Isnin, 29 November 2010

Putera Katak



Rancangan drama Putera Katak secara rasminya ditayangkan bermula hari ni di TV3 pukul 4.30-5.30 Pm...rancangan yang aku nanti2kan...hehehhe...ceritanya sama dengan cerita-cerita kanak-kanak yang aku dengar dulu...seorang putera raja telah disumpah menjadi katak dan sumpahan tersebut akan hilang apabila katak tersebut mendapat cinta sejatinya...memang jelas dan nyata kedongengannya..huhuhu...tapi layan juga..

sebenarnya cerita ini mengingatkan aku dengan movie cicak man..haritu aku p kenduri rumah my aunty...sembang punya sembang...terkeluarlah pula cerita tentang sepupu2ku yang tersangatlah nakal...dua orang hero sebenarnya, seorang tu sudah masuk 6 tahun, yang adik pula baru berusia 5 tahun...tengah2 aunty aku memasak, dia terdengar kedua2 sepupu aku sedang bertengkar dan mulalah adegan tangis menangis di antara mereka...

aunty aku pun pergilah ke ruang tamu untuk melihat hero2nya....

"Ya Allah"...hanya itu yang terkeluar dr mulut aunty aku..sepupu2 aku tengah berebut seekor cicak, hampir terputus dua cicak tersebut..."Kenapa main cicak ni?"

"sy mau jadi cicak man mak..."

"Sya pun mak..."...dan pergelutan pun berlaku...akhirnya c abang berjaya mendapatkan cicak tersebut...c abang tersebut pun cepat2 ingin memasukkan cicak tersebut ke mulutnya...namun....

"Muizzzzz....."...c ayah pun sampai..."Buang cicak tu..."...selamatlah akhirnya seekor cicak yg tidak berdosa...

hu...bahaya juga anak-anak ni kalau tidak dipantau...sebaiknya, habis ja menonton movie tu kita terangkan semula apa yang benar, apa yang tidak, apa yang tidak boleh, dan apa yang patut...anak2 ni hanya tahu apa yang tersurat sahaja, susah untuknya memahami maksud yang tersirat kerana otaknya yang baru ingin berkembang...

Ahad, 28 November 2010

sayur daun bawang

Sayur daun bawang merupakan salah satu makanan kegemaranku dari kecil lagi...setiap kali balik kampung, aku mesti mencarinya di ceruk mana sekalipun..he3..sejak dua menjak ni sayur ni sudah kurang ditanam dan diusahakan...ada pun yang menanamnya bukan untuk dikomersialkan, hanya sebagai sumber makanan sendiri..tiba2 sewaktu berjalan di pasar malam Tanjung Malim, aku ternampak sayur ni di tempat yang biasa aku dan kakak rumah kunjungi...wa...blink2 mata aku waktu tu...tanpa membuang masa dan tenaga aku pun terus beli...abang jual sayur tu pun tegur...

"adik makan benda ni ke?"
"a'ah...sedap"
"adik masak macam mana?"
"sy x masak bang, sy buat ulam.."
"ooo...jarang orang beli sayur jenis ni...abang pun x tahu nak makan macam mana"
"ooo...senang je..he3"...aku menelan liur x sabar nak menyantapnya...pak cik2 dan mak cik2 sebelah yang turut mendengar perbualanku dengan abangtu tersenyum2...

nilah gambar sayur tu...


cara untuk menyediakannya..

1. Basuh sayur terlebih dahulu
2. Potong kepada 2 bahagian




3. Selepas itu potong bahagian daun kepada beberapa bahagian lebih kurang 3 inci atau 4 incilah macam tu sehinggalah dia jadi macam rupa kat bawah ni..


4. Sekarang Kita bersihkan pula bahagian kepalanya yang berwarna putih tu dan setiap kepalatu belah kepada dua..

5. Campurkan bahagian daun yang telah dipotong dan bahagian tersebut ke dalam satu bekas

6. Campurkan garam secukup rasa dan asam jawa, kemudia ramas sayur tersebuat sehingga menjadi agak layu

7. kemudian perahkan airnya...dan siap...jom makan...

Jumaat, 26 November 2010

Telefon ku sayang

Adesh....haish...telefon aku ni..entah apa pasal lah tepon kesayangan aku ni...haritu kejap on kejap of..lepastu bateri pulak buat masalah...teringat pak cik acai yg menegur handpone ku haritu....

"Alahai amoi, apasal lu punya bateri serupa itu org mengandung 8 bulan?...ni dua tiga hari ni mesti beranak punya"..adoi, pak cik ni...malu aku..aku tengok handpone kesayangan aku..memang betullah...bateri aku mengembung ibarat org mengandung 8 bulan..hari tu bukan main lagi kakak promo tu bagi tau semua komponen adalah original..hu...sekarang ni tengoklah, handpone aku jak yg ada bateri pandai mengandung...(kata uncle tersebut)..

lepastu entah mengapa wajahnya semakin hodoh dan tidak hensem...mungkinkah sebab aku selalu terbaling tanpa sedar ataupun jatuh kerana keter'over'anku memegangnya...sudahlah ni sahajalah harta aku selepas my lappy....kata org tu, handpone aku ni org tengok pun mmg x laku...entah dari zaman mana muncul....sian ko kan handpone...comel apa...

dan sebulan yang lalu, kerana pelbagai masalah yang tiba2 timbul...tutup telefon aku pula buat hal...hehehehe..tutup telefon aku terbelah dua...sian dia kan...aku pun cubalah mencantumkan semula dgn plaster...sbb waktutu, itu ja lah yang aku ada...lepastu sekarang ni aku dah tukar dengan selotip warna coklat..nampaklah juga rupa hanpon...

sekarang ni pula...aiskh...x puas hati betul...aku taulah aku ni penghutang setia celcom...balik2 RQ advance yg bernilai RM2 tu...tapi ke mana kredit aku menghilang sebenarnya?..dah lah malas mau top up, selalu pula kredit lesap ntah ke mana..xkan lah dalam sehari kredit Rm10 boleh habis...aku ni jangankan begayut, sms pun jarang2...bila check send item...aku hanya menghantar 8 mesej SAHAJA...jadi kredit aku yg 8 juta tu p mana?????? rasa2nya pihak yg ambil kredt aku suka hati tu boleh disamankah?...laporan langganan pun xda...on cinta, on artis, on bola, on sunyi semuatu...x pernah pula aku reply yes...nanti kalau tanya kat cawangan pula, habis kita kena leter...kita pun x tau apa yg terjadi..pelanggan kena marah?...

mungkin ka 'dia' geram sebab aku sudah 4 mggu x bertop up? x dapat ambil kreditku yg tersangatlah byk tu? last2...aku malas dah nak top up...kalau penting sangt hntr mesej dr FB jak, ataupun RQ my bos2...he3...tapi ni berisiko juga, risiko x dilayan...haish, tiadakah alternative lain selain guna hanpone ni...bela burng merpatilah...suruh dia hantar surat ke sana dan ke sini...

ni la hanpone kesayangan aku tu...first beli yg hitam...bila hitam tu cacat sana sini sbb 'accident' aku pun beli lah yg terbaru..pink color

Isnin, 22 November 2010

Exam

Ermmm.....minggu exam menyerang lagi....setelah 3 mggu cuti sakan mggu ni tibalah untuk pertarungan.....ada yang menyambutnya ibarat wedding of the year dan ada juga yang menyambutnya ibarat hari raya aidilfitri...hehehe..perumpamaan jenis mana la aku jumpa ni...

maksudnya- ada orang yang menyambutnya dengan penuh gilang gemilang, persiapan rapi dengan nota berwarna warni, baju exam yang bersesuaian dan peralatan menjawab exam yang canggih2..jadual makan, belajar, ibadah semua tersusun rapi...hanya tunggu bersanding atas kerusi dan meja exam....

dan ada yang menyambutnya ibarat hari raya...kerana inginkan kemenangan di dunia dan akhirat...inginkan kejayaan exam untuk terus mendapat peluang bg menuntut ilmu, supaya dapat meningkatkan amal soleh di dunia....menuntut ilmu kerana Allah.....disamping study smart not hard, mereka belumba2 juga untuk meningkatkan ibadah diri..usaha + tawakal..kemeriahan exam diserikan dengan pelbagai ibadah...ibadah yg dulu hanya dilakukan dua bulan sekali kini dilaksanakan setiap hari hanya utk kejayaan mu exam....dan tadi terbaca satu post di FB, yg berbunyi begini...'waktu exam ni ramai pula orang ke surau..wkt exam je ingat tuhan'...salahkah?....erm...bagi aku tak salah kot...begitulah ibarat hari raya, waktu solat hari raya banyak pulak orang dtg ke masjid...tp ia tidak menjadi kesalahan...cuma ubah sikitlah ayat tu supaya lebih kepada memberi dorongan...contohnya...semoga suasana surau di mggu exam ini akan tetap berterusan...terasa indahnya ukhwah jika ia meriah sepanjang masa....dan istiqomahkan diri kami....kita doakan lah diri mereka dan diri kita sendiri...

dan aku....menyambutnya ibarat makan.....persediaan ala kadar...sebenarnya malas bc nota....hehehehe...baca sikit. lepastu jalan2 kejap, x lama dari tu tengok tv pulak...aishhh...apa nak jadilah exam aku kali ni...

Ahad, 21 November 2010

Penjelasan tentang solat jamak dan qosar

Sejak jadi anak perantau yang terpaksa menempuh perjalanan berbatu-batu ni, solat jamak dan solat qasar adalah salah satu perkara yang perlu dititikberatkan...mungkin ada yang tidak tahu dan ada yang tahu tapi tidak tahu melaksanakannya...termasuk akulah juga...banyak yang perlu diperbetulkan lagi..untuk keterangan yang lebih mendalam bolehlah baca perbincangan daripada laman halaqah ini, semoga dapat menjawab persoalan kita bersama....


klik di sini

Permasalahan solat Jamak dan Solat Qosar

Sabtu, 20 November 2010

Jelajah ke Trolak

Beberapa bulan yg lalu, aku n kakak2 rumahku telah berkunjung ke Trolak Selatan berbekalkan perut kosong masng2 yg ingin diisi...he3...semuanya ada 9 org...seawal pagi kami dah bangun menuju ke stesen bus Tanjung Malim walaupun mata agak berat utk dibuka kerana bersengkang mata sebelumnya utk konsert terbuka 7A..hu..(hanya mereka yg memahami)..sebelum ni aku dah biasa p Trolak tp x pernah sampai Trolak Selatan..setakat di Trolak Utara sahaja...rumah opah n datuk angkatku yang sungguh baik hati...

sampai di rumah keluarga angkat kak Harna, kami dijamu dengan air sirap...wa...sedp o...jauh perjalanan,dahaga lah pulak..tiba2, mak cik tu ajak p kenduri pertunangan jirannya yang terletak selang beberapa rumah...kami berpandangan...seorang pun x yg berpakaian mengikut tema...pd awalnya kami menolak juga, tp setelah dipujuk dan didesak dengan penuh berhemahnya kami pun menuruti juga langkah kaki..

sampai di rumah jiran mak angkat k.Harnah...
wah....banyaknya orang...mau baliklah mcm ni...malunya...sudahlah dtg x dijemput...dtg2 ja terus makan...kami masih terpaku di hadapan rumah bagai patung cendana...beberapa org memerhati kami yg masih tolak menolak...ah belasah jaklah sudah mak cik tu jemput makan, masuklah...hu3...dgn muka x malu kami pun duduk dan layan diri sendiri + dihidangkan...

eh x boleh jadi ni...xkan makan ja kot..langsung x bagi sumbangan...setelah perbincagan dilakukan dgn penuh kreatif dan kritis...kami pun mengmbil keputusan utk membantu sekumpulan mak cik yg sibuk bersembang di hujung sana utk membasuh pinggan...hu3...

bermulahlah kisah kami yg tersesat di kenduri pertunangan dan menjadi pencuci pinggan..kata mak cik tu;

"takyah lah nak...kesian mak cik tengok..panas ni....nnt demam pulak sok"

aku pun menjawab...

"xpelah mak cik, panas skit je ni...bukannya apa pun"..hu3...jwpn tersopan ni..he3....setelah sejam bertungkus lumus membasuh pinggan and mengangkat pinggan mangkuk kami pun baliklah ke pangkal jalan...









Jumaat, 19 November 2010

mencari maksud

Mengapa tiap kali ia menghampiri dan menyentuh hati aku seakan gelisah, takut dan resah tanpa punca...namun dalam kehidupan yang semakin pantas berjalan ini, ia kerap kali tiba walaupun tanpa dipinta....adakalanya air mata mengalir kerana tidak mampu mengungkap tentang keresahan yang datang secara tiba2 ini....aku takut akukan kalah dalam perjuangan ini, tembokku semakin lemah, dan akalku seakan keluh untuk berputar lagi...mengapa ia terlalu pantas tumbuh dan menghampiriku...sekian lama ku mencari maksud kehadirannya disetiap kali sujudku...aku takut aku kan terpisah denganMU, aku takut tersalah langkah sehingga membuatku terpesong dariMU...layakkah aku mengatakan yang aku mencintaiMU sehingga aku jadi resah dan takut tiap kali ia menghampiri??...aku hanyalah hambaMU yang penuh dgn dosa dan sering terleka...namun aku meminta padaMU agar aku tetap diberi usaha dan dayah agar terus mencari cintaMu dan tetap istiqomah di jalan MU...dan pintaku, di akhir waktu nanti pertemukan aku denganMU...pandulah hidupku agar sentiasa bersamaMU walau dalam apa un jua yang ku lakukan....

Selasa, 2 November 2010

Pesanan berharga untuk yang masih single



pesanan seseorang............

Allah itu masih mahu menjaga kita, tidak dibiarkannya terhenti pada tempat yg sia2...dan satu hari bila kita telah bertemu dengan tempat dan masa yang telah ditentukannya...makan dilabuhkannya dengan penuh keredhaan dan kebahagian dalam pengertian ayat "setiap manusia itu diciptakan berpasang-pasangan"...cuma memerlukan keyakinan, kesabaran dan pengorbanan..

dulu sering melatah, mengapa cinta itu terlalu sukar utk mendekat...sama ada memang x tiba, menjauh, ataupun pintu hati yang sentiasa tertutup..namun di situ ada cerita...jka ia x tiba atau terlalu sukar diterima..itu tandanya Dia amat mengasihi dengan tetap menjaga kesucian hati...jika ia menjauh atau terlalu byk dugaan tika kta rasa sdh bersedia dan terpaksa berpatah semula...itu tandanya Dia ingin menarik kita semula untuk terus dijagaNYA...supaya kita punya masa utk mencintai DIA yang lebih utama....agar kita mengerti bahgianya cinta yang sebenar..wallahulam...terimalah cinta itu bila sdh sampai masa dan tempat yg sesuai...