanya kita perlu menjadi kejam!!...
Mungkin bagi orang lain, kita hanya pentingkan diri, dan tak penting kan perasaan orang lain, apatah lagi yang telah banyak berkorban untuk diri kita..

Tapi..
Perkara yang paling penting dalam hidup ialah diri kita,
Sebelum anda menjadi 'kejam', anda perlu mengenali diri anda sendiri..
Tahu yang terbaik untuk diri anda dan orang lain..
Adakalanya, pilihan yang kita buat itu kelihatan kejam di mata mereka pada waktu SEKARANG, tapi jika kita tidak bertindak kejam sekarang, keadaan akan membuat hidup mereka lebih merana dan menderita suatu hari nanti...

Ingatlah!!!
Bukan semua benda dalam dunia ini kita boleh miliki,
Yang indah itu tidak semuanya bahagia, dan yang buruk itu tidak semuanya menderita..
Semuanya ada di tangan kita, hanya kita yang mampu mengubahnya..

Lepas bertindak kejam tu, jangan lupa berdoa supaya Allah tunjukkan yang terbaik buat kita, dia, mahupun mereka...:)

AMARAN KERAS: Maksud kejam di sini, bukannya sesuatu yang boleh meragut nyawa, dan mencederkan nyawa orang lain...tidak berunsur pembunuhan, pergaduhan, atau sepak terajang..

Tawakal dan Redha dalam cinta




Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?

Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.

Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.

Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…

Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.

Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi.. yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…

Isnin, 10 September 2012

Hukum menziarahi Kubur



Hukum Menziarahi Kubur

Menziarahi kubur disunatkan untuk lelaki, dan makruh bagi perempuan kerana sifat perempuan yang lemah hati, lekas susah hati...ditakuti perempuan akan berkeluh kesah , menitiskan air mata sehingga lupa kekuasaan Allah.

Sabda Rasullah S.a.w:

Dari Buraidah, Rasullah s.a.w telah berkata...dahulu aku telah melarang kamu menziarahi kubur, dan sekarang Muhammad telah mendapat izin untuk berziarah ke kubur ibunya, maka ziarahlah kamu, kerana sesungguhnyaa ziarah itu mengingatkan akhirat' Riwayat Muslim, abu Daud dan Tirmidzi

Sabda Rasullah S.a.w,

Dari Abu Hurairah, Sesungguhnya Rasullah S.a.w telah mengutuki perempuan-perempuan yang ziarah ke kubur'. Riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Tirmidzi

* Hukum ini saya petik daripada buku yang bertajuk Fiqh Islam tulisan sulaiman Rasjid. Buku ini telah ditulis sejak tahun 1954 lagi, terbitan Attahiriyah, Jakarta. Buku yang menjadi rujukan utk kami sekeluarga...selamat Beramal...:)

Sabtu, 8 September 2012

Leptospirosis (Penyakit kencing tikus)

INFO PENTING DAN HARUS DIBACA!

Pada Hari Minggu yang lalu Satu Keluarga bersiar² dengan membawa beberapa minuman tin. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga dimasukkan ke hospital dan ditempatkan di 'Bilik Intensive Care Unit.'

Dia meninggal pada hari Rabu. Hasil autopsi menyimpulkan ia terkena Leptospirosis. Virus ini terlekat pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas/cawan. Hasil test menunjukkan tin tersebut telah terkena (dijangkiti) urin tikus yang sudah mengering yg mengandung leptospira.

kita dinasihatkan agar membilas secara rata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Kebiasaanya tin² minuman ini disimpan dalam gudang dan terus dihantarkan ke kedai² runcit, tanpa dibersihkan.

Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua minuman tin lebih tercemar jika dibandingkan dengan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.)

Jadi, bersihkan tin minuman terlebih dahulu dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan.

Sumber: I&Partners Solutions

BAHAYA PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)

Semenjak negara digemparkan dengan berita tentang enam kematian yang disebabkan oleh penyakit Leptospirosis dan Melioidosis. Akhbar-akhbar tempatan mula membangkitkan isu penyakit ini, malah ada yang mengatakan bahawa penyakit ini adalah penyakit baru dan misteri di Malaysia. Pendapat ini adalah salah! Leptospirosis bukanlah penyakit baru di Malaysia, tetapi ia merupakan penyakit yang jarang berlaku.

Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Leptospirosis di Malaysia?

Leptospirosis di Malaysia telah dikesan buat pertama kalinya pada tahun 1925 oleh seorang saintis bernama Fletcher W. Setelah itu, para saintis telah membuat kajian yang lebih terperinci bagi menjejaki kes-kes Leptospirosis di Malaysia. Sebagai rumusan, para saintis mengumumkan bahawa penyakit Leptospirosis amerupakan endemik di negara kita pada waktu tersebut.

Kes pada tahun 1925 tersebut merupakan kes yang membawa maut (fatal case) yang disebabkan oleh bakteria Leptospirosis icterohemorrhagiae Fletcher W. juga telah mengenal pasti serotip-serotip lain daripada genus Leptospira di dalam sampel-sampel biologi daripada 21 orang pesakit. Pada tahun 1926 pula empat kes telah dikesan di Singapura (yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaysia) oleh saintis Galloway.

Pada peringkat awal penyakit ini dikesan di Malaysia, kebanyakan pesakit menunjukkan simptom demam kuning (jaundis), manakala dalam kalangan askar pula, simptom yang ditunjukkan adalah demam panas.

Bilangan kes dan kematian yang disebabkan oleh Leptospirosis pada waktu itu sangat membimbangkan. Para saintis telah menggelar penyakit ini sebagai penularan penyakit baru dalam kalangan masyarakat Malaya.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan.

Apakah penyebab Leptospirosis?
Leptospirosis disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira. Leptospira pertama kali dikenal pasti sebagai penyebab Penyakit Weil di Jepun, yang biasa berlaku ke atas pelombong arang batu. Genus Leptospira mempunyai sekurang-kurangnya 18 spesies dikelaskan berdasarkan hubungkait DNA dan lebih daripada 300 serotip berdasarkan ujian makmal.

Leptospirosis yang tergolong dalam kelas zoonosis merupakan penyakit berjangkit paling umum menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan di dunia. Penyakit Weil pula adalah sejenis Leptospirosis tahap serius.

Apakah jenis-jenis haiwan yang boleh menjadi reservoir kepada bakteria ini?
Tikus dan haiwan domestik seperti lembu, khinzir dan anjing sering menjadi reservoir utama bagi bakteria genus Leptospira ini. Haiwan yang telah dijangkiti dengan Leptospira boleh merembeskan bakteria tersebut melalui air kencingnya secara berperingkat-peringkat atau secara berterusan selama berbulan-bulan. Terdapat ada juga kes yang dilaporkan hingga bertahun-tahun haiwan itu masih boleh merembes bakteria tersebut. Malahan, haiwan yang telah mendapat vaksinasi juga boleh merembeskan bakteria ini melalui air kencingnya.

Bagaimanakah bakteria ini boleh tersebar?

Leptospirosis boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut.

Leptospirosis turut disebarkan melalui air mani haiwan yang dijangkiti. Pekerja rumah penyembelihan boleh dijangkiti melalui sentuhan dengan cecair badan dan darah.

Manusia boleh dijangkiti melalui pendedahan kepada air, makanan atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti bakteria ini. Ini juga mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit

Leptospirosis yang sering menerima jolokan demam `swamp’ atau lumpur, ini mulai ‘membina reputasi’ sebagai penyakit pekerjaan dalam kalangan tukang paip dan pekerja loji kumbahan sekitar tahun 1883. Lantas tidak hairanlah apabila kira-kira 30 hingga 50 peratus daripada kes Leptospirosis yang melibatkan manusia berlaku di tempat kerja.

Walaupun Leptospirosis dilabelkan sebagai penyakit pekerjaan (occupational disease) tetapi di negara-negara endemik, aktiviti rekreasi dan pengembaraan boleh menjadi faktor risiko utama pendedahan kepada bakteria genus Leptospira ini. Selain itu, orang awam juga boleh terdedah kepada bakteria ini melalui permukaan air bertakung, terutamanya selepas hujan dan banjir. Kawasan yang kotor dan tidak terjamin tahap kebersihannya, adalah lebih berisiko tinggi untuk menjadi kawasan Leptospira.

Jangkitan daripada manusia kepada manusia lain bagi penyakit ini jarang berlaku. Tetapi Leptospirosis ini masih boleh menular melalui hubungan seksual dan melalui penyusuan badan. Bakteria Leptospira masih boleh menjangkiti manusia lain melalui urin walaupun setelah berbulan-bulan selepas jangkitan.

Oleh kerana terdapat pelbagai jenis serotip bakteria Leptospira, maka seseorang pesakit yang telah sembuh daripada penyakit Leptospirosis boleh dijangkiti dengan strain lain dan boleh terus menyebarkan penyakit itu lagi.

Apakah tanda-tanda dan simptom-simptom Leptospirosis?
Petanda-petanda seperti demam panas, sakit-sakit otot, sakit kepala, muntah, cirit-birit dan mata merah merupakan antara simptom yang dialami oleh pesakit-pesakit Leptospirosis.

Ruam, demam kuning dan sensitiviti mata terhadap cahaya mula menyerang beberapa hari setelah simptom-simptom di atas mula reda. Penglihatan pesakit pula menjadi sedikit kabur. Simptom-simptom ini boleh berlanjutan sehingga beberapa hari dan mungkin juga berterusan selama berminggu-minggu.

Simptom-simptom leptospirosis lazimnya kelihatan begitu umum dan pesakit biasanya beransur pulih selepas kira-kira lima hari. Jadi, tidak mustahil pada kebanyakan masa, ia sering disalahdiagnosiskan sebagai demam panas, selesema atau petanda biasa yang lain.

Leptospirosis ini boleh menjadi lebih kronik. Ini merangkumi Penyakit Weil, yakni kegagalan ginjal, sakit kuning dan perdarahan pada kulit dan selaput lendir. Meningitis (radang selaput otak) dan pendarahan di paru-paru juga boleh berlaku. Leptospirosis juga lambat-laun boleh membawa maut.

Apakah kesan jangka panjang Leptospirosis?
Proses penyembuhan Leptospirosis memakan masa yang lama. Pesakit-pesakit Leptospirosis kadangkala mengalami keletihan kronik yang berlarutan selama berbulan. Malah, ada juga pesakit yang mengalami depresi dan sakit kepala yang berterusan. Kadangkala bakteria Leptospira ini boleh tinggal di dalam mata untuk satu masa yang lama dan mengakibatkan radang mata yang serius dan kronik.

Siapakah golongan-golongan berisiko tinggi?
Golongan yang kerap terdedah kepada haiwan seperti pekerja zoo, veterinar dan mereka yang membela haiwan peliharaan adalah termasuk dalam golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat Leptospirosis. Selain itu, mereka yang bekerja sabagai peladang, pekebun dan rumah penyembelihan juga berisiko tinggi untuk terdedah kepada air, lumpur, tanah yang telah dikontaminasi oleh urin haiwan yang telah dijangkiti.

Golongan penggemar aktiviti sukan air atau rekreasi juga mempunyai risiko pendedahan terhadap air yang dikontaminasikan oleh urin haiwan pembawa seperti tikus, anjing atau khinzir.

Ada juga kajian dari Australia yang mengatakan bahawa lelaki adalah lebih kerap dijangkiti Leptospirosis berbanding wanita.

Bagaimana diagnosis bagi mengesahkan penyakit ini?
Seseorang doktor mungkin mengesyaki Leptospirosis pada seorang pesakit yang mengalami simptom 1-2 minggu selepas terdedah pada urin haiwan pembawa tersebut. Leptospirosis hanya boleh disahkan melalui ujian darah yang menunjukkan kehadiran bakteria Leptospira.

Untuk membuat diagnosis Leptospirosis, dua ujian darah berasingan perlu diambil dalam tempoh lebih daripada dua minggu. Selain itu, bakteria Leptospira juga boleh didapati dari darah, cecair tulang belakang kepada otak dan air kencing.

Apakah langkah pencegahan bagi penyakit ini?
Leptospirosis adalah penyakit yang boleh dielakkan. Beberapa tip langkah penjagaan boleh diamalkan bagi mencegah pendedahan kepada bakteria Leptospira.
Tutup luka dan lecetan kulit dengan balutan yang kalis air sebelum anda memulakan aktiviti/kerja di ladang/kebun atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pendedahan kepada bakteria ini

Pakai pakaian pelindung seperti sarung tangan, pelindung mata atau gogel, apron dan but apabila bekerja di ladang ataupun bekerja dengan haiwan-haiwan yang berpotensi untuk dijangkiti dengan Leptospira, terutamanya apabila anda berpotensi untuk terdedah pada urin haiwan tersebut.

Bersihkan diri dan tangan selepas membuat kerja-kerja di ladang dan kebun

Pastikan anda tidak makan atau merokok semasa berada berhampiran dengan haiwan-haiwan yang mungkin dijangkiti ataupun semasa bekerja di kebun/ladang yang anda mungkin terdedah pada tanah yang telah dikontaminasi dengan bakteria tersebut.

Elakkan aktiviti rekreasi atau berenang di tempat-tempat yang berkemungkinan dicemari oleh urin haiwan

Kawal kehadiran tikus di tempat anda dengan memastikan kebersihan yang optimum. Buang semua sampah sarap dan kemaskan buangan sisa makanan, bagi mengelak kehadiran tikus

Sebelum minum atau membuka makanan di dalam tin, pastikan anda membasuh/membilas penutupnya terlebih dahulu bagi mengelak kemungkinan dijangkiti bakteria ini. Tin-tin ini mungkin terdedah pada urin haiwan pembawa Leptospira ketika di dalam stor.

Pastikan haiwan peliharaan anda mendapat vaksin dan rujuk kepada Klinik Veterinar bagi mengelak haiwan peliharaan anda daripada dijangkiti bakteria Leptospira.

Apakah rawatan bagi Leptospirosis?
Leptospirosis biasanya dirawat dengan antibiotik seperti doxycycline atau penicillin. Ujian dan diagnosis mengambil masa yang lama dan pesakit boleh menjadi lebih parah jika terus menunggu. Oleh itu, doktor akan memulakan rawatan dengan pengambilan antibiotik sebelum mengesahkan pesakit dengan Leptospirosis. Rawatan antibiotik adalah kaedah yang paling efektif untuk Leptospirosis jika rawatan itu dimulakan awal.

Safra Aina Adnan
FOMCA

Sumber: Konsumer kini

Jumaat, 24 Ogos 2012

Berbelanja di Lazada



Laman web Lazada jadi tumpuan aku untuk berbelanja terutamanya buku...lagi-lagi malas mau ke bandar...dekat 2 jam baru sampai...tu pun belum tentu lagi jumpa buku yang di cari...

Apa yang aku suka beli buku di Lazada ni, senang nak order...kurang skit karenah birokrasi...kena isi itula, inila....harga pun lebih murah, free shipping, and paling penting dalam jual beli ni ialah kejujuran...

cuma baru-baru ni, order agak lewat sikit sampai ke rumah...dalam 2 minggu la...tapi, aku tetap berpuas hati dgn buku yang sampai...terima kasih LAzada..

#bukan promosi, tapi faktanya aku...hehe

Khamis, 26 Julai 2012

Cerita Ramadhan

Malam ni sebelum tidur Kakna pesan masak ayam kat dapur, masak biasa ja..masak kicap. Biasanya Kakna yang akan masak untuk sahur, tapi untuk malam ni giliran aku pula sebab dia dah mengantuk tahap gaban. Aku yang tengah syok baring-baring pun jawab, "Nanti sahur aku masak, nak tidur jap" Aku pun meneruskan agenda ku untuk melelapkan mata, sebelum tu set alarm kul 3.30 pagi. Bunyi alarm aku ni memang telah dipilih daripada beberapa tones yang menyakitkan hati supaya cepat sikit aku bangun.

Dalam kepala otak aku ni, asyik terfikir, yang aku mesti bangun sebelum kul 4..nanti habis naya 1 rumah tak sahur. Last-last aku pun terlelap. Jeng....jeng...jeng... Setengah jam kemudian aku terbangun, eh..baru kul 1, tidur semula.....setengah jam kemudian aku tebangun lagi, eh baru kul 1.30, dan aku semakin kerap bangun..apasal aku cepat sangat terbangun ni, jangan risau aku dah set alarm, marahku dengan diri sendiri..

Pukul 2.30 pagi, entah untuk ke berapa kalinya aku terbangun kerana risaukan ayam masak kicap yang belum dimasak lagi. Arghhh...tak boleh jadi ni, selagi ayam tu tak masak, selagi tu aku tidak lena tidur...aku pun bingkas bangun untuk ke dapur. Aku menjenguk ayam di singki, nasibla C Loling tidak merompak ayam mentah malam ni. Sampai singki, aku rasa amat mengantuk...and, aku pun balik ke bilik semula...masih awal, tidur dulu lah...aku mesti boleh bangun kul 3.30...jgn risau...

Tapi, cerita tak seindah lelap kakak ku, 15 minit kemudian aku tebangun lagi, dan berterusan hinggalah kul 3.10....arghhh menyampahnyaaaa...aku membuang selimut Hello Kittyku dan terus ke dapur...oh, ayam masak kicap...memang kau buat tidurku merana malam ni....

dan kesimpulannya....selesaikan la dahulu apa yang patut sebelum tidur, kerana kelak ia akan menghantui indah lelapmu....=,=

Isnin, 2 Julai 2012

Kasihanilah diri sendiri...

Kasihan kau kan diri...terkadang fikiran merewang, apa salahku dibuat begini??
Benarkah apa yang ku lalui selama ni....rasa macam ditolak jatuh dari tingkat sepuluh, sakit dan luka perih..tapi suaraku terlalu kecil untuk didengari dan aku pasti tiada ruang untuk itu...diam, diam dan sepi...cukuplah aku mendengar dan biarlah...untuk apa berbalah bagi sesuatu yang sudah tidak dipeduli...puaskan lah hatinya dengan amarah dan sakit hati...aku sudah tidak kuasa untuk menahan...

Syak wasangka tu tidak baik, kena fikir positif, jangan terlalu cepat meletak label..
Tapi,kenapa yang berkata itu juga yang mungkir...
Aku yang terlalu naif atau kau yang terlalu pintar..
Tapi sejauh ini ditikam pun, hati dan fikiran tetap memikirkan yang semuanya tidak disengajakan...mungkin dia tidak tau, mungkin dia tidak mengerti..dan mungkin juga aku yang terlalu mudah...

namun, aku masih berpegang pada kata, kebaikan akan menghapuskan kejahatan, dan berdoalah padaNYA semoga Allah memberikan yang terbaik..aku juga percaya....Allah tidak menciptakan peristiwa demi peristiwa secara sia-sia...semoga Allah memberi petunjuk dan Hidayah pada kita..perjalan ini masih terlalu panjang untuk mengalah, masih ada tanggungjawab yang perlu dilunasi. Dan di hadapan sana yakinlah ada kebahagiaan yang menanti untuk mereka yang percaya pada ILAHI..

walau apapun niatmu terhadapku, semoga aku kan melupakan...kerana cukuplah, cukuplah...diri sudah terlalu letih...buatlah apa yang kau rasa ok, kerana kita ada hidup kita sendiri..

wallahualam..

Sempena Euro 2012

Waktu-waktu boring macam ni memang sajalah layan bola,tapi biasalah perempuan kalau tengok bola...kadang-kadang tu emosi yang melebih-lebih. First time tengok perlawanan full pun waktu Italy lawan Spain. Memang best gila la...sorang-sorang bersorak depan tv sambil sahur..biasanya tengok online ja dari bilik, tu pun setengah2 jam bangun just tengok result ja.... kali ni aku bolot tv sorang2 semata-mata untuk tengok kemenangan Spain..macam nak menari depan tv pun ada, hehehe...sebab aku sorang ja yg layan..

Dalam Euro 2012 ni ada tiga orang yang jadi pilihan utama ku..

1. Fernando Torres..(Spain)



Waktu tu, tiba-tiba aku on tv dan tekan ke channel ESPN..kebetulan Torres sedang membuat tendangan gol, terpegun aku depan TV, punya lah smarttttt...dan aku pun ambil keputusan untuk memilih Spain sebagai kumpulan pilihan. Besoknya, aku belikan Jaid Jersi Sepanyol number 9, jersi En Torres..malam tu juga aku suruh kakak aku pakaikan Jaid..dan akhirnya SPAIN MENANGGGG...hahaha...puas hati aku..

2. Mesut Ozil...(German)




Orang ke2 curi perhatian aku adalah Ozil..pemain yang beragama Islam, dan akan berdoa sebelum permainan dimulakan. Kata kakak aku, mukanya ada iras2 Jaid..main pun boleh tahan hebat..rupa pun...semestinya..hensem...hohohohohoho..

3. Mario Balotelli...(Italy)



Memang dia adalah orang yang mencuri perhatian dalam EURO 2012, apatah lagi sewaktu dia memunahkan harapan Jerman dengan 2 gol..satu-satunya pemain berkulit hitam dalam Italy..memang ramai penyokong Jerman yang sakit jiwa dengan En Balotelli ni..

Apa yang aku suka tentang beliau, ialah sifatnya yang sukar dijangka. Sifatnya tidak seganas wajahnya. Suka cakap sendiri-sendiri. Dia akan cepat2 memohon maaf jika melakukan kesalahan. Terpancar di wajahnya kesungguhan untuk menang, namun tidak taulah apa yang mengganggunya sewaktu perlawanan akhir. Nampak tidak bersemangat dan yang comelnya apabila dia menangis di akhir perlawan.

Hohohohoho...

Khamis, 28 Jun 2012

Mama dan Cincau

Hari ni gaduh dengan my mum...sebabnya biarlah rahsia...urmm
Lepas tu mum keluar rumah, tinggal aku and Jaid...biasanya mum akan bagi tau dia ke mana, tapi kali ni dia senyap ja...
4 jam kemudian mum balik, aku dan Jaid nyenyak di ruang dapur...
Aku bangun, mum pula tidur..aku mencongak, kali ni mau merajuk berapa lama pula ya..ermmm
Pukul 3 lebih mum bangun jenguk aku di ruang tamu dengan c Jaid yang sudah pandai mengada2...
Lepastu mum beredar dan datang semula dengan setin cincau...mum hulurkan kepadaku...itula my mum, setiap kali ke mana2 dia pasti akan belikan sesuatu untukku, walaupun hanya keropok yang berharga 20 sen...
Terharu aku jadinya, cancel merajuk...

Aku tau mum larang dan marah2 sebab dia mau yang terbaik untuk anaknya dan tidak mau lihat anaknya hidup menderita...
Tapi mum...terkadang kita kena belajar untuk susah agar kita lebih pandai menghargai perkara terindah dalam hidup...salahkah aku mau jadi tukang sapu? Cleaner? Pengasuh taska? erm....
Untuk mum dan cincau, aku mengalah....

Isnin, 30 April 2012

Luahan anak Sabah

Komen ni saya petik daripada artikel Pendapatan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Bilion!!.

Bukan bermaksud untuk mempolitikkan keadaan, namun hanya untuk berkongsi cerita daripada yang merasai dan memerhati tentang negeri tanah tumpah darahku.....

Wow !!!! Banyaknya duit royati minyak !!!!

Menurut si Datuk Amirsham, royalti yang telah dikeluarkan dari ketiga-tiga negeri iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah RM13.42 billion dari 2004 hingga 2007.

Wow !!!!! Itu baru 5 % geng, berapa pulak kalau dapat 20% !!!! Lebih-lebih lagi kalau dapat 100% royalti minyak tersebut, apa tidak kaya kah negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu?

Nah!!! Itu pun selepas tolak subsidi, cukai, dividen dan duti eksport, jadi lebih besar nilainya kan kepada sumbangan pendapatan negara.

Wow !!!!! Itu belum lagi kira pendapatan dari sumber gas semulajadi !!!

So, agak-agaknya dah berapa trillion royalti minyak masuk kocek pemimpin Malaysia selama ni.Kalau sebut pasal negeri Terengganu, saya tidak pasti apakah kerajaan semasa Terengganu boleh memperolehi 100 % royalti minyak kerana Terengganu termaktub di bawah pemerintahan kerajaan pusat.

Tetapi kalau menyentuh tentang Borneo iaitu Sabah dan Sarawak, Perjanjian 20 Perkara yang termeterai semasa pembentukan Malaysia jelas menunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai hak mutlak sendiri untuk menguruskan isu minyak ini tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak apatah lagi pemerintahan kerajaan pusat.

Sebelum ini saya berkesempatan mendengar soal-jawab pemimpin kita terutamanya si Nazri dalam sesi Dewan Parlimen di TV1 dan wow sungguh lantang beliau menjelaskan isu-isu persekolahan di Sabah yang masih lagi “papa kedana” memerlukan masa hingga 3 – 5 tahun lagi untuk dibantu sepenuhnya.

Wow !!! Hebat yer jawapan kamu, tapi takkan dah berpuluh tahun korang ambik duit royalti minyak Sabah masih tak berkesempatan nak membantu saudara-mara kami di kawasan pedalaman yang masih duduk beralaskan “sofa” tanah untuk sesi pembelajaran di sekolah bermahligai “kandang babi”.

Aikkk!!!! Bila pemimpin(segelintir) Sabahan membuat “bising” SIKIT, baru korang janji nak tolong itupun pelan-pelan korang kata. Masih tak cukup kah duit “sedekah” kami yang korang dapat dimanfaatkan untuk membantu saudara-mara kami. Ingat janji tuh “hutang” dan akan dituntut di akhirat nanti. Itu pun kalau korang masih ingat syurga dan neraka!!!!

Tahu kah kamu bahawa orang asli Penan di Semenanjung Malaysia pun lebih “kaya” dari saudara kami di pedalaman Sabah. Malah dari sumber yang saya perolehi terutamanya para guru yang mengajar di sana, ada penduduk Sabah di kawasan pedalaman masih merasa mereka berada dalam zaman di mana Jepun menyerang Borneo dulu. Apa tidaknya, apabila nampak helikopter atau kapal terbang lalu di atas kawasan mereka…mereka lari bertempiaran sambil berteriak “jepun mau serang, lariiiii…”.

Bayangkan betapa jahilnya mereka, kan inilah akibatnya kalau kerajaan tidak benar-benar membela nasib anak bangsa Sabah. Yang korang tahu cuma membangunkan banyak bangunan pencakar langit di Bandar-bandar utama sahaja. Yang daif, apa macam hah?

Tapi saya percaya kalau diutarakan persoalan ini biarpun di sidang dewan parlimen, tentu korang pemimpin BN akan berkata pembangunan Sabah perlu dibuat secara ber-fasa dan berperingkat serta memerlukan masa yang panjang untuk direalisasikan. Soal saya, berapa lama geng? Takkan sejak Malaysia dibentuk sampai sekarang, masih lagi tak nampak. Nyatalah janji korang tuh hanya tinggal janji.Bukan itu sahaja, saya juga marah dengan isu-isu “kesian” dan “sayang” korang pada pendatang tanpa izin (PATI) dan pendatang politik dengan izin (PADI) hingga mampu membina penempatan khas seperti Skim Penempatan Pelarian Kampung Bahagia, Sandakan atau Kampung Selamat, Semporna atau Kampung Hidayat, Tawau atau Skim Penempatan Telipok dan Skim Penempatan Pelarian di Kinarut. Kalau itu korang mampu sediakan, mengapa infrastruktur dan keperluan sekolah-sekolah luar Bandar Sabah tidak mampu korang perbaiki biar sedikit pun.

Apa itu pun memerlukan masa kah tapi nak bagi pendatang asing rumah “free” atas tanah adat kami boleh pulak dijayakan dalam masa yang singkat. Saya berani jamin dengan nyawa saya, pendatang asing berbangsa Filipina, Indonesia, India dan lain-lain lebih “mewah” hidup mereka di Sabah berbanding anak watan peribumi Sabah yang hidup di pedalaman Sabah.Anggaran angka pendatang asing yang mencecah 1 juta orang tak cukup kah menunjukkan betapa Sabah benar-benar mengalami “penjajahan asing” di bumi yang kami diami sejak zaman nenek-moyang kami lagi. Tak cukup dengan itu, si Nazri pernah mengeluarkan kenyataan berani yang mengatakan angka sebenar pendatang asing di Sabah tak sampai jutaan orang tetapi puluhan ribuan sahaja.Siapa si Nazri tuh yang berani mengatakan sedemikian walhal datang Sabah pun cuma sekali dua sahaja, tapi kami dah berpuluh tahun terpaksa berdepan dengan si pendatang ini. Nah!!! Si Nazri juga berani mahu memberi dokumen IMM13 secara percuma kepada mereka dengan alasan untuk menangani isu kebanjiran pendatang asing. Wawawah senangnya si pemimpin BN ni cakap yer!!!

Kalau bangsa Melayu terkenal gagah beraninya dengan Keris Melayu disisip di pinggang dalam sejarah Melayu lama dengan imej kepahlawanan yang hebatnya dikenali seluruh dunia, begitu juga dengan sejarah bangsa peribumi momogun KadazanDusunMurut (KDM) yang tak kurang hebatnya seperti bangsa Iban di Sarawak yang dikenali sebagai bangsa “pemotong kepala”.

Apakah kalau bangsa KDM sudah mula mengasah dan memegang parang Sabah sepanjang 2 kaki bermakna “pemberontakan” bakal terjadi, maka itulah yang kami akan lakukan. Tentu rakyat Malaysia masih ingat semasa Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi pilihanraya Sabah kali, bangsa peribumi KDM lah yang mempengaruhi kemenangan tersebut. Begitu dahsyat sekali pengaruh bangsa peribumi KDM jika mereka benar-benar bersatu.Kami, rakyat Sabah tidak mempunyai banyak pilihan dalam soal politik. Mahu mengharapkan perubahan drastik dari kepimpinan UMNO(mcm cyal)….janganlah harap.

Diharapkan pakatan rakyat (PR) yang diterajui oleh PKR di Sabah dapat memberi komitmen kpd kami kerana antara manifesto PKR ada menjanjikan tambahan royalti minyak sebanyak 20% jika PR berjaya menawan Sabah dan Malaysia.Tetapi kan itu sama sahaja geng, pemimpin terdahulu Sabah bersetuju bersatu dengan Malaya membentuk Malaysia dengan ikrar Sabah dan Sarawak mempunyai hak sendiri untuk mentadbir bumi Sabah tanpa perlu campurtangan pusat apatah lagi dalam soal kekayaan bumi Sabah. Mengapa tidak berjanji akan memberikan 100% hak dan royalti minyak kepada kerajaan Sabah sahaja, mengapa pulak mahu beri 20% sahaja?Namun jauh di sudut hati kami penduduk Sabah masih mengharapkan agar nasib kami terbela oleh mana-mana individu, organisasi atau parti politik yang mampu merubah situasi kami di Sabah. Lebih baik dapat 20 % daripada 5 % kan kerana siapa tahu jika nisbah 15% selebihnya dapat membantu saudara-mara kami di luar Bandar. Dan lebih selesa dan bahagia tidur kami di malam hari jika kami tidak perlu risau si pendatang asing bakal merompak, mencuri, menculik dan merogol anak cucu kami jika mereka di “buang” kembali ke tanah air mereka.?

Khamis, 19 April 2012

Adab berfacebook

Adab BERFACEBOOK :

1. Jangan kongsi status yang MENJATUHKAN MARUAH diri sendiri, apatah lagi maruah orang lain..berguraulah dalam BATASAN AKHLAK..menjatuhkan kemuliaan diri sendiri atau orang lain di hadapan khalayak facebook bukan ajaran Islam dan bukan akhlak seorang muslim..

2. Jangan tulis atau kongsi benda yang TIADA MANFAAT, kerana seorang mukmin itu senantiasa mengejar manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain..sebaik-baik manusia, orang yang PALING BERMANFAAT pada manusia lain..

3. Jadikan setiap ketikan jari pada keyboard sebagai SAHAM PAHALA dan KEBAIKAN..mengeratkan silaturrahim, menyebarkan MESEJ TAZKIRAH, berkongsi khabar umat Islam dan sebagainya adalah nilaian IBADAH yang cukup besar..

Sabda Rasulullah saw :“Barangsiapa yang MENGAJAK (seseorang) kepada petunjuk (KEBAIKAN), maka baginya PAHALA seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.” (HR. Muslim):: BERDAKWAHLAH menggunakan apa sahaja medium dakwah, yang penting tidak TERSASAR dari syariatNyaFrom: Iluvislamradio.com

Islam

Jumaat, 13 April 2012

Kuatkan aku Ya Allah..

Hanya tinta yang mampu bicara, bila bibir sudah terlalu sulit untuk meluahkan..

Aku bukan ustazah, namun aku wanita Islam...dan aku hamba Allah..walaupun aku tidak sealim mereka, tetapi aku cuba menjaga yang ku terdaya..Dan cuba berusaha untuk menjadi seperti wanita Islam yang sejati yang bukan hanya pada nama..

Dalam hidupku yang ku tahu aku hanya ada Allah, dan Allah telah memberikan mereka yang ku sayangi untuk ku pinjam sebagai peneman mencari arah hidup menujuNYA...pemberian yang sangat berharga bagiku...mereka yang bukan milikku selamanya, tapi milikMu ya Allah...

Aku tahu bukan mudah mempertahankan hanya DIA di hati,Ku terbuang ibarat sampah kerana mempertahankan cintaku padaNYA, Mata menangis pilu, tidakka mereka mengerti tentang cintaku?? Tanggungjawabku padaNYA, dan maruah hidupku??
Mengapa mereka tidak mahu mengerti??

Tangisan bukan kerana ku terbuang hina, tapi kerana ku takut akukan goyah mempertahankanNYA..

Ya, Allah...Ku rela begini dari jauh dan terpisah dariMU..waktu dan ketika ini hanya tempatMU ku meluah rasa...pintaku sekuat hatiku yang ketakutan terpisah dariMU..

Tolong jangan biarkan aku jauh dariMU...Ambillah aku kembali, insan yang hina ini...Biarku dibenci oleh seluruh dunia, asalkan seluruh jasad dan rohku bersamaMU...kuatkanlah aku Ya Allah....

Isnin, 2 April 2012

Luahanku

Mata menyanyi lagu hujan,
Oh...rupanya hatiku mendung,
Di sana dendangan lagu sedih...
Buatku....Sampai hati...
Payung hati sudah terbang..
Entah ke mana merewang...
Kembalikan la...untuk meneduhkan jiwa..
Namun...Kini banyak yang ku mengerti...
Tuk berjaga dalam lena...dan berteduh bila basah..
Apakah jiwa...yang adakalanya mampu basah dalam hujan..
Tapi rasa sakit kala digenang...
Tuhan..Damaikanlah setaman hati...
Suburkan dengan hari-hari indah bersamaMU..
Agar sakit oleh hujan dan panas bisa terubat...

10 perkara yang merosakkan otak

Jalan menuntut ilmu...(sabah)

kesemua gambar-gambar yang terdapat dalam entry ini diambil daripada Facebook 1 Suara Sabah



Kesian adik-adik nie.. Adik siapa la nie yg terpaksa bangun jam 3/4am dan berjalan kaki ke sekolah sampai jam 7/8am. Jauh sangat sekolah dorang.. Sempat lagi beratur mahu minum mata air di tepi jalan.. Beradab juga adik-adik nie.. :)

Place : Kg Kigiwit, Paginatan Ranau, Sabah
Source : Ak Kdm / Fareed Eddison Solimin



Jalan menuju ke SK Saliku, Nabawan Sabah





SK Tampulan Telipok, Sabah


Dan bermacam-macam lagi......






Apa yang anda fikirkan????
Gambar ini bukanlah untuk memalukan negeri saya sendiri, tetapi inilah hakikat yang ditempuhi oleh pelbagai anak-anak yang masih kecil dalam menuntut ilmu.

Rabu, 15 Februari 2012

Bulan tertutup awan

Sewaktu mendodoi anak buah kesayangan aku, terdengar la sebuah lagu lama yang telah dinyanyikan oleh Yuna..penyanyi asalnya ialah Rokian Wanda. Best juga layan lagu ni...

Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan

Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu

Wahai janji setia sudah diucapkan
Aduh kata bersumpah telah ku padukan
Kini engkau pergi jauh membawa diri
Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi

Nun bulan ditutup awan
Terkenang hati bertambah rawan

Wahai jikalau ku tahu janji mu palsu
Tentu tidak ku turut sedari dahulu


video

video

Selasa, 14 Februari 2012

Aku anak petani

Tengah-tengah menggeliat sakan, mak menegurku..

"Hari ni, tolong mak kat kebun!" Aku terkaku seketika.
"Tolong apa mak?"
"Tolong mak angkat batu bata?"
"HAAA" terkejut beruk aku dengar permintaan mak tersayang aku.
" Makkkk...eee..berat la mak"
"Ala...anak muda kenala cergas, mak yang sudah tua ni pun boleh buat..ni lagi yang sihat walafiat macam kau ni"

aku menggaru kepala...

selepas membasuh pinggan dan masak nasi, aku mengintai mak dari belakang dapur...batu bata jenis apakah yang akan aku sorong nanti? banyakka, sikit? adui...aku mengintai di sebelah rumah aku pula, ramainya lelaki..makk...

5 minit kemudian aku mendekati mak....mak tersenyum-senyum, mak ni mengejek aku la tu...

"Eh, ni baju nak pegi jalan-jalan ni"
"Mak ni, ni ja la baju yg ada, nanti saya pakai baju kurung kang" Mak menambah lagi kelemakan dalam senyumannya. "Makkk, mana ada anak dara yang sorong batu bata mak..ada dara kat kampung ni semua duduk dalam rumah" Aku mencebik, saja nak mengada-ngada dengan mak...kali ni mak tergelak dengar rungutanku, dan akhirnya aku pun turut ketawa...ai...apala nasib

Dengan sekuat tenaga aku menyorong kereta sorang yang diisi dengan batu bata ke kebun. Kata mak, batu tu untuk menampal jalan kebun yang berlubang, supaya senangla kelapa sawit pusaka kami tu nak diambil oleh hilux pak cik aku. Adoi, cabaran betul nak sampai kebun..kena melintasi pula pekerja-pekerja lelaki kat sebelah rumah aku ni, dah lah tu ramai pula. Aku pun buat la muka macam cempedak buruk, tak payah nak perasan-perasan cantik dengan kereta sorong buruk family aku ni..jalan dah lah licin kena pula melintas jambatan yang kecil hanya muat untuk sorang lalu...inilah dugaan...ya...aku boleh!

Setelah 3 kali ulang alik menyorong batu batu yang beratnya entah berapa kilo, aku pun berehat sekejap....

"Ha, dah habis tu...tolong mak buat longkang kecil untuk bagi keluar air-air yang betakung ni"
"Aaa??" aiyo, ada lagi rupanya...

aku pun duduk disebelah mak yang sedang beristirehat sambil mencangkul tanah menggunakan besi kurus yang ntah apa namanya.

"Mak keraslah tanah ni mak.."
"Alahai anak ni..menangis pak cik lem kau tengok kau ni tau...longkang macam ni, tahi hidung pun tak boleh lalu...aiii.." Mak memerli longkang yang aku buat. Aku menjeling longkang yang mak buat, longkang yang mak buat 3x lebih besar dari longkang aku..
"Ala, yang penting air keluar dengan laju mak, tak besar tapi dalam" Hehe..aku pun apa lagi, cover line la...

" Ermm..mencangkul ni, bukan macam menulis...tekan sikit ja, terus nampak..mencangkul ni kena guna tenaga...dulu, orang-orang tua selalu pesan....kalau tak belajar ginila jadinya...memangla, kalau hidup masih ditanggung ibu bapa, tak terfikir benda-benda susah macam ni, bila dah hidup sendiri...ibu bapa pun dah takda, macam ni la yang akan jadi nanti. Mana ada makanan yang turun dari langit untuk orang yang malas...macam mak ni la, tak sekolah"

Mak mula buka kitab. Ermm... Tapi aku tau mak lain, mak bukan saja-saja taknak sekolah...tapi mak kena menjaga adik-adiknya yang masih kecil waktu tu. Tapi mak jangan risau, walaupun mak tak sekolah..tak pernah rasa apa itu sekolah, guru besar, guru disiplin, papan hitam semua...tapi mak dan ayah telah berjaya menghantar 5 orang anak ke universiti dengan kudrat sendiri...itula kejayaan mak yang paling besar. Ayah pun selalu berpesan, selagi mampu tuntutlah ilmu, jangan dirisau pasal duit dan rezeki insyaallah Allah akan menolong hambanya yang bersungguh dan yakin denganNYA dari sudut yang kita sendiri tidak jangkakan. Yang penting walau di mana berada jangan lupa Allah, Allah akan sentiasa bersamamu.

Setelah seharian 'melancong" dengan mak, kami pun balik ke rumah. Tiba-tiba......tengah-tengah aku menolak kereta sorong menuruni bonggolan tanah yang agak tinggi, aku tergelincir bersama-sama kereta sorongku di hadapan berbelas-belas mata manusia yang sedang membuat rumah di sebelah rumahku. Aku menoleh perlahan ke sebelah, mereka memandangku. Ni bukan kes perasan, tapi memang nyata. Adoi.....malu berkilo-kilo, tapi redha ja la, nak buat macam mana dah jatuh takkan nak pura-pura pengsan pula...Hrmmm...




Jumaat, 27 Januari 2012

Kenangan 7A

Aku memandang kipas yang berputar ligat nun di atas katilku..kemudian pandangan ku jatuh merenung setiap dinding yang telah terhias sejak ku mendiami bilik no.4 7A...setahun menjadi penghuni rumah sewa milik aunty yang sudah ku lupa namanya, dan hampir 3 tahun menjadi penginap setia rumah 7A, walaupun beberapa sahabat lain cuba memujukku untuk masuk semula ke kolej...hu...sekali aku terbuang sampai bila-bila pun aku dah tak sudi ya en kolej...

Lagi beberapa hari aku akan meninggalkan dunia kampus dan kuliah, dunia rumah sewa dan teman-teman sepelosok tanah malaya, juga dunia pengembaraan ku sebagai seorang pelajar UPSI yang terindah...dulu, waktu sakit tension dan stress menyerang kerana asiggment yang betimbun mengalahkan laporan polis, dan duit PTPTN yang yang ala-ala en bakhil orang kaya kedekut melanda, aku bagai pekerja buruh yang dipaksa bekerja 23 jam sehari..tidur terlebih lena, makan terlebih-lebih lah kenyang dan tettt....oh, indahnya bila tension rupanya, nyenyak sahaja tidurku berbanding dengan hari lapang...tertonggeng kiri kanan pun tetap tidak boleh tidur nyenyak...dengan nyamuk yang sentiasa menyerang di kala orang-orang bermimpikan yang indah-indah. Pesanan, jagalah kebersihan longkang supaya kurang sedikit tempat pembiakan nyamuk yang tiada pantang seperti di rumah sewaku ini.

Satu persatu sahabat meninggalkanku, hanya aku yang terkebil-kebil depan televisyen antik ehsan aunty rumah..pergi bukan sebarang pergi, pergi meninggalkan aku yang kian single tanpa berteman, dulu ke hulu ke hilir dengan mereka...serabut serabai dengan assigmnet juga dengan mereka....tidur tersadai di ruang tamu dengan tesis dan jug air nesacafe juga dengan mereka, dengan konsert karaokenya yang entah ke laut mana terhumban.....belum tambah cerita, gosip dan pelbagai perangai pelik dan luar biasa yang ditunjukkan....bagaimana harus ku lupa setiap detik kenangan itu....mengembara dengan peta seluruh penang juga dengan mereka, lepak tak kira masa sebab tension juga dengan mereka, gaduh dan berkongsi-kongsi makanan yang ciput pun dengan mereka juga...rindunya aku saat--saat itu...

Dan, temanku ingatlah dan ingatlah kita pernah berjanji...bahawa perpisahan setelah hampir 4 tahun bersama ini bukan perpisahan hati untuk kita, dan bukan juga perpisahan untuk selama-lamanya..kita berjanji yang pasti akan ada pertemuan semula, perpisahan ini hanya untuk memberi ruang kepada kita bagi mencukupkan duit sebab nak sambung agenda gila-gila kita see u soon....tak sabar rasanya nak bertemu semula, kali ni aku sarankan rakam awal-awal setiap peristiwa penting dalamm hidup kamu semua, risau nanti tak cukup mulut nak buat laporan dan tak cukup telinga nak mendengar semua kenangan korang ya....hehehe...aku gembira sebab punya kamu dan kamu...










Menjadi bidadari di dunia dan di akhirat



Pernahkah terlintas dalam hatimu ya ukhti, saudariku muslimah untuk menjadi bidadari di dunia dan diakhirat nanti?. Pernahkah kau membayangkan betapa cantik dan anggunnya ia, menjadi incaran dan simpanan hamba-hamba Allah yang shalih dan bertakwa.

Pernahkah engkau mengangankannya? Pernahkah engkau mengimpikannya? Tidakkah hatimu tergerak untuk segera meraihnya? Sesungguhnya bidadari dunia adalah ia para wanita yang shalihah, memurnikan ibadah hanya untuk-Nya semata, hatinya selalu takut dan terikat dengan rabb-Nya, mentaati-Nya dalam keadaan sendirian ataupun dihadapan banyak manusia. Sosok yang merindukan keridhaan Allah dan rasul-Nya. .

Selalu terbayang dalam pelupuk matanya surga yang dijanjikan Allah menantinya dari pintu manapun ia suka, ia bisa memasukinya. Hatinya selalu menimbang dengan timbangan akhirat sehingga segala urusan dunia yang bertentangan dengan syariat Allah dan Rasul-Nya akan mudah ia singkirkan dan tinggalkan.

Duhai betapa elok dan indah akhlaknya, bila ia belum bersuami maka berbakti kepada kedua orangtuanyalah ladang amalnya memanfaatkan kesempatan yang berharga ini dengan berusaha mendapatkan keridhaan dari keduanya.Bila ia telah bersuami maka bersemangatlah hatinya untuk berbakti kepada suaminya, menemani sang suami dalam keadaan suka dan duka,mendidik anak-anaknya agar mereka berjalan diatas sunnah dan manhaj yang benar yaitu manhaj salafuna shalih. Berani meluruskan suami apabila ia bersalah dengan bahasa yang lembut dan bersabar atas kekurangannya. Membantu suami dalam mentaati Rabb-Nya, sesungguhnya Allah tidak akan menyia-nyiakan amalan hamba-hamba-Nya.Jika engkau bersabar dan istiqamah maka insya Allah engkau akan menjadi penghuni surga yang cantik jelita itu.

Janganlah engkau resah dan gundah, merasa kecewa hatimu karena melihat sulitnya jalan untuk meraih kesana. Jalan itu akan mudah engkau tuju apabila engkau memohon pertolongan-Nya dalam setiap desah nafasmu. Sehingga segala tindak tandukmu selalu dalam bimbingan-Nya.Dan, renungkanlah apabila engkau berhasil mencapai predikat wanita shalihah (bidadari dunia) semua adalah karena dari Rabbmu semata, bersyukurlah atas nikmat ini dan janganlah sekali-kali engkau takabur. Ingatlah selalu firman-Nya :
�Dan tidak ada taufik bagiku melainkan dengan pertolongan Allah� (huud:88).
Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi kita semua wanita-wanita muslimah diatas muka bumi ini yang bercita-cita ingin menjadi bidadari-bidadari diatas dunia ini dan tentu saja diakhirat nanti, Insya Allah.

sumber: Jalan Akhirat