Khamis, 26 Julai 2012

Cerita Ramadhan

Malam ni sebelum tidur Kakna pesan masak ayam kat dapur, masak biasa ja..masak kicap. Biasanya Kakna yang akan masak untuk sahur, tapi untuk malam ni giliran aku pula sebab dia dah mengantuk tahap gaban. Aku yang tengah syok baring-baring pun jawab, "Nanti sahur aku masak, nak tidur jap" Aku pun meneruskan agenda ku untuk melelapkan mata, sebelum tu set alarm kul 3.30 pagi. Bunyi alarm aku ni memang telah dipilih daripada beberapa tones yang menyakitkan hati supaya cepat sikit aku bangun.

Dalam kepala otak aku ni, asyik terfikir, yang aku mesti bangun sebelum kul 4..nanti habis naya 1 rumah tak sahur. Last-last aku pun terlelap. Jeng....jeng...jeng... Setengah jam kemudian aku terbangun, eh..baru kul 1, tidur semula.....setengah jam kemudian aku tebangun lagi, eh baru kul 1.30, dan aku semakin kerap bangun..apasal aku cepat sangat terbangun ni, jangan risau aku dah set alarm, marahku dengan diri sendiri..

Pukul 2.30 pagi, entah untuk ke berapa kalinya aku terbangun kerana risaukan ayam masak kicap yang belum dimasak lagi. Arghhh...tak boleh jadi ni, selagi ayam tu tak masak, selagi tu aku tidak lena tidur...aku pun bingkas bangun untuk ke dapur. Aku menjenguk ayam di singki, nasibla C Loling tidak merompak ayam mentah malam ni. Sampai singki, aku rasa amat mengantuk...and, aku pun balik ke bilik semula...masih awal, tidur dulu lah...aku mesti boleh bangun kul 3.30...jgn risau...

Tapi, cerita tak seindah lelap kakak ku, 15 minit kemudian aku tebangun lagi, dan berterusan hinggalah kul 3.10....arghhh menyampahnyaaaa...aku membuang selimut Hello Kittyku dan terus ke dapur...oh, ayam masak kicap...memang kau buat tidurku merana malam ni....

dan kesimpulannya....selesaikan la dahulu apa yang patut sebelum tidur, kerana kelak ia akan menghantui indah lelapmu....=,=

Isnin, 2 Julai 2012

Kasihanilah diri sendiri...

Kasihan kau kan diri...terkadang fikiran merewang, apa salahku dibuat begini??
Benarkah apa yang ku lalui selama ni....rasa macam ditolak jatuh dari tingkat sepuluh, sakit dan luka perih..tapi suaraku terlalu kecil untuk didengari dan aku pasti tiada ruang untuk itu...diam, diam dan sepi...cukuplah aku mendengar dan biarlah...untuk apa berbalah bagi sesuatu yang sudah tidak dipeduli...puaskan lah hatinya dengan amarah dan sakit hati...aku sudah tidak kuasa untuk menahan...

Syak wasangka tu tidak baik, kena fikir positif, jangan terlalu cepat meletak label..
Tapi,kenapa yang berkata itu juga yang mungkir...
Aku yang terlalu naif atau kau yang terlalu pintar..
Tapi sejauh ini ditikam pun, hati dan fikiran tetap memikirkan yang semuanya tidak disengajakan...mungkin dia tidak tau, mungkin dia tidak mengerti..dan mungkin juga aku yang terlalu mudah...

namun, aku masih berpegang pada kata, kebaikan akan menghapuskan kejahatan, dan berdoalah padaNYA semoga Allah memberikan yang terbaik..aku juga percaya....Allah tidak menciptakan peristiwa demi peristiwa secara sia-sia...semoga Allah memberi petunjuk dan Hidayah pada kita..perjalan ini masih terlalu panjang untuk mengalah, masih ada tanggungjawab yang perlu dilunasi. Dan di hadapan sana yakinlah ada kebahagiaan yang menanti untuk mereka yang percaya pada ILAHI..

walau apapun niatmu terhadapku, semoga aku kan melupakan...kerana cukuplah, cukuplah...diri sudah terlalu letih...buatlah apa yang kau rasa ok, kerana kita ada hidup kita sendiri..

wallahualam..

Sempena Euro 2012

Waktu-waktu boring macam ni memang sajalah layan bola,tapi biasalah perempuan kalau tengok bola...kadang-kadang tu emosi yang melebih-lebih. First time tengok perlawanan full pun waktu Italy lawan Spain. Memang best gila la...sorang-sorang bersorak depan tv sambil sahur..biasanya tengok online ja dari bilik, tu pun setengah2 jam bangun just tengok result ja.... kali ni aku bolot tv sorang2 semata-mata untuk tengok kemenangan Spain..macam nak menari depan tv pun ada, hehehe...sebab aku sorang ja yg layan..

Dalam Euro 2012 ni ada tiga orang yang jadi pilihan utama ku..

1. Fernando Torres..(Spain)



Waktu tu, tiba-tiba aku on tv dan tekan ke channel ESPN..kebetulan Torres sedang membuat tendangan gol, terpegun aku depan TV, punya lah smarttttt...dan aku pun ambil keputusan untuk memilih Spain sebagai kumpulan pilihan. Besoknya, aku belikan Jaid Jersi Sepanyol number 9, jersi En Torres..malam tu juga aku suruh kakak aku pakaikan Jaid..dan akhirnya SPAIN MENANGGGG...hahaha...puas hati aku..

2. Mesut Ozil...(German)




Orang ke2 curi perhatian aku adalah Ozil..pemain yang beragama Islam, dan akan berdoa sebelum permainan dimulakan. Kata kakak aku, mukanya ada iras2 Jaid..main pun boleh tahan hebat..rupa pun...semestinya..hensem...hohohohohoho..

3. Mario Balotelli...(Italy)



Memang dia adalah orang yang mencuri perhatian dalam EURO 2012, apatah lagi sewaktu dia memunahkan harapan Jerman dengan 2 gol..satu-satunya pemain berkulit hitam dalam Italy..memang ramai penyokong Jerman yang sakit jiwa dengan En Balotelli ni..

Apa yang aku suka tentang beliau, ialah sifatnya yang sukar dijangka. Sifatnya tidak seganas wajahnya. Suka cakap sendiri-sendiri. Dia akan cepat2 memohon maaf jika melakukan kesalahan. Terpancar di wajahnya kesungguhan untuk menang, namun tidak taulah apa yang mengganggunya sewaktu perlawanan akhir. Nampak tidak bersemangat dan yang comelnya apabila dia menangis di akhir perlawan.

Hohohohoho...

Khamis, 28 Jun 2012

Mama dan Cincau

Hari ni gaduh dengan my mum...sebabnya biarlah rahsia...urmm
Lepas tu mum keluar rumah, tinggal aku and Jaid...biasanya mum akan bagi tau dia ke mana, tapi kali ni dia senyap ja...
4 jam kemudian mum balik, aku dan Jaid nyenyak di ruang dapur...
Aku bangun, mum pula tidur..aku mencongak, kali ni mau merajuk berapa lama pula ya..ermmm
Pukul 3 lebih mum bangun jenguk aku di ruang tamu dengan c Jaid yang sudah pandai mengada2...
Lepastu mum beredar dan datang semula dengan setin cincau...mum hulurkan kepadaku...itula my mum, setiap kali ke mana2 dia pasti akan belikan sesuatu untukku, walaupun hanya keropok yang berharga 20 sen...
Terharu aku jadinya, cancel merajuk...

Aku tau mum larang dan marah2 sebab dia mau yang terbaik untuk anaknya dan tidak mau lihat anaknya hidup menderita...
Tapi mum...terkadang kita kena belajar untuk susah agar kita lebih pandai menghargai perkara terindah dalam hidup...salahkah aku mau jadi tukang sapu? Cleaner? Pengasuh taska? erm....
Untuk mum dan cincau, aku mengalah....

Isnin, 30 April 2012

Luahan anak Sabah

Komen ni saya petik daripada artikel Pendapatan Malaysia Daripada Kekayaan Minyak & Gas Melalui Petronas RM431 Bilion!!.

Bukan bermaksud untuk mempolitikkan keadaan, namun hanya untuk berkongsi cerita daripada yang merasai dan memerhati tentang negeri tanah tumpah darahku.....

Wow !!!! Banyaknya duit royati minyak !!!!

Menurut si Datuk Amirsham, royalti yang telah dikeluarkan dari ketiga-tiga negeri iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah RM13.42 billion dari 2004 hingga 2007.

Wow !!!!! Itu baru 5 % geng, berapa pulak kalau dapat 20% !!!! Lebih-lebih lagi kalau dapat 100% royalti minyak tersebut, apa tidak kaya kah negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu?

Nah!!! Itu pun selepas tolak subsidi, cukai, dividen dan duti eksport, jadi lebih besar nilainya kan kepada sumbangan pendapatan negara.

Wow !!!!! Itu belum lagi kira pendapatan dari sumber gas semulajadi !!!

So, agak-agaknya dah berapa trillion royalti minyak masuk kocek pemimpin Malaysia selama ni.Kalau sebut pasal negeri Terengganu, saya tidak pasti apakah kerajaan semasa Terengganu boleh memperolehi 100 % royalti minyak kerana Terengganu termaktub di bawah pemerintahan kerajaan pusat.

Tetapi kalau menyentuh tentang Borneo iaitu Sabah dan Sarawak, Perjanjian 20 Perkara yang termeterai semasa pembentukan Malaysia jelas menunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai hak mutlak sendiri untuk menguruskan isu minyak ini tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak apatah lagi pemerintahan kerajaan pusat.

Sebelum ini saya berkesempatan mendengar soal-jawab pemimpin kita terutamanya si Nazri dalam sesi Dewan Parlimen di TV1 dan wow sungguh lantang beliau menjelaskan isu-isu persekolahan di Sabah yang masih lagi “papa kedana” memerlukan masa hingga 3 – 5 tahun lagi untuk dibantu sepenuhnya.

Wow !!! Hebat yer jawapan kamu, tapi takkan dah berpuluh tahun korang ambik duit royalti minyak Sabah masih tak berkesempatan nak membantu saudara-mara kami di kawasan pedalaman yang masih duduk beralaskan “sofa” tanah untuk sesi pembelajaran di sekolah bermahligai “kandang babi”.

Aikkk!!!! Bila pemimpin(segelintir) Sabahan membuat “bising” SIKIT, baru korang janji nak tolong itupun pelan-pelan korang kata. Masih tak cukup kah duit “sedekah” kami yang korang dapat dimanfaatkan untuk membantu saudara-mara kami. Ingat janji tuh “hutang” dan akan dituntut di akhirat nanti. Itu pun kalau korang masih ingat syurga dan neraka!!!!

Tahu kah kamu bahawa orang asli Penan di Semenanjung Malaysia pun lebih “kaya” dari saudara kami di pedalaman Sabah. Malah dari sumber yang saya perolehi terutamanya para guru yang mengajar di sana, ada penduduk Sabah di kawasan pedalaman masih merasa mereka berada dalam zaman di mana Jepun menyerang Borneo dulu. Apa tidaknya, apabila nampak helikopter atau kapal terbang lalu di atas kawasan mereka…mereka lari bertempiaran sambil berteriak “jepun mau serang, lariiiii…”.

Bayangkan betapa jahilnya mereka, kan inilah akibatnya kalau kerajaan tidak benar-benar membela nasib anak bangsa Sabah. Yang korang tahu cuma membangunkan banyak bangunan pencakar langit di Bandar-bandar utama sahaja. Yang daif, apa macam hah?

Tapi saya percaya kalau diutarakan persoalan ini biarpun di sidang dewan parlimen, tentu korang pemimpin BN akan berkata pembangunan Sabah perlu dibuat secara ber-fasa dan berperingkat serta memerlukan masa yang panjang untuk direalisasikan. Soal saya, berapa lama geng? Takkan sejak Malaysia dibentuk sampai sekarang, masih lagi tak nampak. Nyatalah janji korang tuh hanya tinggal janji.Bukan itu sahaja, saya juga marah dengan isu-isu “kesian” dan “sayang” korang pada pendatang tanpa izin (PATI) dan pendatang politik dengan izin (PADI) hingga mampu membina penempatan khas seperti Skim Penempatan Pelarian Kampung Bahagia, Sandakan atau Kampung Selamat, Semporna atau Kampung Hidayat, Tawau atau Skim Penempatan Telipok dan Skim Penempatan Pelarian di Kinarut. Kalau itu korang mampu sediakan, mengapa infrastruktur dan keperluan sekolah-sekolah luar Bandar Sabah tidak mampu korang perbaiki biar sedikit pun.

Apa itu pun memerlukan masa kah tapi nak bagi pendatang asing rumah “free” atas tanah adat kami boleh pulak dijayakan dalam masa yang singkat. Saya berani jamin dengan nyawa saya, pendatang asing berbangsa Filipina, Indonesia, India dan lain-lain lebih “mewah” hidup mereka di Sabah berbanding anak watan peribumi Sabah yang hidup di pedalaman Sabah.Anggaran angka pendatang asing yang mencecah 1 juta orang tak cukup kah menunjukkan betapa Sabah benar-benar mengalami “penjajahan asing” di bumi yang kami diami sejak zaman nenek-moyang kami lagi. Tak cukup dengan itu, si Nazri pernah mengeluarkan kenyataan berani yang mengatakan angka sebenar pendatang asing di Sabah tak sampai jutaan orang tetapi puluhan ribuan sahaja.Siapa si Nazri tuh yang berani mengatakan sedemikian walhal datang Sabah pun cuma sekali dua sahaja, tapi kami dah berpuluh tahun terpaksa berdepan dengan si pendatang ini. Nah!!! Si Nazri juga berani mahu memberi dokumen IMM13 secara percuma kepada mereka dengan alasan untuk menangani isu kebanjiran pendatang asing. Wawawah senangnya si pemimpin BN ni cakap yer!!!

Kalau bangsa Melayu terkenal gagah beraninya dengan Keris Melayu disisip di pinggang dalam sejarah Melayu lama dengan imej kepahlawanan yang hebatnya dikenali seluruh dunia, begitu juga dengan sejarah bangsa peribumi momogun KadazanDusunMurut (KDM) yang tak kurang hebatnya seperti bangsa Iban di Sarawak yang dikenali sebagai bangsa “pemotong kepala”.

Apakah kalau bangsa KDM sudah mula mengasah dan memegang parang Sabah sepanjang 2 kaki bermakna “pemberontakan” bakal terjadi, maka itulah yang kami akan lakukan. Tentu rakyat Malaysia masih ingat semasa Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi pilihanraya Sabah kali, bangsa peribumi KDM lah yang mempengaruhi kemenangan tersebut. Begitu dahsyat sekali pengaruh bangsa peribumi KDM jika mereka benar-benar bersatu.Kami, rakyat Sabah tidak mempunyai banyak pilihan dalam soal politik. Mahu mengharapkan perubahan drastik dari kepimpinan UMNO(mcm cyal)….janganlah harap.

Diharapkan pakatan rakyat (PR) yang diterajui oleh PKR di Sabah dapat memberi komitmen kpd kami kerana antara manifesto PKR ada menjanjikan tambahan royalti minyak sebanyak 20% jika PR berjaya menawan Sabah dan Malaysia.Tetapi kan itu sama sahaja geng, pemimpin terdahulu Sabah bersetuju bersatu dengan Malaya membentuk Malaysia dengan ikrar Sabah dan Sarawak mempunyai hak sendiri untuk mentadbir bumi Sabah tanpa perlu campurtangan pusat apatah lagi dalam soal kekayaan bumi Sabah. Mengapa tidak berjanji akan memberikan 100% hak dan royalti minyak kepada kerajaan Sabah sahaja, mengapa pulak mahu beri 20% sahaja?Namun jauh di sudut hati kami penduduk Sabah masih mengharapkan agar nasib kami terbela oleh mana-mana individu, organisasi atau parti politik yang mampu merubah situasi kami di Sabah. Lebih baik dapat 20 % daripada 5 % kan kerana siapa tahu jika nisbah 15% selebihnya dapat membantu saudara-mara kami di luar Bandar. Dan lebih selesa dan bahagia tidur kami di malam hari jika kami tidak perlu risau si pendatang asing bakal merompak, mencuri, menculik dan merogol anak cucu kami jika mereka di “buang” kembali ke tanah air mereka.?