Rabu, 31 Mac 2010

coretan seni 2..



terimbas saat manisku beberapa tahun yg lalu..perkara pertama yg aku belajar dalam hidup ialah tentang sucinya sebuah kasih sayang...merekalah yang mengajar aku semua itu..ayah, mak, abang dan kakak serta sanak saudara yg lain..kasih sayang adalah benda yg paling bernilai dalam hidup,dgnnya sesusah mana pun keadaan kita takkan jatuh dengan cepat walaupun tsunami yang melanda..hidup dalam serba kekurangan tetapi masih boleh berlari riang, tertawa mesra dan bahagia sentiasa..kasih sayang bukan senang utk dimiliki tanpa kta belajar utk memberi dan menerima..kerana nilainya terlalu tinggi bagi yg menghargai...bila kita dah memilikinya, kita akan merasai kebahgian yg sukar utk ditafsirkan walaupun kita telah menanggung pelbagai luka...dan hanya kita yg mengerti...

adakah kasih sayang hanya dengan memenuhi apa yang kita inginkan?hanya memenuhi apa yg kita perlukan?..kasih sayang ialah bila kita dapat merasa pahit manis kehidupan, bila kita dapat mersa jatuh dan berdiri, bila kita rasa kalah dan menang...belajar utk mengenal diri sendiri..kita belajar menghargai, memberi dan menerima agar kita lebih kuat berjalan di atas nama kehidupan...dengannya kita akan rasa bersalah jika menyakiti org lain dgn tindakan kita, kita sanggup berkorban, kita menepis kepentingan diri sendiri demi org yg disayang hingga kita terlupa yg kita masih ada keperluan yg ingin dipenuhi...kita jarang menangis utk diri sendiri tapi kita akan bersedih dan menangis apabila dia yg disakiti ataupun 'sakit'...

ada dua peristiwa yg berlaku dlm hidupku sebulan ini...kerana seorang kawan aku menangis saharian...rasa bersalah yg teramat sangat kerana kurang mengambil berat tentangnya selama ini, sedangkan dia benar2 memerlukan kami waktu itu,hinggalah terjadi satu peristiwa yg membuatkan kami menangis bersama2...x sangkah malam itu membuka cerita bagaimana kasih sayang seorang kawan menyelamatkan seoran kawan...mmg waktutu semua penat,semuanya baru sahaja balik drpd kem dan program...tapi,kawan itu terlalu bernilai bagi kami dan kami xkan membiarkan dia merasa sendirian dan terbuang walaupun satu dunia meminggirkannya dan memulaukannya...

peristiwa kedua..bila kami sekeluarga diuji dengan masalah yg x tahu di mana puncanya..bila dapat khabar tersebut aku bagaikan hilang dalam kesedihan,ntah kenapa aku rasa x mahu kehilangan mereka...aku x mahu mereka rasa sakit..tapi inilah ujian dari Allah..setelah Allah berikan rezeki,kebahgian dan nikmat kpd kami, kami sekeluarga diuji dgn kehilangan demi kehilangan,dgn kesakitan demi kesakitan...sesugguhnya hikmah itu tersembunyi di balik hijab yg perlu kita rungkaikan..Alhamdulillah,sesungguhnya dunia hanya persinggahan, tempt yg abadi adalh di sana nnt...semoga pertemuan seterusnya berlangsung di dalam Syurga yg abadi bersaksikan DIA YAng MAha Agung..ujian ini membuatkan kami semakin dekat dgnMU..dan d situ ada tanda kasih dan sayangMu..yg x membiarkan kami terus hanyut dalam kenikmatan dunia...

cuma, kdg2 aku terfikir...mengapa masih ada yg mengkhianati erti sebuah kasih sayang..dulu aku rasa pelik, kerana aku diajar utk menghargai dan x mengkhianati tetapi kini aku sering berhadapan dengan masalah ini...buang bayi, buang mak ayah, tinggalkan keluarga, dan org yg x pernah setia dan yg teruknya mengkhianati kwnnya sendiri...aku jd pelik...mengapa dan kenapa?...kwan sana mengadu kawan sini mengadu...bg aku, aku x kisah dikhianati dan aku xkan membalasnya semula...kerana ia xkan berakhir sampai bila2 selagi ada dendam..yg penting biarlah org kata rugi,kolot, pasif...kerana jika kita membalas dendam apa kurangnya kita dgn 'dia' dan sedar x sedar kita juga sama dgn 'dia'..adakalanya kita kena betindak lebih matang dalam kehidupan..kita selalu memikirkan perkara yang hanya menambahkan masalah tanpa memikirkan bagaimana hendak mengatasinya dengan cara yg baik...

sebenarnya hari ini genaplah 3 tahun ayah pergi meninggalkan kami...aku x mungkin lupakan ayah...dia lah yg mengajarku erti sebuah kehidupan dan kasih sayang..31 mac..hari aku kehilangan org yg teramat penting bagiku...xkan ada pengganti..al-Fatihah buatnya...semoga rohnya dicucuri rahmat...

'

Tiada ulasan: