Selasa, 14 Februari 2012

Aku anak petani

Tengah-tengah menggeliat sakan, mak menegurku..

"Hari ni, tolong mak kat kebun!" Aku terkaku seketika.
"Tolong apa mak?"
"Tolong mak angkat batu bata?"
"HAAA" terkejut beruk aku dengar permintaan mak tersayang aku.
" Makkkk...eee..berat la mak"
"Ala...anak muda kenala cergas, mak yang sudah tua ni pun boleh buat..ni lagi yang sihat walafiat macam kau ni"

aku menggaru kepala...

selepas membasuh pinggan dan masak nasi, aku mengintai mak dari belakang dapur...batu bata jenis apakah yang akan aku sorong nanti? banyakka, sikit? adui...aku mengintai di sebelah rumah aku pula, ramainya lelaki..makk...

5 minit kemudian aku mendekati mak....mak tersenyum-senyum, mak ni mengejek aku la tu...

"Eh, ni baju nak pegi jalan-jalan ni"
"Mak ni, ni ja la baju yg ada, nanti saya pakai baju kurung kang" Mak menambah lagi kelemakan dalam senyumannya. "Makkk, mana ada anak dara yang sorong batu bata mak..ada dara kat kampung ni semua duduk dalam rumah" Aku mencebik, saja nak mengada-ngada dengan mak...kali ni mak tergelak dengar rungutanku, dan akhirnya aku pun turut ketawa...ai...apala nasib

Dengan sekuat tenaga aku menyorong kereta sorang yang diisi dengan batu bata ke kebun. Kata mak, batu tu untuk menampal jalan kebun yang berlubang, supaya senangla kelapa sawit pusaka kami tu nak diambil oleh hilux pak cik aku. Adoi, cabaran betul nak sampai kebun..kena melintasi pula pekerja-pekerja lelaki kat sebelah rumah aku ni, dah lah tu ramai pula. Aku pun buat la muka macam cempedak buruk, tak payah nak perasan-perasan cantik dengan kereta sorong buruk family aku ni..jalan dah lah licin kena pula melintas jambatan yang kecil hanya muat untuk sorang lalu...inilah dugaan...ya...aku boleh!

Setelah 3 kali ulang alik menyorong batu batu yang beratnya entah berapa kilo, aku pun berehat sekejap....

"Ha, dah habis tu...tolong mak buat longkang kecil untuk bagi keluar air-air yang betakung ni"
"Aaa??" aiyo, ada lagi rupanya...

aku pun duduk disebelah mak yang sedang beristirehat sambil mencangkul tanah menggunakan besi kurus yang ntah apa namanya.

"Mak keraslah tanah ni mak.."
"Alahai anak ni..menangis pak cik lem kau tengok kau ni tau...longkang macam ni, tahi hidung pun tak boleh lalu...aiii.." Mak memerli longkang yang aku buat. Aku menjeling longkang yang mak buat, longkang yang mak buat 3x lebih besar dari longkang aku..
"Ala, yang penting air keluar dengan laju mak, tak besar tapi dalam" Hehe..aku pun apa lagi, cover line la...

" Ermm..mencangkul ni, bukan macam menulis...tekan sikit ja, terus nampak..mencangkul ni kena guna tenaga...dulu, orang-orang tua selalu pesan....kalau tak belajar ginila jadinya...memangla, kalau hidup masih ditanggung ibu bapa, tak terfikir benda-benda susah macam ni, bila dah hidup sendiri...ibu bapa pun dah takda, macam ni la yang akan jadi nanti. Mana ada makanan yang turun dari langit untuk orang yang malas...macam mak ni la, tak sekolah"

Mak mula buka kitab. Ermm... Tapi aku tau mak lain, mak bukan saja-saja taknak sekolah...tapi mak kena menjaga adik-adiknya yang masih kecil waktu tu. Tapi mak jangan risau, walaupun mak tak sekolah..tak pernah rasa apa itu sekolah, guru besar, guru disiplin, papan hitam semua...tapi mak dan ayah telah berjaya menghantar 5 orang anak ke universiti dengan kudrat sendiri...itula kejayaan mak yang paling besar. Ayah pun selalu berpesan, selagi mampu tuntutlah ilmu, jangan dirisau pasal duit dan rezeki insyaallah Allah akan menolong hambanya yang bersungguh dan yakin denganNYA dari sudut yang kita sendiri tidak jangkakan. Yang penting walau di mana berada jangan lupa Allah, Allah akan sentiasa bersamamu.

Setelah seharian 'melancong" dengan mak, kami pun balik ke rumah. Tiba-tiba......tengah-tengah aku menolak kereta sorong menuruni bonggolan tanah yang agak tinggi, aku tergelincir bersama-sama kereta sorongku di hadapan berbelas-belas mata manusia yang sedang membuat rumah di sebelah rumahku. Aku menoleh perlahan ke sebelah, mereka memandangku. Ni bukan kes perasan, tapi memang nyata. Adoi.....malu berkilo-kilo, tapi redha ja la, nak buat macam mana dah jatuh takkan nak pura-pura pengsan pula...Hrmmm...




Tiada ulasan: