Selasa, 28 September 2010

Dosa meninggalkan solat



Tengah-tengah lepak depan muka buku (FB), aku terlihat sebuah post yang betul2 kena terus menembak ke jantung...pengajaran buat diri sendiri dan masyarakat di luar sana...semoga Allah terus menjaga aku untuk terus sujud kepadaNYA sampai bila-bila...Ya Allah peliharalah imanku........

‎"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".
semoga aku tetap gagah melakukan amanahMU yang telah diberikan semasa peristiwa ISRAQ dan MIKRAJ..

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahw...a orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Selasa, 21 September 2010

Pesan mak..

Sebelum keberangkatan puteri mak aku yg paling bertuah ke bumi semenanjung, mak aku telah menurunkan beberapa pesanan berharga buat diriku...(akulah puteri itu...kekekeke)...mmg tersentap jantungku seketika...sebelum tu mak aku bg pesanan buat dua orang kakak aku yg akan menaiki pelamin tidak lama lagi...insyaallah...

tiba2 dgn penuh sopan santunnya aku mencela...saja cari nahas...hehehe..

"mak saya sudah bleh bercintakah?" soalan yg mengejutkan..bukan shj mak aku tp seisi keluarga yg tengah melepak di ruang tamu..

"mana bleh, kamu kan masih belajar?" jwb mak aku..

"tp mak umur sy kan sudah 22 tahun...kwn2 sy semua sdh bercinta...sy jak belum?"..aku terkekeh ketawa d belakang mak aku...kakak2 aku sdh menjeling tajam ke arahku...

"kamu kan masih belajar, macam mana mau bercinta kalau masih belajar...kalau begitu baik bercinta dr tadika lagi"....ohohohoho..barulah aku tau yg maka aku belum bg lesen lagi dgn aku utk berkasih kasihan..."belajarlah dulu...lepastu barulah fikir mau becinta...orang yang mau becinta ni orang yang sudah bersedia untuk berkahwin"..

"tapi mak ramai juga org yg bercinta waktu belajar...ok ja pun"...he3...aku masih cuba bermain2 kata ngan mak aku..

"erm...kamu tu mau urus diri sendiri pun belum boleh...buat kerja rumah pun belum lulus lagi...kan lebih bagus bercinta lps belajar...jgnlah risau mak pun dulu bukannya sempat mau becinta2 ni..dpt juga kawin"...

"itu mak, zaman dulu, skrg ni lain mak...".....hu3..malam tu aku saja mau kenakan mak aku...aku tanya2 tu pun bukannya serius...saja mau tengok respon mak aku....jgn risaulah mak...sy pun ada prinsip hdup juga....kalau betul aku sudah bersedia pun...aku akan terangkan baik2 dengan mak aku...

tapi yg menyakitkan ht ada pulak suara2 sumbang dr belakang yg menyampuk perbualanku dgn mak...

"janganlah mama risau...bukannya ada orang mau dengan kak sama tu pun..."..pecah ketawa satu rumah...suara itu dtgnya dr adik aku yg plg bertuah selepas aku...dan disambung pulak..

"entahlah budak ni...sibuk jak mau becinta...macamla ada org yg suka dgn dia"...oit...itu pulak suara kakakku yg tercinta...sampai ht diorg merendah2 kan diriku kalau ya pun betul...cover2 lah..huish..

"a'ah...basuh pinggan pun x lulus, ada ht mau becinta"....ayo...ni pula dtg dr kakak yg satu lagi..ahhh...malaslah ty lepas ni....

tp betul jugalah...diri sendiri pun x terjaga...serabut sana sini...ada hati mau mengurus orang lain...n pesanan plg berharga dr mak aku..bercintalah bila kita sdh betul2 bersedia utk berumahtangga..cinta itu bukan satu permainan, tapi adalah satu pertaruhan untuk kehidupan akan dtg...so, kalau x matlamat yg jelas jgnlah memandai2 mau becinta...hilang satu nikmat...kerana cinta itu juga adalah satu nikmat, bila ia dipermainkan dan diperlekehkan hilanglah nikmatnya...

tp makkkkkk....hehehehe...yg ni nnt ada masa terluang baru aku terus terang dengan mak aku....skrg ni belum line clear...jeng...jeng....jeng...hu3

Isnin, 20 September 2010

Ego

ermmm....kadang2 kita jadi malas melayan orang yang terlalu mementingkan keegoaannya...mau dia ja yang menang...sekali sekala tu cubalah bertolak ansur sikit...kalau dia ada hati yang mau dijaga, kami pun ada hati juga yang mau dijaga...

kalau ego tu kena pada tempatnya nampak molek ja, kalau setiap masa ego diletak paling depan memang menguji kesabaran....

kali ni lantaklah aku pun mau keraskan hati juga...selama ni kita dibuat macam orang yang tiada hati dan perasaan...biarlah sampai mana pun...orang sabah kata bebatulah...hu3...biar dia sorang ja dgn keegoaannya kita teruskan hidup mcm biasa dgn manusia yang lebih bersesuaian dgn jiwa..hu3...

Manusia muflis

Tengah shopping di bandar tercinta bersama my kakak n adik tiba2 azan berkumandang dari corong radio...selepas itu sesi tazkirah diputarkan...tajuknya manusia yang muflis disisi Allah...

siapakah dia?.... manusia yang muflis disisi Allah ialah manusia yang suka mengumpat atau mengata keburukan orang lain..pahala org yang mengumpat akan diberikan kepada orang yang diumpatnya....jika pahala orang yang mengumpat itu telah habis diberikan secara free2 kepada yang diumpatnya...maka dosa orang yang diumpatnya pula akan dipindahkan kepada kepadanya...

so, sudahlah pahala sikit ja yang dikumpul, di 'bank in' pula tempat orang lain...dapat pula percuma dosa berlipat kali ganda..hu...memang miskin bin papa kedana di akhirat nnt....lepas ja sesi tazkirahtu, adik aku pun gelak..."kakak dengarkan tadi, jadi insaf2lah ya kak"..hu3......aku hanya terkulat2 seperti super mario...

peringatan buat diri-kalau mau mengumpat tu pandanglah dulu kiri kanan...ingat pahala yg hanya sedikit dn dosa yg menggunung...yg sikit jgn dikurangkan lagi dan yg banyak jangan di tambah lagi...semoga kau sentiasa beringat ya wahai diri........

Ahad, 19 September 2010

something...

terasa sesuatu..
entah apa benda...
tapi aku tidak suka...
sebb ia membuatkan hidup harianku terganggu..
byk masa yg terbuang hanya memikirkan ia...
saya benar2 tidak suka...
tapi semakin tidak suka semakin ia kuat melanda...

adakah saatnya sudah tiba..
untuk yang pertama kalinya...
tapi siapa sangka...
mungkin hanya tipu dayah..
hmmm...lelah..
mentafsir sesuatu yg x nyata...

oh...diri...
jangan dihampiri..
sebab kau pernah berjanji...
dan pernah dipesani...
cepatlah menjauh..
kerana kau masih belum tahu...
akan hakikat sebelum tiba destinasi...
moga Allah terus membantu..
kerana aku tidak suka walaupun ia riang menghampiri...
ampunilah dosaku ya Allah kerana menghampirinya...
bantulah aku disaat ini, kerana aku tengah menipu dan tertipu pada indahnya tabir duniawi...

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah...ku memohon sepenuh hati...
ingatkan akalku tentangMu,
rasakan hatiku dengan pemberianMU,
dan gerakkan fizikalku hanya untuk ibadah kepadaMU..
kerana aku adalah hambaMU yg tersangat lemah, mudah lupa dan leka...
cepat hilang dalam terang...
dan cepat terjatuh dalam melangkah...
semoga Kau tetap menggenggam hatiku hingga saat waktu dan tempat KAU menghentikannya...Kaulah segalaNYA...Allah MAha Besar...

rokok dan rokok

masuk kali ni entah kali keberapa aku demam hanya kerana rokok..sya mewakili orang awam di luar sana........tolonglah jangan merokok di khalayak ramai, kerana anda tengah mendera orang lain di luar sana yg tidak langsung berkaitan dengan rokok....lagi2 macam aku ni...alergik tersangat2 dengan asap rokok...

hari ni untuk kesian kalinya, tekak aku sakit lagi kerana terhidu asap rokok...aaaa...bencinya...bukan aku yg merokok, napa aku yg kena...sejak dua tiga empat menjak ni...mesti akan sakit kalau keluar rumah sbb tu lah...bila kuar rumah mesti terhidu asap rokok, tonsil pun bengkak...dan demam bermula..kalau hr2 mcm ni baik aku bekurung dalam rumah jak...nasiblah abg2 aku x akan merokok di dalam rumah...pandai cr line yg bebas dr masyarakat yg menjaga kesihatan...hu3...peringatan bagi c perokok...p lah merokok jauh2 sikit dr masyarakat....dalam hutan ka...dalam tandas ka...kasihanilah kami ni...hu3

Jumaat, 17 September 2010

Untukmu Hawa...

From: Komunitas Istri Sholehah



Andai kau belum berkahwin jangan risau jodohmu….Ingatlah janji Allah..wanita yang baik untuk lelaki yang baik….Jangan mulakan pertemuan dengan yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati….lahirnya senyuman…tercetusnya salam….disusuli dengan pertemuan berikutnya….takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri..

Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya….kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya….

Oleh itu HAWA…..

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu…Andai ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu….cukuplah hanya cinta kepada Allah memenuhi & menyinari kekosongan jiwamu….biarlah hanya cinta daripada kedua orang tuamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu….cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu…

HAWA…

Cintailah Allah dikala susah & senang….kerana kau akan peroleh cinta daripada insan yang juga mencintai Allah…Cintailah ibubapamu kerana engkau akan peroleh keredhaan Allah…Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga….

Jangan sesekali tangan yang akan mengggoncangkan dunia boleh menggoncangkan iman lelaki….

HAWA….

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang soleh buat kedua orang tuamu…Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu…Andai engkau seorang ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan addin Allah……

Lelaki yang baik tidak melihat kepada paras rupa…lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya …lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki….

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang paling penting pegangan agamanya…

Lelaki yang waras tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita hanyalah untuk sebuah perkahwinan dimana hanya semata-mata mengikut Sunnah Rasullullah………..

Semoga Bermanfaat.