Selasa, 17 Februari 2009

Lelaki itu..



Masa dan waktu ini aku nak cerita lelaki pertama yang muncul dalam hidupku,lelaki yang menerimaku seadanya tanpa sebarang keluhan..lelaki yang amat aku cintai dulu,sekarang,hingga selama-lamanya walaupun ia telah pergi meninggalkanku,aku tetap setia menunggu,kerana kami sama-sama tahu masa itu akan tiba juga.waktu dia pergi meninggalkan aku,aku kecewa tidak terkata,menangis,menjauhkan diri daripada orang lain,termenung…memang aku frust gila waktutu

Apa yang menyebabkan aku begitu frust sekali?..
Lelaki ini terlalu baik bagiku,sejak aku mengenalinya aku telah meletakkan dia ditangga teratas(selepas Allah dan Rasullah).Aku suka pada senyumannya yang akan terukir manis walaupun aku suka buat hal..dia sentiasa sabar melayan karenahku..dan akan menegur setiap kesalahanku dengan penuh berhikmah...kadang-kadangtu merajuk juga kalau dia tegur aku..tapi sekejap jak.... sebab aku tahu itu semua untuk kebaikanku juga.Kehadirannya dalam hidupku cukup membuatkanku gembira..kalau nak jalan-jalan dengan dia semuanya free,ikhlas tanpa songeh...dia tahu apa yang aku suka...apalagi melantaklah..dia akan bawa aku ke mana-mana restoran yang aku nak..


Tapi akhirnya perpisahan terjadi antara aku dan dia,bukan kerana rasa sayang yang telah hilang...tapi masa telah tiba untuk sebuah perpisahan yang perlu aku terima kerana Allah telah berpesan setiap yang hidup itu pasti akan mati...akhirnya ayah meninggalkan aku setelah 19 tahun hidup bersamaku....setelah 19 tahun dia menjagaku dengan penuh kasih sayang dan susah payah tanpa dapat aku membalas walau sesuap nasi...aku betul-betul kecewa,aku rindukannya...jika anda masih mempunyai seorang ayah mungkin pemergiannya amat sukar untuk dibayangkan apatah lagi untuk diterima,tapi inilah yang perlu aku lalui..inilah kehidupan,tanpa kehilangan kita takkan tahu yang dia cukup berharga bagi kita dan takkan sedar semua yang kita ada hanya pinjaman semata-mata hanya Allah yang kekal abadi...

Tapi adakah dengan hidup selamanya dengan kita,dia akan rasa gembira?Rasa bahagia dan kita takkan melukakannya?Pada waktu dia meninggalkan aku seorang insan ada berpesan denganku..selama ni ayah bertungkus lumus memebesar dan menyekolahkan aku,pelbagai keperitan dan kesusahan yang dia tempuhi hingga adakalanya melukakan fizikal dan rohaninya...selepas itu aku terfikir sejenak hikmah disebalik kesedihan yang aku alami..biarlah ayah ’berehat’ seketika,kini jika betul aku menyayanginya aku perlu lebih banyak menghantar bungkusan putih kepadanya bukan bungkusan hitam yang penuh dengan dosa yang aku lakukan.

Terutama sebagai wanita,sanggupkah anda menarik ayah yang dulunya kita lihat sembahyang lima waktu,menunaikan perintah Allah dan memberikan contoh teladan yang baik ke neraka hanya kerana dosa yang kita lakukan..setiap dosa yang kita lakukan ibarat memalit lumpur ke wajah ayah kita yang kononnya amat kita cintai...fikirkanlah!!!



1 ulasan:

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil berkata...

moga roh arawah dicucuri rahmat. sedey nya aku baca. mesti ko kuat kan sal. huhuhuh.