Isnin, 22 November 2010

Exam

Ermmm.....minggu exam menyerang lagi....setelah 3 mggu cuti sakan mggu ni tibalah untuk pertarungan.....ada yang menyambutnya ibarat wedding of the year dan ada juga yang menyambutnya ibarat hari raya aidilfitri...hehehe..perumpamaan jenis mana la aku jumpa ni...

maksudnya- ada orang yang menyambutnya dengan penuh gilang gemilang, persiapan rapi dengan nota berwarna warni, baju exam yang bersesuaian dan peralatan menjawab exam yang canggih2..jadual makan, belajar, ibadah semua tersusun rapi...hanya tunggu bersanding atas kerusi dan meja exam....

dan ada yang menyambutnya ibarat hari raya...kerana inginkan kemenangan di dunia dan akhirat...inginkan kejayaan exam untuk terus mendapat peluang bg menuntut ilmu, supaya dapat meningkatkan amal soleh di dunia....menuntut ilmu kerana Allah.....disamping study smart not hard, mereka belumba2 juga untuk meningkatkan ibadah diri..usaha + tawakal..kemeriahan exam diserikan dengan pelbagai ibadah...ibadah yg dulu hanya dilakukan dua bulan sekali kini dilaksanakan setiap hari hanya utk kejayaan mu exam....dan tadi terbaca satu post di FB, yg berbunyi begini...'waktu exam ni ramai pula orang ke surau..wkt exam je ingat tuhan'...salahkah?....erm...bagi aku tak salah kot...begitulah ibarat hari raya, waktu solat hari raya banyak pulak orang dtg ke masjid...tp ia tidak menjadi kesalahan...cuma ubah sikitlah ayat tu supaya lebih kepada memberi dorongan...contohnya...semoga suasana surau di mggu exam ini akan tetap berterusan...terasa indahnya ukhwah jika ia meriah sepanjang masa....dan istiqomahkan diri kami....kita doakan lah diri mereka dan diri kita sendiri...

dan aku....menyambutnya ibarat makan.....persediaan ala kadar...sebenarnya malas bc nota....hehehehe...baca sikit. lepastu jalan2 kejap, x lama dari tu tengok tv pulak...aishhh...apa nak jadilah exam aku kali ni...

Tiada ulasan: