Sabtu, 15 September 2012

Tips pembahagian pendapatan



Entry kali ni saya ingin berbicara tentang tips pembahagian pendapatan. Terdapat sebilangan pekerja yang sering menghadapi masalah kewangan walaupun adakalanya pendapatan yang mereka perolehi mencapai sehingga 4 angka ke atas. Adakalanya kita pun tertanya-tanya, ke mana pergi duit yang kita perolehi? Kita juga sering beranggapan yang gaji memang tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup kehidupan dalam masa yang sama kita terfikir, kenapa perkara tersebut berlaku, padahal ada insan yang lebih rendah gaji dan lebih banyak tanggungan dari kita, namun masih boleh bertahan selama sebulan.

Teringat, waktu zaman kemiskinan dahulu..200 ringgit itu sudah cukup untuk kami sekeluarga mengalas perut dalam 2 minggu dengan saiz keluarga yang agak besar. Malahan kami hanya dibekalkan 15 atau 20 ringgit duit belanja ke asrama yang terletak jauh di bandar sandakan. Tambang ke bandar waktu itu adalah 7 ringgit. Dan baki duit itula yang kami simpan sepanjang berada di asrama selama sebulan. Orang kata tinggal asrama ni beruntung, dapat makan sedap-sedap..tidak payah bersusah payah untuk membeli makanan. Walhal, bila malam menjelma, pelajar-pelajar sudah mula kelaparan (mungkin sebab jadual makan yang awal, sebelum maghrib).

Tapi bila dalam terdesak begitu, kita akan sentiasa beringat untuk mengurus duit dengan baik dan tidak membazir. Kita pun terlatih untuk membezakan antara keperluan dan keinginan. Jika keinginan yang didahulukan, maka terpaksa la berkorban untuk menabung dan berjimat.

Saudara Irfan Khairi, seorang jutawan internet ada menyatakan “Perlu berhemah ketika berbelanja kerana kekayaan adalah tentang berapa banyak yang kita simpan"

Beikut merupakan tips pembahagian pendapat yang saya petik daripada blog AfhamRahman.blogspot.com


• 55% adalah untuk necessity (NEC) perbelanjaan pelbagai, duit ini dibelanjakan seperti pembayaran kereta, rumah, bil-bil dan perbelajaan harian keluarga.
• 10% adalah untuk Financial Freedom Account . Ia merupakan satu tabung di mana tabung ini merupakan bukan untuk perbelanjaan tetapi untuk pelaburan. Disiplinkan diri anda untuk tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan wang ini.
• 10% untuk Long Term Saving for Spending (LTSS). Simpanan ini adalah simpanan bagi mengisi keinginan pada masa akan datang. Contohnya, simpanan ini boleh digunakan untuk mengerjakan ibadat haji bagi yang beragama islam.
• 10% untuk pendidikan. Simpanan ini digunakan untuk membiayai pendidikan untuk diri sendiri ataupun keluarga.
• 10% untuk Play Fund duit ini digunakan untuk memanjakan diri sendiri seperti melancong, membeli pakaian baru dan sebagainya.
• 5% untuk kebajikan atau derma. Simpanan ini digunakan sebagai persiapan sekiranya berlaku kecemasan. Selain itu, baik juga kiranya sebahagian daripadanya untuk aktiviti kebajikan atau menderma kepada mereka yang memerlukan. Semoga dengan pertolongan kita sedikit sebanyak meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.

1 ulasan:

Mak Wardah berkata...

Catatan yg baik kerana makin besar periuk makin besar kerak rasanya tidak sesuai dipakai