Isnin, 25 Oktober 2010

Buku



Kalau orang bertanya benda apakah yang paling banyak aku habiskan duit di alam universiti ini?....tentulah jawabku benda yang bernama buku...sedar x sedar aku menghabiskan duit beratus2 untuk membeli buku, sampai satu masa aku terpaksa menahan diri untuk tidak masuk ke kedai buku...aku sangat jeles bila kakak rumah aku beli buku baru...he3...entah apa yang membuatkan diriku sangat berminat dengan buku seawal hidupku lagi...sebelum sekolah perkara pertama yang aku bersungguh2 lakukan ialah belajar membaca, nasiblah ayahku tidak jemu mengajarku membaca...dan Alhamdulillah dalam usia seawal 5 tahun aku sudah lancar membaca...

masuk sekolah rendah aku akan menghabiskan masa membaca buku di mini perpustakaan rumah kami yang terletak di ruang tamu....sampai mak aku panggil pun aku x perasan...dan kerana hobi itu juga, aku sanggup curi2 masuk ke dalam bilik abang khmsah untuk membaca buku kartun yang betimbun2 di dalam biliknya..mujurlah sampai sekarang abang aku x perasan walaupun bertahun2 aku masuk curi2 biliknya...he3..

masuk sekolah menengah....kerana hobiku nan satu ni, aku selalu kena bebel...benda pertama yang aku cari apabila ayah pulang dari mana2, ialah surat khabar...bila dapat jak surat khabar aku pun melepak la di mana2 sudut tanpa menghiraukan apa2 yang berlaku di sekitar...tu lah puncanya kakak aku membebel...semua kerja akan tergendala selagi aku tidak menghabiskan pembacaan...dan bila kakak aku balik daripada universiti, benda pertama yang aku cari adalah buku...habis kotak2 diselongkar..kalau sudah jumpa buku, memang lupa lah semua yang perlu dibuat...tapi apa boleh buat...

masuk alam universiti ni pula, semakin menjadi2 la pulak....aku lebih berminat untuk membeli buku daripada pakaian atau dari apa2 pun...tapi x kisah pun...sudah memang itu yang aku mahu...cuma sem ni jak yang aku tidak berupaya untuk membeli buku..rasa mau menangis jak masuk kedai buku...geram!!!....harap jodohku tetap ada untukmu buku...

Tiada ulasan: