Sabtu, 23 November 2013

Kemaafan yang tertangguh

Aku mungkin akan memaafkanmu, tapi bukan tika dan saat ini...sakitnya, hanya Allah yang tahu, tempat sepenuhnya hati mengadu...hanya Dia yang mengetahui dan memahami...

Ya Allah berikanlah hamba Mu ini kekuatan berhadapan dengan kesakitan....satu hari kau kan merasai sakitnya ibarat ditikam seribu kali bila kau sendiri yang merasai....

kalau ikut dialog biasa aku, memang lebur kau kena hambur...

Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila pun, sampai tengok muka kau pun aku tidak mau....aku serahkan kau sepenuhnya kepada Allah, bukan tugas ku untuk menghukum dan memberi pelajaran untukmu....biar kita hidup dengan dunia masing-masing, kau tolong jangan kacau aku...ko ni, lebih teruk dari hantu zombi yang makan orang.....mungkin zombi pun tidak mau makan kau, kalau dia tau ko buat apaa....

Arggghhhh....apala aku perlu buat ni berhadapan manusia gila ni....

Isnin, 9 September 2013

Kisah baru

Aku kini sudah melangkah ke alam baru...alam yang penuh kejutan bagiku...memang sedikit payah bagi hati yang cepat rapuh sepertiku....(ni ayat sastera....)

(yang ni pula ayat yang sebenar).....hehehe...akhirnya aku sudah jadi cikgu!! yeyeye...setelah melalui pelbagai hutan belantara dan laut samudera...fuhhh, akhirnya aku selamat tiba...opsss....jangan perasan dulu, kena tunggu setahun untuk pengesahan jawatan...ingat senang mau jadi cikgu?? sebelum masuk u, ada interview bertulis dan lisan untuk ambil kos pendidikan, lepastu pulun belajar 4 tahun....sudah habis belajar, kena tunggu setahun untuk posting, sebelum posting ada interview lagi....jadi guru interim untuk beberapa bulan, barulah dapat surat posting atau secara tepatnya, menerima surat perlantikan sebagai guru DG41....

semuanya tidak berakhir di situ, untuk pengesahan jawatan kena tunggu pula setahun...tu pun kira nasib baiklah dapat setahun....sambil tu kena siapkan folio guru baharu yang tebalnya 16 inci....fuhh...apapun, syukur ke atas Allah atas rezeki yang telah dikurniakan, terutamanya ilmu dan rezeki yang sentiasa ada....

Masuk dunia cikgu, tidak seindah pandangan orang luar yang selalu  menyatakan..."untunglah jadi cikgu, gaji banyak, cuti pun banyak".....sebenarnya tekanan nya lagi banyakkkkk....mau berhadapan manusia ni, bukan macam berhadapan peti ais....menghadap bukan sahaja pelajar yang melebihi 30 orang, juga karenah guru2, ibu bapa, tukang sapu, pak guard, orang kantin, mak cik dewan dan banyak lagi...bayangkan dalam satu hari kita kena mengurus melebihi seratus orang...satu kelas sudah 30 orang, kalau 25 waktu seminggu...sudah 750 orang...tu belum mengurus kelas, ibarat kelasku rumahku...

Fuh kalau cerita tugas guru ni, barulah ku faham mengapa dulu guruku selalu membebel dan marah....

Ok sambung lain hari...ada cerita lain sebenarnya...tapi telebih2 intro la pula...hehehe

Khamis, 23 Mei 2013

Sambutan Hari Guru 'Back to school"

Tahun ni aku menyambut Hari Guru sebagai guru interim di SMK Datuk Pengiran Galpam. Kenangan yang tidak mungkin dilupakan. Setelah hampir 7 tahun aku meninggalkan alam persekolahan, kini aku kembali dengan baju sekolah bersama 5 orang team kaunseling yang lain.

Tema gimik tahun ni 'back to school'....memang terbaiklah!!!...rasa macam sahabat ja bila berbual dan bergurau-gurau dengan student...jalan beriringan, makan, berbual...siap berpimpin tangan...ada yang duduk dan menatap wajahku seakan tidak percaya....oh, macam kembali muda rasanya...hohoho






Sabtu, 6 April 2013

Gembira di sini...:)

Lama tidak update blog kesayangan..busy dengan pelbagai tugasan...dengan anak-anak yang semakin membesar, macam-macam perangai...mereka kehilangan ibu secara tiba-tiba..ketika masih belajar untuk berjalan dan meneroka...terputus belaian ibu, dan diganti dengan belaian manusia...dalam sehari kalau tak nampak muka aku mungkin demam meow2 ni...jadi penat macam mana pun kena luangkan masa jugala dalam sejam atau 2 jam untuk belai2 diorang ni...

Buka pintu bilik ja, semuanya menyerbu memanjat-manjat badan aku...tu belum gigit2 kakila, tanganla, rambut la....sabar ja la...nanti besar, bila sudah berani, mereka mungkin tinggalkan aku juga....oh, sedihnya, harap mereka akan sentiasa mengingati ibu angkat mereka ni....

Tentang sekolah baru ku, duduk di sebuah bilik yang menjadi tumpuan para murid...rasa macam pasar ikan bilik aku ni, tapi kena diingat murid adalah klien utama bagi setiap guru (ini pesan pengetua untukku)....di sini la terkumpulnya 4 orang hero sekolah...2 orang kaunselor, dan 2 orang lagi pembantu kaunselor...tu belum masuk guru disiplin, guru sukan, guru KH, yang selalu melawat bilik kaunseling kami...memang hidupku dikelilingi dengan kumbang-kumbang dan suami orang....hehe

Tapi mereka sangat baik bagiku...banyak yang aku pelajari dari mereka...bukan sahaja tentang selok belok pendidikan, malahan juga tentang hidup...minggu pertama aku di sekolah, hampir setiap hari dapat makan free...aku tidak pernah rasa tersisih la dengan diorang ni, apa yang diorang makan itu juga yang aku makan...walaupun mereka ni garang tahap super saiya, tapi setiap hari ada sahaja lawak yang diorang buat...memang aku tidak rapat dengan guru perempuan, mau buat macam mana, aku duduk di bilik kaunseling, bilik pula tempat lepak guru-guru lelaki...jadi kena terima dan tahu jaga diri...tapi apa yang aku ingin katakan memang best!..kurang karenah...hohohoho

Aku gembira di sini, walaupun aku tau ada insan-insan yang kurang senang...tapi, ignore ja la, nanti fikir tentang mereka kita yang yang rugi...aku buat kerja aku, kau buat kerja kau...kan senang...macam tiada kerja lain mau anti dengan orang...hehehe...apapun terima kasih buat hero-hero bilik kaunseling yang banyak membantu dan membawa kegembiraan buatku di sekolah ni...semoga Allah memurahkan rezeki mereka di dunia dan akhirat....:)

Jumaat, 1 Mac 2013

Anak angkat baru

Hari ni, hari lapor diri di Pejabat Pendidikan Sandakan untuk guru interim....well, macam biasalah...ada sesi taklimat....cuma bermula hari ini ada sesuatu perkara luar biasa yang akan terjadi dengan aku...

"Mot macam mana ni, kita belum ada rumah sewa lagi ni??" Tanya sahabat baikku...

"Nanti lepas ni kita cari ya....tapi, kucing aku mati semalam??"

"Ha??? jadi apa kaitan dengan interim pula??"

"Jadi kucing aku tiada mama la sudah....jadi, aku terpaksa jadi mama diorang...kena buatkan susu, bagi makan"

Kawan aku sudah ketawa terbahak-bahak....

"So, aku kena bawa diorang sekali....aku sekarang ni sudah jadi mama baru diorang...bolehka?? ala...bolehlaaaa..." Aku merayu..

Kawan aku tu masih ketawa terbahak-bahak, malah bukan dia seorang ja...beberapa guru yang ditawarkan interim di sandakan juga turut ketawa...

argghhhh...macam mana aku mau explain dengan diorang ni...kucing tu adalah tanggungjawab aku, aku tau kalau aku tinggalkan diorang di kampung...tiada siapa yang dapat jaga, silap-silap mama sedekah dengan orang lain....adoi, peningnya aku sebagai ibu single ni....

yang penting aku akan jaga meow-meow semua....mereka adalah anak angkat aku yang baru...oh, sedihnya!!!!!

Rabu, 27 Februari 2013

Hadoi lagi....

kenapa rasa macam tidak gembira ni....rasa macam makin tekanan pula...hohoho
kalau semua datang tiba-tiba, boleh KO ni....

Hari tu jadi guru ganti, petang ni call, besok terus masuk sekolah...1 habuk pun tiada....macam baru sampai ke London...hanya ikut langkah kaki, sehelai sepinggang...terkial-kial cari rumah sewa...last-last jadi warden...

Lepas jadi guru ganti, dapat interview jadi manager pula....yang ni lagi buat aku mati kutu...hari ni interview, besok dapat call suruh masuk ofice 2 hari lagi....nasib ada alasan masuk minggu depan...sampai-sampai ja office...terus run program pula, tanpa apa-apa panduan...just ikut ja diorang suruh buat tu buat ni...duduk sebelah Yb, dudukla sebelah YB...hohoiiiii...

sekarang ni pula, hari ni inform...2 hari lagi bermulalah taklimat dan penempatan....habis semua program yang dirancang beterbangan, baru plan nak jumpa guru-guru besar...nak buat notis berhenti keja pula...dahlah kena buat notis sebulan...ni 2 hari ja notis...memang confirm gaji bulan ni tarik balik....ini tidak adilllllll!!!...arghhh..

semoga semuanya dipermudahkan Allah....yakin boleh!!!!! saya mampu!...ceeeee...hehehe

Isnin, 25 Februari 2013

Hadoi

Hadoi.....hadoi....hadoiiiiiii

argggggghhhh.......

hishhhhhhh.........


ermmmmmmmm...........

aaaaaaaaaaaaaaa..............


sekadar keluhan.....malasla mau komen apa-apa......

Sabtu, 23 Februari 2013

Cara format komputer

Dengan penuh rasa semangatnya...saya telah menyahut cabaran untuk memformat komputer di office...tu pun setelah diberi kata-kata semangat oleh kontraktor yang sedang membaiki peralatan-peralatan elektrik di office...

"Ala tak susah pun dik...sekarang ni adik cari cd windows"

Ha....aku masih merenung tepat ke muka abang kontraktor tu dengan muka antara percaya dengan tidak...bolehka aku buat?

"Okla...nanti saya try buat...senang je kan?"

"A'ah...kalau adik tak reti, nanti adik call...kami tunjuk melalui telefon.."

"Okla...nanti sy try..."

Selepas ja kontraktor tu balik aku pun menyelongkar almari perkakasan komputer disebelahku...ha...jumpa pun cd windows ni....

Kini yang tinggal hanya aku dan komputer.

"Waaaaa.....belasah ja la...kalau rosak bukan salah aku, aku hanya mencuba...ya...yakin boleh!!"

Aku pun mula la memasukkan cd windows tersebut.....pung...pang...pung...pang...

Fuh akhirnya siap.....jeng....jeng....jeng....

Yaaaaa....akhirnya aku berjaya.....

Teringat waktu Abang Udin ajar laptop dulu, kepala aku kena ketukan free sebab tak beri perhatian....bila dia suruh try buat...satu benda pun aku tak tahu....sekarang bolehlah aku tunjuk bagus dengan dia....hehehe...

Tapi belum ending lagi....sebenarnya aku telah tersilap install windows....wawawa.....habisla aku kena marah oleh bos nanti....!!!


P/S: Cara nak format komputer boleh klik di sini..hkbatas.moh.gov.my (ni yang serius punya)

Khamis, 21 Februari 2013

Oh Duit

Hari ni pegi kerja naik kereta pairit lagi (kereta tumpang)....perjalanan ke pejabat lebih kurang 15 minit. 2 batu kemudian ada sepasang suami isteri lingkungan 50 tahun melambai-lambai kereta. Kereta pun berhenti....

"Pak cik mau ke mana?"

"kami mau ke ____________ hujunga sana"

"Oh boleh-boleh...naiklah"

Suami isteri tu pun naik....

"Pak cik sudah ambil BR1M ka?"

"Sudah semalam" Jawab pak cik tu..."Tapi semalam juga habis" pak cik tu tergelak, mak cik yang tepi aku pun ikut tergelak...hu...sekejapnya habis...dalam hati aku...

"Lepas ni tunggu yang seribu pula...harap-harap menang"

aku tersenyum dalam hati....sekarang ni semua sudah hanyut dalam duit free...menunggu-menunggu yang free sahaja....adakah 'free' itu yang salah??...free itu tidak pernah bersalah melainkan pengguna barang free tersebut....

kalau pendidikan free...boleh bertahan sampai mati dan akan sampai ke cucu cicit malahan sampai beberapa keturunan kalau diajar dan diamalkan....kalau duit free begitu sahaja, dalam sekelip mata boleh habis...aku cuma berharap agar pihak berkenaan memberi sesuatu yang lebih bertahan lama seperti tanah, pekerjaan, peluang perniagaan...'benda' yang boleh membantu.mereka menjana lebih daripada RM500 atau RM1000...contohnya sebidang tanah, boleh buat rumah atau bercucuk tanam...ni tinggal pun di tepi-tepi jalan raya, atau menumpang tanah-tanah orang..

Belajarlah memberi dengan cara mengajar mereka sesuatu....bukan dengan cara menyuap dan terus menyuap, sampai lemah semua anggota sendi....

Rabu, 20 Februari 2013

Siapa Sofea Hana?

Sofea Hana setakat ini hanya dikenali sebagai nama dan belum dapat dipastikan sama ada individu ataupun kumpulan..lelaki atau perempuan...oleh itu, dalam penulisan tentang Sofea Hana masih belum boleh meletak seseorang atau sekumpulan Sofea Hana...ataupun kata ganti nama, wanita atau lelaki tersebut...hehe

Nama yang kian meniti dalam dunia cyber di Malaysia tika dan saat ini...Sofea Hana telah mengodam beberapa laman web kerajaan untuk menyampaikan sebuah mesej yang boleh dikategorikan sebagai mesej menuntut keadilan...mungkin la, Sofea Hana ingin menunjukkan tidak semua media berjaya 'ditawan'...masih ada medium lain lagi yang boleh menyampaikan mesej-mesej penting yang tidak dipandang...dengan kata kasarnya...cara baik tidak boleh, kita buat cara jahat pula....(Kpd Sofea Hana yang ada terbaca entry ini....sy tiada niat untuk mengumpat....sekadar memberi pendapat...Hehe)

berita tentang Sofea Hana boleh digoogle dimana-mana sahaja....(perbuatan orang malas untuk copy)

laman web yang paling banyak membicarakan pasal Sofea Hana setakat ni, aku rasa Blog Giler Hacker

p/s
update 21hb 01
setelah sehari aku mengeluarkan artikel pasal Sofea Hana...jumlah pembaca entry ini untuk sehari berjaya mengatasi entry pasal rumpai laut yang hanya berharga RM12 sekilo...betapa femesnya Sofea Hana...harap kekalkan matlamat dan istiqamah dalam perjuangan...yang baik didoakan yang jahat dinasihatkan...:)

Selasa, 19 Februari 2013

Surah Al- Israk

Semalam, bacaan masuk Surah Al-Israk...so, malam ni aku mau berkongsi serba sedikit tentang Surah Al-Israk, sekurang-kurangnya dengan cara ni dapat mentazkirahkan diriku dan sesiapa sahaja yang membaca...sama-samala kita berdoa semoga hati kita sentiasa terpaut dengan al-Quran...

Artikel yang saya ambil daripada Blog Bliss Infinity:


SURAH AL-ISRAK (111 ayat) – ‘MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI

DITURUNKAN DI MEKAH

Surah Al Israa' adalah surah yang ke-17 dan mempunyai 111 ayat. Surah ini dinamai dengan Al Israa' yang bererti "memperjalankan pada waktu malam ". Surah ini berhubung dengan peristiwa Israa' Nabi Muhammad SAW di Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis (Palestin) yang dicantumkan pada ayat pertama dalam surah ini. Surah ini dinamakan pula dengan nama Surah Bani Israil berkaitan dengan percakapan pada ayat ke-2 sampai ayat ke-8 dan kemudian di akhir surah ini iaitu pada ayat 101 sampai dengan ayat 104 dimana Allah SWT menyebutkan mengenai Bani Israil yang selepas menjadi sebuah bangsa yang kuat lagi besar lalu menjadi bangsa yang terhina kerana menyimpang dari ajaran Allah S.W.T. Dikaitkan dengan kisah Israa' dengan riwayat Bani Israil pada surah ini, memberikan peringatan bahawa umat Islam akan mengalami keruntuhan seperti Bani Israil apabila meninggalkan ajaran-ajaran agama.

POKOK-POKOK ISINYA:

1. KEIMANAN: Allah SWT tidak mempunyai anak mahupun manusia ataupun malaikat; Allah SWT pasti memberi rezeki kepada manusia; Allah SWT mempunyai nama-nama yang paling baik; Al Quran adalah wahyu dan Allah SWT yang memberikan petunjuk, penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman; adanya padang Mahsyar dan hari kebangkitan.

2. HUKUM HAKAM: Larangan-larangan Allah SWT tentang penguguran anak, berzina, mempergunakan harta anak yatim kecuali dengan cara yang dibenarkan agama; bersopan melalui pertuturan, perbuatan dan adab terhadap ibu bapa. Perintah Allah SWT tentang menunaikan janji dan menyempurnakan timbangan, melakukan ibadah solat mengikut waktunya.

3. KISAH-KISAH: Kisah Israa' Nabi Muhammad SAW, beberapa kisah tentang Bani Israil.

4. LAIN-LAIN: Tanggungjawab manusia masing-masing terhadap amalan dan perbuatannya; beberapa faktor yang menyebabkan bangunnya sesuatu umat dan kehancurannya; petunjuk-petunjuk tentang adab pergaulan dengan orang tua, tetangga dan masyarakat; manusia makhluk Allah S.W.T. yang mulia akan tetapi manusia itu mempunyai kelemahan seperti suka ingkar, putus asa dan terburu-buru; serta persoalan mengenai roh.

FADILATNYA:-

1. Barangsiapa membaca surah Al-Israk ke atas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap, insyaAllah akan hilang gagapnya.


2. Ayat 17 diamalkan untuk menyembuhkan penyakit lenguh atau sakit sendi.


"Dan berapa banyak umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya."


3. Ayat 24 ialah doa anak untuk ibubapa.


"Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." 


4. Ayat 45 & 46 dibaca pada tempat yang dihuni syaitan, atau yang dipandang menyeramkan, maka terusirlah syaitan itu. Dibaca oleh orang yang takutkan jin atau lainnya, maka hilang ketakutan itu. Baca dan tiupkan kepada orang yang mengalami ketakutan, fikiran terganggu, cemas, InsyaAllah segala sesuatu yang mengganggu fikiran itu akan lenyap.

5. Untuk menghilangkan ilmu hitam dalam tubuh, baca Ayat 45 – 46 (17x), tiupkan pada segelas air dan minum. Buat setiap hari sebelum tidur. InsyaAllah berhasil jika anda niat dan percaya sepenuh hati.


6. Ayat 45 & 46 ditulis berserta ayat 129 dari Surah At Taubah, gantungkan kepada orang yang terkena gangguan jin atau syaitan, maka dia akan segera terlepas dari gangguannya.


7. Barangsiapa membaca ayat 80, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang mengenalinya.


8. ~ Ayat 82 dibaca untuk menyembuhkan penyakit Darah Tinggi dan Diabetes.

~ Ayat 82 ini juga dapat mencegah Saka daripada hinggap kepada kita. (Ustaz Sharhan Safie - dipetik dari rancangan Tanyalah Ustaz)


"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."


9. Untuk memulihkan rasa sakit pada anggota badan tertentu, baca ayat 105 sambil meletakkan tangan pada bahagian yang sakit. Tiupkan 3 kali pada tempat yang sakit. InsyaAllah sakit akan hilang.


10. Jika dibaca ayat 111 sewaktu akan tidur, maka insyaAllah dalam waktu malamnya dapat terjaga dari pencurian dan selamat dari kebakaran.


“Ucapkanlah: Segala puji-pujian bagi Allah (Tuhan) yang tidak mengambil anak dan tidak ada yang menyekutui dalam kerajaan-Nya dan Dia tidak mempunyai pembantu untuk menjaga-Nya dari kehinaan dan besarkanlah Dia sebesar-besarnya.”


 selamat membaca...:)

Isnin, 18 Februari 2013

kuih sang somot

Malam ni rasa macam malas mau keluar dari bilik...kalau boleh mau bekurung sampai setahun...rasa macam mau menangis pun ada....sebabnyaaaaa....kuih yang aku buat teramat la hodoh dan hitam (hangus)....

Tengah tggu dia mengembang tadi...rasa2 macam ok ja...tiada apa2 masalah, cuma rupa sahajalah yang nampak hodoh (memang kebiasaan pun kalau aku buat kuih)...tapi bila masuk kuali ja, terus jadi keperang-perangan...kak Na yang masak ikan disebelah sudah tergelak...

"Ha...kenapa jadi macam tu. Belum sampai seminit sudah mau hangus" Tegur Kakna. Aku pun tengok api kuali, tidaklah besar pun. Aku pun mula kalut. " Belum angkat lagi ka?"

"Belum sampai seminit pun dalam kuali, nanti tepung di dalam tidak masak"...semangat ku mula pudar...aaaaa.....

Habis memasak, aku tengok balik kuih yang aku buat. Arg...ni fail 2000 kali ganda ni, tiada ciri-ciri orang yang boleh dibuat isteri. Tu baru rupa belum rasanya...aku sudah membayangkan keadaanku yang akan jadi bahan kutukan seisi rumah malam ni..

" Mot, ko masak apa" Abang Udin tiba-tiba muncul di tingkap bilik. Kakna sudah senyum-senyum...hish...ada pula abang paling bertuah aku ni..

" Tiada apa..." malas mau mengaku!!

" Kau masak kuih kan?" Abang Udin terus mengambil kuih yang aku masak, macam mana aku lupa kasi tapuk ni (Kasi sembunyi)..

Dia menggigit sedikit.....

"Mot apa benda kau masak ni....? Dalamnya belum masak lagi la...." Abang Udin mula mengomen. "Ndapalah....kau simpan ja kuih kau ni, nanti aku lapar, aku turun makan ya" Hu...ni ayat menyindirka, ayat memperli...

"yala, walaupun kau tidak hensem, aku sayang juga...kau makanla banyak-banyak kuih ni, kalau mau makan semua pun boleh..." Sebenarnya itu ayat aku yang sudah hilang semanat untuk masak kuih.

Belajar daripada kesilapan...sebenarnya kuih aku terlalu besar, patutnya buat kecil ja sebab tepung akan mengembang...tu yang dalamnya tidak masak...

Setakat ni tom yam ayam aku ja yang menjadi...tiada kata-kata perlian...hehehe....:)

Sabtu, 16 Februari 2013

Pelik

Perangai yang mungkin dikategorikan sebagai pelik...
Suka buka peti ais tanpa tujuan...tiba-tiba ja berdiri depan pintu peti ais, buka, tengok2, dan tutup semula tanpa apa-apa tujuan...kadang-kadang aku pun rasa pelik dengan diriku...entah apa yang ada dalam peti ais tu....sekejap-sekejap buka, macam ada emas pula kan...

Dulu waktu belajar, seorang junior ada tegur aku pasal hal ni...
" Hai na...ni berapa kali sudah kakak buka tu peti ais, aku rasa baik kakak bawalah masuk bilik, ataupun tinggal ja depan pintu peti ais..."

Dulu ada catatan yang aku tulis bahawasannya aku telah jatuh cinta dengan peti ais, setiap setengah jam buka peti ais...hahaha...memang angau gila2...

Ada orang kata perangai ni sama dengan buka FB...buka FB, tengok2 kejap, lepas tu keluarla....kan...kan...:)

Khamis, 14 Februari 2013

Susu tepung untuk diet

Sejak kerja dari pukul 8 hingga 5 ptg ni, sakit pinggang pun mulalah beroperasi...bukan ja pinggan, tulang-tulang, sendi-sendi, kuantiti darah pun mula turun naik...cuma berat yang degil mau turun-turun...hohoho...tapi ok apa, ikut BMI, masih di takat yang normal...:)

Kakak aku pun suruh lah try minum Anlene...minum sehari sebelum tidur sudah nampak kesan sedikit, sakit belakang dan tulang mula berkurang, tidur pun selesa...selain itu juga susu-susu ni boleh membantu dalam mencuci perut...

Aku pun cerita dengan seorang member ni, dia pun sarankan aku minum susu omega...dia kata boleh kurangkan kolestrol sekali...mata aku pun bekedip-kedip, sedikit teruja...kurangkan kolestrol?? hehe..

Aku pun try, minum 2 kali sehari...sebelum tidur dan sebelum sarapan...harga pula agak mahal sikit dari susu Anlene...rasanya sedap...kadang-kadang tu aku minum sampai 3 atau 4 kali sehari...:D

Dan hasilnya, memang reduce fat....pencernaan lebih teratur, Sakit tulang juga berkurang...klu mau lebih berkesan, jauhkan jarak makan nasi dengan minum susu ni sebelum tidur...mean, makan nasi dalam kul 6 atau 7 ptg...minum susu ni pula dalam kul 12 tgh malam...sebabnya, kalau kita makan nasi dan minum susu tu dalam waktu terdekat, apa yang dikeluarkan nnt lebih banyak makanan berbanding lemak...dan last-last kita pun selalula lapar...(ini sekadar teori aku)..hehe



Rumpai laut sekilo Rm12

Pasar Sandakan kini meriah dengan rumpai laut yang berkarung-karung banyaknya. Aku pun tryla beli sekilo, memang murah dan original...hanya RM 12 ringgit sekilo, munking kalau beli banyak dapatla harga yang murah lagi. 

Aku beli pun saja mau try makan, tapi ya ampun memang agak berbau sedikit, macam bau ikan haruan pun ada...tu belum try minum lagi...

Menurut beberapa maklumat rumpai laut dikategorikan sebagai salah satu makanan yang mempunyai tahap kologen yang tinggi. 




Ahad, 10 Februari 2013

Tudung 4 tones 60 bidang

Tudung terbaru aku, keras dan mudah dibentuk dengan warna yang pelbagai. Harga pula murah sahaja...RM25...:) Bidang 60.























Khamis, 31 Januari 2013

Trilogi cinta

Novel hasil tulisan Sharifahh Abu Salem ni memang buat aku berada dalam khayalan. Ada 3 novel semuanya Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Waktu zaman sekolah menengah (waktu tu 2004 aku tingkatan empat) dulu memang aku minat gila la dengan novel tu..ceritanya begini...

Aku terjumpa sebuah novel yang hampir terbelah dua di lantai bilikku...cover dia pun ntah lagi berapa inci mau tercabut.. aku yang tengah boring pun ambil la novel tu, ntah siapala gerangan yang menyeludupnya ke bilik. Baca punya baca..aku jadi sangat excited mau tau kisah seterusnya...dengan gaya penulisannya yang matang dan teratur..gaya bahasa pun ok...memang buat aku betul-betul dalam dunia novel Sharifah Abu Salem ni. Habis baca aku dapat tangkap yang novel tersebut merupakan sambungan kepada novel Tak Seindah Mimpi. Aku dengan penuh semangatnya pegilah mencari siapakah gerangan warga asrama yang ada memiliki novel tersebut. Sebulan kemudian aku pun dapat la novel tu. Memang gembira tahap gaban la aku rasa..dan tahun 2005 muncul pula sambungannya Tiada Lagi Mimpi yang buat aku rasa macam mau gila sebab gembira sekejap...betapa minatnya aku dengan novel ni sampai aku selotip elok-elok, simpan tepi bantal walaupun sudah hampir tercabutan muka suratnya..setiap kali sebelum tidur aku baca beberapa muka surat...entah berapa kali aku baca buku tu...tapi entah macam mana buku tu hilang...novel pertama dengan ketiga pula milik orang yang dipinjam sahaja...(mood sedih)

Dan di tahun 2013 ni, bila sudah kerja adalah duit sikit kan...waktu jalan-jalan di Centre Point, aku pun masuk kedai buku Popular...dari jauh aku dah nampak...mataku sudah tidak nampak buku-buku lain yang lebih berwarna warni. Aku hanya melihat 3 novel yan disusun bergandingan ini sahaja...waaaa....aku pun berlari dan terus mencapai ketiga-tiga novel...Walaupun aku sudah pernah membacanya  7 tahun yang lalu, tapi aku mau baca lagi...hehe

Apa yang bestnya dengan novel ni??
Fisrt-aku suka dengan gaya penulisannya...matang..
kedua- jalan cerita yang disusun rapi, dan teratur...menepati keadaan semasa hidup disekeliling kita, tidaklah jalan cerita yang tidak masuk akal...entah kemana-mana jalan ceritanya.
ketiga-Watak Razif, hero utama....sampaikan aku terfikir ada ka lagi insan seperti Razif ni di dunia nyata...buat aku jatuh cinta beribu-ribu kali...hehe..
Last- aku suka semua watak yang ada dalam novel tu....
dan aku suka semua tentang ketiga-tiga novel tu.

#kini, novel ni telah didramakan oleh Suhan Movies & Drama bertajuk Trilogi Cinta yang ditayangkan d TV 1...






Rabu, 30 Januari 2013

Membosankan??



Aku ni sombong?? aku pun tengok cermin lama-lama....ya kot...kadang-kadang aku malas mau layan hal-hal merepek entah apa-apa...yang tiada urusan hanya suka-suka...aku ni memang sudah banyak kerja, tolong jangan tambah kerja aku lagi.....

Lepastu aku dikatakan garang pula...aku ni garang??...kadang-kadang kita perlu pandai membezakan garang dan tegas...tapi hakikatnya aku boleh menjadi garang dan sangat tegas...

last-last aku jadi sangat membosankan?? Tengok cermin lama-lama lagi...akhirnya aku sedar yang jawapannya bukan pada cermin...mungkinlah sikit...baring tengok dinding bilik...iya, memang aku ni membosankan....oh, mulai saat ini aku perlu menerima hakikat.....

hanya mereka yang mengerti dan mampu bertahan denganku yang akan faham aku macam mana....

kadang-kadang boleh menjadi terlalu lembut dan cepat sensetif....

masing-masing ada masalah sendiri, masalah peribadi............

*jujur aku sangat terasa...hohoho...

Selasa, 29 Januari 2013

Kerja, kerja

(Penulisan gaya sabahan) hehe



Waaa....esok keja, baju belum iron lagi...malasnya perasaanku di malam hari ni. Kerja betimbun tapi satu dua benda ja boleh buat. Elektrik di office masih belum ok. Entahlah SESB ni...berbulan-bulan kami datang melawat di pejabat mahupun di telefon tapi sampai sekarang belum ada tindakan. kan aku pegi sambung wayar utama sendiri ada yang meletup satu Bukit Garam....hohoho...(saya hanya bergurau sila jangan ambil tindakan)...

Minggu depan kursus lagi......jauh pula tu, enam jam perjalan menaiki kenderaan empat roda baru sampai...penat kursus 3 hari minggu lalu pun belum hilang lagi...ni masuk lagi tender baru untuk office....ah, aku pun mulalah berangan kalaulah aku hanya seorang tukang sapu, tiada kursus...meeting pun teramat amatlah kurang....Wahai diri, sila jangan malas-malas....dan terima lah hakikat...

Secara belum rasminya aku kini boleh menjadi trainer untuk program 1 citizen di bawah CBC...belum rasmi sebab masih belum boleh buka portal untuk student...tambah lagi satu kerja...anggapla kerjamu satu kebajikan, jadikan ia kebajikan...iya, kena setting niat untuk menyebarkan ilmu...hehehe...sungguh bersemangat ya di situ....

oklah aku ingin mengakhiri repekanku di malam hari...selamat malam blog...:)

Jumaat, 18 Januari 2013

Mood malam ni....

 Mood malam ni rasa macam mau letak gambar ni, sedihlah kononnnya...tapi tengok gambar macam sedih dalam kejiwangan pula...tukar, tukar....

dan aku pun menjadi macam ni...


argghhh....rasanya marah sampai tahap mau gila ni...memangpunnnnn....aku memang rasa macam tidak betul sekarang ni........



apa???...ingat aku saja mau marah sampai tahap macam ni ka?? ni pun kira masih cute lagi aku marah 
sampai tahap macam tu ja......




tahan, tahan....sabar, sabar...marah itu permainan syaitan...






oklah bagi menenangkan perasaan yang ibarat gunung berapi, ada baiknya aku tidur awal dengan ketenangan...peace...semoga terpadam semua kenangan....swaaaa (ala ala drama korea I miss u)..:)

Aku pelarian




Puas ku berlari,
Ibarat pelarian bukannya jaguhan,
Berlari dan sentiasa berlari,
Kerana sudah puas berdepan,
Kaki sudah lemah untuk bertahan,
Dan aku perlukan kekuatan...

Oh...andai bisa ku berlari kebulan,
Ku kan membina sebuah taman,
Untukku bermimpi dan belajar untuk berdepan..

Janganlah jadikanku pelarian kerana keinginan,
Biarkan ku menari dengan rentakku,
Ketawa dan menyanyi,
Dan kita kan menjadi teman....


* hakikatnya aku masih di sini....berdepan, dan berdepan...namun belajar untuk membina kekuatan...jangan cepat jatuh, jangan mudah lena...hanya ingat janji ar- Rahman.....kerana janjiNYA pasti

Test test

Hohoho...percubaan pertamaku berblog menggunakan hanpon..biasalah orang jakun2 sikit ni..hehe..

Best jugalah..bagi yang ada hanpon android, bolehlah mendownloadnya di play store..taip blogger dan install...taraaa, sekejap ja...

Khamis, 17 Januari 2013

Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Garam

Entry ini hanya untuk mempromosi page Pusat Internet 1 Malaysia Bukit Garam, banyak maklumat berkaitan dengan komputer dan ICT yang akan diadakan. Silalah berkunjung dan like page ni...:)

Page Pusat Internet 1 Malaysia

Jumaat, 4 Januari 2013

Sedekah




Memo dii salah sebuah supermaket di Jedaah ......In one of the supermarkets of Jeddah....'if you can't buy the bread take it for free'.....SUBHANALLAH, alangkah murninya hati tuan punya kedai ini....

Sumber:  FB Habibi Balaqas