Khamis, 30 April 2009

repekanku..



'Hidup kena berani terima kenyataan...'

Baru jak habis tengok movie laskar pelangi...huhu...sedihnya.Dibandingkan aku dgn watak2 dlm cite tu memang berbeza giler...sedar diri tak pandai tapi malas nak belajar..esok periksa malam tu baru buka kitab.Tadi paper kemahiran asas kaunseling,aku tak habis jawab...tp penyesalan tak datang lagi,tunggu keluar kptsn baru menggigil satu badan teringat jwpan yg ntah sumber dari mana..tau pun takut..aku pun x tahu kenapa exam kali ni mcm tak rasa exam pulak..

sejak 2 menjak ni aku diserang lagi virus baru...asal masuk bilik jak aku mesti jeling beg balik kampung aku..tak sabar nak balik kampung.Wahai penduduk kampung ku yg disayangi,tunggula kemunculan ku semula di kampung...hehe..perasan glamour pula...tak sabar nak memancing,jalan2 kat kebun,makan dgn family...tp..mak aku dah pesan awal2,cuti dua bulan ni aku akan jadi suri rumah sepenuh masa..sbb dua org kakak aku sibuk memanjang...tula sapa suruh jadi kaunselor?

lagi satu paper utk menghabiskan sem ni...kena kemas barang awal2..sbb kena berhijrah ke satu tempat.Apalah nasib aku sem ni...dahlah haritu kena singkir dari kolej sebelah,lepastu kena reject pula...sedihnya mesti dah jarang jmp kwn2 yg sengal2 semua termasuk diriku...apapun kali ni aku kena juga bersedia utk meneroka dunia....

banyak lagi perkara yg aku kena selesaikan sebelum balik kampung ni...harapla semua dpt selesai dgn baik..

Jumaat, 24 April 2009

maklumat bg bakal cikgu..

maklumat ni khas utk bakal cikgu2 yg berada d luar sana supaya bila masuk sekolah nnt tak la kita terkejut beruk bila sistemnya dah tak sama seperti waktu zaman kita comel2 dulu...


PENDIDIKAN Respons: Penilaian baru jadikan tugas guru makin mencabar
Oleh Zainor Said

JIKA segala-galanya berjalan seperti yang dirancang, mulai tahun depan Kementerian Pelajaran akan melaksanakan sistem baru dalam membuat penilaian terhadap prestasi pelajar iaitu Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK), bermula dengan murid tahun satu.

Menerusi sistem baru itu, prestasi pelajar bukan saja dinilai berasaskan peperiksaan, malah turut mengambil kira aspek rohani, jasmani dan emosi secara bersepadu termasuk pembabitan mereka dalam kegiatan kokurikulum. Matlamat kementerian adalah untuk mengubah sistem penilaian sekarang yang dikatakan terlalu berorientasikan peperiksaan kepada usaha untuk mencungkil potensi serta bakat pelajar dalam bidang dan kemahiran lain.

Penilaian berasaskan sekolah dari tahun satu hingga enam meliputi 70 peratus daripada markah keseluruhan, manakala baki 30 peratus lagi adalah menerusi peperiksaan UPSR yang bakal mereka duduki pada 2015. Di peringkat PMR pula markah penilaian berasaskan sekolah merangkumi 50 peratus dan baki 50 peratus lagi menerusi peperiksaan PMR. Sementara di peringkat SPM pula, 30 peratus adalah markah penilaian berasaskan sekolah dan 70 peratus lagi menerusi peperiksaan SPM.



Langkah baru Kementerian Pelajaran itu adalah satu daripada usaha transformasi pendidikan untuk melahirkan modal insan serba boleh dan holistik. Kerajaan bukan saja mahu melahirkan pelajar cemerlang akademik tetapi juga memiliki kemahiran lain seperti bijak berkomunikasi, bergaul, berakhlak, kreatif dan berpengetahuan luas.

Buat masa ini, Kementerian Pelajaran sudah menjalankan projek perintis di beberapa sekolah terpilih untuk menguji keberkesanan sistem itu. langkah itu memberi mesej jelas kepada kita bahawa setiap projek sekiranya sudah melalui tempoh percubaan di beberapa sekolah bermakna ia hampir pasti akan dilaksanakan.

Umum bersetuju bahawa sistem pendidikan hari ini terlalu menekankan peperiksaan kerana hanya dengan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan saja akan membolehkan seseorang pelajar mendapat laluan mudah sehingga ke peringkat universiti. Mereka juga ditawarkan pembiayaan pengajian berdasarkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan. Sebab itulah tumpuan sebahagian besar ibu bapa adalah ingin memastikan anak mereka berjaya merangkul semua A atau markah cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.

Sistem yang bakal dilaksanakan itu mempunyai sedikit persamaan di peringkat pengajian tinggi. Markah penilaian mahasiswa bukan bergantung seratus peratus pada peperiksaan akhir tahun yang mereka duduki kerana sebahagiannya sudah diagihkan, sama ada menerusi kerja kursus dan sebagainya.

Bagaimanapun ibu bapa tidak harus beranggapan bahawa dengan kurangnya peratusan markah di peringkat peperiksaan UPSR, PMR atau SPM bermakna anak mereka tidak perlu belajar atau melakukan ulang kaji seperti yang dilakukan sekarang.

Apa yang membezakan dengan sistem sekarang ialah tekanan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun enam, tingkatan tiga dan tingkatan lima itu berkurangan kerana sebahagian daripada markah mereka sudah diperoleh ketika mereka berada di tahap sebelumnya menerusi ujian bulanan, kegiatan kokurikulum serta aktiviti akademik berbentuk kajian yang diberikan oleh guru sebelum ini.

Bagi melaksanakan sistem penilaian berasaskan sekolah ini kita tidak dapat lari daripada menagih komitmen tinggi daripada semua guru di semua peringkat daripada tahun satu hinggalah ke tingkatan lima. Merekalah yang menjadi penentu berjaya atau gagalnya sistem ini kerana setiap guru memainkan peranan penting dalam membuat penilaian terhadap murid masing-masing.

Kita bukannya mahu memperkecilkan kewibawaan dan kemampuan guru tetapi dengan bilangan murid yang semakin ramai, sehingga sesetengahnya ada yang melebihi 40 orang dalam satu kelas, tugas serta tanggungjawab guru menjadi semakin berat dan mencabar. Apatah lagi apabila diberi tanggungjawab membuat penilaian penting prestasi murid seterusnya memberi markah yang merupakan sebahagian daripada skor keseluruhan murid dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Kita harap setiap guru harus dilengkapi dengan kemahiran dan kepakaran tertentu mulai sekarang supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab baru itu dengan berkesan seterusnya membantu kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama. Kementerian juga harus memberi mesej jelas kepada guru apakah matlamat yang ingin dicapai agar sistem penilaian berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan dengan berjaya tanpa protes dan bantahan daripada mana-mana pihak seperti yang berlaku terhadap Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Biarlah sistem baru ini, kita bukan saja berjaya mengurangkan tekanan yang dihadapi murid, tetapi penting juga bagi kita mengurangkan tekanan yang dihadapi guru serta ibu bapa. Sekiranya guru diserahkan tanggungjawab yang terlalu banyak, kita bimbang mereka tidak mampu memberi fokus kepada tugas hakiki iaitu mengajar, sehingga boleh menjejaskan kualiti kerja yang mereka hasilkan.

Selasa, 21 April 2009

pak cik abu n mak cik aini..

Entry khas utk pak cik abu and mak cik aini..

Utk pak cik abu

#Terima kasih-sebab sudi juga bg aku award,masuk ni dah dua award ko bg aku..walaupn blog ku ni ndala semeriah blog d sana..kesian aini ko panggil dia mak cik..tapi mmg aku akui jg dia sdh lama berkecimpung sebagai mak cik yg garang...hehe...terumpat pula..aini jgn marah..

#tapi klu nda silap,ko pun sama juga dgn c aini kan?..sdh lama jd pak cik yg garang..so sedar2 lah diri anda...sebagai pak cik kpd anak2 buah kesayangan..

utk mak cik aini

#terima la kenyataan yg hang dah jd mak cik kpd 16 anak buah...

#lagi satu,sekali jak hang membebel...mmg betul dan sahih andalah seorang mak cik..


dgn itu aku sebagai mak cik juga...tp mak cik yg cutelah(jgn jeles) aku nak bagi award ni kat pakcik abu and mak cik aini..

jeng...jeng...jeng...

award pakcik abu...


award utk mak cik aini pulak...


sekian...

Ahad, 19 April 2009

virus dunia...



Assalammualaikum bt semua insan yg mmburu kejayaan..hehe..intro paling cun selama aku bt entry..

setelah aku sembuh dr demam kini timbul pula penyakit baru,kesiannyalah aku...kwn sapalah ni..aku telah dijangkiti virus malas yg melampau ketika pintu exam hampir membuka tirainya..virus yg entah dr mana aku perolehi..jgnkan nak baca buku nak jeling nota pun sekali-sekala jak.klu jeling bantal tu beribu2 kali pulak...sebenarnya aku risau jg dgn penyakit aku ni..tp inilah aku sejak dr sekolah rendah lagi..masuk sekolah menengah kakk aku yg dah menyampah tgk aku yg mls study dan suka gdh dgn adik aku bg sepatah dua kata..



"kalau dah th malas nak bljr..wkt cikgu mengajar jgnlah tdr..wkttu lah ko bg sepenuh perhatian..sbb nak hrp ko bljr luar kelas, 10/100 jak buat,.."teknik bdk mls nilah yg aku praktik sjk dulu lg...

tapi x boleh jg,kt kena jg b'usaha,seperti seorg ust tu ada ckp...d akhirat kelak kt akan persembahkan apa yg kt bt di dunia kpd Allah..bkn hasil yg kita dpt tp usaha yg kt lakukan utk m'dptkan hsl t'sebut..mestilah kt nak persembahkan satu persembahan yg terbaik..persembhn itu merujuk kpd usaha kt yg b'sungguh2,sentiasa m;perbaiki diri,membuat yg t,baik n sebagainya..

so rasionalkan diri...yg kt persembahkan nnt bkn hasil yg kt dpt kerana hasil itu dr Allah S.W.T..yg akan dipersembahkan nnt ialah usaha yg kt buat...setakat mana kt bersungguh2 utk m'dptkan hasil yg terbaik..hasil yg jd mtlmt pulak kenalah yg baik2 bkn yg dilarang ya...

entry yg kena kat batang hidung sendiri...wahai dri bangkitlah dr malasmu..nnt 'presentationmu' di sana takde markah..

Sabtu, 18 April 2009

opss!!tak sengaja..



sekadar gambar hiasan utk melambangkan betapa sedihnya aku saat ni sama dgn sedihnya pengantin perempuan di atas..tp hrp2lah kes ni x b'laku wkt aku kawen nnt..tajuk pula x b'kaitan dgn entry aku kali ni..cerita kali ni b'mula begini..kuikuikui...

tgh2 aku nak gembira kemas pakaian nak balik kmpg(awal lg sebenarnya)...tiba2 mslh dtg menimpah-nimpah...otak aku jd hang skjp..hanya mata aku yg m'bulat merenung syiling bilik aku..aku x tahu nak bt apa..semalaman aku tak tdr termenung n m'khayal..mmg aku x b'upaya b'fikir wkt tu..

benarlah hidup bkn hanya m'harap nikmat,
perlu usaha dan b'ingat,
kala kt leka dgn rahmat,
ujian sebesar zarah pun boleh bt kt hilang kudrat,
kerana kt tak pernah semat,
akan perlunya kt tenung dan lihat,
Allah itu Maha Pemurah,
namun kt jg perlu b'usaha,
bkn hanya tahu menerima,
tp jg perlu tahu m'jaga..

mmg ujian kali ini satu p'tarbiyahan bg diri yg sgt hebat..setelah semlmn aku ddk t'menung mcm org putus cinta...mcm ya..akhirnyaaaaa...aku tdr skjp pg td..hehe..lpstu baru aku bgn balik..nak pg b'juang...hidup kena berani terima kenyataan...Yakinlah pada Allah..kunci pd setiap kejayaan..

Khamis, 16 April 2009

Permintaan Datin Noraini Ahmad..




gambar puteri islam waktu sem 1..amacam..sorylah bj aku tak nmpak..




gmbr bersama fail ppim..aku baru jak m'habiskan 5 biji kuih n 3 gelas air teh...sedaappp..

Gambar aini bila nak letak???

Selasa, 14 April 2009

cerita bersambung..


sambung balik cerita aku..pagi tu lebih kurang jam 2.45 tiba giliran kami utk bt rondaan.ma,ayu,zati n aku...hehe..sebenarnya byk kmpln jg yg meronda mlm tu,jd kami ambl kptsn utk melepak d satu sudut sambl melantak keropok yg ayu bawa...
prgrm utk esoknya:

#team building-lepas je sarapan kami pun bt explrc..ni lah aktiviti paling best bg kami sekumpulan.Firsttu kami telah di surh utk menyumpit belon..aku hanya tiup belon je..klu nak menyumpit,takut tertelan pla,menangis pakwe aku..eh adakah?lpstu kami di arahkan utk mengisi botol m'gunakan bhn semula jadi..ni tak lah susah sgt..cuma m'cabar kesabaran je..lepas isi air dlm botol kami ke stesen setrusnya iaitu m'bt rakit..haha..nilah stesen paling lawak bg kami.smbl bt rakttu mulut x b'henti b'bual mcm makcik2..hasilnya dptlah kami bt rakit yg paling ajaib antr semua kmpln.grup p'tama d hntr keseberang rakit mash ok..bila grup kedua dlm 7 org t'masuk akulah tu,rakit kami telah b'cerai-berai di tgh kolam ikan...bukan b'cerai 2,tapi 7..wkt tu bkn lg rakit yg bw kami,tp kami yg bw rakit keseberang..mmg nak pecah perut gelak..dgn linda yg t'sepit d tgh2.

Selepas tu kami ke stesen seterusnya iaitu m'buat khemh,masak megi 4 bgks,meruntuhkan khmh semula dan makn smpai hbs megi t'sbt..semuanya d buat dlm ms 20 minit..siapa kt tak boleh?kmpln kami boleh(temberang skit)..lps tu kami ke stesen mencari botol kmpln kami d dalm kolam yg bau ntah apa nth..bau air dia sebiji mcm bau ikan..bau dugong pun ada.tahniah bt fa kerana b'jaya menemui botol kmpln kami yg jauh t'sesat ke kolam sblh.. habislah 5 stesen kami jelahi dgn penuh cabaran dan rintangan..cee..akhirnya kami berjaya dpt tempat ke2 slps kmpln aini..tahniah bt diri sndr n ahli kmpln 4..hehe..



#aktiviti t'akhir ialah river crossing..yg ni tak susah sgt..tp sakit jg lutut t'hempas ke batu sbb kami kena jln ikut arus b'tentangan degn sungai..kesian kat cah,nasib baju dia tak koyak aku tarik..camp pun b'akhir tpt jam 6 ptg...sblm tu kami bt tatacara penutupan..habis telinga kena leter dgn makcik2...pedas gila kutukan dia pd kami..sabar jaklah..dah itu hobi diorang..nak bt mcm mana..

yg pntg spnjg prgrm tu aku x kena serang pacat...Alhamdullilah..luka pun takdelah teruk sgt..cuma demam jak yg b'tambah sbb berendam hari2..dan yg paling memenatkan ..aku t'paksa b'tarung selm 2 hari utk m'basuh baju2 aku yg penuh dgn lumpur dan wangi anak ikan..