Isnin, 19 Oktober 2009

kesedihanku..

Kali ni aku nak cerita sedih, oleh kerana aku dlm kesedihan sekarg (sedihla konon) kerana diri yg terlalu byk diperbodohkan aku nak cerita sesuatu peristiwa sedih yg berlaku seminggu sebelum hari raya..

seminggu seblm raya merupakan hari sibuk bg aku jugalah, sebelum raya tu kena hantar 3 asgmnt..org lain berhempas pulas mencari malam lailatur qadar, aku pula berhempas pulas menyiapkan asgmnt yg ntah bila nak habis..biasanya aku tidur sekejap sekitar jam 1 hingga 4 pagi...jam 4 tu kena bangun, buat apa yg patut dan sambung semula buat asgmnt..lepastu kena bt p'sediaan pulak utk sahur..

hari tu, lepas je kelas malam..ntah kenapa aku rasa mengantuk yg teramat sangat..aku pun mencapai bantal peluk yg paling aku sayangi itu dan memulakan aktiviti yg paling aku suka..hehe..tidurlah..tidak lama kemudian (agak lama jugalah) aku rasa diri bagai berada di rumah sendiri (rumah kat kampung), dari jauh ku lihat ada seorg lelaki m'hampiriku..semakin lama semaikn hampir..ayah!!..aku t'kejut, bukankah ayah...air mataku mula bergenang..ayah menghampiriku dengan senyuman yg sungguh menenangkan jiwa..wajahnya yg kelihatan bercahaya dgn memakai kopiah putih,t-shirt dan kain pelikat..aku hanya memandang ayah,kelu lidahku tiba2..tau tak aku sangat rindu dgnnya tika ini..

aku menegur ayah.."ayah buat apa kat sini, ayah kan"..tak sanggup aku nak menyebut..ayah hanya tersenyum dan memandangku yg masih terkulat2..

"ayah nak tengok anak2 ayah, tapi sekejap jak, ayah kena balik lepas ni"..aku menangis m'dengar kata2 ayah..kalau boleh aku nak ayah selama-lamanya di depan mata, tapi semua ini sdh ketentuan tuhan..aku kena belajar melepaskan, kerana semua ini milik Allah,,aku cukup bersyukur dapat melihat ayah walaupun seketika..ayah memandangku lagi sambil tersenyum....tiba2 ayah hilang tanpa sempat aku bertanya dan mengucup tangannya..

selama 3 hari berturut-turut aku mimpi hal yg sama..dan selama 3 hari itu juga aku bangun dan menangis sesungguh-sungguhnya...aku rindu ayah aku..apa khabar ayah aku di sana? bagaimanakah keadaannya..?..aku takut kerana kesilpan kami, ayah tak tenang di sana, ayah menderita di sana..Ya Allah berikanlah kesejahteraan utk ayahku di sana..jgnla kerana kami ayahku terseksa..

# adakah mimpi aku ni ni hanya rekaan fantasiku yg terlalu rindukan ayah atau benarkan ayah betul2 datang melawat kami malam itu?...Wallahhualam..hanya Allah yang mengetahui..buat yg berada di luar sana, jgn biarkan org yg kita sayangi menderita kerana kesilapan yg kita lakukan...hrgaila ia..

2 ulasan:

arabella grace berkata...

kak salll...udah3 la tuu ..skg give me big smile oky?? senym seindah suriani okay??hahahaha

mot-sal berkata...

klu seindah suriani taknak la k.sal nak senyummm..k.sal ok...biasalah hdp takkan manis tanpa ujian..

jadikan ujian kali ni sbg peringatan bt diri..supaya lbh berhati2..jom jd jahat kali ni..hehe