Jumaat, 1 Mac 2013

Anak angkat baru

Hari ni, hari lapor diri di Pejabat Pendidikan Sandakan untuk guru interim....well, macam biasalah...ada sesi taklimat....cuma bermula hari ini ada sesuatu perkara luar biasa yang akan terjadi dengan aku...

"Mot macam mana ni, kita belum ada rumah sewa lagi ni??" Tanya sahabat baikku...

"Nanti lepas ni kita cari ya....tapi, kucing aku mati semalam??"

"Ha??? jadi apa kaitan dengan interim pula??"

"Jadi kucing aku tiada mama la sudah....jadi, aku terpaksa jadi mama diorang...kena buatkan susu, bagi makan"

Kawan aku sudah ketawa terbahak-bahak....

"So, aku kena bawa diorang sekali....aku sekarang ni sudah jadi mama baru diorang...bolehka?? ala...bolehlaaaa..." Aku merayu..

Kawan aku tu masih ketawa terbahak-bahak, malah bukan dia seorang ja...beberapa guru yang ditawarkan interim di sandakan juga turut ketawa...

argghhhh...macam mana aku mau explain dengan diorang ni...kucing tu adalah tanggungjawab aku, aku tau kalau aku tinggalkan diorang di kampung...tiada siapa yang dapat jaga, silap-silap mama sedekah dengan orang lain....adoi, peningnya aku sebagai ibu single ni....

yang penting aku akan jaga meow-meow semua....mereka adalah anak angkat aku yang baru...oh, sedihnya!!!!!